Kenali Jenis Personaliti Manusia Melalui Ujian Myers Briggs
Pernah ke kita terfikir kenapa ada invdividu yang kita kenal mempunyai ciri hampir sama dengan kita dan ada juga yang berbeza?
Kalau yang berbeza tu sampaikan kadangkala kita rasa tak selesa dan sukar fahami mereka
Umum tahu, setiap manusia yang dilahirkan mempunyai personaliti yang berbeza dan sangat unik
Dikatakan antara cara mengenal pasti jenis personaliti adalah dengan menggunakan ujian personaliti Myers-Briggs Type Indicator (MBTI)
Ujian ini dikelaskan mengikut personaliti seseorang berdasarkan 4 jenis kecenderungan iaitu Sosial, Kestabilan Emosi,Kebolehpercayaan, Ketulusan, and Sifat Keterbukaan.
Seorang pengguna Twitter berkongsi di laman Twitter mengenai ujian personaliti yang popular ini
ISTJ. ISFJ. ESTP. ENTP.
Pernah dengar?
Ini sebenarnya jenis personaliti manusia berdasarkan Myers-Briggs Type Indicator (MBTI).
MBTI ialah ujian personaliti paling popular di dunia.
Tetapi, boleh percaya ke? Valid ke?
Atas permintaan ramai, saya buat thread ini. pic.twitter.com/PMPcp7aek7
— Akif Basri (@akif_basri) April 15, 2020
Ujian ini memang popular.
Setiap tahun, lebih 2 juta orang ambil ujian ini.
89 daripada 100 syarikat yang disenaraikan bawah Fortune menggunakannya.
Syarikat yang jual ujian ini untung lebih $20 juta setiap tahun.
Tapi sebenarnya, alat ujian ini sangat kontroversi.
Why?
— Akif Basri (@akif_basri) April 15, 2020
Pertama, MBTI dibuat pada tahun 1940 berasaskan teori Carl Jung.
Teori ini hanya berasaskan pemerhatian beliau & tiada kajian yang menyokong.
Waktu ini, bidang psikologi masih belum jadi satu bidang saintifik.
Tapi sebab dia tokoh psikologi yang terawal, teori dia popular.
— Akif Basri (@akif_basri) April 15, 2020
Berasaskan teori ini, Katherine Briggs & anaknya Isabel Briggs Myers buat MBTI dengan bantuan Edward Hay, seorang pengurus HR di sebuah bank di Philadelphia.
Mereka semua tiada asas ilmu psikologi dan sains.
Jadi, permulaan penciptaan alat ujian ini pun bukan berasaskan sains.
— Akif Basri (@akif_basri) April 15, 2020
Kedua, MBTI kelaskan personaliti berdasarkan kategori hitam-putih (sama ada A atau B), sedangkan boleh sahaja kita ada A dan B sekali gus.
Contohnya, kita Thinking (T) atau Feeling (F)?
Kajian terkini kata, ramai orang yang Thinker & Feeler pada masa yang sama.
— Akif Basri (@akif_basri) April 15, 2020
Ketiga, banyak kajian menunjukkan MBTI tiada validity dan reliability yang kuat.
Contohnya, 50% orang yang jawab MBTI buat kali kedua dapat keputusan personaliti yang berbeza, walaupun hanya jarak 5 minggu.
Ini menunjukkan ujian MBTI tidak reliable (tidak konsisten).
— Akif Basri (@akif_basri) April 15, 2020
Keempat, kajian menunjukkan MBTI tidak efektif untuk “predict” kejayaan orang dalam pekerjaan tertentu.
Walaupun begitu, alat ujian ini masih popular digunakan dalam banyak syarikat seluruh dunia.
— Akif Basri (@akif_basri) April 15, 2020
Kelima, jenis personaliti dalam MBTI tidak komprehensif.
Ada beberapa jenis personaliti yang tiada dalam MBTI.
Salah satunya, sama ada seseorang itu lebih “agreeable” (bersetuju) atau lebih “argumentative” (berhujah).
— Akif Basri (@akif_basri) April 15, 2020
Tetapi, ini dah tahun 2020, kenapa MBTI masih sangat popular?
Pertama, sebab ujian ini mampu buat orang rasa “wow” selepas mendapat keputusan.
“This isn’t a test designed to accurately categorize people, but rather a test designed to make them feel happy after taking it”
— Akif Basri (@akif_basri) April 15, 2020
Kedua, sebab penggunaan ujian ini sudah dinormalisasi.
Bila dah diguna secara meluas, terutama oleh syarikat ternama atau tokoh yang dipercayai, orang tidak begitu kisah untuk melihat bukti saintifik.
Malah, selepas dah tahu pun, ada yang masih tidak peduli dengan bukti sains.
— Akif Basri (@akif_basri) April 15, 2020
Terakhir, ramai orang guna MBTI untuk hiburan sahaja.
Mereka mungkin tak percaya sangat pun, tetapi sekadar nak cuba-cuba.
— Akif Basri (@akif_basri) April 15, 2020
Habis tu, apa alat ujian personaliti yang paling baik?
Buat masa ini, kajian menunjukkan Big Five Personality Test mempunyai validity dan reliability yang terbaik.
Big Five terdiri daripada:
Extraversion, Emotional Stability, Agreeableness, Conscientiousness, and Openness.
— Akif Basri (@akif_basri) April 15, 2020
pic.twitter.com/V1TU2gJ8em
— Akif Basri (@akif_basri) April 15, 2020
Big Five dilihat lebih mampu “predict” prestasi kerja dan kerja berpasukan.
Malah, ada kajian yang mengaitkannya dengan asas genetik & biologi.
Nak baca lebih lanjut?https://t.co/5mH8VOZecWhttps://t.co/EYTfWZ7bvBhttps://t.co/t9GO88hYNWhttps://t.co/g0aoa0YX3w
— Akif Basri (@akif_basri) April 15, 2020
Sumber: Akif Basri
The post Kenali Jenis Personaliti Manusia Melalui Ujian Myers-Briggs appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/04/16/kenali-jenis-personaliti-manusia-melalui-ujian-myers-briggs/