Keluarga Pekebun Terkejut Di Usir Selepas Sedekad Bayar Cukai Kepada Majlis Tempatan




CAMERON HIGHLANDS - Sebuah keluarga pekebun di sini terkejut apabila diberitahu bahawa mereka tinggal setinggan di atas tanah kerajaan, walaupun telah membayar cukai kepada majlis tempatan selama lebih sedekad lalu.
Emiliene Esoothas, 26, berkata status “setinggan” itu terbongkar selepas bapanya, Esoothas Mariasoosai, 53, menyerahkan rumah dan tanah mereka kepada pemaju pada 2013 untuk dibangunkan galeri jualan, hartanah pameran serta laluan masuk ke tapak pembinaan pangsapuri baharu di situ.

Emiliene Esoothas
Katanya, bapanya diberitahu secara bertulis bahawa mereka akan diberikan rumah dua tingkat sebagai ganti atau boleh mendiami rumah contoh terbabit. Bagaimanapun, projek itu terbengkalai dan diisytiharkan sebagai “projek gagal” pada 2018.
Keluarga Esoothas terpaksa tinggal bersama saudara mereka sejak 2013 sementara menunggu rumah yang dijanjikan. Tahun lepas, keluarga itu berpindah ke tapak galeri terbiar yang telah dinaiki semak samun.
Namun, setahun kemudian, pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) menuntut supaya mereka meninggalkan premis itu kerana ia dibina secara haram di atas tanah Kerajaan Negeri Pahang. Dua bulan kemudian, polis dan jengkaut dihantar ke situ untuk mengusir mereka.
Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands memberitahu, secara teknikalnya, keluarga itu duduk secara setinggan dan menghalang projek kerajaan yang dirancang di kawasan berkenaan.
Emiliene berkata, dakwaan ini mengejutkan kerana bapanya telah membayar cukai taksiran majlis dan yuran lain berkaitan kerajaan selama lebih sedekad.

Galeri pameran dan rumah Esoothas Mariasoosai di jalan utama di Ladang Kea, Cameron Highlands, sebelum ia dirobohkan.
Katanya, apabila ditanya kepada wakil pejabat itu mengapa bayaran diterima selama ini, ia tidak dijawab dan keluarganya hanya diminta untuk mencari “tanah lain”.
“Kami hanya mahukan tanah gantian dan tempat tinggal supaya dapat menjalankan perniagaan nurseri seperti biasa. Tetapi lot yang ada hanya tanah rizab Melayu,” katanya.
Keluarga itu kini mahu mengambil tindakan undang-undang.
“Kami tiada pilihan selain memperjuangkan hak kami,” katanya.
Dalam emel, Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands berkata, keluarga itu diminta meninggalkan kawasan berkenaan untuk memberi laluan kepada projek Kompleks Penghulu Mukim Ulu Tenom.
Galeri pameran dan rumah Esoothas Mariasoosai di jalan utama di Ladang Kea, Cameron Highlands, sebelum ia dirobohkan.
Katanya, papan tanda telah didirikan untuk memaklumkan mengenai pengusiran yang akan berlaku seawal Mac tahun lepas, 15 bulan sebelum mereka dipaksa keluar.
Pejabat itu menjelaskan, pegawai telah bertemu keluarga berkenaan pada April dan Jun, menasihatkan mereka berpindah.
Menurut pejabat daerah itu, tiada Lesen Pendudukan Sementara (TOL) pernah dikeluarkan kepada keluarga itu dan mereka boleh diusir tanpa notis kerana tinggal setinggan di tanah kerajaan.
“Pada 2011, penduduk secara haram menyerahkan tanah itu kepada pemaju untuk membina pejabat jualan dan galeri pameran tanpa kebenaran kerajaan.
“Pertimbangan sewajarnya telah diberikan selepas mendapati penghuni mempunyai pangsapuri sendiri di tempat lain dan pengusiran itu tidak akan menjejaskan kelangsungan hidup mereka,” kata pejabat daerah.
“Kami juga tidak merobohkan sebarang struktur dan penguatkuasa tidak menggunakan kekerasan, memberi masa kepada penduduk memindahkan barangan mereka. Bagaimanapun, mereka sendiri yang mula mencabut pagar, bumbung dan struktur lain ketika tindakan penguatkuasaan diambil.
Berhubung kutipan cukai taksiran yang berterusan oleh Majlis Daerah Cameron Highlands, pejabat itu tidak menyatakan mengapa bayaran diterima, dan berkata, hakikatnya tanah itu diduduki secara haram. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/08/keluarga-pekebun-di-cameron-highlands.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Bergelek Selepas Majlis Akikah Dibayar Puluh Ribu Kata Ifa Raziah

Saya Bergelek Selepas Majlis Akikah Dibayar Puluh Ribu Kata Ifa Raziah

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 226 hits
Saya penyanyi dangdut Sebagai penyanyi dangdut apa yang saya kena buat ialah menyanyi menghiburkan dan bergelek Selama ini gelek yang beri saya makan Itu jawapan oleh penyanyi dan juga usahawan Ifa Raziah ketika menjawab soalan media t
Hiburan Lhdn Tolong Siasat Founder Inai Popular Didakwa Cuba Lari Dari Cukai Stokis Dipaksa Bayar Stok Rm70k Cash

Hiburan Lhdn Tolong Siasat Founder Inai Popular Didakwa Cuba Lari Dari Cukai Stokis Dipaksa Bayar Stok Rm70k Cash

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 216 hits
Tidak habis habis lagi nampaknya kontroversi mengenai isu stokis dan ejen yang tidak berpuas hati dengan sistem perniagaan produk inai yang dikeluarkan oleh satu selebriti terkenal tempatan Terbaru seorang pengguna tampil berkongsi mengenai...
Jangan Terkejut Melayu Pergi Junjung Kain Di Kemboja Pula Selepas Ini Jika

Jangan Terkejut Melayu Pergi Junjung Kain Di Kemboja Pula Selepas Ini Jika

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 173 hits
Jangan terkejut satu hari nanti orang Melayu akan pergi menjunjung kain untuk dijual di kampung kampung di Kemboja dan Vietnam sebagaimana mereka lakukan di negara ini lima enam tahun lalu Ini boleh berlaku jika negara terus mundur aki
Selepas 2 Tahun Jadi Pengarah Choi Bopil Bakal Tinggalkan Running Man

Selepas 2 Tahun Jadi Pengarah Choi Bopil Bakal Tinggalkan Running Man

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 314 hits
Tanpa disangka antara bintang penting Running Man bakal meninggalkan rancangan tersebut ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Song Ji hyo telah memuat naik satu entri khas buat pengarah produser Choi Bo pil Tulisnya Buat Bo pil tersayang Awak bekerja k...
Teks Bacaan Talqin Doa Selepas Talqin

Teks Bacaan Talqin Doa Selepas Talqin

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 640 hits
Bagaimanakah perlaksanaan bacaan talqin Panduan ini akan menerangkan secara lengkap bacaan talqin yang diamalkan di Malaysia berserta doa selepas bacaan talqin Semoga panduan ini membantu anda insyaAllah Pengenalan Topik ini adalah kesinamb...
Berjalan Sendirian Sebelum Panjat Terjun Dari Tingkat 4 Wanita Maut Selepas Terjun Bunuh Diri Di Suria Klcc

Berjalan Sendirian Sebelum Panjat Terjun Dari Tingkat 4 Wanita Maut Selepas Terjun Bunuh Diri Di Suria Klcc

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 335 hits
Berjalan sendirian sebelum panjat terjun dari tingkat 4 Wanita maut selepas terjun bunuh diri di Suria KLCCSeorang wanita dilaporkan maut selepas terjun dari tingkat empat sebuah pusat beli belah di ibu kota malam tadi Ketua Polis Daerah Da...
Blackpink Kembali Dengan Born Pink Selepas Hampir 2 Tahun Hiatus

Blackpink Kembali Dengan Born Pink Selepas Hampir 2 Tahun Hiatus

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 360 hits
Blackpink Kembali Dengan BORN PINK Selepas Hampir 2 Tahun Hiatus Comeback terakhir untuk girl group Kpop yang sangat popular ini adalah pada bulan oktober tahun 2020 dengan album yang bertajuk The Album Selepas hampir 2 tahun hiatus mereka ...
Kau Pergi Jua Sygku Baru Setahun Bernikah Isteri Meninggai Selepas 24 Jam Bertar0ng Nyawa

Kau Pergi Jua Sygku Baru Setahun Bernikah Isteri Meninggai Selepas 24 Jam Bertar0ng Nyawa

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 287 hits
Seorang guru wanita meninggaI dunia selepas hampir 24 jam bertar0ng nyawa akibat kemaIangan di Telupid semalam Kereta yang dipandu telah bertembung dengan pacuan empat roda Mngsa Nuraslina Kang Yoon Lee 27 Guru UBK SK Bukit Belacon Lahad Da...
Selepas Disembur Netizen Kerajaan Setuju Tetapkan Harga Minyak Masak Botol Rm34 70 Di Sabah Sarawak

Selepas Disembur Netizen Kerajaan Setuju Tetapkan Harga Minyak Masak Botol Rm34 70 Di Sabah Sarawak

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 326 hits
Selepas disembur netizen kerajaan setuju tetapkan harga minyak masak botol RM34 70 di Sabah SarawakFoto Hiasan SahajaHarga siling minyak sawit botol lima kilogram untuk Sabah Sarawak dan Labuan ditetapkan RM34 70 sama seperti di Semenanjung...
Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger

Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility

Dua Konsert Mega Gegarkan Miri Mei Ini

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru