Kembar Isharefans Kini Beralih Ke India Pulak Para Netizen Malaysia Mula Serang Isharefans Versi India
Jika diikutkan, sudah banyak lambakan aplikasi, badan organisasi, atau laman web yang tumbuh bagaikan cendawan berasaskan skim ponzi. Jadi benda ini memang tak akan pernah habis dan masa akan datang nanti muncul program baharu dengan konsep yang sama.
Sejak beberapa minggu ini, kita asyik dimomokkan dengan perkataan iSharefans yang merupakan apps yang begitu viral dan diperkatakan di seluruh media sosial. Pengguna Malaysia terutamanya. Melalui iSharefans, pengguna dikatakan mudah menjana kewangan hanya dengan melakukan tugasan-tugasan ringkas seperti like dan juga share.
Artikel ini, kita tidak pergi jauh untuk mencari kebenaran di sebalik kesenangan wang yang pengguna iSharefans ini nikmati. Namun, saya akan memberikan fakta tanpa bersikap emosi dan menghakimi mana-mana pihak. Di manakah tempat yang paling sesuai untuk mencari maklumat mengenai sesuatu syarikat atau organisasi? Sudah tentulah melalui laman web rasmi mereka.
Laman rasmi iSharefans sebenarnya dibangunkan dalam bahasa Mandarin (mungkin dari China?) dengan pautan http://www.isharefans.com/ Akan tetapi, bila buka sahaja, memanglah laman webnya rasmi, tetapi ia langsung tidak memaparkan maklumat syarikat sebaliknya hanya berkisarkan kepada program semata-mata. Pelik.
Carian Google selanjutnya membawa saya ke laman web https://aikecity.com/ yang memperlihatkan iSharefans dimiliki oleh E & M E-COMMERCE SDN. BHD. yang turut berdaftar dengan SSM. Difahamkan syarikat ini telah wujud selama 3 tahun bermakna syarikat yang memiliki isharefans merupakan syarikat yang sahih.
Tetapi, tak bermakna jika syarikatnya sahih, program itu terus serta merta jadi sahih.
Pemilik Domain isharefans
Langkah seterusnya adalah mengorek alamat IP mereka pula. Melalui laman web "who.is", anda boleh melihat bahawa isharefans.com sebenarnya baru sahaja didaftarkan pada 20/8/2020. Baru berusia 3 bulan sahaja? Sangat terlalu baru.
Tambahan lagi, nama domain ini hanya didaftarkan untuk tempoh setahun sahaja. Kebiasaannya syarikat-syarikat yang bermain dengan kewangan ini jika mendaftarkan domain, mereka akan mendaftar sehingga 2 atau 3 tahun terus.
Jika dilihat pada alamat pendaftar pula, alamat Amerika Syarikat pula yang tertera. Ini adalah sedikit mengelirukan memandangkan pada mulanya ingatkan isharefans ini dimiliki oleh syarikat tempatan. Tetapi domain ini pendaftarnya beralamat di Amerika pula?
Tetapi yang paling penting adalah tiada maklumat mengenai pemilik alamat domain ini. Mengapa begitu malu untuk berkongsi dengan orang ramai siapakah anda? Pelik.
Domain Backup
Dan yang terbaharu adalah, ada domain tambahan selain isharefans.com iaitu isharefans.net dan juga isharefans.vip. Sampai 2 sekali ya domain untuk benda yang sama. Adakah untuk dijadikan backup jika apa-apa terjadi pada domain yang asal? Mungkin.
Domain isharefans.vip tidak memaparkan maklumat mengenai pendaftar, akan tetapi isharefans.net pula menyatakan bahawa ia baru sahaja didaftarkan 14/10/2020 lalu. Sebulan yang lepas.
Sebenarnya jika diikutkan, kalau dalam realiti pun nak pilih kerja atau temuduga kerja, kita akan siasat dahulu syarikat yang bekerja, bukan terus bekerja secara membabi buta tanpa memikirkan apa-apa.
Mengaplikasikan kepada program ini, jika syarikat itu sendiri tidak mahu mendedahkan maklumat mereka kepada pihak umum, secara logiknya memang tiada integriti dan kredibiliti teruslah syarikat itu.
Antara kelemahan utama isharefans yang lain adalah:
Laman rasmi isharefans yang tidak mempunyai HTTPS.
Pelbagai laporan dan dakwaan mengenai laman web dan aplikasi yang bermasalah seperti tidak boleh dibuka.
Kesalahan mengeja yang banyak seperti tidak professional.
Bayaran pendapatan ke akaun bank adalah melalui akaun peribadi, bukannya dari syarikat.
Saya tidak mahu kata iSharefans ini scam, ataupun tidak. Jika apa-apa jadi, nak laporkan dekat siapa pun tak tahu sebab siapa yang memiliki isharefans sendiri itu pun kita tidak tahu. Memang tidak dinafikan di saat ini ramai yang memerlukan sumber kewangan. Namun anda perlu ingat, pihak seperti isharefans ini juga pun pandai mengambil kesempatan di atas kesempitan manusia lebih-lebih lagi ketika sekarang ini. Fakta dah ada, scam atau tidak, anda yang putuskan.
Ok, berbalik kepada topik utama, selepas IshareFans sememangnya sudah terkubur secara rasmi hari ini, muncul pula kembar dia yang terbaru tetapi kali ini modus operandi mereka di India pula. Sebelum ini Indonesia dan Malaysia. Taktik mereka ini berjaya dihidu oleh group -group didalam page Ishare Fans Malaysia.
Disebabkan sudah merasakan ditipu, warga-warga netizen IshareFans telah menyerang page facebook apps terbaru scammer ini yang dinamakan Likein666.
Bukan itu sahaja, mereka juga telah menyerang pengendali akaun Likein666 ini melalui whatsapp juga.
Antara komen-komen mangsa yang telah ditipu IshareFans mengenai apps Likein666 ini.
Antaramuka apps scammer terbaru Likein666 ini.
Jangan main-main ngan rangers bawang Malaysia, memang tak sempat la scammer ni kaut untung rasanyalah haha. Apa-apa pun, taktik terbaru scammer melalui teknologi apps ini sangat merbahaya kepada rakyat yang kurang celik IT. Rasanya scammer ni memang plan nak jelajah satu Asia dulu, pastu baru benua lain. Perghhhh berapa ratus billion la agaknya untung scammer ni dapat kalau dorang ni masih bebas?
Sumber : Wiser / IshareFansMalaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://johanharith.blogspot.com/2020/12/kembar-isharefans-kini-beralih-ke-india.html