Keluasan Tiga Kali Pulau Singapura Tebang Habis Balak Dipanggil Menjaga Hutan Husam Musa


 
Dangan Nama Allah Maha Pemurah Maha Penyayang









KELUASAN TIGA KALI PULAU SINGAPURA TEBANG HABIS BALAK DIPANGGIL MENJAGA HUTAN?

Masih banyak perkara yang kita boleh telusuri dari keadaan yang berlaku di Hutan Simpan Sg Durian.

Ia sebuah sketsa kerakusan, ratahan, kemusnahan dan kehilangan kekayaan Negeri tanpa ketelusan jumlah dan nilainya.

Tibanya Ramadhan di harap memberikan kesedaran yang diperlukan untuk menghentikan kebobrokan.

Sekarang kita sambung mengulas respon Sup MB.

Tuan Sup MB Kelantan menulis :

5. 'Manakala, persoalan yang melibatkan Ladang Musang King seluas 7,500 ekar sebagaimana tulisan Datuk Husam adalah disahkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan bahawa Ladang Musang King tersebut melibatkan tanah persendirian bukannya Hutan Simpan Kekal ataupun tanah kerajaan'.

Ulasan saya :

Atas tajuk ini, seperti tulisan saya bertarikh 19 Mac 2022 dengan tajuk : Pertanyaan Untuk Mb : Ladang Musang King 7,500 Ekar.

Saya melontarkan pertanyaan tanpa apa-apa kenyataan afirmatif dari saya.

Saya turut mempamirkan gadaian syarikat terbabit tanpa apa-apa komen dari saya pada posting bertarikh 22 Mac 2022 dengan tajuk Carian SSM.

Mesej saya di sini ialah, jika kerajaan boleh memberikan hak milik tanah sebegitu luas dan dengan pemberian hak milik itu membolehkan mereka mendapatkan pinjaman bank bagi tujuan pembangunan - tentulah perkara yang sama boleh dilakukan oleh kerajaan sendiri melalui syarikat anak atau konsortium khas.

Dari situ, Anak-Anak Kelantan boleh memiliki sama ada tanah ladang atau kebun Musang King melalui jualan lot-lot dari tanah seluas itu.

Sekalipun saya tidak memberikan kenyataan afirmatif atas tajuk status berkenaan, namun tuan Sup boleh melihat komen para netizen yang meluahkan perasaan dan pertanyaan-pertanyaan mereka.

Seterusnya Tuan Sup MB Kelantan menulis :

6. 'Rakyat Kelantan sedia maklum, Kerajaan Negeri sentiasa komited dan telus dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi terutama hutan. Sehingga kini, kawasan berhutan di Kelantan adalah 51% yang meliputi kawasan seluas 767,202.50 hektar daripada keluasan tanah Negeri Kelantan. Keluasan Hutan Simpanan Kekal Kelantan adalah 629,880.95 hektar bersamaan dengan 42% dari keluasan tanah negeri sekaligus menjadi antara penyumbang terbesar keluasan hutan dan kelestarian negara'.

Ulasan saya :

Item ke enam tulisan tuan ini adalah adalah item terpenting. Saya mohon mengambil kesempatan untuk menghuraikan InsyaAllah dengan agak panjang item ini.

Saya mohon untuk mengulas bersekali dengan laporan berita mengenai pembatalan 12,000 hektar Projek Ladang Hutan yang gagal seperti mana kenyataan YAB MB dan disiarkan oleh media pada 30 March 2022 seperti keratan berikut :

Kerajaan Kelantan bertindak membatalkan kontrak ladang hutan melibatkan kawasan seluas 12,000 hektar berikutan terdapat syarikat yang menandatangani perjanjian gagal mengusahakannya.

Menteri Besar Ahmad Yakob berkata selain pembatalan kontrak, kerajaan negeri turut merampas deposit serta mengenakan denda berkaitan terhadap syarikat yang tidak bertanggungjawab itu.

"Kami batalkan kontrak dan tawar semula dalam bentuk tender baru kepada syarikat yang berminat untuk mengusahakan semula projek ladang hutan," katanya pada sidang DUN Kelantan ke-14, di Kota Bharu, hari ini.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) yang ingin mengetahui keluasan terkini yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk projek ladang hutan.

Ahmad yang juga Adun Pasir Pekan berkata keluasan Zon Pembangunan Ladang Hutan di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Kelantan yang telah diluluskan oleh mesyuarat Majlis Tanah Negara pada 9 Ogos 2012 adalah 199,000 hektar.

-Bernama

Tajuk-tajuk perbincangan nanti adalah seperti berikut :

a. 'Ketelusan' dalam isu pembalakan tebang habis dalam Hutan Simpan Kekal? Apa bukti?

Tuan Sup MB menulis : ' Rakyat Kelantan sedia maklum, Kerajaan Negeri sentiasa komited dan telus dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi terutama hutan.'

Kalau telus, bolehkah maklumat-maklumat diberikan jika dipohon atau ditanyai?

Kenapa pertanyaan seperti berapa jumlah balak yang dikeluarkan setiap ekar kelulusan tebang habis @ Ladang Hutan dalam HSK tidak pernah dilayan?

Sampai hari ini, pernahkah Kerajan Kelantan menyatakan jumlah balak yg ditebang dari hutan-hutan tebang habis ini?

Siapakah orangnya yang mendapat setiap kelulusan itu?

Semua itu tidak berlaku.

Telus hanya slogan dalam tulisan-tulisan seperti ini semata-mata.

Inilah yang dinamakan kepura-puraan.

Sedangkan yang diuruskan adalah amanah rakyat seluruhnya. Bukan milik mana-mana MB dan Exco.

b. Keluasan Hutan Simpan Kekal sebanyak 629,880 hektar hanya wayang.

Tuan Sup MB menulis : 'Keluasan Hutan Simpanan Kekal Kelantan adalah 629,880.95 hektar bersamaan dengan 42% dari keluasan tanah negeri....'.

Kenyataan terbaru YAB MB pada 30 Mac di DUN Kelantan dilaporkan oleh media seperti berikut : 'Ahmad yang juga ADUN Pasir Pekan berkata keluasan Zon Pembangunan Ladang Hutan di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Kelantan yang telah diluluskan oleh mesyuarat Majlis Tanah Negara pada 9 Ogos 2012 adalah 199,000 hektar'.

Kedudukan sebenar kian terdedah. Dulu ditutup rapat.

Tebang habis dalam HSK Kelantan dibenarkan sampai 199,000 hektar atau bersamaan 491,739 ekar!

Jika ditukar kepada kilometer persegi, ia bersamaan dengan 2,000 km persegi!

Maknanya sebesar hampir TIGA KALI PULAU SINGAPURA! (Singapura berkeluasan 728.6 km persegi).

Tiga kali Pulau Singapura kawasan Hutan Simpan Kelantan telah digondolkan dengan TEBANG HABIS atas 'jihad' membangunkan ladang.

199,000 hektar adalah had yang dibenarkan sejak 2012.

Saya difahamkan, keluasan sebenar Hutan Simpan yang diluluskan untuk projek TEBANG HABIS dalam Hutan Simpan Kelantan sudah meningkat kepada 240,000 hektar atau 593,000 ekar!

Kita ambil saja kenyataan YAB MB bahawa atas keluasan 199,000 hektar tadi.

Bermakna seluruh isi hutan ditebang habis (konon-konon saja atau benar-benar) untuk membangunkan ladang.

Hutan tadi tidak lagi berupa hutan yang sebenar di atas bumi kerana isinya telah dibersihkan. Yang ada adalah tanah kosong atau ladang getah/durian atau kebun beberapa jenis pokok lagi.

Menjadikan dakwaan Kelantan memiliki Hutan Simpan seluas 629,880 hektar adalah dakwaan kosong.

Status di atas kertas saja sebagai Hutan Simpan.

Pada hakikatnya, ia tidak wujud lagi. Bahkan keadaan di atas muka bumi lebih parah dari hutan tak simpan walau pun namanya Hutan Simpan.

Ini adalah wayang terbesar Kerajaan Kelantan.

Adakah ini yang dibanggakan?

Adakah ini pemeliharaan hutan yang sebenar?

Adakah ini mampu membantu dunia mengatasi fenomena Pemanasan Dunia kini?

Itu semua, pada saya, hanyalah wayang.

Jika wayang ini dibenarkan berterusan, tak mustahil Kelantan akan kehilangan Hutan Simpan Kekal sepenuhnya kerana di bawah nama itulah pembalakan berleluasa sekatang.

c. Kebun atau Hutan?

Ini membawa kita bertanya kepada pimpinan Kerajaan Kelantan sekarang sama ada mereka faham perbezaan antara kebun dan hutan.

Kebun sama sekali tidak sama dengan hutan. Muka bumi kebun sudah diubah suaikan dan dalam proses pengubah suaian itu, akan mengubah tadahan air, aliran sungai, habitat dan ekologi dan kehidupan.

Kepadatan pokok dalam kebun tidak akan sama dengan hutan.

Jumlah spesis pokok-pokok dalam kebun sangat jauh berbeza dari hutan.

Penggunaan racun, pembinaan bangunan dan jalan-jalan dan segala ciri kebun sama sekali telah mengubah status hutan.

Usahkan status sebagai Hutan Simpan, dengan hutan kampung pun kebun sudah tidak sama.

Lalu, sebuah ladang, sekali pun berada dalam sebuah kawasan yang dilabelkan sebagai Hutan Simpan, ia tetap bukan lagi sebuah hutan.

