Kembalikan Kesihatan Bahagian Intim Dengan Tenscare Kegel Trainer


Keinginan untuk cantik adalah satu lumrah buat wanita dan kecantikan pada seorang wanita bukan sahaja terhad kepada luaran, rupa yang cantik atau badan yang langsing namun ia juga memerlukan dalaman yang sihat. Senaman untuk tubuh badan luaran dan tumpuan kepada abdomen sudah menjadi kebiasaan bagi menjaga keterampilan. Namun ada segelintir wanita kerap mengabaikan kepentingan penjagaan dalaman terutama sekali otot lantai pelvik mereka.



Mengapa kekuatan otot lantai pelvik penting?
1. Menyokong organ-organ dalaman pelvik dan memudahkan proses bersalin.
Bagi wanita yang mengandung, ia dapat membantu untuk menampung berat bayi didalam rahim. Jika kerap melakukan senaman pelvik, ia akan memudahkan proses kelahiran secara normal.
2. Mengelak daripada gejala mudah terkencing dan organ “prolapse”.
Wanita lebih berpotensi untuk mengalami gejala mudah terkencing ketika ketawa, batuk,   mengangkat barang atau bangun dari tempat duduk. Jangan tidak tahu terdapat senaman khusus yang  dapat membantu mengurangkan dari inkontinesia urin iaitu pengaliran air kencing atau najis yang tidak disengajakan.
3. Meningkatkan keyakinan diri dan penting untuk fungsi seksual.
Dengan senaman yang bersesuaian ia  dapat meningkatkan kualiti kehidupan seseorang malah boleh memberi kesan yang baik kepada hubungan seksual dengan pasangan.
Otot lantai pelvis yang kuat dapat mengatasi gejala seperti:
i) Infeksi saluran kencing, ‘pruritus’ akibat dari kekerapan penggunaan tuala wanita dan lampin orang dewasa
ii) Pengambilan Ubat
iii) Rawatan pembedahan







Cara-cara menangani masalah kelemahan otot lantai pelvis
1. Senaman Kegel
i) Kempiskan perut dan lakukan proses ‘kemut-lepas-kemut’
ii) Lima kontraksi pantas
iii) Adalah disarankan untuk melakukan senaman untuk mengekalkan kekuatan otot lantai pelvis.
Tapi adakah anda akan berdisiplin mengikuti setiap langkah - langkah senaman yang dinyatakan di atas, ataupun adakah anda rajin untuk meluangkan masa (atau yang lebih tepat) adakah korang mempunyai masa yang cukup untuk senaman serta pantang larang semasa berpantang dikala sibuk menguruskan hal azali seperti bekerja dan keluarga? Disebabkan inilah wujudnya PEMULIHAN LANTAI PELVIK
Tidakkah anda ingin untuk kembali kepada kehidupan yang anda tanpa  kerisauan tentang kebocoran dan kurang kepuasan di dalam bilik tidur? Saya kongsikan sesuatu yang baru untuk pengetahuan anda semua.
TensCare ialah syarikat peranti perubatan daripada UK khusus dalam elektroterapi dengan pengalaman hampir 30 tahun, termasuk rawatan melegakan kesakitan dan pemulihan otot.
Alat Senaman Kegel TensCare menggunakan teknologi EMS yang selamat dan lebih berkesan daripada senaman kegel tradisional. Ia telah menjadi salah satu produk yang lebih dikenali di serata dunia.
TensCare bekerja dengan hospital dan farmasi di UK, dimana alat senaman kegel mereka amat disyorkan untuk pemulihan selepas bersalin.
TensCare menerima salah satu anugerah paling berprestij di UK tahun lepas- Anugerah Queen, yang diiktiraf oleh negara sebagai jenama yang boleh dipercayai. Bukan itu sahaja, malahan Produk  TensCare Alivia Kegel Trainer juga telah dianugerahkan ‘Parent’s Choice Award 2022’ sebagai alatan senaman Kegel yang terbaik di Malaysia.               


Sebelum itu, dua produk yang perlu anda ketahui:
TensCare Alivia Kegel Trainer
Alivia ialah versi premium yang direka khas untuk ibu-ibu tertumpu kepada pemulihan selepas bersalin. Untuk membantu menguatkan otot lantai pelvis dan pada keadaan yang optimum.
Ia didatangkan dengan 5 program = 3 Senaman, 1 Nada ’tone’, dan 1 meredakan kesakitan (dengan pad elektrod untuk rawatan melegakan kesakitan yang juga boleh digunakan untuk kekejangan selepas bersalin.)
3 mod senaman memberikan otot lantai pelvis senaman menyeluruh dengan frekuensi dan nadi yang berbeza, jadi otot tidak terbiasa dengan satu mod senaman.
Program melegakan kesakitan semasa haid juga boleh digunakan untuk kekejangan selepas bersalin, melalui teknologi TENS.


TensCare Kegel Toner
Otot lantai pelvis yang kuat bermakna peningkatan sensitiviti semasa hubungan seks dan orgasma yang lebih kuat untuk wanita. Menguatkan dan melatih otot lantai pelvis boleh membantu. Dalam kajian Sweden baru-baru ini, wanita berkongsi pengalaman mereka dimana peratusan keputusan ini diperoleh daripada tinjauan yang dilakukan;
43% wanita mengatakan bahawa masalah kencing mereka menjejaskan kehidupan seks mereka.
27% wanita berkata mereka mengalami kesukaran mencapai ‘orgasm’.
49% wanita bimbang tentang air kencing bocor semasa bersama.



menguatkan lantai Pelvik untuk mengelakkan masalah yang dikaitkan dengan “incontinence” seperti kebocoran pundi kencing
Kegel Toner membantu menguatkan otot lantai pelvis dengan menggunakan rangsangan elektrik untuk mengetatkan serta mengendurkan otot. Rawatan ini sangat berkesan jika dibandingkan dengan alternatif lain seperti pembedahan. 


Bagaimanakah Toner Kegel berfungsi? 
Hentikan kebocoran untuk selamanya dengan menggunakan Toner Kegel. Sesuai untuk anda yang baru mahu mencuba kerana Ia mempunyai 2 program dan terbukti secara klinikal berkesan. Toner Kegel membolehkan korang duduk dan berehat sambil memberikan otot lantai pelvis korang senaman yang sehingga 90% lebih cekap daripada senaman Kegel manual. Toner Kegel menggunakan rangsangan elektrik melalui probe faraj yang menyebabkan otot lantai pelvis mengecut. Ia mengecut dan mengendur bermakna otot pelvis sedang bersenam secara autopilot. Setiap sesi adalah 20 minit dan disyorkan menggunakan Toner Kegel sekali atau dua kali sehari. Tempoh program ialah 12 minggu secara keseluruhan hasil serta kesan adalah lebih cepat. Ramai wanita mendapat hasil yang menakjubkan dalam masa 1 bulan. 
Diuji secara perubatan dan diperakui terdapat beberapa ujian klinikal telah dilakukan ke atas program-program tersebut. 
Toner Kegel mempunyai langkah 1mA yang lembut. Membolehkan korang menyesuaikan intensiti dengan apa yang korang rasa selesa. Bemakna ia adalah tetapan yang bersesuaian dengan tahap keselesaan korang. Selain itu bersalin secara semulajadi akan melemahkan otot lantai pelvis dan menyebabkan kebocoran. 
Bagi TensCare keselamatan pesakit adalah yang utama dimana senaman kegel didatangkan dengan sistem keselamatan yang lengkap Sekiranya ia mengesan kehilangan sambungan antara kulit dan probe, mesin akan ditetapkan semula kepada 0 dan berkelip. ini adalah untuk mengelakkan sebarang kejutan buruk yang membolehkan anda terusan dengan yakin.

Ini adalah pengalaman I sendiri menggunakan Tens Care Alivia Kegel Trainer
Secara jujurnya I sangat risau untuk menggunakan alat ini buat pertama kali, mana tidaknya memasukkan sesuatu yang asing ke saluran sulit risau nanti apa yang akan jadi seterusnya. I biasa menggunakan tampon dan ia sedikit membantu untuk kali pertama menggunakan Tens Care Alivia Kegel Trainer. I pun ikutlah semua manual direction dan set meter untuk tentukan berapa lama untuk ia bertindak, untuk 5 minit pertama memang tak rasa apa-apa, hinggalah 15 minit seterusnya. Sedikit getaran dan percikkan voltan rendah mula dirasai. Seakan ada sesuatu sedang massage bahagian dalaman bahagian sulit. Malu nak cakap tapi ini yang I rasai. Kejap-kejap ada rasa tak selesa sebab kadang-kadang getaran kuat akan terasa. Tapi I maintain ok selama 20 minit masa yang di set pada device. 
Yang menariknya selepas tempoh perawatan tamat, TensCare Alivia Kegel Trainer dikeluarkan dan seperti biasa I mendapati ada kesan yang baik selepas penggunaaan device Tens Care Alivia Kegel Trainer. Jujur korang kena cuba tau sebab korang akan rasa banyak sangat kebaikkan. Ianya mampu milik dan portable. I ada dengar dan lihat sendiri treatment melibatkan perawatan bahagian intim wanita akan mencecah belasan malah ribuan ringgit. Tapi dengan TensCare Alivia Kegel Trainer tak perlu spent too much untuk kembali remaja seakan anak dara.
Nak tahu lanjut tentang TensCare Kegel Trainer boleh terus ke
Lazada Flagship Store: https://www.lazada.com.my/shop/tenscare-official-store
Bila dah beli mesti blur macam mana nak guna device ni, jangan risau kerana setiap kit Alivia ini didatangkan bersama panduan untuk rujukan korang ( Boleh tengok Rajah 1). Yang lebih menarik, jika anda beli melalui aplikasi Lazada, anda boleh berhubung terus dengan mereka untuk sebarang pertanyaan. Mudah sangat. 
 


Rajah 1 : Panduan Penggunaan








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://comot-pink.blogspot.com/2022/06/kembalikan-kesihatan-bahagian-intim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Bahagian Bubar Selepas Shafie Lantik Orang Luar Ketuai Warisan Perak

8 Bahagian Bubar Selepas Shafie Lantik Orang Luar Ketuai Warisan Perak

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 214 hits
Jurucakap ahli Murad Abdullah berkata tindakan Presiden Warisan Shafie Apdal melantik orang luar menunjukkan seolah olah tiada ahlinya di Perak berkelayakan PETALING JAYA Tindakan Presiden Warisan Shafie Apdal melantik orang luar sebagai ke...
Bertukar Kata Kata Semangat Untuk Terus Kuat Rossa Sera Puteri Sarah Mohon Kaum Wanita Bangkit Demi Kesihatan Ment4l

Bertukar Kata Kata Semangat Untuk Terus Kuat Rossa Sera Puteri Sarah Mohon Kaum Wanita Bangkit Demi Kesihatan Ment4l

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 313 hits
Isu perg0lakan rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan Rossa Sera antara yang mencvri tumpuan warganet sejak belakangan ini Tatkala Sera dikatakan dalam proses berpisah dengan suaminya Shuk Sahar isteri kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yus...
Ejen Ali Musim 3 Bahagian Kedua Akan Dilancarkan Secara Eksklusif Di Disney Hotstar Disember Ini

Ejen Ali Musim 3 Bahagian Kedua Akan Dilancarkan Secara Eksklusif Di Disney Hotstar Disember Ini

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 178 hits
Bahagian Satu dari musim ketiga siri animasi Malaysia yang telah lama ditunggu tunggu Ejen Ali telah ditayangkan pada 25 Jun 2022 yang lalu di Malaysia Indonesia Singapura dan Thailand sebelum ia menikmati kejayaan besar dan menjadi The pos...
Fit Factor Waist Trainer Terbaharu Dari Pinklady

Fit Factor Waist Trainer Terbaharu Dari Pinklady

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 246 hits
MEMPERKENALKAN PRODUK TERBARU DARIPADA FIT FACTOR Fit Factor Waist Trainer Sekali anda pakai Fit Factor Waist Trainer ia mampu mengubah saiz badan anda dengan sekelip mata Didatangkan dengan 2 saiz PETITE dan CURVY dan sesuai dipakai oleh s...
Bengkung Terbaru Pl Fit Factor Fit Factor Waist Trainer

Bengkung Terbaru Pl Fit Factor Fit Factor Waist Trainer

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 347 hits
Korang Sekarang PL FITFACTOR dah keluar BENGKUNG brand sendiri tau Harga marhaen sangat Kualiti tiptop Zap zap terus siap Kalau consume dengan minuman jus kikis lemak Fitfactor memang perfect combination Ada 2 saiz Petite untuk orang kecik ...
Kesihatan Terjejas Akibat Penyakit Berjangkit

Kesihatan Terjejas Akibat Penyakit Berjangkit

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 226 hits
Kesihatan Terjejas Akibat Penyakit Berjangkit Semenjak balik bercuti dari kampung waktu Raya Haji lepas sehingga sekarang kesihatan kami sekeluarga masih tidak menentu Bermula dengan anak sulong yang demam panas selama dua hari dan kembali ...
Kesan Sampingan Terburuk Perubatan Ganja Kepada Kesihatan Mental

Kesan Sampingan Terburuk Perubatan Ganja Kepada Kesihatan Mental

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 252 hits
Oleh Nurul Najihah Isu perubatan ganja sedang hangat diperkatakan sekarang Banyak penyelidikan telah dilakukan yang membuktikan bahawa cannabidiol iaitu bahan aktif dalam ganja boleh merawat pelbagai keadaan termasuklah penyakit kronik dan ...
Hubungi Talian Kasih 15999 Masalah Kesihatan Mental Mesti Dirawat Segera

Hubungi Talian Kasih 15999 Masalah Kesihatan Mental Mesti Dirawat Segera

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 210 hits
Hubungi Talian Kasih 15999 Kesihatan Mental Mesti Dirawat Segera Kesihatan mental secara ringkasnya adalah ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan tuntutan hidup Setiap individu mentakrif...
7 Khasiat Chia Seed Untuk Kesihatan

7 Khasiat Chia Seed Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 146 hits
Khasiat Chia seed sememangnya tidak dapat dinafikan lagi Hal ini kerana penggunaan chia seed ini kini semakin meluas dalam kalangan masyarakat dunia Hal ini kerana chia seed merupakan salah satu sumber kepada serat zat besi kalsium dan juga...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities