Buat pertama kali dalam hidup aku pergi menyaksikan ambang tahun baru, kalau dulu-dulu rajin tengok dekat televisyen dengan family aku. Kalau ada bunga api jengah dekat tepi tingkap sahaja, mengaji dekat UniKL dulu pun sambut tahun baru dalam kelambu, dengar mercun tengok dekat sling door je. So kalini, nak juga merasa tengok kemeriahan bunga api menjelang tahun baru. Kiteorang sampai datang around 10.15pm waktu tu memang dah sesak dengan orang ramai. Aku paksa dorang datang temankan aku sepertimana aku teman mereka makan KFC. yehaaaa..Rata-rata budak-budak belasan tahun yang datang sini, padang depan datang tu dah penuh dengan umat Muhammad. Kiteorang menyelit-nyelit jugalah pergi cari tempat duduk. Mujur dapat
Sampai-sampai, kumpulan Bunface tengah buat persembahan, lain-lain artis aku tak kenal. Mak aku tak kenan aku pergi tempat macam-macam ini. Mentang-mentang duk jauh dari dia, pergi merambu katanya. hahaha.. Aku cakap aku dah mengaji siap-siap sebelum keluar. Misi utama untuk tengok bunga api je, lepas tu balik. Nak berlama-lama sangat nanti train tutup pula. Mujur semalam ada setengah stesen buka sampai 1.300am kira sempatlah nak balik. 12.30am dah sampai rumah. Keluar rumah pukul 9.15pm (31/12/2019), balik rumah 12.30am (1/1/2020). See my level!
Kalau aku tahu seramai ini, mungkin serik jugalah nak datang lagi. Tapi, yalah nak merasa suasananya gigih juga nak pergi walaupun bersesak dengan orang ramai. So, what your planning for this year





So, what your planning for thi year guys? Share lah sikit, nak tahu juga. Jom sama-sama tingkatkan produktivi dalam hidup kita, kurangkan negatif vibe tingkatkan positif vibe. Persetankan apa orang katakan hal kita, yang penting goals kau tercapai dan dipermudahkan.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |