Kemasukan Pelancong Masih Tertakluk Kepada Peraturan Jim


Putrajaya : Kebenaran masuk pelancong masih tertakluk kepada peraturan, prosedur dan kawalan imigresen sedia ada di pintu masuk, dan Notis Penolakan Masuk boleh dikeluarkan sekiranya pelancong terbabit, tersenarai di dalam senarai hitam atau senarai syak Jabatan Imigresen (JIM) atau tergolong dalam kategori imigran larangan.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan hari ini menyatakan, walaupun kerajaan telah memberikan kemudahan pengecualian visa kepada pelancong warganegara China dan India, namun pelancong dari kedua-dua negara berkenaan masih perlu melengkapkan pendaftaran maklumat melalui sistem ‘Electronic Travel Registration and Information’ (eNTRI).
”KDN dan JIM sentiasa memastikan keselamatan negara sebagai keutamaan dan tidak akan berkompromi dalam perkara-perkara yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman negara,” kata KDN dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.
Mengulas isu yang viral di media sosial mengenai satu warta kerajaan bertarikh 23 Dis berkenaan pengecualian visa kepada pelancong dari China berkuatkuasa daripada 1 Jan 2020 sehingga 31 Dis 2020, KDN berkata pewartaan tersebut adalah satu prosedur biasa, yang dibuat setiap tahun semenjak inisiatif itu diperkenalkan pada 2016.
KDN menjelaskan bahawa warta kerajaan berkenaan dikeluarkan menurut Akta Pasport 1966 untuk membolehkan pelaksanaan eNTRI yang merupakan kemudahan tanpa visa bagi pelawat dari China untuk memasuki Malaysia atas tujuan melancong atau lawatan sosial bagi tempoh 15 hari.
Katanya objektif utama pelaksanaan inisiatif ini adalah untuk mengukuhkan industri pelancongan, dengan memberi kemudahan tanpa visa kepada pelancong, yang ingin melawat Malaysia.
”Inisiatif ini telah diumumkan kerajaan semasa pembentangan pengubahsuaian bajet pada 28 Jan 2016 di mana pelancong warganegara China dikecualikan daripada keperluan visa mulai 1 Mac 2016 sehingga 31 Dis 2016 tertakluk kepada syarat-syarat yang tertentu, bagi tempoh lawatan tidak melebihi 15 hari.
”Ia kemudian diperluas kepada pelancong warganegara India pada 1 April 2017, dengan pelanjutan dilaksanakan secara tahunan mengikut keperluan,” katanya.
Mengulas lanjut, KDN berkata kemasukan tanpa visa melalui eNTRI adalah satu penambahbaikan ke atas mekanisme secara Visa On Arrival (VOA), dan elemen keselamatan menjadi sebahagian daripada proses eNTRI dan dikawal sepenuhnya oleh JIM.
Jelasnya sistem eNTRI merupakan salah satu langkah kawalan oleh kerajaan melalui JIM yang akan membuat pemantauan dan verifikasi ke atas pelancong yang menggunakan kemudahan tanpa visa berkenaan.
”Selain itu, pelancong juga dikenakan syarat supaya permohonan semula melalui eNTRI hanya boleh dilaksanakan selepas 45 hari dari tarikh pelancong tersebut keluar dari Malaysia.
”Tempoh 45 hari tersebut dikenali sebagai tempoh bertenang yang merupakan salah satu elemen kawalan, bagi mengelakkan penyalahgunaan kemudahan ini,” katanya.
Mengenai dakwaan beberapa pihak-pihak yang cuba mengaitkan kemudahan pengecualian visa tersebut dengan isu pelancong warganegara China yang tinggal melebihi tempoh masa di negara ini, KDN menegaskan JIM sentiasa menjalankan operasi untuk membanteras pendatang asing tanpa izin, termasuk pelancong yang tinggal lebih masa.
”Tindakan tegas diambil terhadap warganegara asing yang didapati melanggar undang-undang imigresen dengan cara menangkap, mendakwa di mahkamah dan mengusir mereka ke negara asal,” katanya.
Sumber : Bernama
The post Kemasukan Pelancong Masih Tertakluk Kepada Peraturan JIM appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/29/kemasukan-pelancong-masih-tertakluk-kepada-peraturan-jim/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tol Layang Jakarta Cikampek Masih Harus Disempurnakan

Tol Layang Jakarta Cikampek Masih Harus Disempurnakan

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 168 hits
Pengamat transportasi Djoko Setijowarno menilai secara konstruksi kondisi jalan Tol Layang Jakarta Bandung ini sudah layak digunakan Namun tol ini masih perlu penyempurnaan dan perapian Apalagi jika dioperasikan untuk komersial harus memper...
Tak Ada Biaya Operasi 2 Peluru Masih Bersarang Di Kepala Pedagang Kopi

Tak Ada Biaya Operasi 2 Peluru Masih Bersarang Di Kepala Pedagang Kopi

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 231 hits
Agus Sumpena pedagang kopi yang menjadi korban tembak salah sasaran belum bisa menjalani operasi pengangkatan proyektil dari kepalanya Sebab ia terbentur oleh biaya Sebelumnya Agus diberondong tembakan dari jarak dekat oleh satu dari tiga O...
Sudah Usaha Tapi Masih Belum Berjaya

Sudah Usaha Tapi Masih Belum Berjaya

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 909 hits
Sudah Usaha Tapi Masih Belum BerjayaAku selalu didatangi oleh kawan kawan yang selalu mengadu dia dah usaha macam macam tapi masih belum berjaya Selalunya bab kerja la Pendek kata usaha tentang mencari rezeki dalam kehidupan Mengadu bukanla...
Allah Masih Beri Kita Peluang Menanam Pokok

Allah Masih Beri Kita Peluang Menanam Pokok

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 340 hits
Assalamualaikum uollz Yang pergi tetap pergi Kita yg tinggal ni kena lah teruskan kehidupan Bak kata Ustaz sekali pun esok hari dijangka kiamat kita masih digalakkan menanam pokok Mungkin untuk teduhan manusia atau makanan burung Kita dilar...
Video Itu Dia Pakai Tudung Mesti Jah4t Punya Biarpun Dim4ki Makcik Driver Bas Ini Masih Steady

Video Itu Dia Pakai Tudung Mesti Jah4t Punya Biarpun Dim4ki Makcik Driver Bas Ini Masih Steady

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 472 hits
Biarpun diherdiik dengan kata kata kes4t serta dicemuh dengan pelbagai gelaran kas4r namun sikap sabar pemandu bas yang viral baru baru ini dipuji ramai VIDEO Itu Dia Pakai Tudung Mesti Jah4t Punya Biarpun Dim4ki Makcik Driver Bas Ini Masih...
Huawei Masih Menyasarkan Pengeluaran 230 Juta Peranti Pada Tahun 2019

Huawei Masih Menyasarkan Pengeluaran 230 Juta Peranti Pada Tahun 2019

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 305 hits
Tahun lalu menurut angka yang dilaporkan oleh IDC Huawei berjaya mengeluarkan 206 juta peranti Ini meletakkannya sebagai syarikat ketiga dengan pengeluaran tertinggi di belakang Samsung dan Apple Sungguhpun tahun ini mereka mengalami pelbag...
Belum Ada Agenda Rapat Dewan Pengawas Kpk Masih Cuti

Belum Ada Agenda Rapat Dewan Pengawas Kpk Masih Cuti

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 334 hits
Kita belum ada rapat ya karena masih pada cuti Saya sendiri sebenarnya jadwal cuti kata anggota Dewas KPK Syamsuddin Haris
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation