Kena Tangkap Khalwat Tapi Masih Tidak Insaf
Pegawai Tentera Berstatus Suami Dan Isteri Orang Ditangkap Khalwat Buat Kali Yang Kedua
Setiap hari pasti ada berita yang kita dengar tentang kejadian khalwat, tidak kira status dan umur mereka. Baru-baru ini, tular di media sosial di mana seorang lelaki bersama beberapa anggota polis telah menyerbu dan menangkap pasangan kekasih yang masing-masingnya berstatus suami dan isteri orang.
Rakaman video yang dimuat naik oleh individu dikenali sebagai Mohd Kareem itu berkata, dia terpaksa post kisah ini disebabkan kedua-duanya sudah berkahwin dan bekerja sebagai pegawai tentera.
Menurutnya lagi, ini adalah tangkapan yang kedua buat dua individu berkenaan! Tangkapan pertama mereka berlaku di Kem Sungai Besi pada September 2016. Manakala tangkapan kedua pula pada 17 April lalu di sebuah hotel empat bintang di Cyberjaya pada jam 3 pagi, selepas menerima maklumat dari orang awam.
Melalui entri itu, lelaki tersebut turut memuat naik video sebagai bukti yang dia tidak mereka-reka cerita. Dia juga mahu buktikan kepada ibu wanita itu bahawa cerita yang disampaikan bukanlah rekaan semata-mata.
Berdasarkan video berdurasi 50 saat itu, lelaki yang merakam masuk ke dalam bilik hotel selepas dibuka oleh seorang lelaki berbaju putih. Pasangan itu mengambil masa 30 minit untuk membuka pintu selepas diketuk beberapa kali. Perakam itu kemudian berjalan menuju ke bilik air dan sebaik sahaja membuka pintu, dia menjumpai wanita itu yang sedang menyorok sebelum bertindak memukul di bahagian mukanya.Dia kemudian menyuruh wanita itu keluar sebelum menuju ke arah lelaki berkenaan dan memukulnya di bahagian belakang sambil berkata,Haritu dah kena tangkap, (masih) degil. Kau buat apa dekat sini, ha?” kata perakam berkenaan.
Wanita itu pula boleh didengari berkali-kali memberi alasan,
Aku tidur sini la.”
Dia menjelaskan bahawa pasangan itu tidak serik dan masih melakukan perkara yang sama walaupun pernah ditangkap sebelum ini. Katanya lagi, tujuan video itu dimuat naik adalah untuk membersihkan nama dan maruahnya yang telah tercalar kerana terdapat sesetengah pihak mendakwa bahawa dia menipu.Kedua-dua pegawai tentera itu dikatakan akan didakwa di Mahkamah Syariah Daerah Sepang pada 25 Oktober ini dan berdepan dengan hukuman penjara maksimum 3 tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali.
Harapnya lepas tangkapan kedua ini, takdelah ulang kesalahan yang sama. Moga kedua-duanya bertaubat…
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adajew.net/2019/10/kena-tangkap-khalwat-tapi-masih-tidak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29