Kenali Dan Ketahui Cara Mencegah Batu Karang
Kenali dan Ketahui Cara Mencegah Batu Karang | Hypercalciuria adalah salah satu punca yang lain menyebabkan penghasilan batu karang. Hypercalciuria bermaksud seseorang itu mempunyai kandungan kalsium yang banyak dalam air kencing. Ia boleh disebabkan beberapa perkara seperti pengambilan kalsium yang banyak daripada pengambilan supplement kalsium yang berlebihan, penyerapan kalsium yang banyak daripada tulang ke dalam darah(sebagai contoh dalam penyakit hyperparathyroidism) dan beberapa masalah lagi
1. Kurang pengambilan airKurang pengambilan air merupakan salah satu penyebab terhasilnya batu karang. Jika seseorang itu kurang minum air, ia akan menyebabkan kurangnya penghasilan air kencing
Perkara ini akan menyebabkan kepekatan air kencing meningkat. Air kencing akan penuh dengan kompaun yang boleh membentuk batu karang seperti kalsium, oxalate dan juga asid urik
2. Pengambilan garam yang tinggiGaram dapur yang mengandungi kandungan natrium yang tinggi boleh menyebabkan pembentukkan batu karang. Ini disebabkan natrium akan menyebabkan kalsium disingkirkan lebih banyak ke dalam air kencing dan menyenangkan pembentukan batu karang
3. Pengambilan Vitamin C secara berlebihanApabila Vitamin C masuk ke dalam badan, ia juga akan diuraikan. Produk terakhir Vitamin C adalah kompaun oxalate yang akan disingkirkan melalui air kencing. Kandungan oxalate yang tinggi dalam air kencing boleh menyebabkan terbentuknya batu karang
4. Makanan yang tinggi dengan lemak omega 6Makanan yang tinggi kandungan omega 6 seperti lemak haiwan dan beberapa jenis minyak sayuran boleh menyebabkan terbentuknya batu karang. Ini kerana kajian menunjukkan lemak jenis ini boleh meningkatkan penyingkiran oxalate ke dalam air kencing dan mengurangkan penyingkiran citrate ke dalam air kencing
5. Penyakit metabolik yang menyebabkan kalsium tinggi dalam badan
***Nota ringkas penyebab batu karang
Unsur kalsium yang banyak dalam air kencing menyebabkan batu karang
Kompaun Oxalate yang banyak dalam air kencing menyebabkan batu karang
Kompaun citrate yang banyak dalam air kencing mengurangkan pembentukan batu karang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.umifuzy.com/2019/01/kenali-dan-ketahui-cara-mencegah-batu.html