Kenali 10 Ciri Baru Mate 10



Pada pandangan mata kasar anda, memandang sebuah telefon pintar mungkin biasa dan tidak tertarik dengan mana-mana spesifikasi biarpun ia kelihatan hebat di mata pengguna yang mementingkan ciri luar biasa pada peranti terbabit
Pada anda, telefon pintar adalah telefon pintar dan ia tidak lebih daripada sekadar mesin yang membuat panggilan atau menerima WhatsApp
Evolusi telefon pintar terlalu banyak tertumpu kepada pembangunan cip seperti pemprosesan, jumlah memori, rekaan dan sebagainya sehingga kadangkala anda berasakan ia bukan lagi sebuah peranti yang menepati cita rasa anda
Telefon pintar memerlukan revolusi baru, mungkin tidak hanya fokus pada rekaan melengkung tetapi kemudahan lain yang membezakan satu jenama dengan jenama lain
Oleh itu, langkah pengeluar seperti Huawei memperkenalkan tiga model, Huawei Mate 10, Mate 10 Pro dan Porche Design Mate 10 sememangnya menjadi titik pemula bagi evolusi baru kepada teknologi telefon pintar
Bukan lagi berkisar mengenai antaramuka depan dan kamera semata-mata, ia kini set perkomputeran lengkap bersesuaian untuk semua golongan meskipun sasarannya mungkin golongan profesional saja
Terdapat 10 ciri baru Mate 10 yang cukup membezakannya dengan telefon pintar lain di pasaran sehingga kita boleh menggelarkannya mesin masa depan. Antara yang diperhatikan termasuk:
CIRI pintar dalam siri Mate 10
1. Ciri kecerdasan pintar (AI)Terdapat beberapa ciri kecerdasan pintar (AI) yang mengoperasikan tiga model Mate 10 ini sehinggakan telefon terbabit seakan-akan robot sedang mengikuti anda
Keperluan AI bukan saja tertumpu pada pemprosesan malah ia turut membabitkan perisian yang memudahkan kehidupan
Misalnya, penggunaan AI dalam menterjemah bahasa sama ada melalui arahan suara atau teks yang 300 peratus lebih pantas berbanding telefon biasa selain boleh digunakan secara ‘online’ atau ‘offline’
Sehingga kini 50 bahasa disokong termasuk bahasa Malaysia hasil kerjasama Huawei dan Microsoft
Penggunaan terjemahan berdasarkan Google juga mampu diperoleh menggunakan AI nanti
2. Mod PCTerdapat model telefon yang memerlukan anda mempunyai dok khas bagi memuatkan telefon sebelum menyambungnya ke monitor
Namun lain pula dengan Mate 10 yang boleh dijadikan CPU dan satu kabel sudah cukup untuk menyambungkan ke monitor dan menukarnya menjadi set PC baru
Segala kerja boleh dipindahkan dengan pantas bersama kelengkapan kerja seperti pembentangan digital dan perkongsian fail
Telefon pula boleh ditukar menjadi pad sentuh seakan-akan anda menggunakan pada tengah pada laptop sendiri
Operasinya lancar dan tidak memerlukan pindah turun lain yang menyusahkan serta boleh membaca fail utama

HUAWEI Mate 10 masuk Malaysia dulu3. Paparan tanpa sempadanBanyak model telefon yang bersaiz besar namun ia sekadar ‘body’ saja apabila skrinnya pula tidak cukup puas
Huawei Mate 10 Pro dan Porche Design Mate 10 mempunyai skrin 6 inci 2160 x 1080 piksel OLED HDR yang nisbah skrinnya 18:9 cukup lebar untuk menonton, dua skrin kerja dan bermain game
Namun sebenarnya, skrin 6 inci terbabit dipasang pada saiz keseluruhan body 5.5 inci saja
Mate 10 pun begitu dengan 5.9 inci jenis 2K (2560 x 1400 piksel) RGBW HDR pada nisbah skrin 16:9
Jika mahu dibandingkan saiznya, Mate 10 Pro mempunyai rekaan panjang 154.2mm dan lebar 74.5mm namun skrin ditawarkan dengan skrin 6 inci serta 18:9 manakala iPhone 8 Plus pula pada saiz panjang 158.4m dan lebar 78.1mm namun ia hanya berskrin 5.5 inci (16:9)
4. Internet lebih lajuTerima kasih kepada ciri 4x4 MIMO, 256QAM serta 3CC CA iaitu aspek teknikal pada rangkaian, anda akan memperoleh telefon pintar 4.5G 1.2Gbps Cat.18 yang pertama di dunia
Maksudnya? Ia memberi kelajuan data sehingga 1.2Gbps yang menyokong Internet laju. Kini terpulang pada syarikat telekomunikasi menawarkan Internet yang pantas

HUAWEI Mate 10 Pro hebat
5. Dua kad SIM, semua 4GKedua-dua model, Mate 10 dan Mate 10 Pro datang dengan dua slot kad SIM, agak biasa bagi telefon pintar bukan
Tetapi, uniknya apabila kedua-dua slot menyokong rangkaian 2G, 3G dan 4G bermakna jika satu ‘line’ anda dipotong, guna saja slot kedua untuk menempatkan kad SIM prabayar
Ia pertama kali diperkenalkan di dunia dengan ciri dwi 4G dwi VoLTE
6. Takkan hilang isyarat GPSHuawei Geo dalam semua model mempunyai sensor navigasi pelbagai berdasarkan GPS, WiFi, G-sensor dan Gyro
Ia boleh mengekalkan posisi aplikasi berdasarkan GPS seperti Google Maps dan Waze meskipun tanpa isyarat, misalnya dalam terowong

KUASA tinggi Huawei Mate 10 untuk profesional
7. Bateri tahan lamaPada penggunaan aktif, berapa lama agaknya bateri mampu bertahan, enam jam atau tujuh jam? Mengikut maklumat awal, Mate 10 mempunyai penambahbaikan bateri sebanyak 30 peratus berbanding Mate 9
Bermakna, sekalipun anda pengguna aktif, ia masih bertahan sehari suntuk manakala penggunaan biasa pula selama dua hari
Ia diproses secara AI pada bateri berkapasiti 4000mAh, pengurusan tenaga pintar dan pemprosesan rendah tenaga Kirin 970 membolehkan 22 jam main video, 22 jam pelayaran Internet, 25 jam panggilan berasaskan 3G atau 80 jam main muzik
Untuk mengecas pula sudah pasti lebih pantas apabila mampu memperoleh 58 peratus bateri dalam tempoh 30 minit
8. Kamera, perlu ke?Perlukah kami bercakap soal kamera apabila ia membabitkan Huawei dan Leica? Dwilensa baru sememangnya hebat. Terdapat bukaan apertur jenis f1.6 yang pertama di dunia pada resolusi 12MP untuk RGB serta 20MP bagi monokrom
Ia bermakna, anda boleh memperoleh gambar ‘depth of field’ yang cantik, foto terperinci, fotografi pada pencahayaan rendah serta imej tanpa kabur
Setiap imej akan diproses secara AI apabila ia akan mengesan sehingga 13 jenis objek dirakam termasuk gambar binatang, manusia, makanan, teks, langit, pantai, mod malam, terbit matahari dan potret kemudian ‘mewarnakan’ imej secara asli serta nampak seakan-akan hidup
Ciri AI Swafoto pula mengesan bokeh secara terperinci dan menghasilkan potret lebih baik meskipun terdapat lebih daripada seorang dalam imej

PORCHE Design Mate 10
9. ProduktivitiSkrin lebar 18:9 bagi Mate 10 Pro sudah cukup untuk membaca teks lebih jelas. Bayangkan anda boleh melintangkan fon dan ia akan memaparkan e-mel yang di sebelah kiri menunjukkan senarai e-mel manakala kanan pula mempertontonkan e-mel penuh
Tidak cukup dengan itu, anda boleh lakukan pemecahan skrin kepada dua, mungkin satu untuk menonton video manakala satu lagi membalas teks rakan anda

SENSOR pintar kesan subjek
10. Huawei EasyTalkSistem mengesan suara ini membolehkan suara anda jelas kedengaran ketika membuat panggilan meskipun dalam keadaan berbisik
Pengguna di Malaysia boleh menempah model terbaru Huawei Mate 10 pada harga RM2,699 dan mula dijual pada 28 Oktober ini manakala warna yang ditawarkan adalah coklat atau hitam
Huawei Mate 10 Pro pula hanya akan diumumkan awal bulan depan
Siri Mate 10 menggunakan penprosesan Kirin 970 dan EMUI 8.0. Mate 10 mempunyai RAM 4GB dengan storan 64GB manakala Mate Pro pula datang bersama RAM 6GB serta storan 128GB

sumber

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://infolagi4u.blogspot.com/2017/10/kenali-10-ciri-baru-mate-10.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Samsung Galaxy S9 Dengan 2 Ciri Baru

Samsung Galaxy S9 Dengan 2 Ciri Baru

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 232 hits
Penguji berpeluang mencuba Samsung Galaxy S9 yang dilancarkan hari ini dan pastinya dua ciri baru Super Slow Mo dan emoji 3D menjadi pilihan Itu antara perubahan ketara pada kamera yang dipasang pada model baru Samsung Galaxy S9 ini selain ...
Duitnow 2 0 Bakal Diperkenalkan Pada Pertengahan Kedua 2020 Dengan Sejumlah Ciri Baru

