Kemiskinan Haid Wujud Anak Zahid Yang Tak Nampak
Kemiskinan Haid sebagaimana yang diperjuangkan oleh Wanita KEADILAN dan beberapa NGO adalah realiti yang berlaku dalam masyarakat Malaysia.
Sehubungan itu, Ketua Wanita KEADILAN Johor, Napsiah Khamis menempelak komen anak Presiden Umno, Nurul Hidayah Zahid bahawa tuala wanita murah dan tiada isu Kemiskinan Haid di negara ini.
“Sebagai seorang yang bergiat aktif dalam kempen Kemiskinan Haid ingin saya jelaskan kisah-kisah yang kami hadapi berkenaan isu ini.
“Kami pernah bertemu wanita gelandangan menggunakan tisu di tandas awam atau kain di dalam tong sampah.
“Ada wanita susah menggunakan stokin semasa haid.
“Ada juga kembali ke zaman 20 tahun lampau menggunakan kain batik atau baju lama semasa haid untuk jimatkan kos,” katanya.
Malah menurut Pengerusi NGO Bidadari itu lagi, Kemiskinan Haid juga menjadi penyebab sebilangan remaja perempuan tidak ke sekolah kerana tiada tuala wanita.
Juga, katanya, terdapat wanita susah yang tidak mengganti dan menggunakan tuala wanita sama semasa haid untuk jimatkan penggunaan.
“Bagaimanakah Nurul masih lagi mengatakan tiada masalah Kemiskinan Haid berlaku di negara ini?
“NGO Bidadari dan Wanita KEADILAN telah hampir 2 tahun menjalankan kempen ini dan kami merasakan isu ini perlu diberi perhatian
“Adakah nurul menyamakan kehidupan mewahnya sama seperti wanita-wanita lain? Adakah kemiskinan itu satu perkara yang perlu ditertawakan?” katanya lagi.
Oleh itu, Napsiah menyangkal sekeras-kerasnya bahawa tiada masalah Kemiskinan Haid di Malaysia malah beliau mendesak supaya kerajaan mengambil serius dan mencari penyelesaian untuk isu berkenaan.
Malah sekumpulan NGO telah melancarkan laman web untuk kempen isu Kemiskinan Haid yang boleh dilayari di: www.heartscharity.org.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://suarapakatandaily.com/archives/33407