Kembalikan Hukuman Mati Mandatori


 

Kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini, dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini, dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

NAMA Mona Fendy pernah menggemparkan negara dengan kes pembunuhan paling kejam dan sadis yang dilakukan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Allahyarham Datuk Mohd Mazlan Idris, pada tahun 1993.

Mangsa yang dilaporkan hilang selama dua minggu telah dibunuh dan dikerat 18 sebelum mayatnya ditanam dalam lubang sedalam 1.8 meter di sebuah rumah tidak bernombor.

31 tahun berlalu, negara kembali dikejutkan dengan kes pembunuhan kejam yang semakin menjadi-jadi.

Pada 14 Disember lalu, ibu tunggal dua anak, Mila Sharmila Samsusah, 32, atau lebih dikenali sebagai Bella yang dilaporkan hilang berakhir dengan tragedi pembunuhan.

Selepas 38 hari hilang, polis akhirnya berjaya mengesan rangka manusia tidak sempurna milik Bella di sebuah rumah terbiar dan teman lelakinya didakwa atas pembunuhan tersebut.

Nasib seorang guru, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, atau dikenali sebagai Cikgu Istiqomah yang dilaporkan hilang pada 27 Disember lalu juga amat menyayat hati.

Selepas lapan bulan, mayat wanita dibunuh kejam dengan kepala, kedua-dua tangan dan kaki dipotong sebelum disumbat ke dalam tong sampah dan dibuang di longkang pada 31 Disember lalu disahkan miliknya.

Terbaharu, negara digemparkan pula dengan kes bunuh libatkan lelaki warga Rohingya yang mengelar leher dan membuang mayat isteri serta dua anaknya dalam longkang.

Timbul persoalan apakah masyarakat hari ini sudah hilang nilai kemanusiaan, mudah hilang pertimbangan sehingga nyawa tiada lagi harga?

Tidak kira sama ada melibatkan keluarga, kenalan, mahupun orang asing, kes pembunuhan tragis seperti ini tidak harus dipandang ringan.
Apa pun alasan mereka, kita tidak boleh menerima perbuatan kejam seperti ini.

Mereka harus diberikan pengajaran yang sewajarnya melalui hukuman yang setimpal di sisi undang-undang.

Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa “barang siapa melakukan kesalahan membunuh orang hendaklah diseksa dengan bunuh.”

Di Malaysia, pelaksanaan hukuman bunuh dibuat dengan menggantung pesalah sehingga mati.

Jika dulu, hampir kesemua pembunuh ini nasibnya akan berakhir di tali gantung, namun kini situasinya berbeza.

Ramai pembunuh-pembunuh ini terlepas hukuman gantung dan digantikan dengan hukuman penjara sahaja.

Ini kerana tiada lagi hukuman mati mandatori dan pemenjaraan sepanjang hayat di Malaysia susulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) pada tahun lalu.

Kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini, dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Mengambil contoh kes rogol dan pembunuhan kejam ke atas jururawat, Yashmin Fauzi pada 2015 lalu, suspek Mohammad Awari terlepas hukuman gantung apabila hukumannya digantikan kepada penjara 40 tahun baru-baru ini.

Begitu juga dengan kes bunuh wanita warga emas berusia 75 tahun, tertuduh Zulkiple Mohamad, menggunakan kayu besbol sebelum merogolnya, terlepas hukuman gantung sampai mati.

Berapa ramai lagi pembunuh-pembunuh di luar sana akan terlepas dan seolah-olah perbuatan kejam mereka itu ‘dimaafkan’?

Jika pembunuh-pembunuh tersebut terselamat daripada hukuman gantung, bagaimana kita mahu mencegah jenayah dan menjauhkan orang lain daripada membuat jenayah?

Maka hukuman mati mandatori ke atas pembunuh-pembunuh ini harus dikembalikan.

Sesungguhnya, pembunuhan dalam Islam adalah jenayah yang besar. Perkara itu dijelaskan ALLAH SWT dalam al-Quran yang maksudnya: “Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan ALLAH (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar.” (Surah al-An’am, ayat 151).

Islam menetapkan hukuman qisas bagi membendung pembunuhan manusia yang tidak berdosa. Hukuman itu diperuntukkan bagi menegakkan keadilan dan mengurangkan bebanan kesedihan ditanggung keluarga mangsa.

Selain itu, hukuman qisas juga adalah satu hukuman yang dapat menundukkan hati dan nafsu manusia serta menerbitkan perasaan takut dalam diri untuk membunuh insan lain yang tidak berdosa.

Dengan adanya pelaksanaan hukum itu, kejadian pembunuhan dapat dibendung.
Sumber: Arney Syema Anua


www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2024/09/kembalikan-hukuman-mati-mandatori.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Bunuh Hanis Amanda Mahkamah Persekutuan Kembalikan Hukuman Mati Bekas Anggota Polis

Kes Bunuh Hanis Amanda Mahkamah Persekutuan Kembalikan Hukuman Mati Bekas Anggota Polis

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 88 hits
BernamaPUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan telah mengembalikan hukuman mati seorang bekas koperal polis kerana membunuh anak tiri perempuannya yang berusia dua tahun Hanis Amanda Mohd Zafil sembilan tahun lalu Panel tiga hakim yang bersidang pad...
Kenapa Orang Mati Lebih Memilih Untuk Bersedekah Jika Dikembalikan Ke Dunia

Kenapa Orang Mati Lebih Memilih Untuk Bersedekah Jika Dikembalikan Ke Dunia

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 117 hits
Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh oleh Al Imam Jalaluddin As Suyuti kenapa orang mati lebih memilih untuk bersedekah jika dikembalikan ke dunia Sebagaimana firman Allah dalam surah Al Munafiqun ayat 10 wahai Tuhanku alangkah baiknya Engk...
Bagaimana Mati Syahid Untuk Tegakkan Islam Di Malaysia Menurut Uai

Bagaimana Mati Syahid Untuk Tegakkan Islam Di Malaysia Menurut Uai

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 144 hits
HarapandailyAHMAD MURSINiat mati Syahid hal yang perlu ada dalam jiwa mukmin tetapi konteksnya kena betul Syahid banyak kategori Mati kerana wabak kebakaran tertimpa bangunan wanita lahirkan anak pertahankan harta peperangan dan lain lain T...
Bapa Anak Lelaki Oku Ditemui Mati Dalam Rumah

Bapa Anak Lelaki Oku Ditemui Mati Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 25/8/2024 - jumlah : 190 hits
Alias Abd Raniam hmetro com myLOKASI penemuan mayat dua beranak di sebuah rumah di Taman Indah Sungai Abong FOTO Alias Abd RaniMuar Misteri rumah bergelap selain sunyi sepi membongkarkan penemuan mayat dua beranak dipercayai sudah meninggal...
Menarik Tulisan Pendek Ni Nak Mati Syahid Konon

Menarik Tulisan Pendek Ni Nak Mati Syahid Konon

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 109 hits
1 Pegang mikrofon bersyarah saja ajak orang ramai berjihad Bagi tahu orang ramai nak mati syahid Kononnya negara ini penuh dengan maksiat 2 Habis kuliah dapat sampul makan percuma Naik kereta buka henfon tengok jadual kuliah hari seterusnya...
Lelaki Minta Maaf Pada Ibu Sebelum Ditemukan Mati Terjatuh Perigi

Lelaki Minta Maaf Pada Ibu Sebelum Ditemukan Mati Terjatuh Perigi

papar berkaitan - pada 25/8/2024 - jumlah : 119 hits
Omar Ahmadam hmetro com myLelaki ditemui maut jatuh ke dalam perigi berhampiran rumahnya di Lorong 7 Taman Nesa Skudai FOTO Ihsan JBPMJohor Bahru Seorang lelaki ditemukan mati selepas terjatuh ke dalam perigi berdekatan rumahnya di Lorong 7...
Tular Kembali Gambar Kereta Mewah Penceramah Ajak Mati Syahid Jangan Takut Raja

Tular Kembali Gambar Kereta Mewah Penceramah Ajak Mati Syahid Jangan Takut Raja

papar berkaitan - pada 26/8/2024 - jumlah : 242 hits
HarapandailyGambar kereta mewah dengan kelibat individu menyerupai Ustaz Azhar Idrus di sebuah pam minyak tular kembali di media sosial Semakan Harapandaily mendapati foto dan kecaman terhadap penceramah yang sinonim dengan program Pas berk...
Kejayaan Umno Sebabnya Umno Mati

Kejayaan Umno Sebabnya Umno Mati

papar berkaitan - pada 26/8/2024 - jumlah : 144 hits
Kejayaan Umno sebabnya Umno mati ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be lVk2z6UMbl4 src in org https www youtube com embed lVk2z6UMbl4 wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com embed lVk2z6...
Kemalangan Langgar Lori Kontraktor Siram Pokok Mana Sop Ayah Saya Mati Begitu Sahaja

Kemalangan Langgar Lori Kontraktor Siram Pokok Mana Sop Ayah Saya Mati Begitu Sahaja

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 95 hits
KUANTAN Ayah saya mati begitu saja Saya geram marah kata Gee Poh Keong yang kehilangan Gee Len Fatt berusia 63 tahun Itu keluhan yang dizahirkan anak kedua mangsa yang maut dalam kemalangan ketika lori milik kontraktor sedang melakukan peny...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025