Kembalinya Liberal World Order



1. Terkini Joe Biden baru sahaja mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-46. Beliau jelas akan mengembalikan ‘Liberal World Order’ dengan Amerika mengetuai semula pakatan Barat seperti NATO yang diabaikan di bawah Trump. Apakah baik-buruk pelantikan Biden ini kepada ekonomi, pasaran saham, perdagangan, Laut China Selatan, dan Dunia Islam?

2. Pastinya peristiwa ini bakal memberi impak besar dalam arena politik dan ekonomi antarabangsa kerana Biden menjanjikan perubahan signifikan berbanding Presiden sebelum ini, Donald Trump.
3. Bagaimana Biden sebagai Presiden Amerika akan mengembalikan semula Liberal World Order? Jawapannya adalah dengan menstruktur kembali ekonomi politik Amerika sebagai ‘negara besar dan kuat’ (strong, maximal state); analisis manifesto ekonomi dan politik Biden memberi petunjuk jawapan kepada persoalan ini.
4. Sebagaimana digariskan para sarjana, Amerika memerlukan sumber ekonomi yang besar bagi mewujudkan Liberal World Order yang stabil untuk menjamin kepentingan strategik dan sekutunya.
5. Sebagai contoh, Amerika dahulu memenangi Perang Dingin kerana sumbangan ekonominya kepada NATO dan Pelan Marshall di Eropah Barat jauh mengatasi keupayaan ekonomi blok Pakatan Warsaw pimpinan Kesatuan Soviet

6. Fareed Zakaria dalam karya beliau ‘From Wealth to Power’ terbitan Princeton University Press memperincikan empat indikator negara kuat iaitu autonomi negara (state autonomy), skop tanggungjawab negara (state scope), keupayaan negara mengekstrak sumber (state’s ability to extract wealth), dan kesepaduan negara (state cohesion)

7. Ringkasnya, negara yang berautonomi tinggi, memiliki skop tanggungjawab yang luas, berkeinginan (dan mampu) mengekstrak sumber dalam skala besar, dan bersepadu adalah lebih kuat dan berkuasa. Jauh berbeza dengan negara yang berautonomi rendah, memiliki skop tanggungjawab sempit, tidak berkeinginan mengekstrak sumber dalam skala besar, dan tidak bersepadu

8. Dari perspektif geopolitik dan geostrategi, keempat-empat komponen kuasa negara ini cukup penting untuk Biden mengembalikan semula Liberal World Order di mana Fareed Zakaria mengajukan bahawa ‘sesebuah negara hanya mampu untuk meluaskan kepentingan politik mereka ke luar negara apabila terdapat peningkatan relatif kuasa negaranya’

9. Biden sejak sekian lama berikrar untuk mengembalikan dominasi Amerika dalam blok Barat iaitu NATO, memulihkan hubungan dengan Jerman dan Perancis, serta menyertai semula institusi antarabangsa lain seperti UNESCO dan WHO. Aspirasi ini dicerminkan dalam manifesto dasar ekonomi domestik Biden yang menjanjikan stimulus fiskal dan keutamaan menaikkan cukai korporat.
10. Antara perubahan yang beliau janjikan adalah menaikkan gaji minimum, menaikkan cukai korporat kepada sekitar 28 peratus, meluaskan skim insurans kesihatan awam, mengurangkan harga ubat dengan kemungkinan membenarkan ubat import, pemansuhan hutang pendidikan, menaikkan kredit cukai pusat penjagaan dan asuhan anak, serta pelaburan dalam teknologi tenaga hijau.
11. Dengan rekod sebagai Naib Presiden ketika pentadbiran Barrack Obama, Biden turut menjanjikan dasar pertanian, perdagangan, dan pengangkutan yang hampir serupa seperti bekas ketua beliau itu yang antaranya termasuklah insentif ‘net-zero emissions’ dalam sektor pertanian, menggalakkan makanan tempatan, capaian jalur lebar di luar bandar, peningkatan eksport pertanian, serta pelan infrastruktur bernilai $1.3 trilion.
12. Pastinya kesemua data ini bakal dianalisis dengan mendalam dari semasa ke semasa oleh para pelabur saham serta pengurus kewangan bukan sahaja di AS, bahkan juga di negara kita.
13. Realiti ini terbukti apabila ramai ‘sifu saham’ berkongsi panduan mengenai sektor-sektor yang dijangka menerima pulangan positif melalui perubahan dasar Biden nanti. Malah, ada laman sesawang yang sudah pun menyenaraikan saham-saham yang menerima manfaat di kemuncak pilihan raya Presiden AS antara Biden dan Trump sejak tahun 2020 yang lalu.
14. Antara yang terus menjadi perhatian adalah impak kemenangan Biden ke atas syarikat-syarikat tenaga hijau serta mesra alam sekitar di samping impak kepada syarikat tenaga tradisi seperti Exxon dan Chevron untuk tempoh empat tahun mendatang.
15. Namun begitu, manifesto Biden membayangkan kemungkinan trend kenaikan harga minyak seperti mana era Obama. Jika Obama dahulu lancarkan perang ke atas Syria dan Libya, Biden juga menunjukkan kecenderungan serupa di Asia Barat dengan menyokong Perang Iraq. Paling kritikal dalam dasar Biden nanti terhadap seteru utama AS di pentas antarabangsa saat ini: China.
16. Meskipun Biden dahulu penyokong kuat perjanjian TPPA yang kini dikenali sebagai CPTPP atau TPP-11 yang turut melibatkan negara kita, namun sentimen politik semasa di Amerika menyukarkan sebarang kemungkinan untuk Biden kembali menyertai TPP-11 selepas Trump menarik diri daripada perjanjian berkenaan

