Kembalinya Zahid Boleh Rencat Kebangkitan Umno


Diterbitkan Hari ini 9:00 pagi

ULASAN | Nama Ahmad Zahid Hamidi kembali menjadi perhatian dunia politik tanah air apabila beliau menyatakan kesediaannya untuk kembali menerajui Umno "bila tiba masanya".

Menurut anggota parlimen Bagan Datuk itu, berdasarkan kasyaf ulama, akan berlaku peristiwa besar dalam negara dan pada masa itu beliau akan kembali memimpin Umno.

Apa perkara besar itu tidak pula diperjelaskan presiden Umno yang sedang bercuti itu, namun berdasarkan pengamatan peristiwa besar yang diharapkan Ahmad Zahid itu berkemungkinan besar Umno kembali berkuasa dan menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Bagaimana caranya itu sukar untuk diramal, sama ada Umno akan membentuk kerjasama dengan PKR dan PAS bagi mengusai Dewan Rakyat ataupun tidak mustahil juga Bersatu dan Umno akan rujuk kembali.

Lawan tukar jadi kawan

Dalam politik tiada yang mustahil, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sejak puluhan tahun bermusuh dengan DAP, tetapi akhirnya boleh bersama dalam satu bahtera.

Begitu juga Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sekian lama bermusuh dengan Mahathir, tetapi akhirnya mengangkat pengerusi Bersatu itu sebagai perdana menteri.

Begitulah seni politik tiada yang mustahil, kawan tidak selamanya dan lawan juga boleh bertukar menjadi kawan.

Namun, bukan isu itu yang ingin diperkatakan, apa yang ingin diperhalusi adalah kesediaan Ahmad Zahid untuk kembali menerajui Umno, apakah sesuai dengan masanya ataupun sebaliknya?

Tidak dinafikan, Ahmad Zahid telah dipilih secara demokrasi oleh ahli Umno untuk memimpin parti dominan terbesar orang Melayu itu.

Umno bukan lagi bahtera kerajaan
Namun, situasi dan masanya sedikit berbeza. Umno kini bukan lagi bahtera kerajaan, sebaliknya parti yang ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Umno memerlukan pembaharuan, perlu dilihat lebih segar dan bertenaga untuk menghadapi cabaran baru sebagai pembangkang.

Oleh itu Umno perlu dipimpin oleh nakhoda yang bersih dan bebas daripada sebarang masalah, yang sukar untuk pihak lawan menyerang batang tubuh pucuk kepimpinan.

Ini bukan bermakna satu "hukuman" terhadap Ahmad Zahid yang belum dibuktikan bersalah di mahkamah dengan puluhan pertuduhan yang dilemparkan terhadap beliau.

Namun, adalah lebih baik sekiranya beliau terus berjiwa besar dengan menyerahkan kepimpinan kepada Mohamad Hasan sehingga kes yang dihadapinya selesai dan jika beliau berjaya membersihkan namanya.

Redakan gelombang lompat

Sememangnya Ahmad Zahid berjiwa besar, memikul tanggungjawab untuk memimpin parti ketika dalam keadaan sukar dan menyerahkan tugas kepada timbalannya ketika parti dilanda badai.

Pendekatan yang diambil oleh beliau dengan Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat membuahkan hasil. Ribut yang melanda Umno dengan gelombang lompat parti berjaya diredakan.

Bahtera Umno kembali tenang, ketenangan itu akhirnya menterjemahkan kemenangan sulung buat Umno dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Nasihat orang-orang agama dan ilmuan, ketenangan pastinya akan membuahkan hasil yang lebih baik.

Berundur selangkah ke belakang juga tidak semestinya mengalah, Ahmad Zahid bukanlah seorang yang tewas dengan hanya menyerahkan tugas presiden kepada Tok Mat hanya kerana mahu menyelamatkan Umno.

Sebaliknya beliau adalah seorang pejuang yang sebenar yang meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

Tok Mat disenangi

Hakikat itulah yang perlu ditelan oleh pemimpin Umno, parti terbesar orang Melayu perlu melakukan transformasi yang menyeluruh dengan nafas baru sekiranya ingin kembali memenangi hati rakyat.

Dalam situasai hari ini, untuk mengatasi defisit kepercayaan Umno harus dipimpin oleh tokoh yang dilihat bersih dan disenangi rakyat.

Umno tidak boleh dipimpin oleh pemimpin yang akan menjadi sasaran pihak lawan kerana kelak yang terkesan adalah parti itu.

Kepimpinan Tok Mat dilihat disenangi kawan dan lawan, tidak salah jika bekas menteri besar Negeri Sembilan itu diberi peluang untuk memperkasakan kembali Umno dengan Ahmad Zahid menyokong dari belakang.

Sehingga kini, agak sukar untuk melihat pihak lawan menyerang batang tubuh Tok Mat kerana beliau masih bersih darpada sebarang isu.

Oleh itu, momentum baik yang ada pada Umno ketika ini tidak seharusnya direncatkan oleh 'come back' yang merugikan parti.

HASPAIZI ZAIN ialah wartawan Malaysiakini.

Tulisan ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang redaksi Malaysiakini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/02/kembalinya-zahid-boleh-rencat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyertaan Bekas Mp Ke Bersatu Tak Rencat Kelangsungan Umno

Penyertaan Bekas Mp Ke Bersatu Tak Rencat Kelangsungan Umno

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 467 hits
MALAYSIAKINI Penyertaan tujuh bekas anggota parlimen Umno secara rasmi ke Bersatu hari ini tidak akan merencatkan kelangsungan Umno kata Mohamad Hasan Mereka yang diterima masuk Bersatu hari ini telah pun mengumumkan keluar Umno lebih awal ...
Umno Pas Bagan Datuk Lancar Bangkit Zahid Hamidi

Umno Pas Bagan Datuk Lancar Bangkit Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 401 hits
UMNO dan Pas Bagan Datuk hari ini menubuhkan Gerakan Muslim Bagan Datuk bagi mengukuhkan lagi ukhwah kedua dua parti ini Ini adalah lambang bahawa kerjasama UMNO dan Pas bukanlah satu sandiwara Pelancaran BANGKIT dilakukan selepas forum Ker...
Zahid Dedah Rahasia Umno Pas Bertaawun Sebelum Pru14 Lagi

Zahid Dedah Rahasia Umno Pas Bertaawun Sebelum Pru14 Lagi

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 702 hits
Haspaizi Zain Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan beberapa siri pertemuan telah diadakan antara pemimpin Umno dan PAS bagi membincangkan soal kerjasama antara dua parti itu sebelum pilihan raya umum ke 14 Bagaimanapun kata presiden Umno yang sed...
Informasi Ahmad Zahid Tawar Pas Guna Bangunan Umno Bukti Kerjasama

Informasi Ahmad Zahid Tawar Pas Guna Bangunan Umno Bukti Kerjasama

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 395 hits
DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Yang Dipertua Pas Kawasan Bagan Datuk Misbahul Munir Masduki dalam program Wacana Kepimpinan Kerjasama UMNO dan Pas Bagan Datuk Sejauh Mana di Bagan Datuk semalam UTUSAN ONLINE AIN SAFRE BIDINBAGAN DATUK...
Kerjasama Umno Dan Pas Bukan Sandiwara Zahid Hamidi

Kerjasama Umno Dan Pas Bukan Sandiwara Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 725 hits
Kerjasama antara UMNO dan PAS bukan sandiwara atau main wayang demi kepentingan politik tetapi kerjasama yang ikhlas demi kepentingan Islam Melayu dan negara kata Anggota Parlimen Bagan Datuk Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Beliau berkata ...
Dr M Welcomes Ex Umno Mps Into Bersatu

Dr M Welcomes Ex Umno Mps Into Bersatu

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 403 hits
Bersatu chairperson Dr Mahathir Mohamad issued membership cards to former Umno lawmakers in Putrajaya this evening Of the seven six were present at the time of writing Masjid Tanah MP Mas Ermieyati Samsuddin Hamzah Zainuddin Shabudin Yahaya...
Ex Minister Among 7 Former Umno Mps Accepted Into Ppbm

Ex Minister Among 7 Former Umno Mps Accepted Into Ppbm

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 581 hits
FMT A former federal minister and two deputy ministers are among seven MPs from Umno who have been accepted into PPBM the party s chairman Dr Mahathir Mohamad announced today The three are former minister of domestic trade cooperatives and ...
Setiausaha Agung Pas Kata Audio Rakaman Terima Duit Umno Adalah Suara Nik Abduh

Setiausaha Agung Pas Kata Audio Rakaman Terima Duit Umno Adalah Suara Nik Abduh

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 444 hits
SETIAUSAHA Agung Pas Takiyuddin Hassan dilapor mengesahkan rakaman audio suara Ahli Parlien Bachok Mohamad Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengaku parti itu menerima dana dari Umno Takiyuddin juga mendakwa Nik Abduh sendiri mengakui audio itu suar...
Hadi Kafirkan Umno Dulu Rakan Sekatil Dap

Hadi Kafirkan Umno Dulu Rakan Sekatil Dap

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 920 hits
Umat Islam bertanya apakah Hj Hadi ulamak atau ular dalam semak Lebai lebai puyuh super taksub merhaban memuja ketua mereka seolah olah dia super maksum seperti Nabi Inilah manusia super munafiq yg mengkafirkan UMNO memecahbelahkan ummah da...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Salam Takziah Buat Seluruh Ahli Keluarga

The Lodge Maribaya Bandung Lokasi Aktiviti Menarik Dan Spot Bergambar Cantik

Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B