Jika masih dinamakan di atas kertas sekali pun sebagai Hutan Simpan, perbuatan itu hanya untuk mengabui mata semata-mata dan menipu diri sendiri dengan penipuan yang memalukan.

Bahagian respon saya untuk hari ini agak panjang. Saya berhenti di sini supaya pembaca masih boleh mencerap apa yg saya tulis.

InsyaAllah bahagian akhir tulisan akan saya siarkan pada petang hari ini. Supaya janji saya menamatkan pusingan ini diskusi ini pada hari terakhir Sya'aban terpenuhi.

Husam Musa

30 SYA'BAN 1443H

02 APRIL 2022

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/keluasan-tiga-kali-pulau-singapura.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Husam Musa Membalak Dalam Hutan Simpan Kelulusan Terbaru 2022

Husam Musa Membalak Dalam Hutan Simpan Kelulusan Terbaru 2022

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 186 hits
Membalak Dalam Hutan Simpan Kelulusan Terbaru 2022 Kesian juga penyokong setia Pas yang cuba mempertahankan Kerajaan Pas Namun mereka tak bermaklumat Hari ini mari kita lihat kelulusan terbaru membalak dalam Hutan Simpan Kekal Berdasarkan s...
Husam Musa Sijil Pengurusan Hutan Kelantan Dibatalkan Masih Nak Main Silap Mata

Husam Musa Sijil Pengurusan Hutan Kelantan Dibatalkan Masih Nak Main Silap Mata

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 177 hits
Saya baru bertatih menulis mengenai pembalakan di Kelantan Selepas lama juga beri masa lega pada yang nak gomol khazanah Kelantan Cepat cepat lah anak buah yang kurang tahu cerita up kan grafik tunjuk kawasan Hutan Simpan Kelantan bertambah...
Konsep Ladang Hutan Mengabui Tebang Balak

Konsep Ladang Hutan Mengabui Tebang Balak

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 204 hits
Konsep Ladang Hutan mengabui tebang balakPosted By on April 07 2022Konsep pertanian Ladang Hutang didakwa oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebagai pertanian yang tidak menjejaskan alam semula jadi dipertikaikan banyak pihak Apatah lagi dikatak...
Pendedahan Husam Musa Siri 3

Pendedahan Husam Musa Siri 3

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 174 hits
SIRI 3 BOHONG DALAM BENAR Kedua kerosakan ekologi yang teruk Saya tak pasti amalan seperti ini boleh mendapat kelulusan Alam Sekitar atau tidak Keadaan bukit di tarah se akan serangan Ya juj dan Ma juj sehingga kegondolan besar seluas mata ...
Kejujuran Masih Ada Husam Musa

Kejujuran Masih Ada Husam Musa

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 129 hits
8 7 6 5 4KEJUJURAN MASIH ADA Masih menyambung diskusi saya bersama Tuan Sup MB seputar hutan Simpan Kekal Sungai Durian Kali ini bertolak dari ucapan YAB MB Kelantan di DUN Kelantan sehari dua lalu yg antara lain berkata Kita tidak akan sia...
Husam Musa Demi Kelantan Apa Terjadi Pada Negeri Mu

Husam Musa Demi Kelantan Apa Terjadi Pada Negeri Mu

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 167 hits
01 04 2022 Rumah Abang Soh Lundang Kota Bharu Kelantan Anjuran Amanah Kota Bharu Isu Isu yang akan dikupas termasuklah isu Ladang Hutan pemberian Tanah kepada syarikat Individu sama berpuluh ribu ekar isu Ladang Musang King isu Tanah Rakyat...
Pendedahan Husam Musa Rakyat Benua China Dapat Peluang Lagi 2 200 Ekar Ladang Musang King

Pendedahan Husam Musa Rakyat Benua China Dapat Peluang Lagi 2 200 Ekar Ladang Musang King

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 159 hits
LAGI 2 200 EKAR LADANG MUSANG KING Kali ini giliran rakyat Benua China mendapat peluang Raja badminton China Li Yongbo mendapat peluang menanam durian Musang King di Hutan Sg Durian di Kelantan Dulunya sebuah hutan yang indah dan berharga B...
Husam Musa Penerangan Isu Semasa

Husam Musa Penerangan Isu Semasa

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 192 hits
Rakan rakan dijemput hadir Penerangan Isu Isu Semasa Rakyat JelataTempat Rumah Pak Mud Kg Gelong Badak JelawatTarikh 28 Mac 2022Masa 9 00 malam
Eur Usd Ancaman Tiga Kali Ganda Kepada Euro

Eur Usd Ancaman Tiga Kali Ganda Kepada Euro

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 135 hits
Euro telah jatuh ke paras terendah dalam sebulan dan risiko jatuh lebih rendah menjelang akhir minggu ini Penurunan jangka pendek ke tahap 1 0873 telah direkodkan untuk pasangan EUR USD Rancangan EU yang diumumkan untuk mengenakan sekatan t...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa