Kemuliaan Mati Syahid


"Dan jangan sekali-kali kamu menyangka orang yang terbunuh (gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki." (Surah Ali ‘Imran: 169)


Pada asasnya, kita tidak boleh menentukan dengan khusus atau mengatakan seseorang itu mati syahid kecuali mereka yang telah dipersaksikan oleh Rasulullah SAW atau yang telah disepakati oleh umat atas kesyahidannya, kerana hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui hakikat seseorang itu sama ada syahid atau sebaliknya.

Syahid itu terbahagi kepada tiga jenis mengikut pandangan jumhur ulama, iaitu:

Pertama: Syahid Dunia dan Akhirat

Iaitu orang-orang beriman yang ikhlas berjuang di jalan Allah untuk meninggikan syiar agama dan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata serta mati di medan peperangan. Mereka tidak lagi berada dalam keadaan hayah mustaqirrah (masih hidup) sebelum berakhirnya peperangan dengan golongan musyrikin (Rujuk: Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 2/164; Al-Iqna’, 1/414-415)

Dia dianggap syahid akhirat kerana di sisi Allah mereka mendapat pahala syahid dan dianggap sebagai syahid dunia kerana mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan dan tidak disolatkan. Bahkan mereka ditanam secara terus bersama dengan darah dan pakaian mereka. (Rujuk: Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 2/164; Al-Iqna’, 1/414)

Hal ini berdasarkan hadis daripada Saidina Jabir R.A bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya: "Nabi SAW pernah menghimpunkan dua lelaki dari mereka yang telah dibunuh di (peperangan) Uhud seraya baginda bertanya kepada mereka siapakah antara mereka yang mempelajari lebih banyak Al-Qur'an? Dan ketika salah seorang dari mereka ditunjuk, baginda mengarahkannya agar diletakkannya di lahad (kubur) terlebih dahulu. Baginda bersabda "saya saksi ke atas mereka." Maka baginda memerintahkan supaya mereka dikebumikan dengan darah mereka, tidak boleh disolatkan, dan mereka tidak boleh dimandikan." Riwayat al-Bukhari (1347)

Kedua: Syahid Dunia

Sesiapa yang meninggal dunia kerana berperang di jalan Allah tetapi dalam masa yang sama melakukan mawani’ al-syahadah (perkara yang menghalang daripada mendapatkan syahid) seperti berjuang di jalan Allah kerana inginkan ghanimah (harta rampasan) semata-mata atau berjuang untuk dikatakan berani atau untuk mendapatkan kedudukan di sisi manusia atau seumpamanya (dengan tujuan keduniaan), maka dia dianggap syahid dunia iaitu tidak disolatkan, dikafakankan dan dimandikan. Sementara itu dia tidak dianggap sebagai syahid akhirat iaitu tidak mendapat pahala syahid yang sempurna dan urusannya di akhirat adalah antara dia dengan Allah SWT. (Rujuk: Syarah al-Nawawi ‘ala Muslim, 2/164; Syarh Mukhtasar al-Kharqi, 72/14)

Ketiga: Syahid Akhirat

Adapun syahid akhirat ialah selain daripada golongan yang telah disebutkan di atas, iaitu sesiapa yang syahid bukan di medan peperangan akan tetapi disebutkan dalam hadis dengan istilah syahid.

Contohnya seperti orang yang meninggal dunia kerana penyakit perut, taun, ditimpa runtuhan bangunan dan lain-lain sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis sebagai syahid.

Mereka dikurniakan dengan pahala dan ganjaran sebagai orang yang syahid di akhirat tetapi ganjarannya tidak sama dengan golongan yang pertama (syahid dunia dan akhirat).

Adapun hukumnya di dunia adalah sama seperti kebiasaan orang yang meninggal dunia iaitu wajib dimandikan, dikafankan dan disolatkan. (Rujuk: Syarah al-Nawawi ‘ala Muslim, 2/164; Syarh Mukhtasar al-Kharqi, 72/14).

Di samping itu, terdapat juga hadis-hadis lain yang tidak dapat kami sebutkan di sini kerana jumlahnya yang banyak.

Secara ringkasnya, di sini kami simpulkan beberapa golongan yang diberi pahala syahid akhirat berdasarkan banyaknya hadis sahih yang menyebutkan sebab-sebab kesyahidan (tersebut) serta ia merupakan ciri-ciri yang masyhur dalam kalangan para ulama, antaranya seperti berikut:
Orang yang mati kerana penyakit berjangkit. Orang yang mati kerana penyakit perut. Orang yang mati lemas. Orang yang mati dihempap bangunan. Orang yang mati kerana kebakaran. Orang yang mati kerana dizalimi. Orang yang mati kerana berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim. Orang yang mati dalam keadaan menuntut ilmu. Wanita yang mati ketika bersalin. Orang yang mati kerana mempertahankan agamanya, nyawanya, hartanya dan keluarganya. (Rujuk: Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 13/62-63; Fath al-Bari, 6/51-52)

Kelebihan mati syahid

Daripada Miqdam bin Ma’dikarib, Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya; "Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu: 1) Diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar, 2) melihat tempatnya didalam syurga, 3) dilindungi dari azab kubur, 4) terjamin keamanannya dari malapetaka besar merasakan kemanisan iman, 5) dikahwinkan dengan bidadari, 6) diperkenankan memberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya."

Kesimpulan

Namun, kita hendaklah sedar bahawa hakikat sebenar seseorang mendapat ganjaran syahid atau sebaliknya hanyalah Allah SWT sahaja yang mengetahui kerana mati syahid merupakan satu kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambanya yang terpilih sahaja.

Wallahu a'lam.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2024/05/3-jenis-mati-syahid-dan-kemuliaannya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Benarkah Orang Yang Syahid Tidak Merasakan Sakit Mati

Benarkah Orang Yang Syahid Tidak Merasakan Sakit Mati

papar berkaitan - pada 21/5/2024 - jumlah : 248 hits
Daripada Abu Hurairah r a bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya Seorang yang mati syahid tidak mendapati rasa sakit dibunuh melainkan sepertimana seseorang daripada kamu merasai rasa qarsah Qarsah ialah rasa dicubit berdasarkan pengertian...
Anggota Tni Al Tembak Mati Warga Di Makassar Keluarga Minta Koptu Sb Dihukum Berat

Anggota Tni Al Tembak Mati Warga Di Makassar Keluarga Minta Koptu Sb Dihukum Berat

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 122 hits
Pomal Lantamal VI Makassar masih menahan Koptu SB yang terjerat kasus penembakan dua remaja Sementara keluarga korban berharap tersangka pelaku dihukum berat
Pengedar Berlebihan Korea Ditipu Dengan Prosesor Core I9 14900k Tanpa Penyebab Mati

Pengedar Berlebihan Korea Ditipu Dengan Prosesor Core I9 14900k Tanpa Penyebab Mati

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 139 hits
Penipu semakin putus asa atau pintar Kali ini mangsanya adalah seorang overclocker Korea Selatan yang tertipu dengan Intel Core i9 14900K palsu Overclocker Safedisk dilaporkan membeli 14900K non retail dari seorang pedagang China yang prakt...
Sepuluh Perkara Tetap Mengalir Pahalanya Setelah Mati

Sepuluh Perkara Tetap Mengalir Pahalanya Setelah Mati

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 234 hits
Oleh Abdurrazzaq bin Abdul Muhsin al Badr Bismillahirrahmanirrahim Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam Selawat dan salam semoga selalu tercurah kepada Rasul mulia Nabi kita Muhammad dan kepada keluarga dan seluruh sahabat beliau Amma ...
Dah Ada Yang Mati Dihempap Pokok Tumbang Baru Nak Terhegeh Hegeh Buat Peraturan

Dah Ada Yang Mati Dihempap Pokok Tumbang Baru Nak Terhegeh Hegeh Buat Peraturan

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 128 hits
Tumbang Garis panduan pelihara pokok tua akan dibentukMohd Farhan DarwisDr Zaliha Mustafa berkata pokok di sekitar ibu negara memang dipantau namun garis panduan khusus perlu dirangka DBKL akan salur bantuan kepada mangsa terjejas dalam ins...
Individu Berani Mati Kaitkan Dua Parti Kerajaan Terlibat Insiden Pemain Bola Sepak

Individu Berani Mati Kaitkan Dua Parti Kerajaan Terlibat Insiden Pemain Bola Sepak

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 233 hits
SITI NUR ZAWANISeorang individu menjadi sasaran kecaman selepas cuba menimbulkan persepsi bahawa parti politik dalam kerajaan terlibat insiden khianat terhadap tiga pemain bola sepak negara Individu itu dalam hantaran di X menyebut dua nama...
Remaja Radikal 16 Tahun Mati Ditembak Polis Australia

Remaja Radikal 16 Tahun Mati Ditembak Polis Australia

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 139 hits
BHarianonline nbsp Polis Australia Barat menembak dan membunuh seorang remaja lelaki radikal berusia 16 tahun yang mencederakan orang awam di Perth menggunakan pisau Foto AFPSYDNEY Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki b...
Ikan Mati Selepas Sungai Bertukar Warna Oren

Ikan Mati Selepas Sungai Bertukar Warna Oren

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 218 hits
HARIS FADILAH AHMADMohd Safri menunjukkan Sungai Jelai bertukar warna oren di Kampung Gemunchor Lipis semalam LIPIS Pengusaha ikan sangkar di pesisir Sungai Jelai dan Sungai Lipis di sini terpaksa menanggung kerugian akibat hidupan yang mer...
Kerjasama Malaysia Jepun Bangunkan Semula Gaza Dapat Pujian Rakyat

Headed To New Orleans For The Super Bowl Or Mardi Gras Here S The Safety Info You Need

Turn Your Startup Dream To Reality

Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Makan Malam Chicken Chop Viral Klang

Bahaya Vitamin Dan Suplemen Tanpa Nasihat Pakar

Cara Menghidupkan Kembali Percikan Cinta Dalam Hubungan

Bagaimana Orang Berjaya Menguruskan Masa Mereka Dengan Bijak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice


Bendang

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

Utamakan Isu Negara Sebelum Bangunkan Semula Gaza Rafidah

Resepi Ikan Siakap Hong Shau Kredit Soyabelacan

Minta Semua Sedekahkan Al Fatihah Abang Tajul Meninggal Dunia

Tiga Cedera Selepas Kenderaan Melanggar Sekumpulan Lelaki