Husam Musa Membalak Dalam Hutan Simpan Kelulusan Terbaru 2022


 




Membalak Dalam Hutan Simpan - Kelulusan Terbaru 2022

Kesian juga penyokong setia Pas yang cuba mempertahankan Kerajaan Pas. Namun, mereka tak bermaklumat.

Hari ini - mari kita lihat kelulusan terbaru membalak dalam Hutan Simpan Kekal. Berdasarkan surat rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.

Tak la ditulis 'kelulusan membalak' terus. Nanti kena tembak.

Ditulis begini : 'Kelulusan Untuk Mengusahahasil Hutan dan Melaksanakan Projek Pembangunan Ladang Hutan Pelbagai Spesies Di Dalam Kawasan Hutan Simpan Kekal Dalam Zon Ladang....'.

Mengusahahasil hutan tu - membalaklah namanya. Tebang pokok balak untuk buat ladang hutan dalam kawasan Hutan Simpan.

Bagaimana caranya?

Ditulis (sambungan kepala surat) : 'Secara tender runding....'.

Maksudnya, tak ada tender terbuka lah.

Kali ini saya merujuk kepada satu surat PHN.KN 200/1/2705 (XXX) bertarikh awal Januari 2022 yang dikeluarkan kepada satu syarikat yang bertuah. (Surat disertakan dengan sedikit pemotongan nama syarikat yang berjaya).

Surat dikeluarkan tahun ini - 2022. Masih panas dari oven.

Ia diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan (JKPP) Bil 3/2021 pada 25 Oktober 2021. (Musim Covid pun mesyuarat balak jalan terus, ha ha).

Juga dalam Hutan Simpan Kekal, tetapi tak dinyatakan Hutan Simpan Kekal mana. (Boleh tambah runding kot?).

Baca elok-elok surat tu.

Surat macam ni, berlambak.

Saya pilih salah satu yg terbaru. Supaya hujah pencacai, kononnya membuka ladang hutan dalam Hutan Simpan Kekal ini idea saya dan dimulakan oleh saya.

Saya masih dalam Kerajaan kah sekarang? Saya dah tak jadi Exco sejak 2013 lagi, jangan tak tau.

Kalau bukan tabiat pemimpin kerajaan yang ada sekarang meluluskan kelulusan sebegini sejak dulu, kenapa saya dah tak ada dalam Kerajaan, ia masih diluluskan?

Sekarang dah tahun 2022 - dah 9 tahun saya tak ada dalam Kerajaan. Macam mana boleh terus lulus? Hebat sangat kah Husam sampai dia boleh arah YAB MB dan TMB Kelantan luluskan sampai hari ini?

Kan Kerajaan ada simpan rekod? Sebelum saya jadi Exco tahun 2004, dalam rekod tu ada tak kelulusan sebegini?

Kalau ada, macam mana boleh kata saya mulakan? Ia telah diamalkan sejak saya belum menyertai Exco pada tahun 2004. Dan terus diamalkan sampai sekarang.

(Antara perselisihan saya dengan rakan-rakan lain dlm kerajaan semasa itu ialah isu ini. Acap kali mesyuarat Jawatan kuasa kecil pembalakan ditangguhkan oleh Tok Guru atas desakan saya untuk mengelakkan agenda kelulusan membuka ladang dalam Hutan Simpan).

Maknanya, ada orang lain yang suka buat kerja ini.

Tu bukan isu pokok.

Isu pokok di sini tiga perkara :

a. Berapa jumlah hasil balak yang ada dalam Hutan Simpan yang diluluskan?

b. Kenapa Hutan Simpan Kekal terus diluluskan kegiatan membalak dan membuka ladang? Sepatutnya hutannya disimpan.

c. Kenapa hal seperti ini tidak ditender?

Semua soalan saya tanya ini, bukan untuk saya.

Untuk faedah Rakyat Kelantan.

Saya tak dapat apa.

Tapi kalau ditender, mungkin hasilnya meningkat. Kalau ya pun nak tebas balak dalam Hutan Simpan. Hasil meningkat boleh digunakan untuk membantu budak-budak muda berdikari.

Ikut cakap di pasaran - kalau nasib untung - satu ekar tebang habis menghasilkan purata 18 tan balak se ekar. 18 tan didarab 1,000 ekar = 18,000 tan bagi satu kelulusan.

Ambil saja harga purata RM 500 satu tan, kira-kira lebih kurang hasil balak ialah RM 9 juta!

Kalau kawasan tak ada kayu, bukan Hutan Simpan Kekal namanya! Itu hutan belakang rumah kampung.

Lebih penting lagi, jika amalan ini tak dihentikan, habislah hutan dan segala khazanahnya untuk selama-lamanya. Bersekali dengan ekologi yang sangat penting untuk kesejahteraan bersama.

Akhir sekali, siapa yang dapat kekayaan jatuh ke riba seperti ini? Pemuda Pas cawangan Meranti? Atau orang lain? Atau orang sama?

Pada MB, TMB dan Ajk Jawatankuasa Kecil Perhutanan Negeri Kelantan - saya katakan - 'kalian baik'. Terus menerus meluluskan tebang hutan dalam Hutan Simpan. Tapi baik ada makna ke?.

Seperti kata Arwah Ahmad Nisfu : Baik ada makna tu .....

