Kenali 6 Vaksin Yang Patut Diterima Anak Lindungi Si Kecil Lebih Dari 11 Penyakit


6 jenis vaksin ini diberikan kepada bayi dan kanak-kanak. Ia berupaya melindungi lebih dari 11 penyakit berbahaya.
Perkongsian daripada Dr Amirul Amzar patut diketahui oleh semua ibu bapa. Vaksin diibaratkan seperti hadiah yang sangat bermakna buat anak sebagai adalah usaha untuk mengelakkan si kecil daripada dihinggapi penyakit berjangkit yang berbahaya seperti difteria, cacar, pertussis dan sebagainya.

JOM KENAL VAKSIN MALAYSIA
Dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan Malaysia, ada 11 penyakit yang dilindungi oleh vaksin-vaksin tersebut (12 kalau di Sarawak). Jom kita kenal vaksin penyakit-penyakit itu secara ringkas.
1. BCG Diberi seawal lahir, ia mencegah dari kuman mycobacterium tuberculosis. Kuman ini umumnya menyebabkan Batuk Kering (pulmonary tuberculosis). Tapi tujuan suntikan ini adalah bagi mengelakkan jangkitan kuman ini pada selaput otak bayi. Ia mencegah tuberculous meningitis. Kalau tak vaksin, dan dijangkiti, lebih separuh dari bayi akan cacat otak kekal dan 1 dari 5 akan mati.
2. Hep B Diberi dengan dos 3 siri iaitu seawal lahir, 1 bulan dan 6 bulan. Ia mencegah dari jangkitan virus hepatitis B. Virus ini kalau kena pada bayi, 95% daripada mereka tidak akan dapat melawan jangkitan ini dan menjadi pembawa kronik. Akibatnya mereka akan membesar dengan virus itu dan kelak boleh menjadi penghidap kanser hati. Bukan tu saja, pasangan dan keluarga mereka juga boleh dijangkiti kelak.

3. DTaP + IPV + HiB D untuk diphtheria. Corynebacterium diphteriae adalah bakteria yang menjangkiti tekak sehingga boleh menyebabkan kematian. Macam mana boleh mati? Bayangkan tekak anak anda tersumbat sehingga mereka tak boleh bernafas. Kematian akibat diphtheria adalah lebih tinggi pada kanak-kanak bawah 2 tahun dan mereka yang tidak divaksin. Kuman ini juga boleh merebak ke organ lain dan menyebabkan kegagalan organ. Bayangkan tekak anak anda disumbat dengan span bersalut lendir kuman sampai tak dapat bernafas, macam tu lah bila mereka dijangkiti.
T untuk tetanus. Bahasa Melayunya dipanggil kancing gigi. Orang selalu salah faham ingat kancing gigi ni kalau kena besi karat je. Sebenarnya kuman ini boleh ada di mana-mana dan di dalam tanah. Kita beri vaksin ini bagi melindungi dari kuman ini yang mudah masuk melalui luka. Kalau dijangkiti, pesakit akan mengalami kekejangan yang amat teruk sehingga boleh patah tulang sendiri. Rawatannya melibatkan kos yang mahal kerana memerlukan suntikan immunoglobulin. Kadar kematiannya adalah tinggi pada mereka tidak pernah melengkapkan sekurang-kurangnya 3 dos suntikan.
aP adalah untuk Pertussis. A tu untuk acellular. Dulu kita pakai whole cell pertussis vaccine. Tapi sekarang dah tukar kepada yang lebih selamat dan baru. Jangkitan pertussis ini digelar batuk 100 hari. Budak boleh kena, orang besar pun boleh kena. Budak kalau kena, memang dahsyat. Boleh tengok muka dia bertukar dari normal, ke merah, putih dan seterusnya biru pada satu masa. Ianya boleh membunuh. Kalau dah ambil vaksin, walaupun dijangkiti, ia tidak akan serius.
IPV adalah inactivated polio vaccine. Dulu kita pakai OPV, oral polio vaccine. Oral polio ni murah, sen sen je. Tapi banyak masalah. Maka KKM pun belanja lebih sikit untuk beli IPV bagi mencegah polio. Hasilnya, alhamdulillah polio dah tak ada kat Malaysia. Tapi baru-baru ni ada satu kes di Indonesia. Kalau masuk ke Malaysia, yang mula-mula kena adalah bayi kecil yang belum divaksin atau orang yang menolak vaksin. Kalau kena, risiko lumpuh adalah tinggi. Dan poliomyelitis tiada ubat. Otot pernafasan anda pun boleh lumpuh. Bayangkan, kalau kena polio, anda nak bernafas pun kena guna tenaga dan fikir macam mana nak bernafas tu.
HiB adalah vaksin untuk hemophilus influenza type B. Ni bukan vaksin influenza untuk flu yang ambil setahun sekali tu. Ini adalah vaksin bagi mencegah kuman HiB. Kuman ini biasanya menyerang selaput otak dan mengakibatkan kecacatan otak dan pekak.

