Kematian Boleh Menjengah Secara Tiba Tiba Bersediakah Kita



Baru-baru ini kawan saya menceritakan pengalaman pahit manisnya ketika bercuti di sebuah pulau yang cukup cantik di Terengganu, iaitu Pulau Perhentian. Katanya, dengan bercuti dan mengembara di muka bumi ini, kita akan dapat mencari banyak keindahan dan hikmah yang tersembunyi yang diciptakan Allah. Dekatnya kita dengan tuhan apabila setiap ciptaan Allah akan dapat mengingatkan kita kepadanya.
Namun, saya tertarik untuk menceritakan sebuah kisahnya, iaitu ibarat pengalaman mati hidup semula. Apabila dia menceritakan ceritanya itu dengan penuh perasaan dan semangat, saya dapat rasakan apa itu kematian.
Kisahnya berlaku pada waktu malam, ketika dia ingin pulang ke chalet yang didiaminya di Kampung Nelayan. Dalam perjalanannya dari Long Beach, ombak sangat kuat dan laut bergelora dengan kencangnya. Ia mengakibatkan bot kecil yang dinaikinya hampir terbalik dan pada waktu itulah dia merasakan hanya Allah yang dapat membantunya.
Penumpang-penumpang di atas bot kecil itu hanya mampu meminta pertolongan daripada Allah sahaja. Apabila berada di tengah laut, tiada harapan dan daya lain yang boleh diharapkan melainkan kepada kuasa dan keajaibanNya.
Pada waktu itulah, dia mula mengenangkan dosa dan segala perbuatan yang pernah dilakukan. Adakah cukup amalnya untuk dibawa berjumpa tuhan jika benar ajalnya pada malam tersebut? Adakah dia sudah melunaskan hutangnya kepada orang-orang yang pernah memberinya hutang?
“Bagaimana jika aku meninggal dalam keadaan yang dimurkai Allah? Bagaimana jika solatku ada yang masih lompong-lompong dan tidak sempurna di mata Allah?”
Bagaimana, bagaimana dan bagaimana. Hanya itu persoalan yang menerawang di mindanya. Saya sebagai pendengar kepada ceritanya dapat merasakan ketakutan dan tangisan di hatinya.
Jauh di sudut hatinya, dia mengharapkan agar Allah memberi keampunan kepadaNya. Dia dan kawannya berdoa, beristighfar dan mengucap dengan banyaknya hanya untuk menagih simpati dan menumpang harap kepada Allah.
Apabila mendengar ceritanya, saya juga terfikir, kalaulah saya yang berada di tempatnya, tiada apa yang akan diharapkan kecuali pertolongan dari Tuhan. Mungkin belum bersedia untuk menghadapi kematian, Namun, hakikatnya di sini, kematian akan tiba pada bila-bila masa dan dalam keadaan yang tidak dijangka.
وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ كِتَابًا مُّؤَجَّلً
“Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah).”
(Surah ali-Imran, 3:145)
Kita sering mendengar kematian yang datang menjengah dengan tiba-tiba, kadang-kadang tanpa diketahui penyakitnya. Ada yang meninggal di dalam solat, ada yang tidur buat selamanya dan ada yang mati ketika sedang bersukan. Pelbagai cara yang kadang-kadang tidak terfikir akal, kematian boleh datang.

Ada yang semalam baru sahaja sembuh dari penyakit, namun hari ini dikhabarkan sudah tiada buat selamanya. Ada yang selama ini sihat dan segar sahaja tanpa sebarang penyakit, namun tiba-tiba sudah ditarik nyawanya.
Malah, sebenarnya kebanyakan kematian boleh berlaku yang diakibatkan oleh perbuatan yang kita suka. Pernah, saya mendengar berita seorang lelaki yang suka melakukan aktiviti lasak dan ekstrem akhirnya meninggal dunia akibat jatuh ketika ingin melintasi antara dua bangunan. Pernah juga kita dikejutkan berita pendaki tegar yang akhirnya meninggal dunia ketika mendaki gunung serta banyak lagi kisah kematian yang berlaku.
Disebabkan itulah, kita pernah disuap dengan perkataan, kita akan mati dalam perkara yang kita cinta. Hal ini tidaklah bermaksud Allah menegah atau menakutkan kita daripada melakukan perbuatan tersebut, namun ia merupakan sebuah peringatan kepada kita supaya berhati-hati dalam sesuatu perkara dan tidak lalai.
Setiap perkara yang dilakukan perlulah berpada-pada dan tidak dilakukan secara melebih-lebih. Biarlah apa yang dilakukan itu dapat mendekatkan diri kepada Allah dan bukannya semakin menjauh. Mudah sahaja untuk sentiasa meletakkan Allah di hati.
Sebagai contoh, mulakan sesuatu dengan membaca Bismillah. Sebelum naik kenderaan, bacalah bismillah atau jika menghafal doa sebelum menaiki kenderaan, maka bacalah ia. Semasa dalam perjalanan, janganlah terlalu leka dan sentiasa bersabar jika menghadapi ujian seperti jalan yang sesak dan sebagainya. Apabila telah tiba di destinasi dengan selamat, maka ucaplah syukur padaNya.
Mudah sahaja untuk ingat kepadaNya. Letakkan Allah dalam setiap perbuatan, nescaya Allah akan melindungi kita, dengan izinNya. Itulah sunnah
وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّـهَ فَأَنسَاهُمْ أَنفُسَهُمْ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Maksud: “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka.” (Surah Al-Hashr, 59:19)
Kesimpulan
Kematian boleh datang pada bila-bila masa sahaja, sama ada kita bersedia atau tidak, sudah cukup amalan atau belum. Bersedia atau tidak, ia tidak menjadi isu, namun bagaimana pengakhiran kita, itulah yang menjadi tanda tanya. Ia merupakan pengakhiran kepada amalan hidup kita. Oleh itu, berdoalah agar dikurniakan husnul khatimah supaya kehidupan kita di alam sana akan tenang dan aman damai.
قُل لَّن يَنفَعَكُمُ الْفِرَارُ إِن فَرَرْتُم مِّنَ الْمَوْتِ أَوِ الْقَتْلِ وَإِذًا لَّا تُمَتَّعُونَ إِلَّا قَلِيلً
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Kalaulah kamu melarikan diri dari kematian atau dari pembunuhan maka perbuatan melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada kamu; dan kalaulah kamu pada hari ini terlepas sekalipun, maka kamu tidak juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa sahaja.”
(Surah Al-Ahzab, 33:16)
 
Sumber: tzkrh.com
The post Kematian Boleh Menjengah Secara Tiba-Tiba, Bersediakah Kita? appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/kematian-boleh-menjengah-secara-tiba-tiba-bersediakah-kita/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hati Hati Bila Tiggalkan Kipas Terpasang Lama Tiba Tiba Boleh Berapi

Hati Hati Bila Tiggalkan Kipas Terpasang Lama Tiba Tiba Boleh Berapi

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 1239 hits
Menurut statistik dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia masalah litar pintas dan kegagalan peralatan elektrik menjadi antara faktor utama berlakunya kebakaran bangunan Peralatan elektrik yang dibiarkan berfungsi tanpa peman...
Pelantikan Pasukan Petugas Khas Kerajaan Tidak Boleh Puaskan Hati Semua Pihak

Pelantikan Pasukan Petugas Khas Kerajaan Tidak Boleh Puaskan Hati Semua Pihak

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 335 hits
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak boleh memuaskan hati semua pihak dalam isu pelantikan enam anggota Pasukan Petugas Khas yang akan menyiasat kes kehilangan aktivis sosial Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh Keng Joo Bagaimanapun Tu...
Fungsi Memadam Data Dan Lokasi Peribadi Google Secara Automatik Kini Boleh Digunakan

Fungsi Memadam Data Dan Lokasi Peribadi Google Secara Automatik Kini Boleh Digunakan

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 252 hits
Anda menggunakan perkhidmatan Google secara percuma tetapi anda sebenarnya membayar dengan data peribadi yang digunakan untuk paparan iklan serta promosi yang berkaitan Pengguna moden lebih cakna mengenai bagaimana data peribadi digunakan d...
Nama Anak Saya Google Bapa Tertarik Kerana Maksudnya Boleh Tolong Orang

Nama Anak Saya Google Bapa Tertarik Kerana Maksudnya Boleh Tolong Orang

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 305 hits
Pasangan dari Indonesia Andi Cahya Saputra 31 dan Ella Karina 27 memberi nama kepada anak mereka yang lahir pada 30 November lalu sebagai Google Menerusi laporan media tempatan Kumparan nama itu tercetus semasa isterinya hamil tujuh bulan N...
Boleh Makan Durian Di Kebun Uncle Heng

Boleh Makan Durian Di Kebun Uncle Heng

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 398 hits
MELAKA 27 Jun Pemilik kebun durian di Tiang Dua Melaka Tan Kung Tai 58 atau mesra dipanggil Uncle Heng menawarkan orang ramai yang berminat untuk membeli durian supaya datang ke kebunnya untuk memilih sendiri buah segar yang baru gugur Uncl...
Samsung Dijangka Memperkenalkan Telefon Boleh Lipat Dengan Skrin Keluar Seumpama Mate X Sebelum Huawei

Samsung Dijangka Memperkenalkan Telefon Boleh Lipat Dengan Skrin Keluar Seumpama Mate X Sebelum Huawei

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 361 hits
Samsung sebelum ini telah memperkenalkan Galaxy Fold yang membawakan rekaan dwi skrin selain sebuah skrin boleh lipat yang menawarkan rekaan boleh lipat kedalam Ini sekaligus menawarkan lebih perlindungan ke skrin dan mengelak ia tercalar d...
Nasa Dakwa Temui Asteriod Emas Yang Boleh Buat Semua Manusia Di Dunia Billionaire

Nasa Dakwa Temui Asteriod Emas Yang Boleh Buat Semua Manusia Di Dunia Billionaire

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 542 hits
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika sedang memerhatikan asteroid yang mengandungi emas yang cukup untuk menjadikan semua orang di bumi seorang jutawan Asteroid Psyche 16 yang terletak di antara orbit planet Marikh da...
Trump Syarikat A S Kini Boleh Kembali Berurusniaga Dengan Huawei

Trump Syarikat A S Kini Boleh Kembali Berurusniaga Dengan Huawei

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 220 hits
Kemelut halangan pembelian teknologi dari Amerika Syarikat ke atas Huawei nampaknya berakhir sebentar tadi Presiden Donald Trump telah mengatakan syarikat syarikat dari A S kini boleh kembali berurusniaga dengan Huawei Kenyataan ini diberik...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik