Kemaskini Str 2025 Maklumat Yang Perlu Dikemaskini Caranya


Kemaskini STR 2025 – Maklumat yang Perlu Dikemaskini & Caranya
Bagi pemohon yang LAYAK dan berstatus LULUS menerima Sumbangan Tunai Rahmah 2025, anda perlu mengemaskini maklumat tertentu untuk memastikan anda terus layak menerima bantuan ini.
Jadi, kepada penerima STR yang mempunyai perubahan data atau belum pernah melakukan kemaskini secara tiga tahun berturut-turut, anda perlu kemaskini STR 2025.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 
BACA JUGA: Permohonan STR 2025 – Syarat Kelayakan & Cara Memohon
Apakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025? Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. 
Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2025 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya. 
Kemaskini STR 2025 Bagi penerima yang layak menerima STR 2025 dan berstatus lulus, anda diminta untuk melakukan kemaskini akaun anda sekiranya terdapat sebarang perubahan data atau, anda belum pernah melakukan kemas kini selama 3 tahun berturut-turut.
Anda perlu mengemaskini maklumat asas seperti berikut:
No. Telefon Rumah  No. Telefon Bimbit  Maklumat Alamat Surat Menyurat  Alamat e-Mel Maklumat No Telefon Pasangan  Maklumat Akaun Bank Pemohon / Pasangan  Maklumat Waris  Tempoh Kemaskini STR 2025 Kemas kini maklumat Permohonan STR boleh dilakukan bermula 19 Oktober 2024. Tarikh akhir kemaskini tidak ada dinyatakan, namun adalah baik jika anda melakukannya secepat mungkin atau sebelum 30 November 2024 bagi memastikan anda dapat menerima STR Fasa 1 untuk tahun 2025 tanpa sebarang masalah. 
Cara Kemaskini STR 2025 Anda boleh melakukan kemaskini maklumat permohonan STR melalui dua cara, iaitu:
Secara dalam talian di Portal Rasmi STR LHDNM di pautan: https://bantuantunai.hasil.gov.my Penghantaran Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan STR ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC). Borang Kemaskini Maklumat Permohonan STR boleh didapati melalui Portal Rasmi STR atau di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC).  Anda adalah digalakkan untuk membuat kemaskini maklumat Permohonan STR secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat. 
Panduan Kemaskini STR 2025 Secara Online Rujuk panduan kemaskini STR 2025 secara dalam talian melalui portal rasmi STR di bawah:
1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/   
2. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang Log Masuk. Sahkan kod keselamatan dan masukkan kata laluan anda. Jika masih belum mendaftar, pastikan anda mendaftar akaun baru terlebih dahulu. 
3. Untuk sebarang perubahan maklumat asas, pilih menu “Perubahan Maklumat Asas”. 
4. Kemaskini maklumat asas seperti berikut dengan maklumat terkini:
No. Telefon Rumah  No. Telefon Bimbit  Maklumat Alamat Surat Menyurat  Alamat e-Mel Maklumat No Telefon Pasangan  Maklumat Waris  5. Kemudian, klik “Simpan”. Selesai.
BACA JUGA: Lupa Kata Laluan STR 2025, Ini Cara Dapatkan Semula Password
Soalan Lazim (FAQ) – Kemaskini STR 2025  S: Permohonan STR saya berstatus lulus dan ingin mengemaskini maklumat waris. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan?   
J: Sekiranya permohonan berstatus lulus dan ingin mengemaskini maklumat waris (maklumat asas) anda perlu Log Masuk MySTR dan klik menu Perubahan Maklumat Asas.    
S: Saya adalah pemohon dan tidak mendaftarkan maklumat akaun bank pemohon dan pasangan semasa tempoh pendaftaran STR, adakah saya boleh menambah maklumat akaun bank semasa tempoh kemaskini maklumat dibuka?     
Ya. Anda boleh menambah maklumat akaun bank pemohon atau pasangan sekiranya tiada maklumat akaun bank pemohon atau pasangan pada borang permohonan STR 2025.  Pengemaskinian maklumat akaun bank juga dibenarkan sekiranya bayaran STR fasa terkini bukan melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank pemohon / pasangan tersebut.    
S: Saya adalah penerima bayaran STR secara pengkreditan ke akaun bank dan status pembayaran adalah Berjaya Kredit, adakah saya boleh mengemaskini maklumat akaun bank saya?     
J: Tidak. Kemas kini maklumat akaun bank penerima tidak dibenarkan sekiranya status bayaran fasa sebelumnya adalah Berjaya Kredit.    
S: Kaedah pembayaran STR saya adalah secara kredit ke akaun bank pasangan semasa fasa pembayaran sebelumnya. Sekiranya status akaun bank tersebut adalah tidak aktif sebelum pembayaran fasa seterusnya bermula, adakah saya boleh membuat kemas kini maklumat akaun bank pasangan saya?     
J: Kemas kini maklumat akaun bank pasangan hanya dibenarkan sekiranya status bayaran STR semasa fasa pembayaran sebelumnya adalah: Gagal Kredit atau Tunai. 
S: Permohonan STR 2025 saya berstatus Lulus dan saya telah membuat Permohonan Rayuan Tambahan STR 2025 dengan menukar status kepada Kahwin. Bagaimanakah cara untuk saya mengemas kini maklumat akaun bank atau maklumat waris dalam Permohonan STR saya?     
J: Bagi Permohonan STR 2025 berstatus Lulus dan telah mengemukakan Permohonan Rayuan Tambahan, maklumat Permohonan STR pemohon tidak boleh dikemas kini pada menu Kemas Kini Maklumat Permohonan.  
S: Saya merupakan waris baharu yang ingin mengemas kini maklumat waris disebabkan waris yang berdaftarkan pada borang STR telah uzur / sakit / berada di dalam penjara. Bagaimanakah saya boleh mengemas kini maklumat waris bagi pihak pemohon yang telah meninggal dunia?     
J: Pengemaskinian maklumat waris bagi pemohon yang telah meninggal dunia perlu dilakukan di Pejabat LHDNM berdekatan. Waris baharu perlu melengkapkan Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan dan sertakan dokumen seperti di bawah: 
Kad pengenalan (asal) waris Sijil Kematian (asal / salinan) Pemohon Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris S: Sekiranya pemohon telah meninggal dunia dan tidak mendaftarkan waris, siapakah yang layak didaftarkan sebagai waris?     
J: Waris yang layak didaftarkan terhad kepada maklumat Pasangan / Anak yang wujud dalam Permohonan STR 2025 sahaja. Bagi permohonan STR 2025 yang tidak mempunyai maklumat pasangan, anak dan waris dalam rekod permohonan semasa, pendaftaran maklumat waris adalah tidak dibenarkan.  
Maklumat Lanjut Untuk mengetahui maklumat terkini mengenai STR 2025, anda boleh ikuti dan layari:
Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Perincian Belanjawan 2025 Laman web rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/ Info STR 2025 juga akan dikemaskini dari masa ke semasa di laman web ini, pastikan anda mengikuti kami di saluran Whatsapp untuk notifikasi maklumat terkini. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kemaskini-str-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kemaskini-str-2025

