Kena Tuduh Mentekedarah Duit Pun Boleh Tersengeh Lagi


KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas 45 pertuduhan melibatkan 10 pertuduhan pecah amanah dan lapan pertuduhan menerima suapan berjumlah lebih  RM42 juta serta 27 pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah lebih RM72 juta.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibaca dihadapan hakim Azura Alwi.

Ahmad Zahid yang berbaju batik merah kelihatan tenang di kandang tertuduh sepanjang pertuduhan dibacakan oleh tiga jurubahasa selama hampir sejam.

Bagi sepuluh pertuduhan pertama, Ahmad Zahid sebagai seorang agen iaitu pemegang amanah Yayasan Akalbudi didakwa pecah amanah wang berjumlah keseluruhan RM 20, 833,132.99 antara 13 Januari 2014 dan 11 Januari 2016 di Affin Bank Berhad cawangan Jalan Bunus No. 133 Jalan Bunus off Jalan Masjid India Kuala Lumpur.

Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum dua puluh tahun dengan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Sementara itu bagi pertuduhan ke-11 hingga ke-18 pula, Ahmad Zahid didakwa secara rasuah menerima  suapan daripada tiga syarikat berbeza iaitu Syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Syarikat Data Sonic Group Berhad, Syarikat Profound Radiance Sdn Bhd.

Ahmad Zahid didakwa menerima wang bernilai RM21,250,000 melalui  29 keping cek dari Public Islamic Bank, RHB Islamic Bank, dan Maybank.

Ianya sebagai dorongan untuk beliau iaitu Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri Malaysia bagi melakukan suatu transaksi untuk membantu Syarikat Mastoro, Syarikat Data Sonic dan Syarikat Profound mendapatkan projek-projek MyEG, melaksanakan penambahan pembekalan cip pasport selama lima tahun atau 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman biodata polycarbonate Pasport Malaysia untuk Jabatan Imigresen Malaysia serta sebagai pengendali perkhidmatan onestop centre di Pakistan dan Nepal di bawah kendalian Kementerian Dalam Negeri.

Kesalahan-kesalahan itu didakwa dilakukan antara 15 Julai 2016  dan 15 Mac 2018 di Malayan Banking Berhad cawangan Dataran Maybank aras 1 Tower A, Dataran Maybank No.1, Jalan Maarof Bangsar, Kuala Lumpur.

Dakwaan bagi kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 16(a) (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Sementara itu Ahmad Zahid juga menghadapi 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM72,063,618.15.

Bagi pertuduhan pertama sehingga ke-25, beliau didakwa melakukan kesalahan itu dengan melibatkan diri secara langsung dalam transaksi hasil aktiviti haram iaitu dengan memberi arahan untuk mendepositkan wang antara RM600,000.00 hingga RM9.35 juta ke dalam dua akaun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Malayan Banking Berhad, cawangan Dataran Maybank, Aras 1, Tower A, No. 1 Jalan Maarof, Bangsar antara 27 Mei 2016 hingga 11 April 2018.

Bagi pertuduhan ke-26, Zahid didakwa melakukan perbuatan sama dengan memberi arahan berhubung pembelian dua buah rumah banglo di Mukim Kajang, Hulu Langat bernilai RM5.9 juta, di tempat sama pada 9 Januari 2017.

Sementara itu bagi pertuduhan terakhir Zahid didakwa melakukan kesalahan serupa dengan mengarahkan Omar Abdullah, 46, untuk mengubah wang tunai berjumlah RM6,885.270.20 kepada 30 keping cek yang kemudiannya diserahkan kepada Tetuan Lewis & Co. untuk pembelian Simpanan Tetap di Maybank, yang mana ia merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Kesalahan itu didakwa di lakukan di Marhaba Enterprise Sdn. Bhd, LG 1.15, Fahrenheit88, 179 Jalan Bukit Bintang, dekat sini pada 29 Mac 2016 dan 15 Julai 2016.

Pendakwaan untuk kesemua pertuduhan berkenaan adalah mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM2 juta.

Tiada bantahan berhubung jumlah jaminan oleh barisan peguam Ahmad Zahid. Bagaimanapun Hisyam Teh Poh Teik memohon jumlah jaminan itu dibayar secara ansuran.

Mahkamah kemudian membenarkan Ahmad Zahid dilepaskan dengan jaminan RM2 juta yang dibuat secara ansuran iaitu RM1 juta dibayar hari ini dan bakinya dijelaskan dalam tempoh satu minggu.

Mahkamah juga memerintahkan supaya bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan kes ditetapkan untuk  sebutan pada 14 Disember depan.

Selain Gopal Sri Ram, pendakwaan turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, Mohamad Mustaffa P Kunyalam dan Nadia Mohd Izhar

Sementara itu peguam Kitson Foong, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, Hamidi Mohd Noh dan Syahrul Shazwan Salehin antara barisan peguam Ahmad Zahid.

Antara yang hadir mengikuti prosiding pagi ini adalah Timbalan Presiden Umno, Datuk Sri Mohamad Hasan  Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Khaled Nordin; Ketua Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Wanita Umno, Datuk Dr. Noraini Ahmad dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kluangmanexpress.blogspot.com/2018/10/kena-tuduh-mentekedarah-duit-pun-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ebook Tak Ada Duit Boleh Beli Rumah Ke

Ebook Tak Ada Duit Boleh Beli Rumah Ke

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 280 hits
Apa yang anda akan dapat dalam ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke 7 sebab utama kenapa anda wajib melabur dalam pelaburan hartanah yang ramai orang tak Tahu Betul ke boleh beli rumah tanpa letak sebarang downpayment 3 cara berkesan yang a...
Ombak Pun Boleh Jadi Duit

Ombak Pun Boleh Jadi Duit

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 482 hits
Bakat melukis yang dimiliki oleh wanita muda ini berjaya mencuri tumpuan netizen selepas karyanya dimuat naik di Twitter pada Ahad Karya Nornasha Shafiqa Anuar 21 bertemakan laut dalam dan ombak itu turut menarik minat pengguna Twitter untu...
Error 0x00000709 Printer Yang Tidak Boleh Set Default

Error 0x00000709 Printer Yang Tidak Boleh Set Default

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 281 hits
Artikel ini adalah sebahagian dari catatan tugasan DIY dimana masalah error ini akan terjadi bila selesai memasang printer driver di pc windows Walaupun bukan setiap kali dapat gangguan error tersebut tapi bila dia muncul automatically akan...
Macam Macam Hidangan Bihun Korang Boleh Cuba Sendiri Sedapnyaa Alahaii Dapat Makan Panas Panas

Macam Macam Hidangan Bihun Korang Boleh Cuba Sendiri Sedapnyaa Alahaii Dapat Makan Panas Panas

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 337 hits
Selain bihun goreng biasa korang yang ada banyak stok bihun kat dapur tu boleh lah cuba aneka resipi berasaskan bihun ni Ada beberapa resipi bihun yang susah nak dapat di luar seperti mee siam berkuah dan juga bihun Singapura jadi lebih bai...
Guan Eng Yb Boleh Tunjukkan Di Mana Saya Kata Sst Akan Turunkan Harga Barang

Guan Eng Yb Boleh Tunjukkan Di Mana Saya Kata Sst Akan Turunkan Harga Barang

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 284 hits
Lim Guan Eng Foto FMTMenteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini menafikan beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan boleh menurunkan harga barangan pengguna Dalam sesi Parlimen hari ini Lim Guang Eng ...
Makanan Makanan Yang Boleh Menjejaskan Diet Lelaki

Makanan Makanan Yang Boleh Menjejaskan Diet Lelaki

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 270 hits
Kebiasaannya kita mendenger isitlah diet ini lebih kepada wanita akan tetapi pada zaman sekarang diet juga kerap diamalkan oleh lelaki kerana mereka takut gemuk atau boroi Selain berdiet juga lelaki sekarang suka menjaga penampilan diri den...
Wanita Boleh Menjadi Lembut Dan Boleh Berubah Menjadi Keras

Wanita Boleh Menjadi Lembut Dan Boleh Berubah Menjadi Keras

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 330 hits
Terbaca kisah kisah ceraikan isteri sebab dah ada isteri baru sedih sangat Semoga Allah selamatkan kita semua dari hati yang mati Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa Doakan yang baik sahaja untuk semua Satu sahaja saya nak cakap untuk ing...
Cari Servis Artikel Advertorial Yang Paling Murah Atau Yang Boleh Menepati Kriteria

Cari Servis Artikel Advertorial Yang Paling Murah Atau Yang Boleh Menepati Kriteria

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 259 hits
Saya rasa saya dah agak lama tak menerima sebarang job untuk menulis artikel review mahupun tugas menulis artikel advertorial Permintaan itu masih ada cuma saya rasa saya nak berehat dulu Sebagai seorang penulis blog sudah tentu saya ada pe...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Senarai Cerita Filem Terbaru 2024 Di Pawagam

Habiskan Duit Bayar Kepada Pakar Yang Pandai Beri Penjelasan Cara Dia Hilangkan Masalah

Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024