4. MMR Haa, yang ni banyak kontroversi. Bermula dari kajian Dr Andrew Wakefield, satu dunia gempar vaksin ini menyebabkan autism. Tahu tak kajian Andrew Wakefield tu dah ditarik balik? Dan tahu tak tiada satu kajian pun berjaya mendapatkan keputusan sama macam kajian dia. Malah, kajian pada lebih 1 juta kanak-kanak membuktikan vaksin ini atau merkuri dalam vaksin tidak menyebabkan autism.
M pertama adalah untuk measles. Measles ni orang panggil demam campak. Dia datang dengan demam dan ruam. Selalu juga ada mata merah dan batuk selsema. Tapi, banyak lagi jangkitan virus lain yang hampir datang macam measles. Kita gelarkan viral exanthem. Viral exanthem ini adalah demam dan ruam akibat jangkitan virus. Ia tak sebahaya measles. Dan masyarakat selalu salah faham, anak dah ambil vaksin tapi masih kena demam dan ruam. Walhal demam dan ruam itu sebab virus lain. Measles ni, perlu vaksin. Ia sangat mudah merebak. Dan ia boleh membunuh. Di Filipina sekarang, angka kematian akibat measles dah cecah 200 orang. Dan pada 2018, semua kematian akibat measles di Malaysia adalah dalam kalangan yang tidak menerima vaksin.
M nombor 2, mumps. Ianya adalah sejenis jangkitan disebabkan virus paramyxovirus. Ia boleh menjangkiti kelenjar air liur dan menyebabkan beguk. Biasanya ia tidak merbahaya. Tapi, salah satu komplikasinya adalah kemandulan. Jangkitan beguk ini boleh menyebabkan telur anda bengkak tak kisahlah anda lelaki atau wanita dan seterusnya menyebabkan kemandulan.
R untuk rubella. Ianya juga demam dan ruam. Ianya juga secara umum tidak merbahaya, tetapi, jika dijangkiti sewaktu mengandung, anak dalam kandungan akan lahir cacat otak, kepala kecil, mata buta, jantung berlubang dan pekak. Memang cacat. Bayangkan kalau berlaku wabak, dan isteri awak yang tengah mengandung pulak ada dalam lokaliti wabak tu. Baik semak mak pak mertua tu antivaksin ke tidak.
5. HPV Ini vaksin baru. Ianya diperkenalkan bagi mencegah jangkitan Human Papilloma Virus. Jangkitan HPV ini adalah penyebab utama kanser pangkal rahim dalam kalangan wanita. Tahu tak, kanser pangkal rahim ini adalah kanser kedua paling kerap berlaku pada wanita di Malaysia? HPV virus lah penyebab utamanya. Sebab itu kita vaksin kan anak gadis kita seawal 13 tahun. Sebab, kita tak tahu siapa yang ada jangkitan ini kerana pada kebanyakan masa, ia tiada simptom sampailah berlaku perubahan kanser pada pangkal rahim.

6. JE Ianya vaksin khas untuk Japanese Encephalitis dan hanya diberi untuk Sarawak sahaja. Sebab apa, sebab risiko jangkitan masih tinggi di sana berbanding di semenanjung. Virus ini adalah bawaan nyamuk. Ianya boleh menyebabkan bengkak pada otak. Kecacatan otak kekal boleh berlaku pada 30% pesakit dan kadar kematian boleh mencapai setinggi 50%.
Jadi, ini lah kesemua vaksin yang disubsidi penuh oleh kerajaan Malaysia bagi memastikan wabak dapat dibendung dan kesihatan masyarakat terutamanya generasi akan datang, terjaga.
Tolak vaksin, dan kita akan lihat wabak berlaku, anak-anak kita lahir dengan kecacatan atau cacat akibat jangkitan serius. Saya pasti semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak mereka. Maka vaksinkan lah anak anda.
Dr Amirul Amzar
#perangigavak
#antivaksin

Sumber: Amirul Amzar 
The post Kenali 6 Vaksin Yang Patut Diterima Anak, Lindungi Si Kecil Lebih Dari 11 Penyakit appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/kenali-6-vaksin-yang-patut-diterima-anak-lindungi-si-kecil-lebih-dari-11-penyakit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lahirkan Anak Lelaki Lebih Mencabar Berbanding Anak Perempuan Benarkah Anak Lelaki Boleh Memendekkan Usia Ibu

Lahirkan Anak Lelaki Lebih Mencabar Berbanding Anak Perempuan Benarkah Anak Lelaki Boleh Memendekkan Usia Ibu

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 922 hits
Melahirkan cahaya mata lelaki atau perempuan ada cabarannya tersendiri Namun perkongsian daripada perunding keibubapaan ini mendedahkan hasil dua kajian dari luar negara ini agak mengejutkan Kajian menunjukkan ibu melahirkan anak lelaki ber...
Mainan Sikit Lebih Bagus Mainan Banyak Terlalu Canggih Anak Susah Fokus Kurang Kreatif

Mainan Sikit Lebih Bagus Mainan Banyak Terlalu Canggih Anak Susah Fokus Kurang Kreatif

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 447 hits
Pilih mainan mesti betul betul supaya berikan impak maksima kepada perkembangan si kecil Mainan terlalu banyak dan canggih sebenarnya akan mengganggu fokus kreativiti kanak kanak Siapa sangka jumlah mainan yang kurang lebih baik untuk si ke...
Lebih 50 Anak Syarikat Kerajaan Terengganu Akan Ditutup

Lebih 50 Anak Syarikat Kerajaan Terengganu Akan Ditutup

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 376 hits
KUALA TERENGGANU Lebih 50 anak syarikat milik Kerajaan Negeri Terengganu yang tidak lagi melakukan sebarang perniagaan akan ditutup dalam usaha menjimatkan perbelanjaan kerajaan negeri Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata langkah ...
Gaya Hidup Buat Anak Muda Saat Ini Lebih Banyak Terkena Hipertensi

Gaya Hidup Buat Anak Muda Saat Ini Lebih Banyak Terkena Hipertensi

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 323 hits
Dokter spesialis jantung dan pembuluh darah Paskariatne Probo Dewi Yamin mengatakan hipertensi pada generasi milenial tidak hanya terjadi di Indonesia saja tetapi juga di seluruh dunia Gaya hidup yang buruk ditengarai menjadi salah satu pen...
Mengenal Lebih Dekat Frank Hutapea Anak Hotman Paris Lulusan Dari Inggris

Mengenal Lebih Dekat Frank Hutapea Anak Hotman Paris Lulusan Dari Inggris

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 302 hits
Nama Frank Hutapea dalam beberapa hari terakhir menjadi pembicaraan publik Selain karena anak dari pengacara kondang tanah air Hotman Paris Frank juga dikabarkan dekat dengan Natasha Wilona
Tindakan Suami Yang Penyayang Menyuap Isterinya Dan Kelakuan Mereka Segera Ditiru Oleh Anak Kecil Mereka

Tindakan Suami Yang Penyayang Menyuap Isterinya Dan Kelakuan Mereka Segera Ditiru Oleh Anak Kecil Mereka

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 373 hits
Melentur buluh biarlah dari rebungnya itulah satu satunya perkara yang terlintas di dalam kotak fikiran apabila menyaksikan rakaman yang menyentuh hati ini Kanak kanak sentiasa akan belajar daripada apa yang dipaparkan di hadapannya terutam...
Ibu Bapa Boleh Didenda Rm20 000 Penjara 10 Tahun Jika Tidak Beri Anak Suntikan Vaksin

Ibu Bapa Boleh Didenda Rm20 000 Penjara 10 Tahun Jika Tidak Beri Anak Suntikan Vaksin

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 415 hits
The ReporterJumlah ibu bapa yang enggan memberi suntikan imunisasi kepada anak mereka semakin meningkat dan membimbangkan kerana ia boleh memudaratkan kanak kanak lain Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat menegaskan i...
3 Kunci Penting Agar Terhindar Dari Penyakit Autoimun Lebih Sering Menyerang Cewek Lo

3 Kunci Penting Agar Terhindar Dari Penyakit Autoimun Lebih Sering Menyerang Cewek Lo

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 277 hits
Penyakit autoimun jugalah yang diderita ibunda Mikha Tambayong sebelum akhirnya meninggal Penyebabnya memang nggak diketahui pasti tapi bisa kamu cegah sedari dini
Masa Dia Kecil Saya Sibuk Sangat Kerja 12 Tahun Saya Terlepas Moment Tu Ibu Ini Kongsi Hargai Masa Bersama Anak

Masa Dia Kecil Saya Sibuk Sangat Kerja 12 Tahun Saya Terlepas Moment Tu Ibu Ini Kongsi Hargai Masa Bersama Anak

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 727 hits
Bermula seawal 5 pagi ibu ibu yang bekerjaya akan sibuk menguruskan anak anak untuk dihantar ke pusat asuhan dan sekolah Waktu pulang anak anak kecil ini pula terkadang sehingga 8 malam jika si ibu mempunyai tugasa yang banyak di pejabat Ha...
Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Chatuchak Market Thailand

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Benefits Of Dates Juice From Improving Bone Health To Promoting Beautiful Skin

Hs Farmstay Water Park And Mini Zoo Muar

Pelarasan Kadar Tarif Elektrik Tnb 2025

Dewan Terbuka November Progress


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


Gula Itu Racun

Dua Lelaki Dicekup Ragut Pelancong Rusia Untuk Bayar Hutang

Kelantan Seorang Okt Meninggal Di Lokap Balai Polis Pengkalan Chepa Ianya Disahkan Kp Kelantan

Pengumuman Penting Menanti Ekor Harimau Malaya

Whatsapp Sedang Usahakan Ciri Chat Dengan Kami Untuk Sokongan Manusia Yang Lebih Pantas Di Aplikasi Webnya

Menangis Dan Menyesal Makcik Bakar Motosikal Mengaku Salah Di Mahkamah