Kemelut Minyak Dunia Bursa Malaysia Ditutup Rendah


KUALA LUMPUR, 9 MAC: Bursa Malaysia meneruskan penurunan untuk ditutup rendah hari ini, dengan ekuiti tempatan tidak terkecuali daripada menerima kesan kemelut minyak dunia sehingga membawa kemerosotan harga minyak Brent yang diniagakan kira-kira 20 peratus lebih rendah pada US$36.07 setong.
Peniaga berkata masih tidak pasti berapa lama penurunan harga minyak tersebut akan berlarutan, memandangkan risiko bekalan minyak boleh memburukkan lagi permintaan yang telah sedia terjejas akibat Covid-19.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 58.94 mata kepada 1,424.16 daripada 1,483.10 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ini merupakan paras terendah, yang juga pernah dicatatkan pada 2011.
Selepas dibuka 23.29 mata lebih rendah pada 1,459.81 pagi ini, indeks tempatan itu bergerak di antara 1,422.65 dengan 1,459.81 sepanjang dagangan hari ini.
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 1,139 berbanding 120 manakala 127 kaunter tidak berubah, 612 kaunter tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.
Jumlah dagangan melonjak kepada 6.66 bilion saham bernilai RM3.62 bilion daripada 2.65 bilion saham bernilai RM2.29 bilion ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ketua Pakar Strategi Pasaran AxiCorp, Stephen Innes berkata sekiranya perjanjian pematuhan pengeluaran baharu di antara Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dengan Rusia tidak dicapai dalam tempoh terdekat, harga minyak mentah dijangka turun mendadak dan melepasi paras terendah 2015/2016.
“Jumlah kes Covid-19 di Amerika Syarikat dijangka meningkat daripada jumlah semasa, mungkin mendadak, apabila saringan dilaksanakan secara berskala besar, ini pastinya tidak dapat dielakkan. Pasaran minyak itu juga boleh kekal mengalami tekanan bagi jangka terdekat sehingga Rusia dan Arab Saudi merundingkan semula kemelut mereka yang membabitkan ancaman minyak,” katanya.
Malaysia, yang merupakan negara pengeksport minyak, terjejas teruk apabila syarikat minyak dan gas negara, Petronas menyaksikan saham PetChem merosot RM1.25 kepada RM4.40, PetDag turun RM1.18 kepada RM20.90 dan PetGas susut 44 sen kepada RM15.70.
Firma penyelidikan juga menyemak turun sektor minyak dan gas kepada ‘underweight’ daripada ‘overweight’, dan daripada ‘overweight’ kepada ‘neutral’ berikutan perang harga minyak yang agresif oleh Arab Saudi.
Sementara itu di peringkat tempatan, kerajaan pimpinan Perikatan Nasional telah menamakan barisan anggota Kabinet baharunya hari ini, yang diharapkan pelabur dapat menumpukan dasar dan hala tuju kerajaan.
“Kita mungkin dapat menyaksikan minat belian terhadap saham berkaitan politik esok,” kata peniaga.
Di peringkat rantau, Indeks Nikkei Jepun turun 5.07 peratus kepada 19,698.76; Indeks Singapura Straits Times susut 6.02 peratus kepada 2,782.65; manakala Indeks Bursa Saham Shanghai merosot 3.01 peratus kepada 2,943.29.
Antara saham berwajaran tinggi, Maybank turun 26 sen kepada RM8.24, Tenaga kurang 10 sen kepada RM12.50, Public Bank menguncup 64 sen kepada RM17.02 dan Petronas Chemicals susut RM1.25 kepada RM4.40.
Bagi saham aktif, Sapura Energy kurang 5.5 sen kepada 10.5 sen, Velesto Energy merosot 14.5 sen kepada 15.5 sen dan Bumi Armada turun 12 sen pada 16 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 497.91 mata kepada 9,947.06, Indeks FBM Emas Syariah kurang 572.94 mata kepada 10,547.40 dan FBM 70 merosot 793.46 mata kepada 11,924.12.
Indeks FBMT 100 menguncup 461.82 mata kepada 9,812.41 dan FBM Ace turun 606.35 mata kepada 4,638.82.
Mengikut sektor, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian kurang 14.52 mata kepada 120.71, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 519.46 mata kepada 13,817.10 dan Indeks Perladangan susut 438.92 mata kepada 6,294.12.
Jumlah dagangan Pasaran Utama melonjak kepada 5.0 bilion saham bernilai RM3.35 bilion daripada 1.57 bilion saham bernilai RM2.05 bilion pada Jumaat lepas.
Waran mencatatkan jumlah dagangan sebanyak 467.87 juta unit bernilai RM61.43 juta berbanding 462.66 juta unit bernilai RM78.22 juta.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE pula merosot kepada 1.18 juta saham bernilai RM211.11 juta daripada 616.86 juta saham bernilai RM157.29 juta.
Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 481.98 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan perindustrian (527.31 juta), pembinaan (257.36 juta), teknologi (361.37 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (100.27 juta), hartanah (462.33 juta), perladangan (99.42 juta), REIT (16.85 juta), dana tertutup (60,900), tenaga (2.41 bilion), penjagaan kesihatan (77.93 juta), telekomunikasi dan media (53.16 juta), pengangkutan dan logistik (73.93 juta) serta utiliti (81.26 juta).
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/03/kemelut-minyak-dunia-bursa-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Minyak Dunia Menurun 30 Peratus

Harga Minyak Dunia Menurun 30 Peratus

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 317 hits
MOSCOW Harga minyak mentah dunia menurun lebih 30 peratus pada Isnin susulan kegagalan pengeluar minyak Pertubuhan Negara Negara Pengeksport Petroleum mencapai kesepakatan mengenai pemotongan pengeluaran minyak yang lebih besar lapor agensi...
Pelajar Malaysia Hidap Leukemia Meninggal Dunia Di Maghribi

Pelajar Malaysia Hidap Leukemia Meninggal Dunia Di Maghribi

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 285 hits
PENUNTUT Malaysia di Universiti Mohammed V Rabat di Maghribi Mohd Hafizuddin Hazrul 20 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Cheikh Zayd akibat leukemia sejak 3 November lalu meninggal dunia 10 50 malam tadi Bapanya Hazrul Abdullah...
Strategi Skk Migas Genjot Produksi Saat Harga Minyak Dunia Anjlok

Strategi Skk Migas Genjot Produksi Saat Harga Minyak Dunia Anjlok

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 238 hits
Kepala SKK Migas Dwi Soetjipto mengatakan penurunan harga minyak harus diantisipasi dengan baik sehingga kegiatan operasi hulu migas tetap berjalan normal dan target produksi tidak terdampak oleh penurunan harga tersebut
Covid 19 Wilayah Pengeluaran Minyak Di Qatif Arab Saudi Ditutup

Covid 19 Wilayah Pengeluaran Minyak Di Qatif Arab Saudi Ditutup

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 548 hits
RIYADH Arab Saudi pada Isnin mengumumkan penutupan sementara Qatif wilayah pengeluaran minyak terletak di timur negara itu selepas 11 kes positif COVID 19 dikesan di kawasan terbabit Kementerian Dalam Negeri bagaimanapun memberitahu penutup...
Mentaliti Rakyat Malaysia Masih Rendah Sampah Penuh Dibuang Dalam Longkang

Mentaliti Rakyat Malaysia Masih Rendah Sampah Penuh Dibuang Dalam Longkang

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 327 hits
Ohmedia agak kecewa apabila melihat mentaliti rakyat Malaysia masih rendah kerana membuang sampah sarap merata rata sehingga tidak memikirkan kesan terhadap alam sekitar dan juga masyarakat sekeliling Cuba korang tengok gambar dekat bawah n...
Minnature Malaysia Membawa Anda Mengembara Dunia Mini Lebih Dekat Dan Realiti

Minnature Malaysia Membawa Anda Mengembara Dunia Mini Lebih Dekat Dan Realiti

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 974 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Bagi Maha masih banyak lagi lokasi pelancongan dan juga bangunan prasejarah yang mungkin kita anggap ia biasa sahaja tapi bagi orang luar ia satu y...
Apple Store Di Seluruh Dunia Kecuali Di China Ditutup Kerana Koronavirus

Apple Store Di Seluruh Dunia Kecuali Di China Ditutup Kerana Koronavirus

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 418 hits
Gelombang kedua wabak Covid 19 menyebabkan ia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia minggu ini dengan Eropah pula menjadi pusat penyebaran Ia memaksa negara seperti Itali Sepanyol dan Denmark untuk menghalang perhimpunan awam menutup institusi ...
Al Kisah Orang Yang Suka Ditipu Harga Minyak Dunia Jatuh Tergolek Harga Minyak Kita Naik Dua Kali Pasai Apa

Al Kisah Orang Yang Suka Ditipu Harga Minyak Dunia Jatuh Tergolek Harga Minyak Kita Naik Dua Kali Pasai Apa

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 6706 hits
Dalam keadaan semua orang khusyuk memerhatikan gelagat ahli politik dan pemimpin politik bergila babi main selut harga minyak dunia sedang jatuh merudum Pada Isnin lalu untuk seketika waktu harga minyak dunia WTI telah turun ke bawah US 50 ...
Harga Minyak Dunia Murah Kapan Harga Bbm Di Indonesia Turun

Harga Minyak Dunia Murah Kapan Harga Bbm Di Indonesia Turun

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 305 hits
Heru menegaskan bahwa Pertamina terus memantau pergerakan harga minyak dunia yang sempat anjlok
Kewpie Turns 100 And It S A Celebration Worth Squeezing Into

Rania Terkena Virus Rotavirus Atau Norovirus

Denmark Mahu Tinggalkan Perisian Microsoft Beralih Ke Libreoffice

Polis Buru Lelaki Pukul Pemandu Lori Kerana Berang Dihon

Nasihat Buat Rafizi Dan Nik Nazmi

Gempak Imedia Bawa Pulang 8 Anugerah Yang Dicalonkan Di Mda 2025

Throwback Percutian Dua Hari Satu Malam Di Grand Paragon Hotel Johor Bahru

Supermono Supreme Xtr Pepo Customizes The Royal Enfield Guerrilla 450


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Explore Malaysia And Beyond

The Ayatollahs Bluffing Is Falling Apart

Hari Lautan Sedunia Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik Di Lautan Dalam

Drama Hilang Kasyorga

Cooltopia Air Penyejuk Badan Berperisa

Jepun Cipta Rahim Buatan Pertama Untuk Manusia