Kementerian Kesihatan Yakin Dapat Mengalahkan Unjuran Jp Morgan


Kementerian Kesihatan yakin bahawa Malaysia dapat mengalahkan unjuran JP Morgan mengenai kumulatif kes COVID-19 dengan membuktikan langkah diambil kerajaan membendung penyebaran virus maut itu berada di landasan yang betul.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata berdasarkan trend semasa, ia dijangkakan jumlah kes COVID-19 di negara ini esok adalah di bawah 5,000 kes.
“JP Morgan meramalkan kes positif berada di puncak sehingga mencecah 6,300 esok tetapi hari ini kita hanya menyaksikan kes kumulatif sebanyak 4,817 kes.
“ Saya rasa kita melakukan dengan lebih baik. Saya hanya meramalkan esok kita dapat memecah pada kadar bawah 5,000 kes dengan fasa pertama dan kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menunjukkan hasil.
“Ini adalah satu tanda yang menunjukkan kejayaan (langkah-langkah) bahawa kita dapat membendung dan mengurangkan kes dan meratakan lengkung,”  katanya dalam taklimat harian mengenai perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.
Berdasarkan fasa satu dan dua PKP, Dr Noor Hisham berkata fasa ketiga sekarang adalah penting untuk mengurangkan kes harian COVID-19.
“Ketika melihat minggu ke-13, sebenarnya ada puncaknya tetapi sekarang mungkin kita berada dalam fasa pemulihan tetapi kita masih mengawasi dengan teliti kerana kita belum dapat mengurangkan seterusnya.
“Sekiranya kita boleh melakukan itu, kemungkinan kita dapat mengurangkan kes bukan sahaja merapatkan lengkung tetapi kemungkinan mengakhiri  COVID-19 di negara ini. Kita harap dapat melakukannya tetapi bukan hanya bergantung kepada kementerian tetapi tanggungjawab kita bersama,”  katanya.
Ditanya sama ada kementerian akan melakukan ujian COVID-19 secara besar-besaran termasuk orang yang tidak menunjukkan gejala jangkitan, Dr Noor Hisham berkata buat masa ini, mereka hanya menjalankan ujian terhadap kumpulan sasaran.
“Dari segi saringan, kita telah melakukan saringan terhadap 83,488 kes dan hanya 4,817 atau 5.8 peratus didapati positif. Di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kita melakukan terhadap semua orang dan kadar pengesanan positif hanya 0.5 peratus dan bukan 5.8 peratus.
“Daripada memeriksa semua orang dengan kadar pengesanan hanya 0.5 peratus, kita perlu memberi tumpuan kepada kawasan tertentu dan kumpulan berisiko tinggi dengan sumber terhad yang kita ada,”  katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Kementerian Kesihatan Yakin Dapat Mengalahkan Unjuran JP Morgan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/04/13/kementerian-kesihatan-yakin-dapat-mengalahkan-unjuran-jp-morgan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kp Kesihatan Jangka Jumlah Kes Covid 19 Di Bawah 5 000 Kes Hari Ini Yakin Dapat Mengalahkan Unjuran Jp Morgan

Kp Kesihatan Jangka Jumlah Kes Covid 19 Di Bawah 5 000 Kes Hari Ini Yakin Dapat Mengalahkan Unjuran Jp Morgan

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 423 hits
Dalam menanggani penularan wabak Covid 19 Kementerian Kesihatan yakin bahawa Malaysia dapat mengalahkan unjuran JP Morgan mengenai kes kumulatif di Malaysia sekaligus menunjukkan langkah yang diambil oleh kerajaan dalam membendung penyebara...
Pelajar Boleh Balik Kampung Mkn Serah Pada Kementerian Kesihatan

Pelajar Boleh Balik Kampung Mkn Serah Pada Kementerian Kesihatan

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 483 hits
Pelajar boleh balik kampung MKN serah pada Kementerian Kesihatan Dikemas kini 17 minit yang lalu Diterbitkan pada 11 Apr 202
Petugas Kesihatan Positif Covid 19 Di Hospital Swasta Noor Hisham Beritahu Pengkritik

Petugas Kesihatan Positif Covid 19 Di Hospital Swasta Noor Hisham Beritahu Pengkritik

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 340 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia berkata jangkitan Covid 19 melibatkan petugas barisan hadapan berlaku di hospital swasta Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya sudah membuat perjumpaan dengan pihak hospit...
181 Staf Kesihatan Positif Covid 19 Dengan 2 Kematian Setakat Ini

181 Staf Kesihatan Positif Covid 19 Dengan 2 Kematian Setakat Ini

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 274 hits
Putrajaya 8 April Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat 181 staf KKM dan swasta yang dijangkiti koronavirus namun tiada petugas dari wad khusus COVID 19 terlibat Dari jumlah itu kebanyakan daripadanya mendapat jangkitan di luar waktu b...
Kp Kesihatan Saran Cuci Tangan Sebelum Selepas Sentuh Haiwan Peliharaan Bimbang Penularan Virus Covid 19

Kp Kesihatan Saran Cuci Tangan Sebelum Selepas Sentuh Haiwan Peliharaan Bimbang Penularan Virus Covid 19

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 560 hits
Penularan pandemik Covid 19 kini lebih meluas apabila satu laporan mengenai jangkitan wabak ini terhadap haiwan telah direkodkan Seekor harimau di Zoo Bronx New York disahkan positif wabak itu selepas mengalami batuk dan kurang selera makan...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan