Keluhan Seorang Warden Asrama Sekolah



ELAUN WARDEN HANYA RM240 SEBULAN SEDANGKAN TERPAKSA BERTUGAS 24 JAM.
Beberapa hari lepas, kecoh juga dengan kes mangsa buli menang kes dengan saman sebanyak RM616, 634.20

Lebih kecoh keratan dari Sinar Harian yang menulis sindiran hakim pada warden yang bertugas semasa kejadian tersebut dan meminta warden tersebut meletak jawatan dan menjadi guru biasa sahaja

Hakim tersebut mungkin terlepas pandang dan tak tahu, jawatan warden ni hampir semua guru menolaknya. Hampir SEMUA..

Yang ada menjadi warden biasanya kerana terpaksa sahaja

Kenapa ramai guru menolak? Kerana tanggungjawab sangat berat. Sangat berat dan langsung tidak setimpal dengan elaun RM240 cuma itu

Habis sahaja mengajar di sekolah, warden perlu berkejar ke asrama memastikan pelajar teratur dan berdisiplin di asrama. Memastikan tiada pelajar membuli, bermain bola, membuat huru hara, bergaduh, hisap rokok, memecahkan tingkap dan sebagainya

Kena berlari ke dorm pula bila mengesyaki sesuatu tak kena. Asap vape dan asap rokok berkepul-kepul contohnya, raungan pelajar seolah didera, bunyi kecoh dan bising

Dah la penat pulang dari sekolah belum hilang, dah kena settlekan macam-macam karenah

Baru nak rehat sebelah malam, pengawas datang mengadu ada pelajar lompat pagar(fly atau runner istilah bdk²). Berlari mengejar pula. Penat mengejar, baru nak masuk, ada laporan kipas dorm rosak kena bola. Naik pula ke dorm siasat siapa punya angkara.main bola kompom cermin tingkap ke,cermin sliding door bilik prep ke ada yg teramat pasti pecah berkecai

Jam 1 pagi tengah lena, pintu rumah warden diketuk bertalu-talu. Ada pelajar kena serangan asthma. Ada pula jatuh dalam bilik air nampak kelibat hantu katanya. Belum cerita yang histeria, yang menceroboh asrama wanita dan sebagainya lagi

Semua itu tugas warden untuk mengawal semua sekali

Apa warden itu Superman boleh buat semua dalam satu masa? Apa tenaga warden tak habis-habis nak selesaikan semua perkara

Kadang anak isteri sendiri tak terlayan. Anak demam pun isteri je bawa ke klinik. Papa tak boleh teman, pelajar tengah merusuh. Ada kes buli sampai luka-luka

Tak habis masalah di asrama ni. Macam-macam hal. Macam-macam kes. Yang tak masuk akal pun ada tau

Contohnya loker pakaian kayu tu ada pelajar baling dari tingkat 4 ke bawah. Ada yang sengaja membakar tong sampah. Membaling mercun bola tu dah biasa sangat

Dan saat ada kes buli di asrama, warden dipersalahkan seolah mereka ini diberi elaun RM24000 pula

Seolah warden asrama ada 180 orang. Seolah warden asrama ini lahir di planet Krypton. Seolah warden ini sehebat Son Goku

Sudahlah begitu, disindir-sindir pula bila ada kes buli dan seumpamanya di asrama. Seolahnya warden tak pernah bertugas dan tak pernah ada jasa

Hati mana yang tak remuk tuan-tuan. Hati mana yang tak berkecil hati dan terasa. Mereka dah cuba sedaya upaya, mengorbankan segala masa dan tenaga

Saat semua guru lain menolak, mereka dengan terpaksa menerima. Dan saat jawatan dibahu mereka, kejadian menimpa dan mereka yang menerima kesannya

Sungguh aku simpati pada rakan sejawat ini. Sungguh

Isu warden ni dah lama. Lama sangat dah. Hampir setiap tahun guru merungut. Aku sendiri tulis 4 tahun lepas mendapat lebih 1.3k like dari guru-guru

Bahawa tugas warden tidak sepatutnya dibebankan dibahu guru. Patut diwujudkan satu pekerjaan khas dah. Biar bukan guru yang menjadi warden

Gajikan saja bekasan komando ke, bekasan askar jadi warden. Biar berdisiplin sikit anak-anak kita

Dan buat guru-guru yang disaman, semoga terus kuat dan tabah

Orang tidak melihat sejuta jasa, orang hanya akan menghukum atas satu kecuaian kita sahaja

Dan semoga KPM cepat-cepat membuat satu akta untuk melindungi para guru dari dianiaya dan dipersenda sesuka hati

Sekian

Sumber: #MFS
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2020/09/keluhan-seorang-warden-asrama-sekolah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Sekolah Asrama Tingkatan 1 Tahun 2021 Senarai Sekolah Link Dan Tarikh Permohonan

Permohonan Sekolah Asrama Tingkatan 1 Tahun 2021 Senarai Sekolah Link Dan Tarikh Permohonan

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 698 hits
Permohonan Sekolah Asrama Tingkatan 1 Tahun 2021 Tahun 2020 memang mencatatkan sejarah sebab anak anak yang ambil peperiksaan seperti UPSR tidak dapat menghadiri peperiksaan seperti tahun sebelumnya akibat pandemik Covid 19 termasuklah anak...
Tak Sanggup Nak Ponteng Sekolah Peminat Teruja Pu Riz Kini Seorang Guru

Tak Sanggup Nak Ponteng Sekolah Peminat Teruja Pu Riz Kini Seorang Guru

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 532 hits
Lama tak dengar kisah pelakon dan Pencetus Ummah Riz rupa rupanya kini selebriti berusia 25 tahun kini sudah bergelar seorang guru Menjengah ke laman Instagramnya PU Riz kini telah bertugas sebagai seorang guru di sekolah Sekolah Menengah K...
Selepas Jadi Kerajaan Pemuda Pas Sokong Sekolah Vernakular Terus Dibuka

Selepas Jadi Kerajaan Pemuda Pas Sokong Sekolah Vernakular Terus Dibuka

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 424 hits
Pemuda Pas menyokong supaya sekolah vernakular terus dibuka tetapi berharap pendidikan dan pembelajaran bahasa kebangsaan Bahasa Malaysia akan diperbaiki lagi Ini selepas Ketua Armada Bersatu Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal bertegas mahu ...
Radzi Jidin Mula Berkempen Di Sekolah

Radzi Jidin Mula Berkempen Di Sekolah

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 1178 hits
PENAMPANG 5 Sept Kementerian Pendidikan akan memberi penekanan untuk menambah baik sekali gus memperkasakan lagi program pendidikan khas di Sabah termasuk menyediakan kepakaran dan infrastruktur lebih kondusif bagi pembelajaran murid murid ...
Sekolah Cina Di Malaysia Lebih Cina Daripada Cina Di Negara China

Sekolah Cina Di Malaysia Lebih Cina Daripada Cina Di Negara China

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 892 hits
Pakar sejarah negara mendiang Prof Khoo Kay Kim pernah berkata apabila bercakap soal Pendidikan Cina Kata Khoo British hanya benarkan sekolah Cina beroperasi ketika zaman penjajah jika mereka berhasrat untuk kembali ke negara asal iaitu neg...
Anak Minat Berniaga Popia Cheese Budak Sekolah Makin Dapat Sambutan

Anak Minat Berniaga Popia Cheese Budak Sekolah Makin Dapat Sambutan

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 594 hits
POPIA CHEESE BUDAK SEKOLAH MAKIN DAPAT SAMBUTAN Setiap pagi isnin biasanya saya sibuk siapkan tempahan Popia Cheese Budak Sekolah Anak saya yang sorang ni sangat suka berniaga Jadi dia ada dapat banyak tempahan dari kawan kawan sekolah Saya...
Sekolah Seni Malaysia 2021 Cara Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Seni

Sekolah Seni Malaysia 2021 Cara Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Seni

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 835 hits
SEKOLAH SENI MALAYSIA 2021 CARA PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH SENI Kementerian Pendidikan Malaysia telah memaklumkan bahawa permohonan bagi kemasukan pelajar Tingkatan 1 ke Sekolah Seni Malaysia untuk sesi 2021 telah dibuka TARIKH BUKA PE...
Aktiviti Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri Ppim 17 03 2025

Piring Tembaga Bukti Kekuasaan Wanita Keatas Lelaki

Qcy H3 Pilihan Tepat Untuk Fon Kepala Bajet Dengan Audio Mantap

Pengkhianat Negara Wajar Dikenakan Hukuman Berat

Klia Ranks Among Top 10 In Global Airport Survey

Harga Emas Hari Ini Semakan Kadar Jangkaan Naik Turun

How Land Surveying And Site Planning Shape The Future Of Architecture

Birthday Gift


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Perlu Buat Challenge Satu Hari Puasa Rm1 Latih Anak Puasa Perlahan Lahan

Huawei Band 10

Pas Seperti Rumput Israel

Kalau Nak Berniaga Wajib Cari Jalan Cara Memulakan Perniagaan Dengan Kos Yang Paling Rendah

Orang Yang Aku Tak Suka

Huawei Mate Xt And Huawei Matepad Pro 13 2