Kena Kompaun Rm1 000 Keluar Beli Barang Saya Simpati Tapi Tindakan Kami Wajar Kata Ketua Polis Sabah


 
Sekumpulan penduduk yang mahu ke pekan Tenom untuk membeli barang keperluan baru-baru ini, dikenakan kompaun RM1,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP).KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah Hazani Ghazali mempertahankan tindakan pihaknya mengenakan kompaun RM1,000 terhadap lapan penduduk pedalaman negeri ini yang keluar membeli barang keperluan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) berkuatkuasa.
Hazani bersimpati dengan penduduk terbabit, namun menegaskan ia dibuat demi memberi kesedaran kepada orang ramai terhadap pentingnya mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Menjelaskan kejadian pada 27 Jan itu, Hazani berkata penduduk kampung berkenaan menaiki kenderaan “sapu” atau tanpa permit, menuju ke pekan Tenom untuk membeli barang keperluan.
“Pemandu ‘kereta sapu’ ini cuba mengaut untung lebih dengan membawa lebih 50% daripada kapasiti penumpang yang dibenarkan.
Hazani Ghazali.“Kompaun diberikan kepada pemandu terbabit, begitu juga dengan penumpangnya kerana mereka juga didapati melanggar SOP.
“Saya sangat bersimpati kepada penduduk kampung ini, mereka tidak tahu sangat (berkenaan SOP) tetapi oleh kerana si pemandu kereta sapu yang mahu mengaut untung lebih, polis kena ambil tindakan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Sabah.
Hazani berkata, berikutan kejadian yang tular itu, beliau menyeru pemimpin peringkat komuniti supaya meningkatkan kesedaran berkaitan SOP kepada penduduk kampung supaya kejadian sama tidak berulang.
Katanya, kejadian itu ada kaitan dengan kurangnya pemahaman penduduk kampung khususnya di pedalaman berhubung SOP serta PKP yang sedang berkuatkuasa.
“Pemimpin komuniti seperti ketua kampung, JKKK (jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung) dan lain-lain perlu memainkan peranan untuk memperluaskan serta meningkatkan kesedaran penduduk kampung,” katanya.
Dalam pada itu, Hazani turut berpendapat kejadian berkenaan yang ditularkan adalah satu bentuk provokasi terhadap pasukan keselamatan yang selama ini banyak menggunakan budi bicara dalam menguatkuasakan PKP.
“Jika polis melaksanakan sepenuhnya SOP PKP yang dikuatkuasakan selama ini, maka lebih banyak kompaun akan dikenakan.
“Sehubungan itu, polis kontinjen Sabah menasihatkan orang awam terutama rakyat di negeri ini agar patuh SOP yang dikuatkuasakan dalam usaha melandaikan pandemik Covid-19 ini,” katanya.
Terdahulu, sekumpulan penduduk kampung di Tenom meluahkan kesedihan kerana dikompaun RM1,000 untuk ke pekan bagi membeli barang keperluan.
Lapan penduduk itu termasuk warga emas dari beberapa kampung. Mereka ditahan dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Tenom untuk dikeluarkan kompaun kerana bas dinaiki melebihi kapasiti 50% penumpang seperti ditetapkan.
Mereka mendakwa tindakan melakukan perjalanan ketika itu kerana kesukaran untuk berulang-alik dengan kerap berikutan jarak ke pekan Tenom dari kampung agak jauh. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/02/kena-kompaun-rm1000-keluar-beli-barang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keluar Beli Barang Bukan Bersuka Ria Netizen Berang 8 Penduduk Miskin Sabah Dikompaun

Keluar Beli Barang Bukan Bersuka Ria Netizen Berang 8 Penduduk Miskin Sabah Dikompaun

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 190 hits
Pada 27 Januari 2021 8 penduduk termasuk warga emas dari beberapa kampung ditahan dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Tenom untuk dikeluarkan kompaun kerana bas dinaiki mereka melebihi kapasiti 50 penumpang seperti ditetapkan Bukan pergi...
Nurul Hidayah Cari Peniaga Tular Mahu Tolong Bayar Kompaun Rm1 000

Nurul Hidayah Cari Peniaga Tular Mahu Tolong Bayar Kompaun Rm1 000

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 387 hits
Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid simpati dengan nasib orang ramai yang berdepan kesukaran akibat pandemik Covid 19 Foto ihsan Instagram LimaTangoNovZulu PETALING JAYA 9 Feb Insiden seorang peniaga yang dikompaun pihak polis kerana didakwa me...
Polis Anggota Tentera Di Tipu Beli Kenderaan Toyota C Hr Harga Semurah Hanya Rm18 000

Polis Anggota Tentera Di Tipu Beli Kenderaan Toyota C Hr Harga Semurah Hanya Rm18 000

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 304 hits
KUANTAN Hasrat seorang tentera darat untuk membeli sebuah kenderaan jenis Toyota C HR pada harga semurah RM18 000 akhirnya punah akibat ditipu penjual Kejadian bermula pada 20 Januari lalu apabila lelaki berusia 22 tahun tersebut melayari l...
Tindakan Orang Asli Buat Sekatan Sendiri Tak Salah Kata Polis

Tindakan Orang Asli Buat Sekatan Sendiri Tak Salah Kata Polis

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 201 hits
Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat menandatangani gambar memaparkan petugas barisan hadapan yang akan diserahkan kepada polis di negeri itu KOTA BHARU Tindakan penduduk Orang Asli suku Temiar di Pos Sendrop Gua Musang melakukan sekatan di l...
Isu 8 Penduduk Miskin Sabah Dikomp4un Ini Respon Pesuruhjaya Polis Sabah

Isu 8 Penduduk Miskin Sabah Dikomp4un Ini Respon Pesuruhjaya Polis Sabah

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 180 hits
Pada 27 Januari 2021 8 penduduk termasuk warga emas dari beberapa kampung ditahan dan dibawa ke ibu pejabat p0lis daerah Tenom untuk dikeluarkan kompaun kerana bas dinaiki mereka melebihi kapasiti 50 penumpang seperti ditetapkan
Berhati Hati Sebelum Beli Komputer Riba Dalam Talian Kata Persatuan Pengguna

Berhati Hati Sebelum Beli Komputer Riba Dalam Talian Kata Persatuan Pengguna

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 271 hits
MALAYSIA NOW CAP kesa beberapa sindiket penipuan yang menggunakan keldai wang untuk menipu transaksi wang Pembelian peranti di kedai fizikal mampu mengelak diri ditipu penjual dalam talian Gambar Bernama Pelajar dan ibu bapa disarankan untu...
Polis Pantau Perjalanan Pedati Tindakan Tegas Terhadap Individu Ingkar Sop

Polis Pantau Perjalanan Pedati Tindakan Tegas Terhadap Individu Ingkar Sop

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 180 hits
Tan Sri Abdul Hamid Bador KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia Bukit Aman mengambil perhatian khusus mengenai keputusan yang hanya membenarkan pergerakan membawa pedati dari Kuil Sri Maha Mariammanm Jalan Tun H S Lee ibu negara ke Kuil Sri Su...
Bukan Nak Tangkap Ibu Curi Ubat Untuk Anak Terkejut Ketua Polis Pj Datang Bagi Bantuan

Bukan Nak Tangkap Ibu Curi Ubat Untuk Anak Terkejut Ketua Polis Pj Datang Bagi Bantuan

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 393 hits
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal menyampaikan sumbangan kepada Norhidayah Hamid di PPR Lembah Subang hari ini PETALING JAYA Ibu berusia 36 tahun ini hilang pekerjaan sebagai pengasuh suaminya yang membaiki lif juga ti...
Patut Pun Rakyat Sabah Tolak Dia Jadi Ketua Menteri

Patut Pun Rakyat Sabah Tolak Dia Jadi Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 227 hits
Menangis bahagia sangat di Semporna 2hari disini dapat 490 orang masuk Islam mengucap syahadah dari 4 buah kampung Niat kerana dengar orang memerlukan bekalan makanan terus ke kawasan Bajau Laut yang tiada negara Melihat hidup mereka hidup ...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha