Kenaikan Cukai Perkhidmatan Tidak Babitkan Keperluan Asas Rakyat


 


PUTRAJAYA: Kenaikan kadar cukai perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus yang berkuat kuasa mulai 1 Mac 2024 menumpukan kepada aktiviti berkaitan perkhidmatan kemahuan (discretionary) dan aktiviti antara perniagaan (B2B), demikian menurut Kementerian Kewangan (MOF).
Ia bagi memastikan rakyat tidak dibebani dengan kadar cukai kepenggunaan yang lebih tinggi khususnya dalam perkhidmatan keperluan penting seperti makanan dan minuman, parkir kenderaan, telekomunikasi serta logistik.

Peningkatan kadar cukai perkhidmatan itu tidak membabitkan perkhidmatan yang menjadi keperluan asas serta menjadi sebahagian daripada gaya hidup rakyat di negara ini.
Sebagai contoh, perkhidmatan yang banyak digunakan oleh rakyat seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan parkir kenderaan kekal dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus.
Ia termasuklah perkhidmatan logistik yang akan dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus.
Bagi perkhidmatan penghantaran makanan dan minuman, cukai perkhidmatan tidak akan dikenakan.
Bagi perkhidmatan elektrik, cukai perkhidmatan hanya dikenakan ke atas kadar penggunaan lebih daripada 600 kilowatt sejam (kWj).
Hampir 85 peratus pengguna elektrik berada di bawah ambang itu, dan tidak terkesan dengan kenaan cukai perkhidmatan berkenaan.
Cukai perkhidmatan juga tidak akan dikenakan kepada perkhidmatan air dirawat.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata bagi menjayakan transformasi ekonomi, kerajaan mengambil pendekatan yang berhati-hati dalam usaha mereformasi sistem percukaian negara.

Beliau berkata, meskipun adanya keperluan untuk mengembangkan hasil negara, kerajaan perlu menimbangkannya dengan mengambil kira keperluan melindungi rakyat daripada beban berlebihan.
"Kerajaan perlu memperluas asas cukai demi memperkukuh asas fiskal negara ke arah pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan seperti mana digariskan di bawah kerangka Ekonomi MADANI.
"Pada masa sama, kerajaan turut giat merangkul seluruh kekuatan dan tenaga bagi melaraskan semula trajektori ekonomi negara merangkumi amalan perbelanjaan yang berhemat, mengurangkan ketirisan serta menarik pelabur langsung asing (FDI)," katanya dalam satu kenyataan.
MOF berkata, sistem percukaian yang ditambah baik dijangka meraih tambahan hasil yang dianggarkan sebanyak RM3 bilion kepada negara.
Ia berkata, hasil tambahan itu dapat dimanfaatkan untuk menambah baik bantuan bersasar kepada rakyat selain memperbanyak penambahbaikan dan penyelenggaraan prasarana awam kritikal seperti kesihatan, sekolah dan jalan raya.
Menurut Peraturan-peraturan Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2024 yang telah diwartakan pada 23 Februari 2024, semua perkhidmatan bercukai yang disenarai dalam Jadual Pertama, Peraturan-peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 akan dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar lapan peratus.
Ia termasuklah perkhidmatan bercukai yang diimport dan perkhidmatan digital.
Di samping itu, liputan cukai perkhidmatan turut akan diperluas bagi menyelaras dan memberi layanan cukai sama rata ke atas perkhidmatan tertentu dalam industri yang sama.
Sebagai contoh, pusat karaoke yang berunsur hiburan akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak lapan peratus, sama seperti pusat-pusat hiburan lain yang merangkumi kelab malam, dewan tari menari, kabaret dan pusat kesejahteraan.
Perkhidmatan broker dan penajajaminan, yang kini hanya dikenakan kepada perkhidmatan kewangan akan diperluas kepada perkhidmatan industri broker lain seperti broker kapal/kapal terbang, komoditi dan hartanah.
Bagi membolehkan syarikat melaksanakan perubahan dalam cukai perkhidmatan, kerajaan bersetuju dengan tarikh pelaksanaan berikutnya iaitu 1 Mac 2024 bagi orang berdaftar sedia ada menyediakan perkhidmatan bercukai sedia ada dan orang berdaftar sedia ada menyediakan perkhidmatan bercukai baharu, sementara orang berdaftar baharu menyediakan perkhidmatan bercukai baharu adalah 1 April 2024.

Kerajaan menjangkakan perubahan itu tidak menyebabkan kenaikan mendadak kepada harga perkhidmatan, sekali gus tidak akan membawa kejutan kepada ekonomi.
Ia berikutan kenaikan kadar cukai sebanyak dua mata peratusan ituhanya membabitkan beberapa perkhidmatan bercukai - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2024/02/kenaikan-cukai-perkhidmatan-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Dijangka Peroleh Rm3 45 Bilion Hasil Tambahan Cukai Perkhidmatan

Kerajaan Dijangka Peroleh Rm3 45 Bilion Hasil Tambahan Cukai Perkhidmatan

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 282 hits
Menurut Kementerian Kewangan kerajaan dijangka menjana hasil tambahan RM3 45 bilion daripada peluasan skop cukai perkhidmatan dan perubahan kadar daripada 6 kepada 8 KUALA LUMPUR Kerajaan dijangka memperoleh tambahan hasil berjumlah RM3 45 ...
Perbezaan Cukai Jualan Dan Cukai Perkhidmatan

Perbezaan Cukai Jualan Dan Cukai Perkhidmatan

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 298 hits
Tahukah anda Cukai Perkhidmatan merupakan salah satu daripada dua jenis cukai yang merangkumi SST Penting untuk kita ketahui bahawa perubahan kadar cukai baru baru ini hanyalah melibatkan Cukai Perkhidmatan dan bukan Cukai Jualan Kami kongs...
Permohonan Bantuan Awal Ipt Terengganu Dan Bantuan Sambung Belajar Rakyat Terengganu

Permohonan Bantuan Awal Ipt Terengganu Dan Bantuan Sambung Belajar Rakyat Terengganu

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 342 hits
Bantuan Awal IPT Terengganu merupakan inisiatif daripada kerajaan negeri Terengganu yang diperkenalkan untuk memberi sokongan kepada para mahasiswa dalam melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi Bagi para mahasiswa anda boleh mengetahui be...
Peluang Rakyat Pahang Berkhemah Bersama Tengku Hassanal Ibrahim Shah Bermula 3 Mac Ini

Peluang Rakyat Pahang Berkhemah Bersama Tengku Hassanal Ibrahim Shah Bermula 3 Mac Ini

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 342 hits
KUANTAN Penggemar aktiviti perkhemahan dan orang ramai dijemput menyertai Program Jom Berkhemah Bersama Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sempena Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024 yang bermula 3 Mac ini Exco K...
Keluar Dewan Pn Sia Siakan Peluang Bela Rakyat Kritik Kerajaan

Keluar Dewan Pn Sia Siakan Peluang Bela Rakyat Kritik Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 223 hits
Tindakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional meninggalkan Dewan Rakyat semalam merupakan suatu aksi yang membelakangkan titah Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang mahu setiap anggota dewan menjalankan tugas semak imbang sebaik baiknya dan...
Pesan Prabowo Ke Anak Muda Cari Kekayaan Dengan Tidak Merampok Uang Rakyat

Pesan Prabowo Ke Anak Muda Cari Kekayaan Dengan Tidak Merampok Uang Rakyat

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 249 hits
Prabowo berpesan kepada para wisudawan dan wisudawati agar melandasi setiap langkahnya dengan mengutamakan kepentingan rakyat
Chaos In Dewan Rakyat After Bersatu Mp Says Pressured To Support Pm

Chaos In Dewan Rakyat After Bersatu Mp Says Pressured To Support Pm

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 317 hits
Chaos erupted in the Dewan Rakyat today after a Bersatu MP said he had been pressured and threatened multiple times to pledge his support for Prime Minister Anwar Ibrahim Wan Saiful Wan Jan told the Dewan Rakyat that he had been contacted n...
Tengku Hassanal Memperkenalkan Berjelajah Sungai Pahang Untuk Berhubung Dengan Rakyat

Tengku Hassanal Memperkenalkan Berjelajah Sungai Pahang Untuk Berhubung Dengan Rakyat

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 147 hits
KUANTAN Yang di Pertuan Muda Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri yatuddin Al Mustafa Billah Shah akan berinteraksi dengan rakyat melalui Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024 yang akan berlangsung dari 3 hing...
The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Kes Tuntutan Palsu Rm450 Juta Datuk Dicekup Lagi

Continuous Learning In Business

Mma No May 6 Symbolic Walk Of Healthcare Practitioners Just Peaceful Gathering Of Mostly Gps

Xiaomi Dilapor Akan Bekerjasama Dengan Huawei Dan Bbk Lancar Os Bebas Google

Suplemen Pesakit Ckd Dan Ihd

Ketua Polis Pahang Nasihat Orang Ramai Agar Hormati Undang Undang Jangan Ceroboh Tanah Kerajaan

Anaheim Car Owners Are Turning To This Hassle Free Option


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sbdj Siri 225 Penunggu Bilik

Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Ada Tak Orang Menyesal Lepas Berdoa

Saya Cuba Jadi Morning Person Tapi Terjaga Pukul 3 Petang Kisah Sedih Seorang Pejuang Snooze