Kembalinya Zahid Punca Dr M Buka Pintu Bersatu


Shakira Buang  Tindakan Ahmad Zahid kembali jadi presiden didakwa untuk bantu Anwar, kata penganalisis
Penganalisis politik melihat keputusan Ahmad Zahid Hamidi kembali menerajui Umno dan BN selepas bercuti kira-kira enam bulan sejak Disember lalu memang membawa agenda tertentu
Malah, menurut Prof Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), ia dikuatkan lagi dengan tindakan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang kemudian mempelawa anggota parti Melayu di negara ini menyertai Bersatu
"Mungkin kita boleh lihat tindakan Ahmad Zahid kembali jadi presiden Umno itu sebagai untuk membantu Anwar Ibrahim (presiden PKR) dan ini telah mencetuskan tindak balas Mahathir
"Hal ini kerana, dalam Umno sendiri kita melihat ada dua puak, dengan satu menyokong Mahathir dan satu lagi menyokong Anwar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.Jeniri berkata demikian sebagai mengulas pelawaan Mahathir untuk anggota parti Melayu di negara ini menyertai Bersatu
Pelawaan itu dibuat pengerusi Bersatu itu pada 5 Julai lalu
Dalam kenyataannya Mahathir berkata ketika ini sudah ada banyak parti Melayu dan bagi mengelakkan perpecahan lebih serius, mereka disarankan menyertai Bersatu
Zahid diharap beri sokonganKatanya, pelawaan itu merupakan usaha menyatu padu serta memperkasakan kuasa politik orang Melayu
Bagaimanapun pada 8 Julai, Mahathir menjelaskan pelawaannya agar parti politik Melayu menyertai Bersatu ditujukan kepada anggota Umno dan PAS
Mahathir yang secara berseloroh turut mengakui beliau teruk dibelasah rakan kompenan PH ekoran pelawaan tersebut
Mengulas perkara itu, Jeniri berkata apa yang dibangkitkan Mahathir itu tentu telah menimbulkan kesangsian dalam kalangan parti kompenan PH
"Ini mungkin usaha beliau untuk menyekat Anwar daripada menjadi perdana menteri," katanya
Menurut Jeniri jika jumlah anggota parlimen Bersatu kemudian dapat mengatasi bilangan anggota parlimen PKR, ia akan memberi kelebihan kepada parti berkenaan
Pada masa sama, Jeniri berkata, beliau juga percaya Anwar akan melipat-gandakan usaha bagi memastikan dirinya berjaya menjadi perdana menteri selepas Mahathir
"Presiden PKR itu akan pastikan, kalau berlaku apa-apa dia (Ahmad Zahid) mungkin akan memberi sokongan dari segi anggota parlimen manakala sebahagian yang lain di belakang Mahthir," katanya
Bagaimanapun isu yang lebih penting, kata Jeniri, ialah berapa banyak sokongan dapat dibawa Ahmad Zahid untuk Anwar
Sukar bertahan lepas PRU ke-15Sementara itu pensyarah Universiti Malaya, Prof Awang Azman Awang Pawi berpendapat, ada "sesuatu" berlaku dalam politik di sebalik tawaran Mahathir
Katanya, walaupun Mahathir telah menjelaskan tawaran tersebut dibuat secara umum - iaitu kepada anggota parti - namun beliau yakin ia adalah pelawaan kepada kepimpinan Umno dan PAS untuk menyertai Bersatu
"Maknanya ada sesuatu di belakang tadbir politik itu sendiri, dan antara kemungkinannya ialah Mahathir tidak selesa dengan hujah pembangkang, iaitu DAP ini terlalu dominan dalam kerajaan
"Kedua, adakah Mahathir melihat pengaruh Anwar semakin kuat dalam PH? Justeru beliau perlu untuk menjadi lebih kuat dengan membuat pelawaan tersebut
"Saya fikir yang beliau bukan maksudkan dengan anggota biasa, tetapi maksud tersirat beliau ialah anggota parlimen Umno dan PAS, dan mereka masuk untuk menguatkan Bersatu," katanya
Awang Azman berkata, kemungkinan itu ditambah dengan kedudukan Bersatu sebagai parti paling kecil anggota mereka di Dewan Rakyat
"Kita tahu Bersatu parti yang kecil dan hampir sama dengan Amanah dalam PH, tetapi walaupun minoriti tetapi pemimpinnya dapat jadi perdana menteri
"Dan dan perkara ini kita lihat sukar untuk bertahan khususnya menjelang PRU ke-15 dan selepasnya
"Maknanya Mahathir perlu mengukuhkan Bersatu dengan apa cara sekali pun khususnya menarik kalangan Umno dan PAS," katanya
Jika tidak, kata Awang Azman, maka mustahil Bersatu mendapat jawatan yang strategik selepas Mahathir berunur nanti
"Saya lihat itulah rasionalnya perdana menteri membuat tawaran sedemikian," katanya
Tambah Awang Azman, tindakan Mahathir juga dipercayai dibuat atas dasar beliau tahu kekuatan parti Bersatu sendiri setakat mana
Berbanding Umno yang memiliki struktur kukuh, ribuan cawangan, Bersatu pula jauh lebih kecil
Jika keadaan itu berterusan sehingga PRU ke-15, katanya nasib Bersatu sukar diramalkan
"Bersatu bertahan disebabkan Mahathir. Ini hakikat - faktor Mahathir dan faktor Muhyiddin, manakala PAS pula mempunyai ahli dan jentera yang walak dan sanggup bekerja demi parti," katanya
Justeru, Awang Azman berpendapat, antara anggota parlimen yang boleh dibawa menyertai Bersatu ialah Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau) dan Hishammuddin Hussien (Sembrong)
"Kalau perlu dia cuba tarik personaliti politik misalnya Hishammuddin atau Khairy Jamaluddin untuk menyokong dia," katanya



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/07/kembalinya-zahid-punca-dr-m-buka-pintu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Umno Pas Are The Biggest Malay Parties Not Bersatu

Zahid Umno Pas Are The Biggest Malay Parties Not Bersatu

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 391 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi has shut the door on Prime Minister Dr Mahathir Mohamad s for his party to join Bersatu pointing out that Umno and PAS are the largest Malay parties in the country The Malays do not have to go to PPBM The b...
Ph Sedia Buka Pintu Kepada Pas Mukhriz

Ph Sedia Buka Pintu Kepada Pas Mukhriz

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 244 hits
ALOR SETAR Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata Pakatan Harapan sedia membuka pintu kerjasama kepada Pas untuk menjadi sebahagian daripada komponen mereka demi penyatuan umat Islam di negara ini Menurutnya perkara t...
Menteri Rini Buka Peluang Tambah Kepemilikan Saham Linkaja

Menteri Rini Buka Peluang Tambah Kepemilikan Saham Linkaja

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 210 hits
Menteri Badan Usaha Milik Negara Rini Soemarno membuka peluang akan menambah kembali kepemilikan saham layanan keuangan berbasis elektronik LinkAja Saat ini baru terdapat 7 perusahaan BUMN di mana 4 di antaranya adalah Bank Umum BUMN
Saya Mahu Buka Pub Halal Tiada Minuman Beralkohol Shah Hazvee

Saya Mahu Buka Pub Halal Tiada Minuman Beralkohol Shah Hazvee

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 231 hits
Pelakon baru Shah Hazvee 23 meluahkan hasrat untuk membuka Pub Halal yang tidak akan menghidangkan sebarang minuman bercampur alkohol lapor Astro Gempak Menurut Shah dekorasi dan barangan dalam pub miliknya itu kelak akan kelihatan seperti ...
Kerajaan Jangan Jadi Bodoh Nak Buka Semula Kes Teoh Beng Hock Untuk Apa Lagi

Kerajaan Jangan Jadi Bodoh Nak Buka Semula Kes Teoh Beng Hock Untuk Apa Lagi

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 636 hits
Dari tahun 2009 hingga saat ini negara kita masih lagi dihantui dengan isu kematian Setiausaha Politik kepada EXCO Kerajaan Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah ditemui mati di lobi aras lima Plaza ...
Lelaki Pelik Hulur Tangan Kunci Pintu Tandas Wanita Dari Luar

Lelaki Pelik Hulur Tangan Kunci Pintu Tandas Wanita Dari Luar

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 539 hits
Pengalaman yang dikongsikan oleh seorang gadis ketika berhenti di sebuah kawasan Rawat dan Rehat berhampiran stesen minyak Dia yang kebetulan berada di situ melihat seorang wanita nyaris menjadi mangsa kepada seorang lelaki Lelaki tersebut ...
Tangan Tertusuk Chopstick Tunjuk Skill Buka Botol Bir

Tangan Tertusuk Chopstick Tunjuk Skill Buka Botol Bir

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 349 hits
Dalam tempoh dua minggu sebuah hospital di China menerima lima pesakit dengan kecederaan yang hampir sama iaitu tertusuk chopstick gara gara menggunakannya untuk membuka botol bir BACA Disebabkan itu doktor di China memberi amaran kepada or...
Citilink Jajaki Buka Rute Penerbangan Baru Ke Jerman

Citilink Jajaki Buka Rute Penerbangan Baru Ke Jerman

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 271 hits
Citilink Indonesia tengah menjajaki pembukaan rute penerbangan jarak jauh terbaru hingga ke tanah Eropa yakni menuju Kota Frankfurt di Jerman Pada semester dua tahun ini telah menjalin kesepakatan dengan Garuda Indonesia Group untuk melanju...
Komnas Ham Persilakan Polri Buka Data Investigasi Demo 22 Mei

Komnas Ham Persilakan Polri Buka Data Investigasi Demo 22 Mei

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 178 hits
Menurut Taufan Komnas HAM akan merilis temuannya secara terpisah dengan Polri Hal itu dilakukan demi menjaga independensi institusinya tersebut
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner