Kenali 36 Red Flad Dalam Hubungan Elak Jadi Mangsa
Kenali 36 Red Flad Dalam Hubungan Elak Jadi Mangsa Tak ada siapa pun dalam dunia memilih untuk terlibat dalam hubungan yang bermasalah. Dah nampak red flag dalam hubungan tapi hati masih menafikan. Mengharapkan yang baik-baik tentang pasangan.
Lebih teruk kalau awal-awal dalam perhubungan semua nampak okay tapi semua berubah setelah berkahwin.
Lepas tinggal sebumbung, makan sepinggan dan tidur sebantal baru lah keluar perangai sebenar pasangan. Lepas berkahwin baru semua perkara terbongkar. Takut kan?
Tapi sebenarnya setiap yang berlaku pasti ada titik mula. Tanda-tanda mesti ada tapi pasangan tak perasan, atau lebih teruk pasangan pejam mata sebab fikir semuanya akan berubah jadi lebih baik.
Memang ada yang memilih untuk bertahan walaupun didera emosi dan fizikal, digantung tidak bertali malah ada yang tidak diberi nafkah. Nak keluar dari hubungan bermasalah perlukan kekuatan dan juga sokongan.
| Cara Dapatkan Bantuan Keganasan Rumah Tangga |
Apa itu Red Flag? Elak Jadi Mangsa Keganasan Dalam Hubungan Jadi mari kenali red flag dalam hubungan supaya kita boleh elak dari menjadi mangsa di masa hadapan. Apa itu red flag dalam hubungan?
Ikut tafsiran di media sosial, emoji Bendera Merah 🚩 popular digunakan untuk merujuk kepada "bendera merah" dalam perhubungan atau hubungan berpotensi— tanda seseorang itu tidak akan menjadi pasangan romantik yang baik atau mereka umumnya mempunyai personaliti yang buruk.
“In relationships, red flags are signs that the person probably can't have a healthy relationship and proceeding down the road together would be emotionally dangerous,” - Dr. Wendy Walsh, PhD, a clinical psychologist specializes in relationships.
Kenali Red Flag Untuk Elak Jadi Mangsa Dalam Hubungan Kenali 36 red flag untuk elak jadi mangsa konflik hubungan. Berikut merupakan perkongsian dari orang ramai tentang Red Flag berdasarkan pengalaman mereka sendiri.
Jom baca perkongsian dibawah supaya menjadi peringatan kepada orang lain supaya tidak menjadi mangsa.
1. Baru kenal tapi dah suruh turunkan berat badan. Beri pendapat yang menyakitkan hati dan kritikan seperti menghina.
2. Tak izinkan bekerja selepas berkahwin dan letak syarat-syarat mengarut seperti setiap keputusan berkaitan kerja perlu dapat izin dia.
3. Acah tahu semua perkara. Gaya bercakap tu jenis membangga diri dengan apa yang dia ada dan anggap orang lain tiada apa-apa.
4. Nak tahu semua aksess akaun sosial media seperti Facebook, Instagram, TikTok dan lain-lain.
5. Nak tahu passcode telefon dan suka check mesej dengan siapa di whatsapp.
6. Paksa pasangan untuk unfriend sahabat di alam maya yang berlainan jantina sedangkan dia bebas untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.
7. Berani pegang-pegang dan berbincang tentang perkahwinan waktu perjumpaan pertama.
8. Ajak berkahwin dan tinggal serta minta jaga mentua selepas kahwin.
9. Awal perkenalan lagi dah berani berborak tentang seks dan tanya pasangan open minded atau tidak. Open minded = terbuka untuk bercerita tentang seks.
10. Bandingkan pasangan dengan perempuan lain termasuk bekas teman wanita.
11. Suka mendiamkan diri secara tiba-tiba terutama bila tengah mesej.
12. Minta benda yang pelik-pelik seperti mintak baju yang dipakai pasangan sewaktu pertama kali keluar dating.
13. Sepanjang masa asyik bercerita tentang diri sendiri dan tak pernah tanya tentang pasangan.
14. Kutuk penampilan pasangan.
15. Minta gambar selfie setiap hari dan setiap jam.
16. Kutuk dan merendah-rendahkan minat pasangan.
17. Pasangan tak suka dan mengharapkan orang lain untuk buat keputusan.
18. Suka menipu walaupun perkara kecil.
19. Terlampau lebihkan kawan daripada pasangan.
20. Cemburu dan panas baran.
21. Baru kenal tapi asyik nak video call setiap hari.
22. Asyik bercerita dan mengungkit tentang kenangan dengan ex.
23. Baru berkenalan tak sampai sebulan dah berani pinjam duit dari pasangan.
24. Merahsiakan hubungan dan tak dedahkan tentang keluarga, kawan-kawan termasuk dekat mana tempat bekerja.
25. Menipu status perkahwinan. Sudah berkahwin dan ada anak dan isteri tapi mengaku bujang.
26. Sikap suka berahsia dalam semua perkara.
27. Pasangan ajak keluar tapi minta teman wanita untuk tanggung segala kos setiap kali keluar.
28. Suka play victim.
29. Setiap minggu bergaduh, sering diugut apabila pendapat tak sama, sering dipersalahkan, dimaki dan dihina serta paksa pasangan untuk ikut cakap dia.
30. Sambil lewa waktu diajak berbincang, kurang serius apabila melibatkan perancangan untuk masa hadapan. Takut untuk buat keputusan.
31. Lelaki kaki pukul, suka maki dan angkat tangan walaupun belum ada hubungan rasmi.
32. Asyik nak berkepit setiap masa dan kuat merajuk terutama bila lambat balas mesej.
33. Minta gambar bogel pasangan.
34. Suka memaksa dan cemburu buta.
35. Terlalu lama berada dalam fasa perkenalan, tidak menunjukkan mahu serius ke peringkat hubungan seterusnya.
36. Anak emak.
1
Kesimpulan
Kenal pasti tanda-tanda red flag dalam hubungan supaya kita tak terjebak dalam hubungan yang bermasalah seterusnya bakal jadi mangsa keganasan. Cegah sebelum parah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2022/08/RedFlad-Dalam-Hubungan-Elak-Jadi-Mangsa.html