Kenali Diri Melalui Warna Kegemaran
Kenali Diri Melalui Warna Kegemaran - Saya suka warna ungu dan hijau. Kebanyakan koleksi pakaian saya berwarna ungu dan hijau. Namun setelah bekerja koleksi warna kegemaran saya dan jadi caca marba demi menyesuaikan dengan kerjaya yang memerlukan saya bertemu ramai orang. Jika saya asyik mengenakan baju berwarna ungu dan hijau tentu persekitaran kerja agak tidak menarik dan asyik sama sahaja. Dan akan ada yang mengumpat pula kata kita tak ada stok baju yang terkini...haha
Apa kena mengena warna kegemaran dengan peribadi kita? Apakah pendapat yang akan saya kongsikan di bawah ini relevan kepada kehidupan kita dan boleh dijadikan panduan pula oleh orang lain? Herrm...mari sama-sama kita fikirkan.
Tetapi sebelum itu, baca dahulu pendapat di bawah yang saya kpmpilasikan dri pelbagai sumber seperti Facebook, internet Google dan Yahoo, dan juga dari pendapat para pakar motivasi mengenai kaitan peribadi seseorang dengan warna yang digemarinya.
Kenali Diri Melalui Warna Kegemaran
Warna Putih Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh, senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan kamu.
Warna HitamKamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika kamu berada dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta kamu
Warna Merah Kamu seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi kamu dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi. Kamu termasuk golongan yang sukar jatuh cinta
Warna BiruJika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana kamu cenderung menyembunyikan perasaan.
Warna HijauWarna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong seseorang yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.
Warna Kuning Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa kamu memiliki sifat optimis. Kamu seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu, kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.
Warna Ungu Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu.
Kompilasi pendapat Kenali Diri Melalui Warna Kegemaran di atas adalah sekadar untuk panduan umum sahaja dan tidak semestinya tepat seperti apa yang ditulis. Kerana...dalam kehidupan individu yang menentukan bahagia, derita, berjaya atau gagal adalah diri mereka sendiri
"TUHAN tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika mereka sendiri tidak mahu mengubahnya." Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2014/01/kenali-diri-melalui-warna-kegemaran.html