Kenali Brigade Izzuddin Al Qassam




Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar.

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.

“Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin,” katanya.

Apabila ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.

Peraturan ” Briged Al-Qassam “.

“Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah,” ujarnya.

Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting.

“Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid. Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar seperti orang biasa.

“Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan,” katanya.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam.

“Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa bersedia setiap masa,” kata seorang tentera Al-Qassam.

Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel).

Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan Al-Qassam.

Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur – satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.

Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: “Tanah ini milik kamu juga.”

Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.

Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati syahid. Bahkan apabila seseorang tentera Al-Qassam pulang daripada peperangan, mereka sering akan bertanyakan kepada diri sendiri.

Sumber



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://luvislam92.blogspot.com/2014/08/kenali-brigade-izzuddin-al-qassam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenali Billionair Richard Branson

Kenali Billionair Richard Branson

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 129 hits
Siapakah orang ini Mungkin ada orang tertanya kenapa saya bercerita tentang ini Beliau dilahirkan pada 18 Julai 1950 di Surrey England Richard Branson bergelut di sekolah dan tercicir pada usia 16 keputusan yang akhirnya membawa kepada penc...
Kenali Generasi Anda Generasi X Y Z

Kenali Generasi Anda Generasi X Y Z

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 136 hits
Sesebuah generasi menggambarkan keadaan atau situasi di mana setiap individu mempunyai pengalaman hidup yang dilalui dapat menggambarkan siapa diri kita dan bagaimana kita melihat dunia dari kacamata sendiri dan setiap generasi mempunyai pe...
Mari Kenali Lambang2 Yg Ada Kat Kotak Rokok

Mari Kenali Lambang2 Yg Ada Kat Kotak Rokok

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 308 hits
Singa Judah Mengikut tradisi agama Kristian singa Judah mewakili Jesus Jesus berasal dari bangsa Yahudi dan dia disebut sebagai Singa Judah dalam kitab Injil Oleh sebab itu banyak pertubuhan agama Kristian termasuk kementerian dan jabatan j...
Kenali 4 Karakter Manusia Kamu Yang Mana

Kenali 4 Karakter Manusia Kamu Yang Mana

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 191 hits
Setiap individu memiliki perbedaan sikap sifat dan karakter Perbedaan ini yang membantu kita untuk memahami perbedaan dan juga cara pikir seseorang Karakter juga bisa menjadi parameter pemahaman This is a content summary only Visit my websi...
Kenali Sifat Aslimu Dari Genre Film Kesukaanmu

Kenali Sifat Aslimu Dari Genre Film Kesukaanmu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 177 hits
Kamu pasti pernah menonton film dan menyortirnya karena tidak suka genre tertentu Namun apakah kamu tahu bahwa genre film yang kamu sukai menggambarkan kepribadianmu Yuk kenali dirimu melalui genre This is a content summary only Visit my we...
Kenali Nabi Muhammad S A W Secara Lahiriah

Kenali Nabi Muhammad S A W Secara Lahiriah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 236 hits
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda Di antara kata kata apresia...
Kenali Dan Jauhi Syaitan

Kenali Dan Jauhi Syaitan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 266 hits
MENGENAI SYAITANDALAM sebuah Hadis daripada Safiyah binti Huyay r a dinyatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam menurut pembuluh darah Muttafaq alayh Riwayat Bukhari...
Peringati Hari Kesehatan Nasional Zen Antibacterial Soap Ajak Publik Kenali Kulit Kresek Dan Cara Mengatasinya

Peringati Hari Kesehatan Nasional Zen Antibacterial Soap Ajak Publik Kenali Kulit Kresek Dan Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 194 hits
Kunci utama dalam mengatasi kulit kering adalah mengenali penyebabnya baru kemudian dilanjutkan dengan memilih produk pembersih yang tepat sesuai kondisi kulit
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Send Unlimited Emails With 100 Delivery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Custom Eyeshadow Box Cara Meningkatkan Nilai Eksklusiviti Produk

Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan