Kenali Konsep Hibah Jangan Biarkan Keluarga Anda Terbeban Selepas Pemergian Anda
Kenali Konsep Hibah - Jangan biarkan keluarga anda terbeban selepas pemergian anda | Baca artikel ini untuk kenali konsep hibah dan bagaimana ia membantu dalam pengurusan harta anda
Kematian dalam keluarga adalah satu masa yang pahit untuk dilalui. Tambahan lagi bila tiba persoalan pembahagian harta dan warisan. Macam-macam hal boleh berbangkit. Segala kesusahan boleh dihindarkan dengan hibah yang disediakan semasa anda masih hidup. Tapi apakah sebenarnya hibah, hukumnya dan rukun pemberiannya
Definisi HibahSecara bahasanya, hibah bermaksud ‘hadiah’. Konsepnya adalah pemberi menghadiahkan sesuatu kepada si penerima. Daripada segi syarak, hibah adalah suatu akad pemberian yang dilakukan oleh pemberi semasa masih hidup, tanpa mengharapkan sebarang balasan (‘iwad)
Apakah Hukum Hibah?Hibah adalah suatu amalan sunat dalam Islam. Terdapat beberapa dalil daripada Al-Quran, sunnah dan ijma’ ulama tentang perkara ini. Salah-satunya adalah daripada Surah an-Nisa dan Surah al-Baqarah
“Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.” (Surah an-Nisa’ ayat 4)
“... dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya.” (Surah al-Baqarah ayat 177)
Rukun dan Syarat Pemberian HibahTerdapat empat rukun dalam sebuah kontrak hibah:
1. Pemberi hibah: Seorang ahliyyah yang sempurna akal, baligh dan rusyd. Mereka mestilah memiliki harta yang dihibahkan dan berkuasa penuh ke atas hartanya
2. Penerima hibah: Mestilah mempunyai keupayaan untuk memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan. Sekiranya bukan mukallaf (belum akil baligh atau kurang upaya) maka hibah boleh diberikan kepada seorang wali atau pemegang amanah
3. Harta yang dihibahkan: Harta yang dihibahkan itu mestilah harta yang halal, bernilai di sisi syarak, di bawah pemilikan pemberi, mampu diserahkan kepada penerima dan wujud semasa harta berkenaan dihibahkan
4. Lafaz ijab dan kabul: Lafaz ijab dan kabul merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah
Mengapa Pilih Hibah?Islam menawarkan pelbagai cara untuk pembahagian harta seperti wasiat, faraid dan juga hibah. Hibah menjadi pilihan sesetengah muslimin kerana ianya lebih sesuai dalam pembahagian sesetengah harta, seperti takaful, hartanah ataupun unit trust. Selain itu, hibah juga boleh diberikan kepada bukan waris. Contohnya, jika anda ada harta yang hendak diberikan kepada jiran, anak-anak yatim atau kawan keluarga, hibah adalah pilihan yang sedia ada untuk anda.
Hibahkan Takaful Dengan Takaful IkhlasPastikan mereka yang tersayang kekal terjaga jika anda pergi menyahut panggilan ilahi. Pelan-pelan di bawah Takaful Ikhlas datang dengan manfaat hibah yang memberikan perlindungankepada penerima pilihan anda. Ketahui lebih lanjut tentang Takaful Ikhlas di sinihttps://www.takaful-ikhlas.com.my/ms
Baca juga : 4 Kelebihan Hibah Takaful
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.zatisalim.com/2022/06/kenali-konsep-hibah-jangan-biarkan.html