Kem Tumpangan



Hari ni aku nak update story dalam label 'Paluan Berundur...' Kalau ada yang belum tahu label tu aku cerita tentang apa, bolehlah klik link kat sidebar sebelah k! ..malas nak cerita balik sebab korang boleh find out je dari situ huhuk.


Seingat aku, tak sampai lebih 3 hari pun kami bertapak kat 'ofis baru' kami seperti yang aku ceritakan dalam entri ni, sebab lepastu kami diarahkan untuk melapor diri di Kem 513 AW di Sungai Petani. Inilah sebenarnya intipati mesyuarat Komandan Kem bersama Pengarah Negeri yang aku janji nak ceritakan dalam entri tadi tu.


Pejabat baru kami

Gambar kat atas ni adalah bahagian depan pejabat Pegawai Pemerintah kalau tak silap aku.. tak ingat lak apa nama sebenar jawatan tu Pegawai Pemerintah ke apa ke tapi 'Pegawai Pemerintah' tu hanya ke sini time program training rekrut Askar Wataniah berlangsung je.. kalau takde training maka dia pon takdelah.. wallahualam. So bilik ni diberikan oleh Komandan Kem 513 kepada kami untuk dijadikan pejabat tumpangan sementara kami... 

Ya Allah... ..awat macam dugong terdampar ni
Ni pejabat yang kami dapat tu..


Gambar ni aku selfie pada hari 1st kami 'punch kad' di sini. Sebenarnya takda pun mesin punch kad fizikal di kem ni. Tu hanyalah istilah je aku guna.. kalo faham bagus hehe.. Kami tulis kedatangan kami semua pada Buku Pelawat je kat depan gate MP (Military Police) sinunn.. jadi memang tiap2 harilah kami kena tinggalkan IC kat dorang huhu.


Pejabat baru kami pon togel je.. saiz sederhana jerr kira muatlah nak letak Staf Pengurusan PLKN Damai Park kat dalam tu.. tapi bukan semua la.. Jurulatih pulak konfirm takleh muat dah laaa.. lain apa pun takde.. kipas pon takleh on... aircond lak tak kuat... seingat aku yang ada hanyalah peti besi yang berat dia nauzubillah mengucap nak angkat dia tu ada lah dalam pejabat ni 😆

Nampak tak perbezaan
Spot the difference
Alhamdulillah... Pejabat dah rupa Pejabat dah 😁

Dengan effort tahap dewa punya kami cuba isi dan penuhkan 'Pejabat Togel' kami dengan 'Perabot2' 🤣 dalam masa sehari je.. Well perabot ni bukan main amik je kat bilik sebelah dia atau bilik sebelah bilik sebelah tu atau bilik atas ke belakang ke depan ke.. tapi kami minta kerjasama ex Pengusaha Kem kami di Merbok sana untuk datangkan kerusi meja ni kat sini huhuhu... tetiba dapat kerusi import kahkah! Btw, alhandulillah sangat sebab Pengusaha Kem baik hati nak bantu kami... kalo tak alamatnya marilah kita  bersila beramai2 sambil minum kopi gulung rokok daun duduk sampai kebas semut2 kaki la jawapnyee ahahaha.


Hari kedua kami cuba adjustkan aircond tapi tak berhasil maka redho jelah takde aircond kuat.. Aircond kat area Komandan je ada. Udah le satu je.. Jadi kami try pulak lah adjust kipas siling.. masalah dia bila on tak function.. Terus terputus bekalan elektrik dalam kem. Siap kami kena warning takut ikan dalam aquarium mati adehhh! Tapi ni kira okay lah.. yang aku tak tahan tu elok pegang je kipas tu terus hancusss.. orang Kedah kata 'ghelai'.. sabaqjalahh! Beli barulah jawabnya.. pada aihh! 😂



Tak lama lepas tu, makin banyak lak 'aset' dalam Pejabat kami ni huhu.. bukan meja kerusi je tapi siap bantal pun ada kahkah


Kem 513 AW Sungai Petani bumbung biru tu lah MP bertugas jaga gate hari2..




Waktu ni di sini pihak JLKN dah start minta kami majukan salinan sijil-sijil yang dimiliki oleh para Jurulatih kami. Saringan! Saringan! Saringan! Masa di dalam kem kami di Merbok bulan lepas ramai yang dah dapat Surat Penghargaan atas khidmat bakti sepanjang berkhidmat sebagai Jurulatih PLKN. Kali ni dorang minta sijil mungkin untuk offer sambung kontrak yang kami tak tahu jadi atau tak... Cepat atau lambat... bergantung pada rezeki.. 

Komandan dan juga TKP banyak menitipkan pesanan pada para jurulatih setiap kali Komandan balik dari meeting bersama Pengarah Zon diadakan agar tidak terlalu berharap untuk mendapat sambungan 'kontrak baru' tahun depan/ 01 Jan 2019. Paling sedih apabila TKP terpaksa cakap agar JL start cari kerja lain dah 😐  

Staf Pengurusan macam aku dan The Ladies jugak tak terkecuali dapat arahan daripada JPA. Bukan dorang suruh cari kerja lain. Tapi untuk memilih kementerian yang kami prefer nak masuk.. Feninnn... susahhhh nak pilih! Masa di kem merbok bulan lepas haitu Mindef tanya nak ikut kekal dalan Mindef or masuk KBS.. kali ni JPA lak suruh kami pilih kementerian mana kami nak... kalau haitu dah pilih Mindef pendek cerita la.. ni kami semua pilih nak keluar dari Mindef huhu.. 

Kat sini kami tiap2 hari bawak potluck.
Sama jugak masa di kem dulu. Tiap2 hari kami buat potluck. Tak larat nak kuar cari lunch sebab jauh nak keluar kem. Kat sini pulak sebab rasa leceh nak amik IC kat gate depan tu huhu



Yus, Shuhada, En.Zaidi

Aku bwk Gulai Ikan dalam bekas hijau tu 

Telur Dadar

Aku bawak ayam goreng dengan ikan bilis goreng yang bekas ada partition tu.. hehe... 

Ada jugak gambar aku haha.. 

Aktiviti makan2 ni sebenarnya tiap hari. Tiap2 hari ada potluck.. Sama jugak masa di kem dulu. Tiap2 hari ada potluck. Tak larat nak kuar cari lunch sebab jauh nak keluar kem. Kat sini pulak sebab rasa leceh nak amik IC kat gate depan tu huhu


Makan kat bawah atas 'poncho'.. tikar takdak.
Jadilah poncho ni buat tikar hihi.


Poncho ni ada jugak aku guna habuan nak tido tengah hari masa memula masuk kem ni dulu. Segan nak tido surau masa tu. So aku pakai poncho pastu tido belakang meja Komandan kadang aku tido kat tengah pejabat macam tempat dorang makan ni... Hehe.. member aku tido kat kerusi je... aku buat camtu kalo hari Jumaat la.. kunci pintu.. hari kerja kat Kedah kem tentera ikut WP/KL.. tapi tak lama lepas tu, kami dah tak berapa segan dah nak guna surau kem. So port tido tengah hari dah bertukar la.. lagi selesa sebab kipas laju kehkehkeh 🤣




@TamanJubli


Hanif, Staf Naim kayakmate, Staf Faizal dan Ustaz Aiman.. hihi tulis kat sini takut lama2 nanti lupa lak sapelah dorang ni kan 😅

Tiap hari kami tertunggu2 kalau ada emel dari jabatan berkaitan penempatan baru kami. Tiap hari isu tu jadi topik perbualan utama. Seboleh2nya kami hendak cepat2 dapat penempatan sebab rasa segan duduk lama2 di kem tumpangan.. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://thisspin.blogspot.com/2019/07/kem-tumpangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zidane Tinggalkan Kem Latihan Real Madrid Kerana Kematian Abang Kandung Akibat Kanser

Zidane Tinggalkan Kem Latihan Real Madrid Kerana Kematian Abang Kandung Akibat Kanser

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 239 hits
Real Madrid mengesahkan abang kandung kepada Zinedine Zidane Farid Zidane telah meninggal dunia semalam selepas sebelum ini bergelut dengan penyakit kanser Perkara itu disahkan sendiri oleh pihak kelab melalui Twitter rasmi milik kelab ters...
Monsun 10 Maut 5 000 Kem Rohingya Balukhali Musnah

Monsun 10 Maut 5 000 Kem Rohingya Balukhali Musnah

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 263 hits
BANGLADESH 12 Zulkaedah 1440H Isnin Sekurang kurangnya 10 orang maut dan ribuan rumah musnah berikutan hujan monsun di kem pelarian Rohingya yang penuh sesak di Balukhali di tenggara Bangladesh Jabatan Meteorologi Bangladesh berkata daerah ...
26 Ahli Mpp Mp Pkr Beri Amaran Keras Pada Anwar Kem Azmin Mula Tunjuk Kekuatan

26 Ahli Mpp Mp Pkr Beri Amaran Keras Pada Anwar Kem Azmin Mula Tunjuk Kekuatan

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 414 hits
Sewaktu menjawab soalan wartawan di Parlimen semalam YB Dato Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa Timbalan Presiden Dato Seri Mohamed Azmin Ali harus meletakkan jawatan sekiranya kesahihan video seks yang menjadi persoalan dibuktikan ...
Video Semburit Perang Antara Kem Anwar Dengan Kem Azmin Dah Sampai Kemuncak

Video Semburit Perang Antara Kem Anwar Dengan Kem Azmin Dah Sampai Kemuncak

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 542 hits
Tuduh menuduh serang menyerang dah bermula antara kem Anwar Ibrahim dengan kem Azmin Ali dalam PKR Dasat penangan video semburit nie yer Mana tak dasatnyer pelakun utama sebagai gegurlz dikaitkan dengan orang yang bakal menjadi manusia pali...
Seram Pengalaman Misteri Sewaktu Menyertai Kem Berdekatan Perkampungan Orang Asli

Seram Pengalaman Misteri Sewaktu Menyertai Kem Berdekatan Perkampungan Orang Asli

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 432 hits
Beberapa bulan yang lepas kelas aku mengadakan satu kem yang perlu dihadiri oleh semua orang Kem yang dimaksudkan terletak di Putrajaya iaitu bersebelahan dengan Perkampungan Orang Asli Pemandangan di kawasan kem ini cukup cantik ditambah l...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord