Kemaskini Terkini Rafah
SERAMAI 16,000 RAKYAT PALESTIN TINGGAL DI SETIAP KILOMETER PERSEGI DI RAFAH
16,000 rakyat Palestin di Gaza kini tinggal di setiap kilometer persegi di Rafah atau sekitar 1.4 Juta rakyat Gaza. Mereka di sana kerana berpindah akibat impak perang dari Utara Gaza ke Khan Younis
Rafah hanyalah seluas 152 km persegi atau lebih besar sedikit sahaja dari Petaling Jaya
Jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, Nabil Farsakh memaklumkan kini rakyat Gaza tiada tempat untuk melarikan diri lagi.
Jika Tentera Israel melancarkan serangan darat ke atas Rafah maka rakyat Palestin di Gaza akan terkepungka Tentera Israel melancarkan serangan darat ke atas Rafah maka rakyat Palestin di Gaza akan terkepung.
DAH SAMPAI HUJUNG DAH RAKYAT GAZA LARI
Antara situasi di Rafah ketika ini
Di sebelah kanan itu adalah tembok sempadan antara Gaza dan Mesir. Maksudnya kini mereka dah berpindah sampai hujung Gaza dah
Kini ramai rakyat Palestin sedang mendirikan pelbagai jenis tempat perlindungan untuk berlindung selepas berpindah dari medan perang di seluruh Gaza. Seramai 1.4 Juta rakyat Gaza di sana sekarang tinggal di kawasan luas sedikit dari Petaling Jaya
Kalau serangan ke atas Rafah terjadi. Rakyat Palestin tak boleh lari dan
IA ADALAH SATU BENCANA
12 FEBRUARI 2024
PEMBUNUHAN BERAMAI RAMAI RAFAH
77 rakyat Palestin disahkan terbunuh dalam Pengeboman Israel selama sejam setengah tanpa henti di Rafah, Gaza
230 lagi disahkan cedera
13 FEBRUARI 2024
PM Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan mengadakan perbincangan rahsia dengan Presiden US, Joe Biden
IDF akan menawan Rafah dahulu dan kemudian menekan Hamas untuk menerima syarat perjanjian gencatan senjata baru yang dikehendaki Israel dan IDF akan mengakhiri pertempuran skala besar ini dan berundur ke dalam zon penampan yang akan ditubuhkan di dalam Semenanjung Gaza
14 FEBRUARI
Rakyat Palestin di Rafah meminta agar Tentera Mesir yang mengawal Sempadan Mesir-Gaza agar memberikan senjata agar mereka dapat melawan Israel
15 FEBRUARK
MESIR BINA ZON PEMAMPAN DI SEMPADAN GAZA
Sinai Foundation memaklumkan Pihak Berkuasa Mesir sudah mula membina zon penampan keselamatan dikelilingi oleh tembok tinggi bagi menerima rakyat Palestin dari Gaza sekiranya serangan Israel ke atas Rafah menyebabkan ramai berpindah memasuki Mesir
Rakyat Palestin di Rafah memaklumkan melihat pembinaan tembok dijalankan oleh Mesir dalam beberapa minggu kebelakangan ini
Zon itu akan menempatkan mereka yang meninggalkan Rafah jika berlaku kes pelarian beramai ramai ketika serangan itu.
16 FEBRUARI
Jika Tentera Israel melancarkan serangan darat ke atas Rafah maka rakyat Palestin di Gaza akan terkepungka Tentera Israel melancarkan serangan darat ke atas Rafah maka rakyat Palestin di Gaza akan terkepung.
SITUASI PERANG TUFAN AL AQSA 2023-2024 14 DAN 15 FEBRUARI 2024
Di Utara Gaza. Pasukan Pejuang Palestin meningkatkan serangan balas bagi menawan semula beberapa kawasan yang dipertahankan IDF. IDF membalas dengan meningkatkan serangan artileri terutama di Tal Al Hawa, Jabalia dan Kejiranan Al Zaytoun
Di Tengah Gaza. Menjelang persiapan fasa baru serangan oleh IDF. IDF bertindak menyerang penempatan awam yang tidak dikawal oleh Pasukan Pejuang Palestin. Banyak bangunan perumahan mengalami kerosakan signifikan di Deir Al Balah
Di Khan Younis. IDF cuba memindahkan mereka yang terperangkap di Kompleks Perubatan Nasser Khan Younis memaksa mereka menuju ke Kem Al Mawasi di pesisir pantai Rafah. Namun begitu ramai rakyat Palestin masih terperangkap di sana dan ada ditembak IDF.
16 FEBRUARI
AL FATIHAH
Seorang lagi pemimpin Briged Syahidin Fil Quds gugur dalam serangan udara Israel di Rafah
Dia dikenali sebagai Yousef Dhaib Abu Adi.
18 orang disahkan terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Khan Younis dan Rafah
Antaranya ialah 9 daripada Keluarga Zorob di rumah mereka di Bandar Al Nasr dan 4 lagi terbunuh dalam Pengeboman Rumah Keluarga Jouda di Kem Shabboura
Bakinya Terbunuh di 5 kawasan berbeza di Khan Younis Gaza.
17 FEBRUARI
BRIGED AL QASSAM BERSIAP SEDIA PERTAHANKAN RAFAH
Briged Al Qassam sudah meletakkan 4 Batalion di Rafah atau sekitar 3,000 ke *4,000 anggota bagi mempertahankan Rafah
Sekaligus 4 Batalion ini ialah barisan pertahanan terakhir untuk Gaza seandainya Briged Al Qassam dan Pasukan Pejuang Palestin tewas di Khan Younis
Ini susulan IDF akan melancarkan serangan ke atas Rafah bagi menawan seluruh Gaza.
21 FEBRUARI
5 orang terbunuh dalam Pengeboman Israel ke atas Rumah Keluarga Abu Al Noor di Kejiranan Al Genina, Timur Rafah
Serangan IDF turut dilancarkan ke ayas Kejiranan Brazilian dan Al Salam di Rafah berhampiran Sempadan Mesir Gaza
22 FEBRUARI
Jam 4 dan 5 Pagi tadi waktu Malaysia
IDF melancarkan serangan udara tanpa henti di Rafah
Mereka menyerang Timur, Barat dan Utara Rafah
Mereka juga melancarkan serangan udara ke atas Selatan, Timur dan Barat Daya Khan Younis termasuk pinggir Hospital Eropah di Khan Younis
Serangan Artileri serentak bersama serangan udara turut dilancarkan ke Timur dan Selatan Bandar Gaza serta Jabalia Gaza
Nota:
*4000 ini untuk jaga Rafah sahaja
Masih ada yang lain bertempur di Khan Younis, Deir Al Balah dan Utara Gaza.
Serangan sedang dibuat di Utara Gaza dan pertempuran masih berlaku di Khan Younis
Cuma IDF ada kekuatan untuk Bypass pertahanan Pejuang Palestin di Khan Younis
Buat masa ini mereka masih tersekat di Khan Younis.
BATTLE OF RAFAH
PALESTINE LAST FRONTIER
MENANG ATAUPUN SYAHID
Mari doakan buat rakyat Palestin.
Sumber telegram:
https://t.me/Irfan_Newboys
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://arnamee.blogspot.com/2024/02/kemaskini-terkini-rafah-palestin.html