Tok Pa Perhambakan Diri Untuk Rakyat Dan Negara
INTRAKSI
Berbicara santai dengan Tok PaKENYATAAN Mahiaddin Yassin mengenai Mustapa Mohamed (Tok Pa) yang tidak lagi jadi ahli Bersatu mengejutkan orang ramai. Kalau Mahiaddin tidak beri tahu hal itu, umum tidak tahu status Tok Pa dan menganggap beliau masih jadi ahli Bersatu dan salah seorang pimpinan tertingginya.
Menurut Mahiaddin dia tidak tahu tentang status Tok Pa yang tidak lagi jadi ahli Bersatu sehinggalah dia membaca berita yang melaporkan Tok Pa sudah tidak bersama Bersatu lagi.
Tok Pa dilaporkan telah tidak lagi jadi ahli Bersatu dan meletakkan semua jawatan dalam parti selepas Piraum ke-15 sebaik beliau selesa membuat transisi perkhidmatan politik di Jeli. Kenyataan Mahiaddin itu dirasakan mustahil dan sukar dipercaya, masakan Tok Pa jadi "setegal" itu meninggalkan Bersatu tanpa memberi tahu bosnya.
Difaham Tok Pa membuat penjelasan itu apabila ada ura-ura dia akan dicalonkan semula oleh Bersatu untuk pertahankan kerusi Jeli sekiranya berlaku pilihan raya kecil di kerusi Jeli ekoran tindakan wakilnya Zahari Kechik dipecat oleh parti kerana menyokong Anwar Ibrahim.
Dalam pilihan raya lalu Tok Pa beri laluan kepada Zahari dan membantunya. Zahari juga merupakan bekas Setiausaha Politiknya bertanding di kerusi itu atas tikit Bersatu.
Gara-gara penjelasan Mahiaddin itu, nama Tok Pa tiba-tiba jadi perhatian umum dan timbul pelbagai spkulasi. Memang selama ini, sejak beliau istirehat tak bertanding dalam pilihan raya ke-15, menyebabkan kedudukan bekas anggota kabinet itu jadi misteri.
Orang tidak tahu apakah sebab musababnya melainkan mengira dia mengambil keputusan itu kerana masalah kesihatan. Itulah alasan yang diberikan. Bagi mereka yang mengetahui akan kebolehan dan kegigihan Tok Pa membangun kawasannya, merasa terkilan dengan tindakannya. Bagi mereka Tok Pa adalah "Dewa Khnum" bagi Jeli. Dewa Khnum adalah Dewa yang masyor dalam kepercayaan masyarakat kuno Mesir yang bertanggungjawab menjaga Sungai Neil.
Tidak dinafikan Jeli sebelum ini dianggap sebagai daerah paling terpencil, kini mula mendominasi dalam peta di Kelantan sebagai daerah atau jajahan paling maju apabila Tok Pa menjadi wakil rakyat di situ sejak tahun 1995, hingga tahun 2022. Selama 27 tahun beliau berkhidmat di Jeli. Lima penggal beliau memenangi kerusi Jeli dan hanya tewas sekali pada tahun 1999. Selain menjadi wakil rakyat parlimen Jeli beliau juga menjadi Adun bagi kerusi Ayer Lanas yang terletak dalam parlimen Jeli.
Mengejutkan.
Apa yang diberi tahu tentang status Tok Pa itu mengejutkan. Ramai orang menduga ke mana hala tuju politiknya. Sebagai orang politik tidak mudah untuk menerima bekas menteri dalam kabinet empat perdana menteri itu berihat begitu sahaja. Bah saya sendiri tidak terfikir yang beliau telah memberi lambaian "sayor nara" kepada parti politik.
Kebetulan pula sewaktu Mahiaddin memaklumkan yang Tok Pa sudah tidak bersama Bersatu lagi, presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semasa merasmi mesyuarat Umno bahagian Jeli, membayangkan beberapa bekas ahli Umno memohon untuk rujuk semula ke dalam Umno. Bayangan diberikan Zahid itu menyebabkan mata memandangkan kepada Tok Pa. Tok Pa jadi menteri dibawah Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Najib Razak, Muhiaddin Yassin dan Ismail Sabri Yakob. Lingkaran politiknya genap sekiranya beliau turut menjadi anggota kabinet di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam reaksi umum diperingkat bawahan terhadap kenyataan Zahid itu ramai mengalu-alukan Tok Pa kembali semula ke dalam Umno. Mereka yang merasai sentuhan beliau dan tahu membaca rekod cemerlang perkhidmatan bekas ketua Umno bahagian Jeli dan bekas Pengerusi Umno Kelantan itu, mengira dapat membantu Zahid dalam memperkasakan Umno yang terkorban dalam pilihan raya lalu jika dia kembali kepada parti asalnya itu. Justeru itu kalau Tok Pa ingin rujuk semula kepada Umno akan disambut bagaikan sireh pulang ke ganggang.
Tok Pa dikenali dengan memiliki beberapa keistimewaan. Antaranya beliau dikenal sebagai tokoh yang sedarhana dan baik dengan semua orang, baik kawan atau lawan. Beliau tidak reti bergaduh dan tidak punya apa-apa isu kontroversi apa lagi skandal. Apa yang istimewa lagi mengenainya dia dikenal sebagai seorang yang kuat bekerja.Tok Pa berkerja lebih 24 jam dalam sehari. Tidak ada minggu yang beliau tidak pulang ke Jeli sekiranya beliau berada dalam negara, beliau akan tetap juga memijak bumi Jeli walaupun hanya beberapa jam. Lantaran itu beliau disayangi dan dihormati oleh rakyat Jeli.
Bagaimana pun ada juga yang skeptikal dengan Tok Pa, biasalah bumi mana tidak ditimpa hujan, gading mana yang tidak retak. Mereka yang menyifatkan tindakannya meninggalkan Umno dan menyertai Bersatu, disifatkan kata mengejar kolam, mahu beliau terus berihat sahaja. Wahal dilihat kepadanya sebagai suatu aset dan komintmen yang diberikan tindakan itu untuk membolehkan beliau berpeluang untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.
Jumaat jumpa Tok Pa.
Jumaat lepas saya berkesempatan untuk berjumpa dan minum pagi bersamanya sambil berbicara soal politik negara secara santai serta mengulas mengenai perjalanan kerajaan Madani. Pertemuan itu adalah rutin sekurang-kurangnya setiap dua bulan sekali dengan beliau dengan saya. Tok Pa suka mengongsikan apa-apa perkembangan dirinya kepada saya, disamping bercerita hal-hal politik negara. Sebenarnya bukan saja saya menjadi tetamu bulannnya, tetapi ada individu lain lagi khasnya pemerhati politik bebas. Kelebihan yang ada kepadanya beliau akan mendapat pandangan kedua dari bawah tentang sesuatu mengenai dirinya dari pelbagai golongan.
Dalam kesempatan itu saya bertanya akan kedudukan beliau yang menjadi sedikit polemik ekoran kenyataan Mahiaddin dan Zahid itu. Walaupun beliau sudah jelaskan bahawa beliau tidak lagi bersama Bersatu dan mengambil keputusan untuk berihat sepenuhnya daripada parti politik, tetapi ia tetap menjadi tanda soal bagi saya menyebabkan berminat untuk mendapat penjelasan lanjut dan cerita sebenarnya. Saya kira pertemuan Jumaat lalu itu beliau juga ingin menjelaskan apa sebenar yang berlaku.
Tok Pa menjelaskan, memang sebenarnya dia sudah tidak bersama Bersatu beberapa bulan selepas pilihan raya umum ke-15. tepatnya pada 30 September 2023 beliau sudah meletakkan semua jawatan dalam parti termasuk keahlian. Baginya dia meninggalkan Jeli khasnya dan politik Kelantan, adalah tepat pada waktunya. Beliau tegas dengan keputusan itu walaupun ada kawan-kawan baik cuba menghalangnya kerana masih memerlukan khidmat bakti dan ideanya.
