Kementerian Perpaduan Perlu Perhebat Kempen Mzb365 Berita Harian 07 04 2024


 
KUALA LUMPUR: Usaha memerangi kebencian etnik dan agama melalui amalan meminta maaf dilihat tindakan proaktif terutama bagi memulihkan kembali perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama yang jika dibiarkan, berupaya mengheret rakyat negara ini ke ambang perpecahan.
Beberapa lagi badan bukan kerajaan (NGO) menyokong penuh kempen #MZB365 yang meminta rakyat mengangkat amalan meminta dan memberi maaf ke peringkat yang lebih tinggi.
Pengerusi Pengerusi Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) Muhammad Faisal Abdul Aziz, berkata kerajaan khususnya melalui Kementerian Perpaduan wajar menyambut dan memperhebatkan kempen yang menggabungkan NGO pelbagai latar agama dan kaum itu.
"BERSIH melihat dalam situasi hari ini, terdapat pihak tertentu yang membawa isu 3R (agama, kaum dan raja). Ia cenderung untuk membawa kita ke ambang perpecahan. Sentimen kebencian sesama masyarakat ini perlu untuk diubah kepada naratif persefahaman, ke arah jalinan perpaduan pelbagai kaum dan agama.
"Justeru, kerajaan khususnya melalui Kementerian Perpaduan hendaklah mengambil langkah untuk menyokong serta membantu memperhebatkan lagi kempen sebegini.
"Negara kita tidak akan bergerak maju ke hadapan jika masih bergelut dengan isu perpecahan kaum sesama masyarakat," katanya kepada BH hari ini.
Semalam, sebanyak 18 pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan media menggesa rakyat membudayakan amalan meminta maaf setiap hari dan menegaskan, amalan itu bukan hanya terkandung dalam ajaran Islam, malah turut diajar dalam sistem nilai agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Taoisme dan komuniti Orang Asal/Asli di Sabah, Sarawak serta Semenanjung.
Menurut kenyataan dikeluarkan kumpulan itu, usaha menggalakkan memohon dan memberi maaf amat penting berbanding sebelumnya kerana ada individu dan kumpulan yang mencari peluang serta alasan untuk memecah-belahkan masyarakat majmuk demi kepentingan politik, perniagaan dan agenda peribadi mereka.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang turut menyokong Gerakan #MZB365 berkata, selain amalan meminta maaf, kempen terbabit perlu meletakkan garis panduan yang jelas mengenai matlamatnya dan memberi kefahaman mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh disentuh, khususnya isu berkaitan sensitiviti agama.
"Ia satu usaha yang cukup murni, namun (untuk memastikan ia berjaya direalisasikan), perlulah kempen ini difahami oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama dengan sebaik mungkin.
"Ini penting supaya kita tidak tersasar…takkanlah hari-hari apabila buat salah nak minta maaf. Apatah lagi jika satu kesalahan itu, perkara yang kita sedar isu sensitif yang tidak boleh disentuh secara sembarangan.
"Mungkin Kementerian Perpaduan boleh sambut kempen ini untuk memahamkan rakyat pelbagai kaum, etnik dan agama di negara ini supaya kesalahan sama tak berulang. Saya boleh katakan kerajaan kita selama ini gagal kerana sehingga kini sebagai contoh, orang Cina pun tak faham orang Melayu, begitu juga sebaliknya," katanya.
Justeru, katanya, proses pemahaman dan toleransi antara pelbagai bangsa di negara ini perlu digerakkan secara agresif, malah setiap masyarakat perlu disedarkan untuk sentiasa hormat-menghormati dan membuang perasaan ego yang sekian lama menjadi punca perbalahan.
"Sebab itu saya tegaskan, Kementerian Perpaduan kena bangkit. Apabila bercerita mengenai kefahaman dalam masyarakat majmuk dan patriotisme dalam masyarakat, kita hampir kosong (tiada kesedaran itu). Jadi perlu buat sesuatu dengan serius untuk bawa kefahaman terutama pentingnya sikap hormat-menghormati. Apabila tidak wujud hormat antara satu sama lain, inilah kesannya yang kita hadapi sekarang," katanya.
Tambahnya, kesedaran terhadap perkara asas seperti kedudukan Melayu dan Islam di negara ini yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan juga perlu diperhebat. Ini bagi memastikan tidak berlaku sebarang pertikaian termasuk cubaan untuk mencabar atau menyamaratakan hak setiap warganegara, dengan mempertikaikan keistimewaan dinikmati orang Melayu dan Islam di negara ini.
Presiden Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin Malaysia, Jannahtul Ain Jaafar pula berpandangan, gerakan dicetuskan itu cukup baik terutama bagi 'menjernihkan' semula kekusutan yang semakin membarah berikutan pelbagai isu sensitif yang tidak henti-henti dibangkit dan dibincangkan khususnya di media sosial.
"Nasihat saya, untuk elakkan sesama kita bergaduh…usahlah lagi bangkitkan isu sensisitif, contohnya isu stoking dijual KK Mart di media sosial. Benar, jika ada yang mahu terus boikot, teruskanlah kerana itu hak masing-masing. Malah, ada beberapa siri tindakan sudah kerajaan laksanakan termasuk mengheret KK Mart ke muka pengadilan, malah lesen kilang yang mengeluarkan stoking itu di Johor juga sudah ditarik balik.
"Kita juga dapat lihat kesungguhan pengurusan tertinggi KK Mart yang tampil memohon maaf malah menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Daripada itu kita nampak mereka sedar kekhilafan yang dilakukan," katanya.
Tambahnya, tidak adil untuk isu yang boleh mengganggu gugat keharmonian di negara ini terus dipolemikkan, sebaliknya usaha memperkukuh perpaduan amat perlu dilaksanaknan ketika ini, mengambil kira rakyat ketika ini berdepan masalah lebih besar seperti kos sara hidup yang tinggi.
Artikel oleh: Berita Harian
KEMENTERIAN PERPADUAN PERLU PERHEBAT KEMPEN #MZB365
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1232622/kementerian-perpaduan-perlu-perhebat-kempen-mzb365



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2024/04/kementerian-perpaduan-perlu-perhebat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tunjukkan Kemahiran Anda Dengan Realme 12 5g Dalam Kempen Realme X Mlbb Allstar 2024 Ini

Tunjukkan Kemahiran Anda Dengan Realme 12 5g Dalam Kempen Realme X Mlbb Allstar 2024 Ini

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 196 hits
Kuala Lumpur 3 April 2024 realme jenama teknologi terkemuka yang terkenal dengan komitmennya terhadap inovasi dan reka bentuk yang mengutamakan pengguna teruja untuk berganding bahu dengan Mobile Legends Bang Bang untuk meraikan ALLSTAR Mus...
Hukuman Lebih Berat Kepada Individu Hina Permainkan Kesucian Islam Sinar Harian 25 03 2024

Hukuman Lebih Berat Kepada Individu Hina Permainkan Kesucian Islam Sinar Harian 25 03 2024

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 145 hits
CYBERJAYA Pengamal undang undang beragama Islam digesa untuk berusaha mencadangkan bentuk hukuman lebih berat terhadap individu yang didapati menghina dan mempermainkan kesucian agama itu Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia M...
Nak Raya Peminjam Along Meningkat 30 Peratus Ppim Harian Metro 05 04 2024

Nak Raya Peminjam Along Meningkat 30 Peratus Ppim Harian Metro 05 04 2024

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 231 hits
Kuala Lumpur Naik 30 peratus berbanding biasa Itu perubahan ketara yang berlaku membabitkan peminjam ceti haram atau along menjelang Aidilfitri kurang seminggu lagi Mendedahkan perkara itu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Dat...
Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Aset Komoditi Minyak Mentah Selasa 02 April 2024

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Aset Komoditi Minyak Mentah Selasa 02 April 2024

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 146 hits
Berdasarkan kepada apa yang kita lihat pada carta harian aset komoditi Minyak Mentah nampaknya pergerakan harga yang bergerak di atas MA 20 MA 200 serta di dalam Equisidant Channel yang mempunyai kecerunan menaik sehingga berdasarkan fakta ...
April Mop 1 April 2024 Asal Usul Filosofinya Menurut Beberapa Negara

April Mop 1 April 2024 Asal Usul Filosofinya Menurut Beberapa Negara

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 153 hits
April mop biasa dirayakan tiap tanggal 1 April Biasa diartikan hari penuh kebohongan
Mk Panggil Muhadjir Airlangga Sri Mulyani Hingga Risma Ke Sidang Sengketa Pilpres 2024 Jumat 5 Maret

Mk Panggil Muhadjir Airlangga Sri Mulyani Hingga Risma Ke Sidang Sengketa Pilpres 2024 Jumat 5 Maret

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 162 hits
MK akan memanggil sejumlah menteri untuk memberi keterangan dalam persidangan sengketa hasil Pilpres 2024
Agenda Sidang Sengketa Pilpres 2024 Hari Ini Pemeriksaan Saksi Ahli Dari Kubu Amin

Agenda Sidang Sengketa Pilpres 2024 Hari Ini Pemeriksaan Saksi Ahli Dari Kubu Amin

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 231 hits
Sesuai aturan yang disampaikan di persidangan sebelumnya jumlah saksi dan ahli yang boleh dihadirkan totalnya 19 orang
Video Kejutan Kubu Anies Tuntut Presiden Jokowi Dihadirkan Di Sidang Sengketa Pilpres 2024

Video Kejutan Kubu Anies Tuntut Presiden Jokowi Dihadirkan Di Sidang Sengketa Pilpres 2024

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 210 hits
Bambang Widjajanto menyampaikan jika para menteri yang diajukan tidak mendukung akan menjadi kesalahan yang fatal
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri

Pernah Makan Ikan Puyu

Ke Pantai Telok Kemang

My K Drama Pilgrimage

Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan