Keluar Rumah Pukul 5 30 Pagi Pengetua Sambut Pelajar Datang Sekolah


Keluar rumah pukul 5.30 pagi, pengetua sambut pelajar datang sekolah. “Sebelum kamu berjaya, saya dah peluk kamu dulu’ itulah ungkapan penuh makna daripada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Yarl, Dr Ahmad Kamal Ariffin.
Keluar Rumah Pukul 5.30 Pagi, Pengetua Sambut Pelajar Datang Sekolah Pendidik berusia 50 tahun ini menjadi tular di media sosial kerana rutin hariannya yang unik, di mana beliau menyambut pelajar di pintu pagar sekolah setiap pagi dengan penuh keikhlasan dan sentuhan jiwa.
Setiap pagi, bukan untuk memeriksa pakaian atau menegur pelajar yang datang lambat, tetapi beliau hadir dengan senyuman, pelukan dan kata-kata semangat sebagai motivasi buat mereka.
Video rakaman beliau berdiri di pintu pagar sejak awal pagi bukan sekadar menunjukkan kasih seorang guru, tetapi menggambarkan perjuangan seorang pendidik yang berkorban untuk membentuk generasi berakhlak mulia.
@drahmadkamal5577 ( ADMIN ) DR. AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN BELIAU BERPENGALAMAN SEBAGAI; 1. GURU SEKOLAH DI SMK SEKSYEN 18, SHAH ALAM ( 1999 – 2006) 2. WARDEN ASRAMA SMK SEKSYEN 18, SHSH ALAM ( 1999 – 2003 ) 3. JURULATIH UTAMA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID ( BAHAGIAN SEKOLAH, KPM – 2002 – 2006) 4. PENOLONG PENGARAH DISIPLIN MURID, BAHAGIAN SEKOLAH, KPM ( 2006- 2007( 5. PENOLONG PENGARAH KAUNSELING MURID, BAHAGIAN SEKOLAH, KPM ( 2008-2010) 6. KETUA UNIT HEM ( BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, KPM ( 2011) 7. KETUA UNIT AKADEMIK ( BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, KPM ( 2012) 8. PENYELIDIK PERINGKAT KEDOKTORAN ( UNI MALAYA, 2013 – 2015) 9. KETUA PENOLONG PENGARAH ( PUSAT DIPLOMASI BAHASA DAN BUDAYA, IDFR, KEMENTERIAN LUAR NEGARA ( 2016 – 2018) 10. KETUA JABATAN, JABATAN PENGURUSAN HEM DAN KAUNSELING, INSTITUT AMINUDDIN BAKI, KPM ( 2019 – 16 SEPTEMBER 2024) 11. PENGETUA, SMK TAMAN YARL, KUALA LUMPUR ( 17 SEPTEMBER 2024 HINGGA KINI ) TAHNIAH TUAN PENGETUA. #MOTIVASI #pengetua #PENDIDIK #cikgutiktok #gurutiktok #fyp #gurutiktok #fypage #fypp #tiktokviral #tiktok #MALAYSIA #pmx #fadhlinasidek #BEST #FYP #tiktok #viral #TIKTOK #top #fypage #yes #teachersoftiktok #fypppppppppppppp #fypppp #fypppppppppppppp #top #fadhlinasidek #go #Test ♬ original sound – Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin
“Sejak terima surat lantikan daripada Ketua Pengarah Pendidikan pada 17 September 2024 untuk menjadi pengetua, saya tak pernah berhenti berusaha.
“Inilah pertama kali saya pegang jawatan pengetua. Saya ditempatkan di sekolah yang menduduki ranking kedua terburuk dari segi prestasi di Kuala Lumpur. Keputusan peperiksaan sangat mengecewakan dan pelbagai masalah lain, termasuk kemudahan yang kurang memuaskan. Ramai kata sekolah ini agak ‘daif’ di bandar,” katanya kepada Harian Metro.
Dengan pengalaman 20 tahun dalam Kementerian Pendidikan, pernah memegang jawatan Ketua Jabatan Pengurusan Murid dan Hal Ehwal Murid serta Kaunseling, Dr Ahmad Kamal berusaha membawa perubahan berdasarkan pengalaman luasnya.
“Saya cuba buat transformasi. Dasar Sekolah Penyayang memang ada garis panduan untuk meraikan pelajar setiap pagi, jadi saya jadikan itu amalan tetap saya.
“SAYA KELUAR RUMAH SEAWAL 5.30 PAGI DARI PUTRAJAYA DAN AKAN SOLAT SUBUH DI SURAU SEKOLAH. PADA MULANYA, SAYA PERHATIKAN KEBANYAKAN PELAJAR DATANG DARIPADA LATAR BELAKANG MENCABAR, SEKITAR 95 PERATUS DARI KELUARGA B40. MASALAH DISIPLIN BANYAK, KURANG MOTIVASI BELAJAR, ADA ISU KELUARGA SEPERTI PERCERAIAN DAN PERSEKITARAN YANG TERDEDAH KEPADA DADAH. JADI SAYA AMBIL PENDEKATAN MERAIKAN MEREKA SETIAP HARI,” UJARNYA.
Apabila ditanya siapa yang menjadi fokus utama untuk dibentuk terlebih dahulu, guru atau pelajar, beliau menjelaskan pendekatannya adalah serentak.
“Saya tegas dengan guru. Saya tak segan marah kalau perlu sebab mereka orang dewasa. Ada yang datang lambat pun saya nasihat dengan tegas. Tapi dengan pelajar, saya cuba jadi lebih penyayang dan lembut.
“Guru pula nampak disiplin bila pengetua datang paling awal dan balik paling lewat,” katanya.

Selain itu, beliau memperkenalkan solat berjemaah yang melibatkan pelajar, guru, malah pengawal keselamatan, selain mewujudkan sinergi erat antara guru, pelajar dan ibu bapa.
Hasil pendekatan ini, sekolah mencatat peningkatan prestasi yang memberangsangkan. Kehadiran pelajar bertambah baik dan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga meningkat dengan ketara.
“Pengarah Jabatan Pendidikan Kuala Lumpur baru-baru ini mengiktiraf sekolah dan saya kerana pencapaian meningkat kedua tertinggi di Kuala Lumpur. Saya rasa sangat puas hati.
“Setiap pagi berdiri di pintu pagar untuk menyantuni pelajar selama sejam memang penat, tapi berbaloi. Pelajar pun nampak seronok. Pelajar India, Melayu, Cina semua gembira,” ujarnya.
Menurut Dr Ahmad Kamal, pendekatan menyambut pelajar ini berasaskan dasar Sekolah Penyayang yang beliau sendiri pernah terlibat dalam penggubalannya di Kementerian Pendidikan.
“Dasar Sekolah Penyayang ada empat elemen, salah satunya meraikan pelajar datang ke sekolah. Saya tak ikut jadual giliran seperti guru lain. Saya jadi ‘kapten’ setiap hari berdiri di pintu pagar, ini buat cikgu-cikgu hormat dan cuba ikut cara saya,” jelasnya.
Beliau juga mengubah wajah sekolah dengan menambah kawasan bendera Malaysia dan pelbagai bendera korporat utama di Malaysia.
“Saya mahu pelajar tahu dunia luas dan penuh peluang. Saya tanam semangat berniaga dan motivasi dalam diri mereka. Dana ini datang dari sumbangan masyarakat, wakaf dan bantuan pemimpin,” katanya.
Dengan 95 peratus pelajar berasal dari keluarga B40, sentuhan harian dan pelukan yang diberikan membuat ramai pelajar, terutamanya lelaki, mula berubah dan jadi lebih lembut hati.
“Pelukan saya fokus kepada pelajar lelaki. Lama-kelamaan mereka jadi lebih tenang. Cabaran seorang guru adalah buang ego marah dan tidak sabar. Kita peluk mereka, raikan mereka,” katanya.
Walaupun dulu kerjanya lebih mudah di kementerian dengan hanya enam staf, kini beliau menguruskan lebih 700 pelajar dan lebih 60 guru, termasuk 98 pelajar berkeperluan khas.
“Beban dan cabaran memang banyak, ada pelajar yang pernah ludah guru, masuk kelas sesuka hati. Rasa nak marah dan buang sekolah memang ada, tapi saya sabar. Saya peluk mereka, tunjuk sayang dan buat baik,” katanya.
Beliau menambah, biasanya pelajar hanya dapat pelukan apabila berjaya dalam sesuatu pertandingan atau akademik, tetapi beliau peluk mereka sebelum kejayaan itu datang sebagai restu dan motivasi.
Walaupun tak sempat bertemu pelajar waktu tamat sesi persekolahan, kadang-kadang ada pelajar yang spontan peluk beliau apabila bertemu di kawasan sekolah.
“Mereka rasa dijaga. Tapi selepas keluar pintu pagar, mereka hadapi pelbagai cabaran lagi. Saya tak putus berdoa untuk mereka,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Kredit: TikTok Dr Ahmad Kamal Ariffin
Baca artikel lain juga: Anak Tak Nak Pergi Sekolah Sebab Tak Mampu Beli Hadiah Hari Guru Cikgu Mohd Fadli Salleh
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post Keluar Rumah Pukul 5.30 Pagi, Pengetua Sambut Pelajar Datang Sekolah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/keluar-rumah-pukul-5-30-pagi-pengetua-sambut-pelajar-datang-sekolah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Rakan Universiti Tempatan Bangunkan Syarikat Pemula Fokuskan Robotik Untuk Pelajar Sekolah

4 Rakan Universiti Tempatan Bangunkan Syarikat Pemula Fokuskan Robotik Untuk Pelajar Sekolah

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 120 hits
4 Rakan dari universiti tempatan semakin menempa nama dalam bidang robotik menerusi syarikat pemula dibangunkan mereka yang dikenali sebagai DatoBulat Tech Lab Syarikat pemula yang ditubuhkan pada tahun 2023 itu diasaskan oleh Mohamad Hazmi...
Elak Murid Terburu Buru Solat Subuh Sekolah Kerajaan Kelantan Mula Jam 8 Pagi Mb

Elak Murid Terburu Buru Solat Subuh Sekolah Kerajaan Kelantan Mula Jam 8 Pagi Mb

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 109 hits
Kerajaan negeri Kelantan menetapkan waktu permulaan sekolah bagi institusi di bawah Yayasan Islam Kelantan bermula jam 8 pagi bagi mengelakkan murid terburu buru solat subuh Murid terburu buru solat subuh ada yang tak solat pergi sekolah Me...
Datang Tak Diundang Pergi Tak Dikesali Dr Akmal Sindir Tengku Zafrul Keluar Umno

Datang Tak Diundang Pergi Tak Dikesali Dr Akmal Sindir Tengku Zafrul Keluar Umno

papar berkaitan - pada 31/5/2025 - jumlah : 111 hits
Keputusan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz meninggalkan UMNO tidak langsung memberi kesan besar kepada parti malah disambut dengan sinis oleh Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Saleh Dr Akmal jelaskan UMNO bukan parti main politik peribadi...
Dia Ejek Pelajar Oku Go Minsi Dituduh Sebagai Pembuli Di Sekolah Agensi Beri Respon

Dia Ejek Pelajar Oku Go Minsi Dituduh Sebagai Pembuli Di Sekolah Agensi Beri Respon

papar berkaitan - pada 26/5/2025 - jumlah : 125 hits
Tidak semena semena Go Min si telah dituduh sebagai pembuli di sekolah Artikel Berkaitan Menerusi laman komuniti dalam talian satu siaran bertajuk Kami adalah mangsa buli Go telah dimuat naik yang menyatakan bahawa dia pernah dibuli oleh se...
Tarian Traditional Sambut Kedatangan Trump Ke Uae Saya Sukakannya

Tarian Traditional Sambut Kedatangan Trump Ke Uae Saya Sukakannya

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 164 hits
Presiden Trump disambut di Emiriah Arab Bersatu pada Khamis dengan persembahan kebudayaan yang memperlihatkan wanita melambung rambut mereka dari sisi ke sisi Bandar yang indah Saya sukakannya Trump memberitahu pemberita selepas memeriksa p...
Sambut Hari Jadi Ilham Restoran Abbu Bakar

Sambut Hari Jadi Ilham Restoran Abbu Bakar

papar berkaitan - pada 26/5/2025 - jumlah : 163 hits
Assalamualaikum WBTSEMALAM kami tumpang rezeki Ilham sambut hari jadi yang ke 20 di Restoran Abbu Bakar Tampoi Beberapa tahun lepas Sk pernah bawa pembaca ke sini ingat tak Kalau tak ingat bolehlah klik link di bawah Sejak dari itu kami tak...
10 Cadangan Tempat Makan Sambut Anniversary Di Johor

10 Cadangan Tempat Makan Sambut Anniversary Di Johor

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 139 hits
10 Cadangan Tempat Makan Sambut Anniversary Di Johor Anniversary bakal tiba tapi masih tak tahu nak sambut kat mana Jangan risau kalau anda berada di Johor ada banyak tempat menarik untuk anda raikan anniversary anda bersama pasangan Untuk ...
Terengganu Guru Tahfiz Tampar Pelajar Curi Makan Roti Didenda Rm1 200

Terengganu Guru Tahfiz Tampar Pelajar Curi Makan Roti Didenda Rm1 200

papar berkaitan - pada 3/6/2025 - jumlah : 87 hits
NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNANMohd Norzaizhul didenda RM1 200 atas kesalahan menampar pelajar tahfiznya di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini KEMAMAN Gara gara menampar pelajar yang makan roti keping tanpa kebenaran pada akhir bulan lal...
Pokok Kelapa Tepi Rumah

Hiburan Yakin Dan Merdu Suaranya Nur Fazura Lancar Lagu Baru Berjudul Luar Biasa Kolaborasi Bersama Ade Govinda

Honey Trap When Seduction Meets Spycraft In The Shadows Of Power

Klia S Aerotrain System Operational Next Month Loke

Bunga Kemboja Putih

Pn Mp S Call To Restore Judicial Independence Timely

Upsi Oriental Daily 19 06 2025

Don T Call It A Comeback Asterisk S Award Winning Harley Shovelhead


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Empat Tahun Selepas Angkara Keji Finalis Masterchef Dihukum Penjara 34 Tahun

Senarai Iphone Murah Di Malaysia Kedai Online Dipercayai Tawaran Terkini 2025

7 Cara Memastikan Ijazah S1 Asli Atau Palsu Panduan Penting Untuk Dunia Kerja Dan Akademik

Rafizi Rajuk Naratif Dicipta Lawan

Power Rate Exemptions For Low Usage Consumers

Loke Klia Aerotrain Delays Due To Safety Tests