Kemalangan Empat Beranak Pemandu Navara Dituduh Membunuh


Oleh Bernama Empat beranak maut selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh kenderaan pacuan empat roda yang melanggar lampu merah di KM2, Jalan Lebu-Mempaga, Bentong, Pahang 28 Januari lalu./ Gambar FB BERNAMA SEORANG penternak ikan didakwa di Mahkamah Majistret di Bentong hari ini, atas pertuduhan membunuh empat beranak yang maut dalam kemalangan di Jalan Lebu-Felda Mempaga, Bentong, minggu lepas. 
Pengakuan Ahmad Fuad Mohd Salleh, 44, yang berasal dari Lipis direkodkan di hadapan Majistret Shahrul Ekhsan Hasim selepas semua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan. 
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang kelihatan tenang sepanjang prosiding berlangsung kerana ia terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. 
Dia didakwa membunuh suri rumah Raihan Mohamad, 43, dan tiga anaknya Ahda Dalili Mohd Nazri, 14, Ahmad Muaz, tujuh; dan Ahda Imtinan, lima; di Kilometer 2, Jalan Lebu-Felda Mempaga di sini pada 2.30 petang, 28 Jan lepas. 
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. 
Shahrul Ekhsan menetapkan 16 Mac ini sebagai sebutan semula kes untuk mendapatkan keputusan bedah siasat semua mangsa dan laporan kimia tertuduh. 
Di mahkamah sama, Ahmad Fuad juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan berkaitan dadah termasuk memiliki 0.75 gram methamphetamine pada 11.45 pagi, 28 Jan lepas di tempat sama yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. 
Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 
Selain itu, tertuduh juga didakwa menggunakan dadah methamphetamine pada 12.05 tengah malam, 29 Jan lepas, di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di sini. 
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) yang dibaca bersama Seksyen 38B akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun serta dikenakan perintah pengawasan tidak lebih tiga tahun. 
Shahrul Ekhsan juga tidak membenarkan jaminan terhadap kes dadah memandangkan tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang perlu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Punitha manakala tertuduh diwakili peguam Farah Idayu Nusi. 
Pada 28 Jan lepas, media melaporkan kemalangan tragis yang meragut nyawa empat beranak selepas kenderaan Toyota Vellfire dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang didakwa melanggar lampu isyarat merah. 
Semua mangsa yang semasa itu dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis perkahwinan ahli keluarga, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian. — BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/02/kemalangan-empat-beranak-pemandu-navara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemandu Nissan Navara Di Dakwa Atas Empat Pertuduhan Membunuh Dua Kesalahan Dadah

Pemandu Nissan Navara Di Dakwa Atas Empat Pertuduhan Membunuh Dua Kesalahan Dadah

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 482 hits
BENTONG Pemandu Nissan Navara yang merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna dalam kejadian kemalangan maut didakwa di Mahkamah Majistret Bentong di sini hari ini atas enam tuduhan termasuk empat tuduhan membunuh dan dua kesalahan berkaitan d...
Kemalangan Maut Penternak Ikan Didakwa Bunuh Empat Beranak

Kemalangan Maut Penternak Ikan Didakwa Bunuh Empat Beranak

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 333 hits
BENTONG 4 Feb Seorang penternak ikan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh empat beranak yang maut dalam kemalangan di Jalan Lebu Felda Mempaga Bentong minggu lepas Pengakuan lelaki berusia 44 tahun itu yan...
Pemandu Lelaki Positif Dadah Yang Akibatkan Empat Sekeluarga Maut Di Tuduh Membunuh

Pemandu Lelaki Positif Dadah Yang Akibatkan Empat Sekeluarga Maut Di Tuduh Membunuh

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 380 hits
BENTONG Pemandu lelaki didapati positif dadah yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan empat sekeluarga di Kilometer 2 Jalan Lebu ke Mempaga berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road di sini akan dituduh di Mahkamah Majistret Be...
4 Beranak Maut Gara Gara Dilanggar Pemandu Nissan Navara Langgar Lampu Isyarat Merah Positif Dadah

4 Beranak Maut Gara Gara Dilanggar Pemandu Nissan Navara Langgar Lampu Isyarat Merah Positif Dadah

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 479 hits
Perjalanan satu keluarga menuju ke majlis perkahwinan yangg diadakan di Kuala Lumpur bertukar menjadi tragedi apabila kereta yang dinaiki terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan empat termasuk tiga kanak kanak maut semalam Ketua Polis Da...
Kemalangan Ngeri Di Kampung Lebu Empat Termasuk Tiga Kanak Kanak Maut Dalam Nahas

Kemalangan Ngeri Di Kampung Lebu Empat Termasuk Tiga Kanak Kanak Maut Dalam Nahas

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 262 hits
Sebuah kemalangan ngeri dilaporkan telah berlaku di simpang empat Kampung Lebu berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road melibatkan dua buah kenderaan sebentar tadi seperti laporan Utusan Malaysia Difahamkan kejadian tersebut telah...
Empat Kerajaan Abai Nasib 1 2 Juta Pemandu Wacanakini 08 02 2022

Empat Kerajaan Abai Nasib 1 2 Juta Pemandu Wacanakini 08 02 2022

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 253 hits
KUALA LUMPUR 8 Feb Pertubuhan Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia meluahkan kekecewaan terhadap empat kerajaan terdahulu yang dilihat mengabaikan nasib 1 2 juta rakyat yang pemandu dan pengusaha pengangkutan darat Ketua Ak...
Polis Sahkan Pemandu Nissan Navara Langgar Toyota Vellfire Di Kampung Lebu Positif Dadah

Polis Sahkan Pemandu Nissan Navara Langgar Toyota Vellfire Di Kampung Lebu Positif Dadah

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 271 hits
BENTONG Pemandu pacuan empat roda Nissan Navara yang terlibat kemalangan dengan Toyota Vellfire hingga menyebabkan empat sekeluarga maut di simpang empat Kampung Lebu berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road di sini hari ini disah...
Perjalanan Tragis Sekeluarga 4 Beranak Maut Dilanggar Pemandu Positif Dadah

Perjalanan Tragis Sekeluarga 4 Beranak Maut Dilanggar Pemandu Positif Dadah

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 262 hits
Sungguh tragis Hasrat satu keluarga menuju ke majlis perkahwinan yangg diadakan di Kuala Lumpur bertukar menjadi tragedi apabila kereta yang dinaiki terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan empat termasuk tiga kanak kanak maut selepas ken...
Empat Individu Termasuk Tiga Kanak Kanak Maut Dalam Kemalangan Ngeri Dua Kenderaan

Empat Individu Termasuk Tiga Kanak Kanak Maut Dalam Kemalangan Ngeri Dua Kenderaan

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 249 hits
BENTONG Empat individu yang dipercayai sekeluarga maut dalam kejadian kemalangan ngeri melibatkan dua buah kenderaan di simpang empat Kampung Lebu berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road di sini hari ini Difahamkan dalam kejadian...
Effective Networking In Your Industry

Kelantan Mayat Pemancing Ditemui Dalam Sawah Padi

Montigo Botol Minum Bergaya Yang Jadi Pilihan

Ppim Tubuh Pusat Aduan Anti Buli Kosmo 14 08 2025

Biojisim Kepada Tenaga Melalui Bateri Ion Sodium Penyelesaian Hijau Untuk Masa Depan

Anti Bully Centre Dilancar Ppim Ngo Bersatu Perangi Budaya Buli Harapan Daily 15 08 2025

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Muda Berbakat Dari Johor

Untung 1mdb Rakyat Perlu Tahu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kerusakan Moral Di Era Modern Sebab Sebab Dan Bahayanya

Adab Adab Makan

Pernah Tak Travel Dengan Beg Plastik Kotak2

Servis Cetak Table Name Tag Untuk Semua Jenis Majlis Keraian

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Eaaci Melancarkan Kempen Kesedaran Alergi Antibiotik Global