Kemana Rafizi Selepas Ini Pasti Pengikut Beliau Akan Sokong


 
KE MANA AGAKNYA RAFIZI SELEPAS INI?


26 May 2025


Dalam catatan di media sosialnya semalam, Rafizi Ramli yang kalah kepada Nurul Izzah Anwar dalam mempertahankan kerusi Timbalan Presiden PKR berkata, beliau tidak berhasrat untuk berputus asa.


Katanya, beliau akan terus berjuang untuk masa depan Malaysia yang lebih baik.


“Saya tidak berniat untuk berputus asa dan lari dari cita-cita idealisme kita selama ini, iaitu Malaysia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik.


“Cita-cita itulah yang dahulunya telah menjerumuskan saya ke dalam aktivisme dan dunia politik. 


“Setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaiannya. Setiap satu rintangan ada banyak jalan pintasnya,” katanya lagi.


Beliau yang dijangka meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi, berkata, dengan lebih banyak masa yang ada padanya selepas ini, ia akan membolehkannya  meluangkan masa bersama rakyat biasa.


Rafizi juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada para penyokong yang setia bersamanya.


“Terima kasih atas ratusan mesej sokongan yang saya terima. Terima kasih juga kepada mereka yang mendoakan saya dan bersolat hajat. 


“Saya sangat tersentuh apabila beberapa ahli muda parti menitiskan air mata semasa saya meninggalkan dewan (Kongres Nasional PKR), sambil merayu agar saya tidak meninggalkan PKR walaupun dilayan sedemikian rupa.


“Kepada mereka yang kecewa, kita mesti reda dengan ketetapan dan hikmah di sebaliknya. 


“Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita,” tambah Rafizi.


Daripada apa yang diluahkannya itu, satu perkara yang jelas ialah Rafizi tidak akan bersara atau berehat begitu saja daripada politik selepas kekalahannya kepada Nurul Izzah.


Beliau malah tidak berputus asa dan akan terus berjuang, meskipun pengorbanan, perjuangan dan titik peluhnya selama ini seakan sia-sia serta dipersiakan.


Cuma Rafizi tidak memberi gambaran jelas tentang hala tuju sebenar tentang masa depannya.


Jika beliau ingin kekal bersama PKR, masih adakah lagi masa depannya dalam parti itu?


Dengan tiada apa-apa jawatan dalam parti selepas ini, apakah beliau akan terus diberi peluang bertanding di Pandan atau kerusi selamat itu akan diambil oleh pemimpin lain?


Ataukah Rafizi akan menyertai mana-mana parti yang sedia ada di negara ini?


Agak-agak parti mana yang sesuai untuk Rafizi?


Pilihan lain, mungkinkah Rafizi akan menubuhkan sebuah parti baru dan membawa semua pengikutnya kepada parti itu, sama seperti Mohamad Sabu membawa pengikut setianya dalam Pas beralih kepada Amanah?


Jalan mana agaknya akan dipilih Rafizi? – ShahbudinHusin 26Mei2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/05/ke-mana-agaknya-rafizi-selepas-ini/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/kemana-rafizi-selepas-ini-pasti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ke Mana Rafizi Selepas Pemilihan Parti

Ke Mana Rafizi Selepas Pemilihan Parti

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 263 hits
Pelbagai telahan kini timbul tentang masa depan politik Rafizi Ramli selepas pemilihan PKR pada 23 Mei akan datang ini Kalau beliau menang dan berjaya menewaskan Nurul Izzah Anwar serta kekal lagi sebagai Timbalan Presiden PKR tentunya tiad...
Selepas Rafizi Nik Nazmi Pula Umum Letak Jawatan Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam

Selepas Rafizi Nik Nazmi Pula Umum Letak Jawatan Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 347 hits
KUALA LUMPUR Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa pada 4 Julai 2025 Saya bercuti bermula esok hingga ...
Rafizi Akan Letak Jawatan Selepas Sidang Asean Berakhir

Rafizi Akan Letak Jawatan Selepas Sidang Asean Berakhir

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 242 hits
27 May 2025 Ramai yang bertanya bila Rafizi Ramli nak letak jawatan Kenapa beliau masih datang ke pejabat dan hadir Sidang Kemuncak Asean Apakah beliau tak jadi letak jawatan Sejak semalam inilah antara soalan yang banyak berlegar di mana m...
Kemana Kerajaan Madani Selepas Ini

Kemana Kerajaan Madani Selepas Ini

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 190 hits
Che IbrahimMaaf ambo sebenarnya cuba menahan diri untuk komen dakwaan tentang kekalahan Rafizi kepada NIA sebagai pembuka jalan kepada kejatuhan Dinasti Anwar atau lebih tepat sebagai langkah awal kepada kekalahan PH Sejarah telah membuktik...
Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Trust Legal Process Says Ex Rep After Ewon S Premature Resignation

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lorong Seni Dan Pelancongan Kkb

Masjid Jamek Ar Rahimah

Lily By Alan Walker A Reminder Of Fear And Curiosity

Rinduuu Blogging

Aktiviti Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025 Ppim 09 11 2025

Lirik Lagu Jamilah Jamal Mirdad