17. Gambaran awal tentang dasar Biden terhadap China di Laut China Selatan pula boleh dibaca bukan sahaja melalui ucapan beliau sendiri, bahkan juga melalui kenyataan serta pendirian beberapa individu kepercayaan beliau yang dijangka bakal dilantik dalam pentadbiran nanti

18. Antara posisi lantikan Biden yang kritikal dalam mencorakkan hala tuju dasar ketenteraan beliau terhadap China kelak pastilah jawatan Setiausaha Pertahanan. Saat ini, beberapa nama sedang dipertimbangkan, termasuklah Michele Flournoy yang menerima sokongan kuat para penggubal undang-undang Demokrat.
19. Flournoy terkenal dengan pendirian permusuhan terhadap China: dalam tulisan beliau di jurnal Foreign Affairs, beliau berpendirian bahawa AS seharusnya meningkatkan keupayaan untuk “menenggelamkan kesemua kapal tentera China di Laut China Selatan dalam tempoh 72 jam”

20. Pendirian tegas Flourney ini turut dikongsi calon Setiausaha Negara Biden, iaitu Antony Blinken yang berpendirian bahawa AS sememangnya perlu mengenakan sekatan terhadap China susulan tingkah laku autoritariannya di Hong Kong.
21. Bakal Penasihat Keselamatan Nasional Biden pula iaitu Jake Sullivan turut secara terbuka menyeru supaya lebih banyak sumber diperuntukkan kepada pakatan ketenteraan AS bersama negara-negara sekutu yang lain di Laut China Selatan.
22. Kemuncaknya, Joe Biden sendiri mengulangi tiga perkara yang bakal beliau lakukan bersama-sama sekutu AS: “memberi tekanan, mengasingkan, dan menghukum China”

23. Saat ini, kehadiran tentera AS di rantau Laut China Selatan – di bawah perhatian Philip Davidson, komander US Indo-Pacific Command – sememangnya menunjukkan pola peningkatan. Untuk tahun 2020 ini sahaja, di sebalik pandemik COVID-19, AS telah menjalankan lebih 83 latihan ketenteraan dengan 18 negara berbeza di Indo-Pasifik dengan slogan ‘Free and Open Indo-Pacific’.
24. Paling signifikan tentulah latihan Malabar yang baru sahaja tamat pada 20 November lalu yang melibatkan AS, India, dan Jepun, di mana dalam edisi ke-24 tahun ini ia telah turut disertai Australia – pertama kali sejak tahun 2007, sekali gus melengkapkan ‘Pakatan Quad’ yang diketuai AS.
25. Jika India ialah sekutu AS di Lautan Hindi, Jepun pula ialah sekutu AS di Laut China Timur, manakala Australia pula kini tampil sebagai sekutu kuat AS di Laut China Selatan

26. Prospek Biden tambah menarik dengan kehadiran sekutu lama AS pada tahun ini, iaitu UK. Perdana Menteri Boris Johnson pada bulan lalu mengumumkan peruntukan tambahan 16.5 bilion Pound Sterling kepada tentera UK, terbesar sejak Perang Dingin.
27. Malah, tentera laut British dijangka akan mengerahkan kapal pengangkut pesawat terbaru mereka, HMS Queen Elizabeth yang kini diperkuatkan pesawat pejuang F-35 buatan AS ke wilayah Timur Jauh, termasuklah kemungkinan ke Laut China Selatan

28. Selain itu, Setiausaha Tentera Laut AS iaitu Kenneth Braithwaite turut menyeru supaya Armada Pertama AS diaktifkan kembali selepas empat dekad ia dihentikan operasi. Untuk rekod, Armada Pertama ini beroperasi di wilayah Pasifik Barat khususnya Selat Melaka, Lautan Hindi, dan juga lautan Asia Tenggara, hingga Utara Australia.
29. Rancangan ini jelas sekali bertujuan untuk mengukuhkan kehadiran AS di Indo-Pasifik, khususnya di Laut China Selatan. Hal ini demikian kerana beban ini sekarang ditanggung Armada Ketujuh AS yang berpusat di Jepun – sekali gus mengurangkan konsentrasi kehadiran AS di kedua-dua Laut China Timur dan Laut China Selatan dalam keadaan China saban hari semakin meningkatkan cengkaman strategik mereka di wilayah ini secara serentak

30. Berdasarkan ucapan para pegawai yang bakal dilantik dalam pentadbiran Biden, serta perkembangan negara-negara sekutu AS seperti Australia, UK, Jepun, dan India, kita boleh menjangka bahawa AS akan meneruskan dasar peningkatan kehadiran armada tentera mereka di Laut China Selatan; namun ia belum menjamin kemampuan AS untuk menewaskan China dalam tempoh 72 jam seperti mana yang diharapkan calon Setiausaha Pertahanan Biden

31. Bagaimana pula dengan nasib Dunia Islam di bawah Biden nanti? Adakah akan ada pulangan positif atau dividen keamanan seperti mana impak kemenangan beliau dalam sektor saham yang tertentu?
32. Seperti mana analisis impak manifesto dasar Biden boleh memberi petunjuk naik turun sektor saham tertentu, begitu juga dengan manifesto dasar luar beliau boleh dikaji untuk mendapatkan jangkaan konflik, perang, dan keamanan di Dunia Islam

33. Saat ini, terdapat beberapa negara yang menjadi fokus utama seluruh umat Islam iaitu Palestin, Yaman, Syria, dan juga Iran.
34. Dalam isu penjajahan Palestin, meskipun Biden berpendirian menolak usaha Zionis Israel untuk mengilhak wilayah Tebing Barat Palestin, beliau masih menyokong kuat rejim tersebut dengan menolak seruan badan yang dikenali sebagai ‘Boycott, Divestment, and Sanctions’ (BDS) kononnya atas dasar ‘anti-semitik’.
35. Malah, beliau juga secara terbuka menyokong tindakan negara-negara Arab yang menormalisasi hubungan diplomatik dengan rejim Zionis tersebut seperti UAE, Bahrain, Sudan, dan Maghribi

36. Dalam isu Perang Yaman, Biden sejak sekian lama mengkritik campur tangan Arab Saudi di sana serta berjanji akan menarik balik sokongan AS terhadap perang tersebut. Secara khusus, Biden bahkan memberi isyarat untuk mempertimbangkan semula penjualan senjata kepada Arab Saudi, berbeza dengan Trump sebelum ini.
37. Namun begitu, disebabkan Perang Yaman ini adalah begitu rumit – melibatkan Arab Saudi dan sekutunya, UAE dan proksinya di Selatan, serta Houthi dengan Iran – maka tindakan Biden mengurangkan campur tangan AS di sana tidak akan dengan serta-merta menamatkan perang tersebut.
38. Malah, pendirian Biden mengklasifikasi Iran sebagai ‘negara penaja keganasan’ mengurangkan prospek positif bukan sahaja dalam Perang Yaman, bahkan juga untuk menstabilkan Syria kerana Tehran selaku sekutu kuat Basyar al-Assad kini semakin mengukuh cengkaman di sana.
39. Apa yang pasti, Presiden Biden bakal mengembalikan semula ‘Liberal World Order’ yang sekian lama dikritik ramai sarjana sebagai penyamaran hegemoni dan imperialisme Amerika. Maka kita di Malaysia perlu bijaksana mendepani perkembangan geopolitik dan geoekonomi ini. Sebagai umat Islam pula, wajib untuk kita terus mendoakan kebaikan ekonomi dan politik daripada Allah s.w.t, tanpa sekadar tunduk patuh kepada individu yang berkuasa di Rumah Putih

Abdul Muein AbadiPenyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/01/kembalinya-liberal-world-order.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Uncle Hashim Awarded Order Of Australia Medal For Service To Muslims

Uncle Hashim Awarded Order Of Australia Medal For Service To Muslims

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 258 hits
Abdul Rahman Hashim is sought after to conduct Muslim funerals in Canberra and is no stranger to Malaysian students there KUALA LUMPUR Uncle Hashim s name may not ring a bell among Malaysians here But this person is not your ordinary uncle ...
Order Online C O D Yong Tau Foo Yang Sedap Dan Lengkap Puas Hati

Order Online C O D Yong Tau Foo Yang Sedap Dan Lengkap Puas Hati

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 416 hits
assalamualaikum salam sejahtera Jumaat yang terakhir utk PKP 2 0 kemungkinan besar Jumaat depan kita da berubah ke PKPB pulak da kuat dah khabar angin mengesahkan PKP 2 0 takkan dilanjutkan hmmmm no further comment nak la kongsi yong tau fo...
Nicol David Tercalon Untuk The World Games Greatest Athlete Of All Time

Nicol David Tercalon Untuk The World Games Greatest Athlete Of All Time

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 387 hits
Nicol David Tercalon Untuk Anugerah The World Games Greatest Athlete Of All Time Nicol David telah tercalon sebagai salah seorang atlet untuk anugerah The World Games Greatest Athlete of All Time Ratu Skuasy Malaysia ini adalah satu satunya...
Diam Diam Anak 5 Tahun Order Kasut Frozen 2 Pasang Siap Beli Sekali Untuk Adik

Diam Diam Anak 5 Tahun Order Kasut Frozen 2 Pasang Siap Beli Sekali Untuk Adik

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 383 hits
Memandangkan keadaan sekarang ni semua duduk rumah dan masing masing menggunakan platform atas talian untuk membeli barang atau membuat tempahan makanan ia seolah menjadi perkara biasa Apabila aplikasi ini di install di telefon bimbit ibu b...
New Order Product

New Order Product

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 270 hits
Dear alcatraz77 apitlanggaq We are Interested in buying your product Kindly send your company s latest catalog and your best price list Also send us more This is a content summary only Visit my website for full links other content and more
Govt Considering An Emergency Order To Rein In Pandemic

Govt Considering An Emergency Order To Rein In Pandemic

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 246 hits
PETALING JAYA An emergency order may be invoked soon to rein in the alarming surge of Covid 19 case Multiple sources in Putrajaya said the Covid 19 crisis and the need to declare an emergency were discussed at a special Cabinet meeting at 1...
Order Kfc Untuk Lunch Cepat Dan Mudah

Order Kfc Untuk Lunch Cepat Dan Mudah

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 293 hits
Order KFC Untuk Lunch Cepat Dan Mudah PKP 2 0 dah masuk hari ke 4 masih lagi dicutikan dan bercuti Haha Kena terima cara kerja sekarang Management sedang buat duty roster untuk kita orang Hari isnin akan mula bekerja dengan kapasiti 30 je d...
World S Oldest Known Cave Painting Found In Indonesia

World S Oldest Known Cave Painting Found In Indonesia

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 209 hits
WASHINGTON Archaeologists have discovered the world s oldest known cave painting a life sized picture of a wild pig that was made at least 45 500 years ago in Indonesia The finding described in the journal Science Advances on Wednesday prov...
India S Pm Modi Kicks Off Vaccination Campaign Among World S Largest

India S Pm Modi Kicks Off Vaccination Campaign Among World S Largest

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 184 hits
India s Prime Minister Narendra Modi launched on Saturday one of the world s largest vaccination campaigns as part of efforts by the populous nation to bring the COVID 19 pandemic under control starting with two locally manufactured shots M...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024