Kembalikan Nama Asal Tanjong Penaga Bagan Isma
APA guna kepuk di ladang,Kalau tidak berisi padi,Apa guna keris di pinggang,Kalau tidak berani mati
Perahu payang layarnya merah,Belayar menuju arah utara,Keris dipegang bersintukkan darah,Adat pahlawan membela negara
Memang pahit buah peria,Makanan orang pergi menjala,Jikalau mengaku taat setia,Bersamalah kita pertahan negara
Assalamualaikum wbt,
Salam ukhwah,Salam perjuangan,Salam MERDEKA
Kami di Fort Cornwallis, Georgetown, Pulau Pinang, tempat bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu pada 1786
Desakan NGO untuk kembalikan nama asal #Georgetown kepada #TanjongPenaga pic.twitter.com/3IPgIji00Y
— penangkini (@penang_kini) August 31, 2020
Tanjong Penaga ialah nama asal Georgetown sebelum tergadai ke tangan penjajah
Dan sehingga hari ini pun, orang tempatan merujuk kawasn ini sebagai Tanjong apabila hendak ke sini
Malahan ,nama parlimen turut digunakan Tanjong, bukannya Georgetown
Begitu juga halnya di Butterworth, nama asalnya ialah Bagan. Parlimen juga menggunakan nama Bagan
Soalan besarnya ialah, jika di parlimen pun kita boleh gunakan nama asal tempat ini, kenapa di atas peta tidak pula diubah
Kenapa sayang sangat dengan nama penjajah tu
Kita rakyat Malaysia kena ingat, sejarah pahit buat Tanah Melayu apabila pulau ini tergadai
Di ambang kemerdekaan, British memperbodohkan kita apabila kononnya risau orang Melayu tak mampu mentadbir negara sendiri, hatta nak membuat secucuk jarum pun tak reti
Keparat apakah ini
Walhal kita telah lama dulu menguasai ilmu besi, lebih 500 tahun sebelum Nabi Isa lahir lagi
Buktinya boleh disaksikan tak jauh dari Fort Cornwallis ini, iaitu di Sungai Batu, Merbok, Kedah
Penemuan 12 relau besi, jutaan ‘tuyere’ (alat peniup api) dan jongkong besi telah mengejutkan ramai pihak
Juga bangunan jeti dan pentadbiran ditemui, membuktikan wujud perdagangan eksport industri besi ketika itu
HEBAT
Barangsiapa menguasai ilmu besi, maka dia menguasai dunia
Sewajarnya kita berbangga dengan kehebatan nenek moyang kita
Ayuh, angkat dagu, kembangkan dadamu
Kita angkat kembali sejarah tamadun kita
Pastinya usaha membangunkan bangsa ini panjang dan berliku
Kita usahakan juga walau laluannya berliku
Bermula dengan mengembalikan nama asal tempat-tempat bersejarah di Malaysia ini
Apapun, kita bagi jadi
Soufi AnualKetua Kempen Kembalikan Nama Asal, Hapus Jejak Penjajah
JK Gerakan Massa PEMUDA ISMA
#IniNegaraPerjuangan#KembalikanNamaAsal#HapusJejakPenjajah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.penangkini.com/2020/09/kembalikan-nama-asal-tanjong-penaga.html