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Str 2025 Syarat Kelayakan Cara Memohon

Permohonan Str 2025 Syarat Kelayakan Cara Memohon

papar berkaitan - pada 4/11/2024 - jumlah : 163 hits
Permohonan STR 2025 Syarat Kelayakan Cara Memohon Sumbangan Tunai Rahmah adalah merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan untuk membantu meringankan beban dan mengurangkan kos sara hidup rakyat terutamanya bagi isi rumah yang berpendapa...
International Sunnah Convention 2025

International Sunnah Convention 2025

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 98 hits
Ladies and gentlemen we proudly present to you the SPEAKERS LINE UP for our upcoming grand event The Perlis International Sunnah Convention on 24 26 January 2025 at Dewan 2020 Perlis Many distinguished scholars will be attending this histor...
Bantuan Am Persekutuan Kadar Bantuan Dinaikkan Belanjawan 2025

Bantuan Am Persekutuan Kadar Bantuan Dinaikkan Belanjawan 2025

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 118 hits
Bantuan Am Persekutuan Kadar Bantuan Dinaikkan Belanjawan 2025 Baru baru ini kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif baru dalam Belanjawan 2025 untuk membantu rakyat di Wilayah Persekutuan Salah satu program yang menjadi tumpuan ialah...
Skandal Rasuah Pendedah Maklumat Utus Surat Terbuka Buat Agong

Skandal Rasuah Pendedah Maklumat Utus Surat Terbuka Buat Agong

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 103 hits
Malaysiakini nbsp Pendedah maklumat yang mencuri perhatian dengan dakwaan skandal rasuah Sabah merayu kepada nbsp Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk menyemak bukti dimilikinya dan memutuskan sama ada dia patut diberi...
Program Latihan Khidmat Negara 3 0 Bakal Dijalankan Bermula Januari 2025

Program Latihan Khidmat Negara 3 0 Bakal Dijalankan Bermula Januari 2025

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 140 hits
Program Latihan Khidmat Negara 3 0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari depan Memetik dari Berita Harian Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata bagi fasa pertama kerajaan akan menetapkan pembabitan peserta dalam sk...
Ron95 K Jaan X Faham Rakyat Belanjawan 2025 X Sama Gender

Ron95 K Jaan X Faham Rakyat Belanjawan 2025 X Sama Gender

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 163 hits
Rakyat akan dijangka dibebani dengan langkah kerajaan dalam Penyasaran subsidi petrol RON95 menjelang pertengahan tahun 2025 1 Penyasaran RON95 bukti kerajaan tidak memahami rakyatKUALA LUMPUR Penyasaran subsidi petrol RON95 adalah bukti ya...
Malaysia School Academic Calendar 2025 2026 Key Dates And Holidays

Malaysia School Academic Calendar 2025 2026 Key Dates And Holidays

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 235 hits
The 2025 2026 Academic Calendar which lists down school days and school holidays for students in Malaysia is out You can view the calendar below If you wish to download a copy the pdf of the calendar can be downloaded from the Kementerian P...
Infinix Dan Homebois Memulakan Perkongsian 2025 Yang Mendebarkan Di Playoff Mal S2

Infinix Dan Homebois Memulakan Perkongsian 2025 Yang Mendebarkan Di Playoff Mal S2

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 116 hits
Infinix jenama teknologi yang bergaya untuk pengguna muda dengan bangganya mengumumkan kesinambungan perkongsian menariknya dengan Homebois di Mobile Legends Bang Bang Musim 2 Playoff Majlis menandatangani perjanjian itu yang berlangsung ha...
Konsert Memori Mungkin Berulang Tomok Siti Nordiana 2025

Konsert Memori Mungkin Berulang Tomok Siti Nordiana 2025

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 84 hits
Gandingan pertama di dalam satu konsert istimewa buat penggemar lagu lagu Leman Tomok dan Siti Nordiana akan bergabung untuk satu konsert yang dinamakan Konsert Memori Mungkin Berulang Tomok Siti Nordiana pada 1 Februark 2025 nanti Tiket ak...
Kedah Menyelongkar Tamadun Kedah Tua Di Tapak Arkeologi Sungai Batu

If Zahid Betrays Anwar It Will Be Anwar S Fault More Than Zahid

Crafting A Catchy Facebook Name

Buli Trend Atau Gaya Hidup

Mostbet O Site Oficial Da L Der Na Apostas Esportiva

The Unique Appeal Of Winfield Optimum Crush For Modern Smokers

Health Financing System Unsustainable Time For A Revamp

French Elegance Meets American Comfort In A Moscow Apartment Designed By Simple Interiors


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Marina 2024 Di Aplikasi Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Berbahagi Suami Slot Tiara Astro Prima Adaptasi Siri Indonesia Berbagi Suami The Series

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Bagaimana Paradoks Pilihan Membuatkan Kita Jadi Takut Buat Keputusan


Ezad Lazim Dalam Kenangan Chord

Ernie Zakri Sabronzo Luv Chord

Disember 07 2024

The Queen Of Heaven S Weaving Enchanting Threads Of Destiny And Cosmic Order

Cult Classic A Tastefully Modded 1996 Yamaha Trx850 From London

Hina Penjual Air Teh Gus Miftah Letak Jawatan Utusan Khas Presiden