Keluarga Awak Ada Talasemia Ke Tanya Soalan Ini Sebelum Berkahwin


Perkahwinan merupakan detik yang paling bermakna buat setiap individu. Ia menandakan perubahan fasa kehidupan daripada fasa bujang/tanpa tanggungan kepada fasa hidup bersama.

Cabaran dan dugaan perlu ditempuhi bersama namun persoalan berkenaan dengan talasemia boleh ditanya sebelum berkahwin agar persiapan awal dapat dibuat. Tanpa rawatan awal, penyakit tersebut boleh mempengaruhi kesihatan dan faktor-faktor lain seperti kewangan, psikologi dan sebagainya. Ikuti artikel ini untuk penerangan selanjutnya.
Talasemia, masalah genetik
Talasemia adalah penyakit genetik berkaitan dengan darah. Ia menyebabkan pemusnahan sel darah merah akibat ralat pada gen yang tertentu dalam pembuatan sel tersebut menyebabkan masalah anemia. Sel darah merah penting bagi setiap individu kerana ia membantu menyebarkan oksigen dan nutrisi kepada sel. Di samping itu, ia juga bertanggungjawab dalam membawa bahan kumuh sel (karbon dioksida) ke paru-paru untuk dibuang.
Bergantung kepada tahap keterukan dan jenis masalah talasemia (talasemia alfa atau beta), mereka yang terbabit terpaksa menjalani terapi transfusi darah sekerap sebulan sekali bagi memenuhi kehendak sel badan untuk oksigen dan nutrisi. Tanpanya, individu terlibat akan mudah mendapat masalah tumbesaran, kecacatan pada bentuk tulang dan pembesaran organ hati dan limpa.
Namun, perlu diingatkan bahawa terapi tersebut bukanlah jalan penyelesaian definitif. Buat masa sekarang, tiada lagi rawatan yang dapat menyembuhkan masalah talasemia melainkan prosedur pemindahan sumsum tulang. Walau bagaimanapun prosedur tersebut dianggap radikal, mempunyai kadar mortaliti yang tinggi dan ia bergantung kepada jika terdapatnya penderma sumsum tulang yang ideal.
Mungkin anda berpendapat bahawa terapi transfusi darah adalah jalan penyelesaian yang paling ideal namun terapi tersebut mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri. Beban lebih ferum (Iron overload) boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah kesihatan seperti masalah jantung, kencing manis, masalah tiroid dan sebagainya. Ini berikutan proses patologikal beban lebih ferum yang akan menyebabkan pendepositan lebihan zat besi pada organ-organ lain yang menyebabkan kerosakan.
Cinta sebenar?
Walaupun tahap kesedaran berkenaan dengan penyakit ini agak rendah, terdapat beberapa individu yang mengambil tindakan drastik memutuskan hubungan mereka kerana kedua-duanya merupakan pembawa (carrier) kepada masalah talasemia. Kebanyakan garis panduan talasemia menyarankan mereka yang ingin berkahwin untuk melalui ujian saringan dan kaunseling bagi mencapai jalan penyelesaian terbaik buat pasangan.
Namun, tidak mudah untuk membuat keputusan lebih-lebih lagi jika anda sudah komited terhadap perhubungan tersebut. Apabila dua pembawa talasemia berkahwin, mereka mempunyai risiko setinggi 25% untuk mendapat bayi yang mempunyai masalah talasemia. Ujian saringan pranatal dan kaunseling mempunyai peranan yang penting dalam menyediakan kedua pasangan bagi menerima anak yang mempunyai masalah talasemia.
Pengguguran (abortion) mempunyai isu etika yang kebiasaannya menjadi tabu dalam kepercayaan masyarakat setempat. Oleh sebab itu, pasangan yang ingin berkahwin, perlu membuat keputusan bagi memastikan anak mereka kelak mempunyai tahap kesihatan yang optimum. Bukan mudah untuk menjadi rasional apabila sesuatu keputusan itu melibatkan perasaan namun tahap kesanggupan pasangan kebiasaannya menjadi faktor pemisah.
Ingin saya tekankan di sini, tiada siapa yang bersalah jika hubungan itu terlerai disebabkan oleh ketidaksanggupan untuk mempunyai anak yang bermasalah talasemia. Perbincangan perlu dibuat dengan matang dan fikirkan kesannya terhadap semua pihak. Kepada mereka yang ingin meneruskan perkahwinan, jangan lupa untuk melalui ujian saringan talasemia setiap kali anda mengandung. Persediaan fizikal, mental dan kewangan boleh dibuat. Kedua-dua pasangan mesti komited dalam proses penjagaan bagi mereka yang bermasalah talasemia.
Tanya kepada pasangan anda berkenaan dengan penyakit genetik ini. Jika anda berdua tidak mengetahui status masing-masing, ambillah ujian genetik. Jika kedua-duanya adalah pembawa, buat temu janji untuk sesi kaunseling. Pastikan anda memahami dengan lebih dalam dan telah mengumpulkan maklumat sebanyak mungkin sebelum membuat keputusan. Jika anda ragu-ragu, berjumpalah dengan pakar bagi mendapatkan penyelesaian terbaik.
Sumber: Hello Health
The post “Keluarga Awak Ada Talasemia ke?” Tanya Soalan Ini Sebelum Berkahwin appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/keluarga-awak-ada-talasemia-ke-tanya-soalan-ini-sebelum-berkahwin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Tua Ungkap Kehidupan Billy Membrasar Sebelum Jadi Staf Presiden Bikin Nangis

Orang Tua Ungkap Kehidupan Billy Membrasar Sebelum Jadi Staf Presiden Bikin Nangis

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 261 hits
Daftar nama Staf Khusus Presiden telah diumumkan Saat diumumkan Presiden Joko Widodo menyebutkan nama Gracia Billy Membrasar menjadi salah satu staf khusus presiden Gracia Billy Membrasar merupakan putra Papua yang sedang menempuh pendidika...
Kecundang Sebelum Menjanda Telemovie Lakonan Sharifah Sakinah Jonathan Putra

Kecundang Sebelum Menjanda Telemovie Lakonan Sharifah Sakinah Jonathan Putra

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 782 hits
Saksikan telefilem Kecundang Sebelum Menjanda lakonan Sharifah Sakinah Jonathan Putra dan Zarynn Min pada 7 Disember 2019 jam 9 malam hanya di Astro Citra dan Citra HD JUDUL KECUNDANG SEBELUM MENJANDA WAKTU SIARAN Sabtu 7 Disember 2019 9 00...
Kecundang Sebelum Menjanda

Kecundang Sebelum Menjanda

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 1000 hits
Saksikan telefilem Kecundang Sebelum Menjanda lakonan Sharifah Sakinah Jonathan Putra dan Zarynn Min pada 7 Disember 2019 jam 9 malam hanya di Astro Citra dan Citra HD JUDUL KECUNDANG SEBELUM MENJANDAWAKTU SIARAN Sabtu 7 Disember 2019 9 00 ...
Sebelum Masuk Kerajaan Pun Zahid Sudah Multimillionaire Annuar

Sebelum Masuk Kerajaan Pun Zahid Sudah Multimillionaire Annuar

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 206 hits
Tan Sri Annuar Musa hari ini mempertikaikan kenapa isu kenderaan Presiden Umno Zahid Hamidi dibangkitkan Annuar Musa yang juga Setiausaha Agung Umno berkata beberapa buah kenderaan dan motosikal besar Zahid sebenarnya dihadiahkan oleh seora...
Sharifah Sakinah Jonathan Putra Zarynn Min Dalam Kecundang Sebelum Menjanda

Sharifah Sakinah Jonathan Putra Zarynn Min Dalam Kecundang Sebelum Menjanda

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 723 hits
Sharifah Sakinah Jonathan Putra Zarynn Min Dalam Kecundang Sebelum Menjanda Saksikan telefilem Kecundang Sebelum Menjanda pada 7 Disember 2019 jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD A post shared by on Dec 3 2019 at 6 39pm PST
Draf Ruu Omnibus Law Diserahkan Ke Dpr Sebelum 12 Desember 2019

Draf Ruu Omnibus Law Diserahkan Ke Dpr Sebelum 12 Desember 2019

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 181 hits
Kementerian Koordinator bidang Perekonomian menggelar rapat koordinasi pembahasan dan sosialisasi Rancangan Undang Undang Omnibus Law Cipta Lapangan Kerja Dalam rapat tersebut pemerintah akan menyerahkan draf Omnibus Law perpajakan dan lapa...
Polisi Hong Kong Serukan Warga Demo Damai Sebelum Unjuk Rasa Besar Besaran

Polisi Hong Kong Serukan Warga Demo Damai Sebelum Unjuk Rasa Besar Besaran

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 259 hits
Polisi Hong Kong kemarin memberikan sinyal positif untuk demonstrasi yang diselenggarakan oleh Front Hak Asasi Manusia Sipil
Perkara Wajib Ada Untuk Menyediakan Takwim Perancangan Aktiviti Sebelum Memasuki Tahun Baharu

Perkara Wajib Ada Untuk Menyediakan Takwim Perancangan Aktiviti Sebelum Memasuki Tahun Baharu

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 4014 hits
Perkara Wajib Ada Untuk Menyediakan Takwim Atau Program Perancangan Aktiviti Sebelum Memasuki Tahun Baharu Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulillah hari ini terbuka hati untuk mencatat sesuatu di blog kesayanganku ini selepas sebul...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti

Jangan Sokong Pas Dan Bersatu Mereka Sedang Karam Denagn Adu Domba Dan Fitnah

Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024