Husam Musa

29 Mac 2022

Baca Penulisan Sebelum ini :

1.Tanah Kelantan -

Orang Sama Dapat Keuntungan Bertimpa-Timpa?https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/506238204202872

2. Pertanyaan Untuk MB (2) :Ladang Musang King

https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/505732830920076

3.Pertanyaan Untuk MB : Ladang Musang King 7,500 Ekar https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/504943857665640

4. Mana Tanah Negeri Untuk Rakyat Biasa?

https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/503587847801241

5. Sijil Pengurusan Hutan Kelantan Dibatalkan Masih Nak Main Silap Mata

https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/507966474030045

6. ANAK KELANTAN SEMUA TAK LAYAK MAJUKAN LADANG MUSANG KING ?

https://www.facebook.com/hjhusammusa/videos/1171266473688791

7. Carian SSM menunjukkan temuan berikut :

https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/506910517468974

8.LAGI 2,200 EKAR LADANG MUSANG KING :

https://www.facebook.com/100044500896683/posts/508540157306010

9. BETAPA KAYA BUMI KELANTAN

https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/509815267178499

10. Surat Terbuka Kepada YB Menteri Tenaga dan Sumber Asli

https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/510462977113728

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/husam-musa-membalak-dalam-hutan-simpan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Husam Musa Sijil Pengurusan Hutan Kelantan Dibatalkan Masih Nak Main Silap Mata

Husam Musa Sijil Pengurusan Hutan Kelantan Dibatalkan Masih Nak Main Silap Mata

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 177 hits
Saya baru bertatih menulis mengenai pembalakan di Kelantan Selepas lama juga beri masa lega pada yang nak gomol khazanah Kelantan Cepat cepat lah anak buah yang kurang tahu cerita up kan grafik tunjuk kawasan Hutan Simpan Kelantan bertambah...
Keluasan Tiga Kali Pulau Singapura Tebang Habis Balak Dipanggil Menjaga Hutan Husam Musa

Keluasan Tiga Kali Pulau Singapura Tebang Habis Balak Dipanggil Menjaga Hutan Husam Musa

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 176 hits
Dangan Nama Allah Maha Pemurah Maha Penyayang KELUASAN TIGA KALI PULAU SINGAPURA TEBANG HABIS BALAK DIPANGGIL MENJAGA HUTAN Masih banyak perkara yang kita boleh telusuri dari keadaan yang berlaku di Hutan Simpan Sg Durian Ia sebuah sketsa k...
Semakan Status Kelulusan Bantuan Jkm 2022

Semakan Status Kelulusan Bantuan Jkm 2022

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 253 hits
SEMAKAN STATUS KELULUSAN BANTUAN JKM 2022 Tahukah anda bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan pelbagai jenis bantuan dan sokongan kepada golongan yang memerlukan untuk rakyat Malaysia Adakah anda telah membuat permohonan Jabatan Ke...
Cara Permohonan Bkm Tambahan Rm500 Terbaru April 2022

Cara Permohonan Bkm Tambahan Rm500 Terbaru April 2022

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 241 hits
Bantuan Keluarga Malaysia adalah bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah Permohonan BKM Tambahan RM500Tahukah anda terdapat...
Disney Hotstar Bawakan Siri Terbaru Mcu Moon Knight Mulai 30 Mac 2022

Disney Hotstar Bawakan Siri Terbaru Mcu Moon Knight Mulai 30 Mac 2022

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 211 hits
Pembuka siri Marvel Cinematic Universe untuk tahun 2022 adalah adalah menerusi Moon Knight yang akan mula bersiaran pada 30 Mac 2022 di platform penstriman Disney Hotstar untuk 6 episod Siri terbaru ini diarahkan oleh Justin Benson Mohamed ...
Pengeluaran Kwsp Rm10 000 Dibenarkan Permohonan Bermula 01 April 2022 Kelulusan Dibayar Mulai 20 April 2022

Pengeluaran Kwsp Rm10 000 Dibenarkan Permohonan Bermula 01 April 2022 Kelulusan Dibayar Mulai 20 April 2022

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 435 hits
Pengeluaran KWSP RM10 000 Dibenarkan Permohonan Bermula 01 April 2022 Kelulusan Dibayar Mulai 20 April 2022 Berita baik untuk semua pencarum KWSP Pengeluaran RM10K dibenarkan Bagi pencarum yang mempunyao baki dalam KWSP bolehlah membuat per...
Pengambilan Terbaru Bakal Pegawai Dan Perajurit Muda Tahun 2022

Pengambilan Terbaru Bakal Pegawai Dan Perajurit Muda Tahun 2022

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 203 hits
Pengambilan Terbaru Bakal Pegawai Dan Perajurit Muda Tahun 2022 Permohonan menjawat Jawatan Kosong di Tentera Laut Diraja Malaysia dialu alukan untuk memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kura...
Kumpulan Ceramah Ramadhan 2022 Kultum Ramadhan Terbaru

Kumpulan Ceramah Ramadhan 2022 Kultum Ramadhan Terbaru

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 256 hits
BersamaDakwah mendedikasikan Kumpulan Ceramah Ramadhan 2022 ini untuk para khatib penceramah Ramadhan serta kaum muslimin secara umum Selain untuk ceramah tarawih bisa pula untuk kuliah Subuh atau bacaan harian secara pribadi Alhamdulillah ...
Taman Hutan Eko Kanching Rawang Kembali Beroperasi 26 Mac 2022

Taman Hutan Eko Kanching Rawang Kembali Beroperasi 26 Mac 2022

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 209 hits
Taman Hutan Eko Kanching Rawang akan kembali beroperasi 26 Mac 2022 Taman Hutan ini terletak di Rawang dan kira kira 21 km dari Kuala Lumpur Jika anda mencari beberapa jam daripada rutin biasa anda singgahlah ke hutan hujan tropika ini dan ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash