Kembalikan Semangat Yang Hilang
Termenung sendirian. Hari Sabtu yang dingin, aku tetap bangun seperti biasa. Ada tugas menanti. Hari ini aku bertugas sebagai pegawai bilik gerakan. Namun begitu, tanggungjawab pada keluarga aku tetap laksanakan. Selesai bersiap, mandi dan mengemas barang, aku terus tetak ayam; Tuk tuk tukkk! Halia, bawang merah dan bawang putih aku cincang. Minyak aku panaskan..tumis…”shiuaaauuhhh!”. Tak lama lepas tu, ayam masak paprik aku siap terhidang. Nasi aku biarkan ia masak dalam periuk elektrik. Packing roti dan lauk, beserta beberapa keping biskut. Kunci kereta aku capai..bersalaman dengan suami dan anak-anak. Terus, aku segerakan perjalanan ke tempat kerja. **** Tika bertugas disaat begini, adalah sedikit masa aku bersendirian. Aku perlukan ruang. Aku perlukan masa. Serabut entah dari mana. Linangan air mata tetiba bercucuran! OMG!! Ya Tuhan! Throwback tahun 2018! 2018 telah dilalui. Pahit manis yang dialami terus tersimpan rapi. Kenangan demi kenangan terus mekar dan yang pahit jua terpaksa ditelan. 2018 – Igauan ngeri! Cita-cita aku masih tak kesampaian. Walaupun telah aku mulakan sejak 2007 lagi! Kecewa tetap dirasai. Ya…bukan rezeki aku!. Aku rasai kegagalan! Aku masih dalam mode “kecewa!”. 2018 – Aturan Allah itu baik. 3/9/2018 – Aku lapor diri di tempat baru. Sejak disini, aku kurang tension memikirkan jarak perjalanan pergi dan balik serta isu anak sekolah. Aku dapat rasa freedom! Even disini masa aku padat dengan kerja. 2018 – S/U Perkep bukan jawatan aku mohon. Bukan aku harapkan. Bagi aku cukup sekadar aku dapat bertukar. Tapi, sejak aku dilantik secara rasmi tanpa aku duga, aku bersyukur. Kerana, dikelilingi mereka yang rajin dan baik hati. Aku lebih ramai kenalan di tempat kerja baru. Aku tak perlu jadi famous, cukup aku hanya ada rakan sekerja ,bos dan anggota serta staff yang menyokong. Kerja Hakiki ; Cabaran InspektorMama Kerja hakiki disini lebih besar cabarannya. Namun, ianya mengajar aku lebih dedikasi, berani dan yakin dalam buat keputusan. Walaupun ada masanya mungkin aku silap. Aku lebih faham erti “accountability”. Tapi aku sentiasa yakin, anggota dan rakan sekerja aku capability dalam menjakankan tugas dan amanah. 2019 – New Year , Mode Masih Tak Boleh Move On! Even dah new year. Aku masih dalam mode biasa! Orang kata, semangat masih belum pulih. Aku tak tahu dimana nak bermula. Aku nak bangkit, tapi “stuck!”. Kadang tu, aku rasa frust gila. Aku perlukan rehat, aku serabut tentang sesuatu yang aku sendiri tak pasti! Tapi, dah seminggu berlalu aku cuba move on. Aku cuba! Aku cuba! Aku redha! Apa kerja datang, aku buat. Aku laksanakan, masih tak mampu bagi otak aku kosong. Aku benci jika banyak masa terluang, tanpa hasil. Aku benci! Even, ada seorang kakak yang wasap aku dengan kata-kata “Sabar ummi..you are a strong person 💪🏻💪🏻💪🏻!”. She make me cry…😭😭😭. Serius tak tahu kenapa!! Adoii. 2019 – Pengharapan aku Datangkan aku orang yang baik-baik disisi. Datangi aku orang yang “easy going”, bukan sebaliknya. Datangi jiwa aku, hati yang sentiasa teruja, berbunga-bunga dan semangat yang tak pernah mengalah. Datangkan aku jiwa yang sabar, lena yang lelap. Tiada lain, aku hanya mahu tenang. Aku hanya mahu ceria dan bahagia. Aku penat hidup dalam stress! Kesibukkan boleh halang otak aku ligat ingin merasa lebih murung, lebih marah dan kecewa! 2019 – Aku cari kesibukkan bagi halangan masa terluang. Pls dear , help me to smile! Doakan aku berjaya harungi 2019 dengan banyak perkara indah datang dalam hidup ini.
The post Kembalikan Semangat Yang Hilang! appeared first on UmmiNani.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://umminani.com/2019/01/kembalikan-semangat-yang-hilang/