Kelompok Pengampu Realitinya Tidak Sayang Kepada Tun M Sebagai Negarawan




Setiap hari sejak kebelakangan ini
ada saja  muncul golongan pengampu dan pembodek baru yang tampil mendesak agar Tun Mahathir Mohamad terus berkhidmat sebagai Perdana Menteri sehingga ke akhir penggal.

Sementara itu, pengampu dan pembodek lama pula terus memerah idea untuk meyakinkan Tun Mahathir agar tidak melepaskan jawatan di pertengahan penggal sebagaimana perkara itu sudah pun merupakan konsensus PH sebelum ini.

Alasan yang selalu diberi untuk memanjangkan tempoh beliau ialah kononnya  khidmat Tun Mahathir masih diperlukan sehingga negara benar-benar pulih sepenuhnya.

Sekali imbas, mungkin ramai yang menyangka mereka ini benar-benar prihatin kepada negara dan sayang kepada Tun Mahathir yang berpeluang menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Tetapi, hakikatnya mereka inilah sebenarnya kelompok yang paling mementingkan diri sendiri dan tidak sayang sama sekali kepada Tun Mahathir sebagai negawaran ulung di negara ini.

Apa yang mereka fikir hanyalah kepentingan ekonomi jangka pendek, jawatan dan habuan untuk diri sendiri yang boleh dikaut selagi Tun Mahathir duduk di kerusi Perdana Menteri dan nikmat keduniaan itu dirasakan mungkin tidak semewah sekarang selepas beliau tidak lagi memegang apa-apa kuasa.

Seperti yang kita sedia maklum, PH sudah ada persetujuan bahawa Tun Mahathir hanya memegang jawatan Perdana Menteri sekitar tempoh dua tahun saja.

Dalam waktu yang sama, Tun Mahathir sendiri berulangkali menyatakan beliau tetap akan mengotakan janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim dan tidak sesekali akan berkhidmat sehingga habis penggal.

Maka, jika kita sayang kepada Tun Mahathir sebagai negawaran dan agar legasinya sentiasa terpelihara, kita sepatutnya sama-sama membantu beliau melaksanakan janji peralihan kuasa yang sudah disepakati dan dikonsensuskan melalui PH itu.

Hanya dengan demikian, kita dapat memastikan Tun Mahathir meninggalkan nama yang harum selepas ketiadaannya nanti.

Meskipun ajal dan maut atau bila seseorang itu akan meninggal dunia adalah ketentuan Tuhan, tetapi dalam usia 94 tahun sekarang, Tun Mahathir benar-benar dalam usia bonus diberi peluang menikmati dan menghirup udara dunia ini.

Tidak ramai manusia di dunia ini berpeluang untuk hidup sehingga ke usia itu, malah dalam ceramah-ceramah agama pun kita selalu diingatkan tentang usia 63 tahun Rasulullah SAW sebagai pedoman untuk berpada-pada mengejar apa yang ada di dunia ini.

Untuk itu, ikut hukum akal, bila-bila masa saja Tun Mahathir boleh pergi atau dijemput Tuhan meninggalkan kita dan dunia yang sementara ini.

Berpeluang menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali adalah nikmat tak terhingga buat Tun Mahathir, begitu juga dengan peluang dapat berbaik semula dengan Anwar setelah bermusuhan demi kuasa selama 20 tahun lamanya.

Semua itu adalah ketentuan Tuhan yang tentu ada rahmatnya yang tersendiri.

Soalnya, apakah setelah berbaik semula dengan Anwar, kita mahu melihat Tun Mahathir bersengketa semula dengan Presiden PKR itu semata-mata kerana didesak untuk tidak menunaikan janji penyerahan jawatan yang telah dipersetujui?

Bolehkah kita bayangkan apa jadi kepada legasi dan status kenegarawanan Tun Mahathir jika pemergiannya nanti  diselebungi bukan saja kerana perbalahan semula dengan Anwar, tetapi juga dengan perpecahan dalam PH?

Bolehkah dikata mereka yang mendesak Tun Mahathir  untuk berkhidmat sehingga ke akhir penggal itu benar-benar sayang kepadanya, sedangkan perbuatan mereka lebih berisiko mendedahkan legasi dan kenegarawanannya kepada pencercaan selepas ketiadaannya?

Atau mereka yang mahu beliau sentiasa berpegang kepada janji peralihan kuasa itulah sebenarnya yang sayang kepada legasi dan kenegarawanan Tun Mahathir untuk tinggalan paling berharga buat negara tercinta ini? (Shahbudindotcom 03/08/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/08/kelompok-pengampu-realitinya-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Pan Gombak Tolak Tun M Sebagai Pm Sepenggal

Ketua Pan Gombak Tolak Tun M Sebagai Pm Sepenggal

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 225 hits
Salah seorang pemimpin Parti Amanah Negara tidak bersetuju Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri selama sepenggal Meskipun ada rakan rakan dalam Pakatan Harapan yang menyokong perkara itu namun Ketua PAN Gombak Saari Sungib menyif...
Kajian Anak Yang Memakan Tahi Hidung Lebih Pintar Malah Sebagai Ubat Hiv Anak Child

Kajian Anak Yang Memakan Tahi Hidung Lebih Pintar Malah Sebagai Ubat Hiv Anak Child

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 642 hits
Sejak dari kecil tabiat mengorek hidung dianggap sebagai perbuatan yang menjijikkan Bukan sahaja kotor malah perbuatan itu boleh mencederakan kulit yang rapuh di dalam hidung berupaya meningkatkan risiko jangkitan sinus yang menyakitkan Bag...
Kajian Wanita Hamil Perlu Memakan Coklat Sebagai Kelebihan Buat Anak Yang Dikandung Hamil Chocolate

Kajian Wanita Hamil Perlu Memakan Coklat Sebagai Kelebihan Buat Anak Yang Dikandung Hamil Chocolate

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 392 hits
Perempuan hamil disaran mengambil coklat Itu antara tajuk utama yang dikeluarkan pada tahun lepas Menurut kajian tersebut pengambilan coklat dapat memberikan kelebihan pada bayi dalam kandungan Banyak pantang larang makanan yang perlu diela...
Balai Bomba Pulau Pinang Berusia 111 Tahun Dijenama Semula Sebagai Hotspot Pelancongan

Balai Bomba Pulau Pinang Berusia 111 Tahun Dijenama Semula Sebagai Hotspot Pelancongan

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 756 hits
Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantaidi sini yang tercatat sebagai satu daripada jabatan bomba dan penyelamat tertua di Malaysia dan yang masih beroperasi telah berpatah semula kepada penggunaan papan tanda dengan reka bentuk berstruktur ...
Guru Sebagai Agen Transformasi Penanaman Nilai Nilai Keselamatan Lalu Lintas

Guru Sebagai Agen Transformasi Penanaman Nilai Nilai Keselamatan Lalu Lintas

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 156 hits
Direktorat Keamanan dan Keselamatan Korlantas Polri melaksanakan program diseminasi model integrasi pendidikan lalu lintas dengan memasukkan dalam mata pelajaran Pendidikan Kewarganegaraan di tingkat sekolah dasar pada 2019 Program ini dise...
Tak Adil Kaitkan Jenayah Dengan Warna Kulit Warga Afrika Rayu Jangan Label Mereka Sebagai Penjenayah Sebab

Tak Adil Kaitkan Jenayah Dengan Warna Kulit Warga Afrika Rayu Jangan Label Mereka Sebagai Penjenayah Sebab

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 284 hits
Tidak dinafikan jenayah di negara ini banyak melibatkan warga Afrika atau lebih dikenali sebagai Awang Hitam Malah stigma warga Afrika sebagai orang jahat rasanya sudah sebati dengan sebilangan rakyat di negara ini Sedar atau tak pandangan ...
Bolehkah Daging Qurban Diberi Kepada Tukang Sembelih Sebagai Upah

Bolehkah Daging Qurban Diberi Kepada Tukang Sembelih Sebagai Upah

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 397 hits
Soalan Menjadi amalan sesetengah masyarakat memberikan sebahagian dari daging korban kepada pihak yang menguruskan terutama penyembelih dan pelapah Ada yang kata tidak dibolehkan betulkah begitu Mengapa Jawapan Ya menjelang musim hariraya k...
Getah Sebagai Elektrolit Sel Suria

Getah Sebagai Elektrolit Sel Suria

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 106 hits
Oleh Dr Mohd Sukor Su ait Institut Penyelidikan Tenaga Suria Universiti Kebangsaan Malaysia Berikut merupakan ringkasan jurnal penulis sendiri bersama pelajar pelajarnya bertajuk Kajian Elektrolit Polimer berasaskan Getah Asli Terubah Suai ...
Pelaku Penembakan Ohio Mengaku Sebagai Kiri Pro Setan

Pelaku Penembakan Ohio Mengaku Sebagai Kiri Pro Setan

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 160 hits
Dia juga membenci Presiden Donald Trump dan aparat penegak hukum serta mendukung Senator Elizabeth Warren untuk menjadi presiden
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord