Kementah Tiada Hasrat Beli Jet Pejuang Baru


Faiz Zainudin



KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (Kementah) tiada rancangan untuk membeli pesawat pejuang baru, kata Menteri Mohamad Sabu, mengenai tawaran Rusia mengambil balik 28 pesawat pejuang Su-30MKM dan pesawat tempur MiG-29 dan menggantikannya dengan pesawat baru.

Kementah bagaimanapun meneliti tawaran pesawat baru dari Rusia, dan buat masa ini masih menggunakan Su-30MKM yang dibeli dari negara itu sebelum ini.

“Kementah lebih menumpukan kepada aset pertahanan bercirikan kawalan dan rondaan sempadan maritim bagi menghalang pencerobohan asing,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjelaskan penumpuan itu sebahagian daripada Pelan Pembangunan Keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia 2055 (CAP55) yang menggariskan “perancangan menyeluruh” pembangunan keupayaan tentera udara sehingga 2055.

CAP55 merangkumi perolehan aset baru, penggantian pesawat usang dan naik taraf aset secara realistik dan berdasarkan keutamaan semasa “yang berfokuskan kepada pengurangan jenis pesawat, menangani isu keusangan, dan peningkatan kos selenggaraan”.

Ini bermakna Malaysia akan terus mengekalkan Su-30MKM dan pesawat tempur F/A-18D untuk 10 tahun lagi sehingga 2020, iaitu untuk tempoh Rancangan Malaysia ke-12 dan ke-13.

“Keperluan terkini adalah perolehan Maritime Patrol Aircraft (pesawat peronda maritim) dan Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial Vehicle (pesawat udara tanpa pemandu altitud sederhana ketahanan lama), serta keupayaan tempur ringan dan latihan juruterbang melalui perolehan Light Combat Aircraft (pesawat tempur ringan),” katanya.

Mohamad menjawab pertanyaan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) yang memintanya menyatakan sama ada kerajaan bersedia menerima tawaran Rusia untuk mengambil balik Su-30MKM dan MiG-29 yang bermasalah jika Malaysia sedia menggantikannya dengan pesawat baru buatannya.

Kementah juga meneliti tawaran daripada negara lain, katanya.

“Antara perkara yang kita titik beratkanialah kemudahan mendapatkan alat ganti untuk selenggaraan,” katanya, dan menambah kos menyelenggara Su-30MKM berjumlah RM200 juta setahun.Sementara itu, Mohamad memaklumkan kertas putih melibatkan kementerian itu akan turut dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini.

“Mana yang baik dilakukan kerajaan terdahulu kita teruskan dan tambah baik mengikut pemodenan semasa, contohnya penggunaan dron itu antara tumpuan kertas tersebut bagi penyediaan peralatan baru dalam pertahanan negara.

“Sebab sekarang ini jet-jet mahal, kadang-kadang perlu tapi kadang kala dron yang lebih murah kosnya boleh jalankan tugas seimbang dengan jet yang begitu hebat,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/kementah-tiada-hasrat-beli-jet-pejuang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Spm Gigih Lap Cermin Mata Kabur Teruk Sebab Tak Mampu Beli Baru Undang Sebak

Pelajar Spm Gigih Lap Cermin Mata Kabur Teruk Sebab Tak Mampu Beli Baru Undang Sebak

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 490 hits
Tak mudah untuk mencari rakan yang benar benar tulus dalam persahabatan Sering kita dengar mengenai kisah kawan yang hanya ada masa kita senang Tapi jarang jarang kita dengar mengenai kawan yang ada dikala susah dan senang Menurut satu perk...
Bayar Utang Dan Beli Kereta Baru Pt Kai Terbitkan Obligasi Rp2 Triliun

Bayar Utang Dan Beli Kereta Baru Pt Kai Terbitkan Obligasi Rp2 Triliun

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 250 hits
Direktur Keuangan Kereta Api Indonesia Didiek Hartantyo mengatakan Rp1 2 trilliun dana yang dihimpun dari obligasi akan dialokasikan untuk membayar utang ke perbankan pembayaran tersebut untuk mengurangi utang jangka pendek perseroan
Tak Masuk Akal Cukai Baru Ni Bayaran Melambung Mahal Kacau Bajet Nak Beli Rumah

Tak Masuk Akal Cukai Baru Ni Bayaran Melambung Mahal Kacau Bajet Nak Beli Rumah

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 428 hits
Tak masuk akal cukai baru ni bayaran melambung naik kacau bajet nak beli rumah Mesti ramai diantara kita yang sedia maklum bahawa Sistem Cukai Tanah sudah pun digantikan dengan Sistem Cukai Petak yang telah diperkenalkan Kerajaan Negeri Sel...
Gigi Baru Nak Tumbuh Kadang Kadang Boleh Demam Anak Mak Ayah Diingatkan Supaya Rajin Angkat Bibir Baby

Gigi Baru Nak Tumbuh Kadang Kadang Boleh Demam Anak Mak Ayah Diingatkan Supaya Rajin Angkat Bibir Baby

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 1077 hits
Setiap daripada pasangan yang baru sahaja dikurniakan dengan cahaya mata pastinya akan mula tertanya tanya pada umur berapakah gigi bayi mereka akan tumbuh Ini kerana ada diantara ibu bapa ini yang tiada pengalaman serta kepakaran untuk men...
Lina Ditinggal Suami Baru Saat Hamil Mantan Istri Teddy Dinikahin Kan Karena Kasihan

Lina Ditinggal Suami Baru Saat Hamil Mantan Istri Teddy Dinikahin Kan Karena Kasihan

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 466 hits
Santer isu yang mengatakan eks istri komedian Sule Lina ditinggalkan suami barunya saat hamil ini kata mantan istri Teddy Mantan istri Teddy Ica membongkar hal baru terkait hubungan terlarang Lina dan Teddy sebelum bercerai dengan Sule Diku...
Bayi Baru Lahir Meninggal Dunia Kerana Diberi Air Mineral

Bayi Baru Lahir Meninggal Dunia Kerana Diberi Air Mineral

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 730 hits
Bayi adalah sangat sensitif terutamanya yang berusia di bawah enam bulan Bayi tidak memerlukan air sama seperti kanak kanak atau orang dewasa meskipun cuaca panas Ikut perkongsian dari pemilik akaun syafinazulkafli yang menceritakan pengala...
Aura Kasih Baru Saja Kehilangan Uang Rp11 Juta Dari Akun Ojek Online

Aura Kasih Baru Saja Kehilangan Uang Rp11 Juta Dari Akun Ojek Online

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 303 hits
Aura Kasih menceritakan tentang kejadian tak menyenangkan yang dialaminya Ia baru saja kehilangan uang sebesar Rp11 juta dari akun ojek online miliknya
5497 Mati Dulu Baru Ambil Tindakan Tv Ppim 15 11 2019

5497 Mati Dulu Baru Ambil Tindakan Tv Ppim 15 11 2019

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 318 hits
Membuat pinjaman Ah Long demi memulakan perniagaan Namun perniagaan lingkup hutang pula menjerat diri Mangsa menjadi buruan Ahlong sehingga mengancam keselamat dirinya Walaupun bayaran telah dibuat melebihi jumlah pinjaman Terjerat Ahlong J...
Didik Anak Tak Boleh Keras Atau Lembut Sangat Baru Besar Jadi Orang

Didik Anak Tak Boleh Keras Atau Lembut Sangat Baru Besar Jadi Orang

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 358 hits
Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi seorang ibu dan seorang bapa Mendidik anak perlukan ilmu dan kesabaran yang tinggi terutama pada zaman yang serba mencabar ini Contoh terbaik dalam mendidik anak anak tidak lain dan tidak bukan ialah car...
Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy

Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Milo Malaysia Breakfast Day 2025 Meraikan 75 Tahun Kebaikan Khasiat Bersama Lebih 35 000 Rakyat Malaysia Di Putrajaya

Cuti Raya China 2025

Shell Pulai Perdana 2 Livina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Pussy888 Top 34 By Margherita Pussy888fun Io 25 2025 68

Maulana Ardiansyah Alyssa Dezek Lebih Dari Rindu Chord

Cromok Fallen Heroes Chord

Adverse Weather Causes Shortage Of Coconuts For Thaipusam

Sabah Chief Minister Thanks Federal Govt For Rm25 Million Aid

Number Of Flood Evacuees In Sabah Sarawak Continues To Rise