Baginya sesudah hampir tiga dekad, apa yang dilakukan untuk negara secara rasmi menerusi politik sebagai ahli Umno terutamanya dan Bersatu sudah mencukupi. Dia telah menjadi menteri selama 27 tahun dengan memegang beberapa porfolio. Bermula sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan ke-11, Menteri Pertanian, Menteri Pengajian Tinggi, Menteri Perusahawan Utama, Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa dan Menteri Ekonomi. Beliau juga menganggotai berbagai dewan atau majlis dibentuk untuk negara baik dalam dan luar negeri. Tok Pa juga pernah menerajui Majlis Perundingan Ekonomi Negara selaku pengerusi.
Usianya kini sudah cecah 74 tahun, tetapi masih bertenaga, kerana amalan gaya hidup sihat yang dilalukan. Beliau istiqamah melakukan senaman hampir setiap hari. Pun begitu keputusan untuk bersara dari politik partian sudah khalaf. Bagaimana pengalaman sebagai menteri dan kerjabuat membangun negara selama ini sedia dikongsikan dengan sesiapa sahaja. Beliau akan memanfaatkan segala pengalaman yang ditimba selama ini demi bangsa dan negara, jika diperlukan.
Selepas membuat keputusan berihat dari politik, beliau mengambil pendekatan dan hala tuju baru. Merubah pola hidupnya dan instrument baru untuk terus berkhidmat secara sukarela. Yang nyatanya semangatnya untuk membangun bangsa dan negara tidak pernah lupus begitu saja. Dalam perbualan selama dua jam itu, tuturnya apa yang tertanam kejap dalam dirinya ialah untuk melihat bangsa Melayu berjaya dan negara ini setanding dengan negara maju lain. Keharmonian negara, kedamaian politik menjadi azamnya.
"Apa yang saya harapkan sekarang ini, kita semua bergerak sederap untuk negara. Kalau boleh kita hentikan bergaduh sesama sendiri. Tiada untungnya kita berselehengan sesama sendiri. Semua pihak hendaklah menumpukan kepada pembangunan rakyat dan negara, jika ini berlaku negara kita akan lebih maju," tekannya.
Berbicara tentang keputusan diambilnya itu, paling menggembirakan beliau kini katanya ialah beliau merasa lega dan bebas seperti kembali kedunia yang sebenarnya.
Secara jujur beliau berkata, selama ini beliau tidak ada masa untuk menjalini hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan lama kerana senantiasa diburui kesibukan. Apabila beliau tidak lagi aktif dan berpolitik, beliau membina semula hubungan kekeluarga dan kawan-kawan yang terabadi kerana kesibukan selama ini.
"Saya bersyukur kini kerana dapat menjalani hubungan dengan keluarga dan berjumpa dengan ramai orang terutamanya kawan-kawan lama sejak dari sekolah rendah hingga di uiversiti yang sebelum ini jarang sekali bertemu dan bermesra," ujar sambil menyambung, "tetapi kini saya boleh berjumpa mereka bila-bila masa sahaja dan dimana-mana saja."
Bagi memenuhi masa yang terluang itu katanya dengan cara beliau menyertai pelbagai kumpulan atau group WhatsApp, menghadiri majlis re-union sekolah dari sekolah rendah, maktab hingga Universiti. Bukan itu sahaja menurutnya dia juga jadi pengunjung tetap ke surau atau masjid di khariahnya bersama isteri.
Rajin bekerja.
Mengenai komitmentnya terhadap kerja atau tugas diberikan, Tok Pa memang dikenal sebagai seorang kuat (rajin) bekerja. Bekas Setiausaha Sulit Khasnya (SUSK) Datuk Mohamed Irwan Mansor pernah merungut kepada saya, "Abeti Tok Pa ini, pakai bateri cat gapa han, kadang-kadang amba tak dan nak ikut dia?" tanya Irwan yang menceritakan betapa Tok Pa ligat dan rajin bekerja tanpa mengira masa. Menurut Irwan kadang-kadang dia sedang tidur pun terpaksa angkat telefonnya dan menerima arahan. "Tak tahu tidur langsung ke dia abeti," keluh dan aduh Irwan suatu hari. Irwan seorang PTD yang diambil oleh Tok Pa untuk berkhidmat denganya dan merupakan pegawai yang setia.
Seperti dinyatakan walaupun beliau tidak lagi jadi ahli parlimen Jeli, tetapi hubungan dengan masyarakat Jeli masih diteruskan. Beliau mempunyai ramai kawan dan sahabat di Jeli. Meskipun beliau anak kelahiran Bachok tetapi Jeli menjadi kampung halamannya yang senantiasa dikenang. Sekali sebulan beliau masih ke Jeli untuk bertanya khabar rakan dan para penyokongnya. Sebenarnya beliau tidak perlu melakukan itu lagi, sebab Zahari Kechik yang mengambl alih tempatnya kini adalah penerus legasinya.
Tetapi tidak begitu dengan mereka yang merasa kasih dan sayang kepadanya tetap mahukan sentuhan daripadanya. Biarpun Tok Pa tidak ada apa-apa kuasa, tetapi kenangan persahabatan dan ketrampilannya dalam pentadbiran, sebagai pakar ekonomi masih diperlukan. Atas dasar itulah katanya, walaupun telah rihat sepenuhnya, tetapi beliau masih didatangi, untuk minta nasihat dan beliau tidak loket untuk melayan.
Ambassador Takahashi
menyampaikan anugerah kepada
Tok Pa.Secara diam-diam beliau masih menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin - wakil rakyat. Penglibatan sukarelawa khasnya dalam memberi nasihat berdasarkan pengalamannya bukan sahaja terbatas di Jeli tetapi meluas ke dalam agensi dan jabatan kerajaan juga. Pihak luar termsuk badan berkanun dan syarikat kerajaan (GLC) ikut sama meminta pandangan dan beliau sering diundang untuk memberi talk atau jadi ahli panel.
Dalam pertemuan itu beliau juga menjelaskan akan sedia untuk bantu memberi khidmat nasihat kepada sesiapa sahaja di luar orbit parti politik terutamanya dalam bidang menjadi kepakaran ekonomi, pengurus dan pembangunan manusia (masyarakat).
Kehebatan dan kepakaran Tok Pa dalam bidang itu, tidak menghairankan kalau baru-baru ini kerajaan Jepun telah menganugerahkan Grand Cordon of the Order of the Rising Sun kepadanya, suatu anugerah mengikhtirafkan kerjabuatnya selama ini.
Penganugerahan itu membuktikan akan kehebatannya selama berkhidmat dalam kerajaan terutamanya semasa menjadi Menteri Usahawan, Menteri MITI dan Menteri di JPM, Ekonomi. Anugerah itu membanggakan dan menunjukkan kehebatan bekas wakil rakyat Jeli dan anggota kabinet lima perdana menteri ini ikut diperhatikan oleh dunia luar.
Melihat segala jasa, budinya dan rekod pencapaiannya bagi saya tidak jadi kesalahan kalau kerajaan Madani dibawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini terus memanfatkan apa jua kepakaran dan kehebatan yang dimiliki Tok Pa untuk negara ini. Beliau saya rasa bersedia berkhidmat secara porbono atas nawaitu di penghujung usia untuk melihat negara ini makmur dan kejayaan kerajaan Madani. Kebolehan dan kemampuan Tok Pa juga tidak pelik bagi Anwar kerana peringkat awal penglibatannya dalam kabinet beliau jadi regu Anwar semasa Perdana Menteri ke-10 itu jadi Menteri Kewangan. [wm.kl. 12:37 am 23/07/2024]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://msomelayu.blogspot.com/2024/07/tok-pa-perhambakan-diri-untuk-rakyat.html