Duitnow 2 0 Bakal Diperkenalkan Pada Pertengahan Kedua 2020 Dengan Sejumlah Ciri Baru

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 297 hits
https ift tt eA8V8J DuitNow merupakan salah satu inisiatif yang disediakan oleh pihak PayNet dalam memudahkan transaksi kewangan antara pengguna mahupun antara perniagaan Ia telah diperkenalkan pada 2018 yang lepas Buat masa ini DuitNow men...
Nokia 8110 Cara Lama Ciri Baru

Nokia 8110 Cara Lama Ciri Baru

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 264 hits
Selepas model 3310 Nokia kembali dengan satu lagi model lama yang diberi nafas baru Nokia 8110 Nokia 8110 datang dengan rangkaian 4G tapi sebagai kategori feature phone yang mempunyai papan kekunci dan telefon jenis longsor Ia lengkap denga...
Ciri Baru Twitter Memudahkan Proses Menghasilkan Bebenang Daripada Ciapan Lama

Ciri Baru Twitter Memudahkan Proses Menghasilkan Bebenang Daripada Ciapan Lama

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 193 hits
Twitter memperkenalkan Dengan ciri ini adalah lebih mudah berkongsi pendapat dengan lebih panjang lebar tanpa had aksara Hari ini mereka memperkenalkan sebuah lagi ciri bahari yang memudahkan lagi proses menghasilkan bebenang menggunakan ci...
5 Santapan Yang Tepat Bagi Anak Yang Baru Mengonsumsi Makanan Padat

5 Santapan Yang Tepat Bagi Anak Yang Baru Mengonsumsi Makanan Padat

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 215 hits
Ketika memasuki usia tujuh atau delapan bulan penting bagi bayi untuk mengonsumsi berbagai jenis makanan Selain ASI dan susu formula buah hati bisa mulai mengonsumsi sereal bayi daging atau protein lainnya buah sayur biji bijian yogurt dan ...
Makan Malam Azmin Pas Umno Dan Ppbm Tamat Tanpa Umum Kerajaan Baru

Makan Malam Azmin Pas Umno Dan Ppbm Tamat Tanpa Umum Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 387 hits
February 23 2020 11 03 PMAzmin Ali dan penyokongnya pada makan malam di Hotel Sheraton yang berlangsung selepas berpuluh kenderaan diiringi polis dilihat memasuki perkarangan Istana Negara petang tadi PETALING JAYA Majlis makan malam meliba...
Langsung Gabungan Baru Bersatu Umno Kem Azmin Gps Pas Warisan Di Istana Negara

Langsung Gabungan Baru Bersatu Umno Kem Azmin Gps Pas Warisan Di Istana Negara

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 366 hits
Diterbitkan Hari ini 6 20 petangBERITALANGSUNG Malaysiakini membawakan liputan langsung berkenaan perkembangan susulan pertemuan kumpulan kumpulan politik yang bermula pagi ini Sumber Bersatu Umno kem Azmin GPS PAS Warisan di Istana Negara7...
Annuar Musa Sahkan Kabinet Mahathir Baru Tunggu Pm Umum

Annuar Musa Sahkan Kabinet Mahathir Baru Tunggu Pm Umum

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 495 hits
JINAK MAHATHIR MUSUHNYA BERKECAISejak PRU lepas Tun mahathir di angkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 7 Kali ni corak pimpinan Tun berubah 360 Bukan seperti Tun dulu kerana Tun hari ini dilihat begitu lemah pendiam dan lembik Itu ...
Hidu Perubahan Bakal Berlaku Agamawan Malaysia Titip Pesan Buat Kerajaan Baru

Hidu Perubahan Bakal Berlaku Agamawan Malaysia Titip Pesan Buat Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 456 hits
Hari ini sebuk perkatakan mengenai peralihan kuasa dalam kerajaan Pakatan Harapan ketika ini dan tambahan lagi dengan kejutan beberapa parti sibuk mengadakan mesyuarat di beberapa lokasi Malah disaat ini satu Malaysia masih lagi berteka tek...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Utilizing Crowdfunding For Business

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Lunch Mee Tarik Warisan Asli Di Aeon Kulaijaya

Setiap Orang Ada Pakej

Makan Makan Di Rumah Terbuka Hari Raya

Ditutup Sementara Kfc Dibuka Semula Tanpa Logo Kolonel Sanders

Hiburan Bahaya 4000 Tesla Cybertruck Yang Terjual Dipanggil Semula Alami Masalah Pedal Pemecut Tersekat

Teruk Dikritik Di Media Sosial Agensi Le Sserafim Umum Akan Ambil Tindakan Tegas