Keliru Antara Hypothyroid Dan Hypoparathyroid Ini Perbezaannya Yang Ramai Tak Tahu


Apabila mendengar istilah hypothyroid dan hypoparathyroid, ramai yang mungkin menyangka kedua-duanya adalah penyakit yang sama sebab mungkin kerana bunyi sebutannya hampir serupa. Namun, hakikatnya, kedua-dua keadaan ini melibatkan kelenjar yang berbeza, memberi kesan kepada hormon yang berlainan dan menimbulkan gejala serta rawatan yang sangat berbeza.
Apa itu Hypothyroid?
Hypothyroid atau hipotiroidisme berlaku bila kelenjar tiroid, yang terletak di bahagian hadapan leher, gagal menghasilkan hormon tiroid yang mencukupi – iaitu T3 (triiodotironin) dan T4 (tiroksin). Hormon ini penting untuk mengawal kadar metabolisme badan. Bila ia berkurangan, seluruh sistem badan akan menjadi perlahan

Punca-punca utama hypothyroid termasuk:
1. Penyakit autoimun seperti Hashimoto.2. Kesan sampingan rawatan radioaktif atau pembedahan tiroid
3. Kekurangan iodin dalam diet

Tanda-tanda yang biasa dialami oleh pesakit hypothyroid:
1. Cepat penat dan lesu
2. Kulit menjadi kering dan pucat
3. Pertambahan berat badan tanpa sebab jelas
4. Sembelit
5. Rasa sejuk walaupun dalam cuaca panas
6. Masalah tumpuan dan ingatan
7. Haid tak teratur atau berpanjangan

Rawatan utama - Pengambilan hormon tiroid sintetik seperti levothyroxine, yang membantu menggantikan hormon yang hilang dan mengembalikan fungsi normal badan

Keliru antara hypothyroid dan hypoparathyroid? Ini perbezaannya yang ramai tak tahu.
Apa pula Hypoparathyroid?
Sementara itu, hypoparathyroid melibatkan kelenjar yang lebih kecil tapi tak kurang pentingnya  iaitu kelenjar paratiroid. Terdapat empat kelenjar paratiroid yang terletak di belakang kelenjar tiroid. Tugas utama kelenjar ini ialah menghasilkan hormon PTH (Parathyroid Hormone) yang mengawal paras kalsium dan fosfat dalam darah

Bila hormon PTH tak cukup dihasilkan, paras kalsium dalam darah akan jatuh ke tahap yang membahayakan dan ini boleh mengganggu fungsi otot, saraf dan jantung

Punca utama hypoparathyroid termasuk:
1. Kerosakan kelenjar semasa pembedahan tiroid
2. Penyakit autoimun
3. Kecacatan genetik

Tanda-tanda hypoparathyroid:
1. Kekejangan atau kejang otot
2. Kebas dan rasa mencucuk pada jari, kaki, atau muka
3. Otot berkedut atau mengeras tanpa kawalan
4. Risiko sawan kalau kalsium terlalu rendah
5. Masalah jantung seperti irama tak normal

Rawatan - Biasanya melibatkan pengambilan suplemen kalsium, vitamin D aktif (calcitriol), dan dalam kes tertentu, terapi hormon PTH buatan

Kesimpulannya, walaupun kedua-dua istilah ini kedengaran hampir sama, kesannya terhadap kesihatan adalah sangat berbeza. Hypothyroid lebih berkait dengan sistem metabolisme, manakala hypoparathyroid pula melibatkan keseimbangan kalsium dalam badan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2025/08/keliru-antara-hypothyroid-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Batik Pmx Vs Parlimen Cap Ayam Antara Kelas Dunia Dan Politik Kelas Dataran

Batik Pmx Vs Parlimen Cap Ayam Antara Kelas Dunia Dan Politik Kelas Dataran

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 274 hits
Dalam politik bukan semua yang memakai kot itu negarawan dan bukan semua yang memakai batik itu tak tahu asal usul Hari ini satu lagi babak kelakar terhidang dalam siri Parlimen Cap Ayam kali ini dibintangi oleh YB Kuala Terengganu dengan s...
Perlu Ada Sinergi Kukuh Antara Kerajaan Bagi Pembangunan Sektor Pertanian Pm Berita Harian

Perlu Ada Sinergi Kukuh Antara Kerajaan Bagi Pembangunan Sektor Pertanian Pm Berita Harian

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 335 hits
Berita Harian Jabatan Penyiaran Malaysia Sinar Harian Astro Awani Jabatan Penyiaran Malaysia
Kelantan Sidang Dun Cuma Separuh Hari Banyak Antara Soalan Yang Dikemukakan Tidak Dijawab

Kelantan Sidang Dun Cuma Separuh Hari Banyak Antara Soalan Yang Dikemukakan Tidak Dijawab

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 322 hits
Sidang DUN Kelantan cuma separuh hari Mohd Amar nafi kerajaan takut soalan pembangkangSITI NUR ZAWANISpeaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah menafikan kerajaan negeri takut dengan soalan dibangkitkan pembangkang sehingga menamatkan si...
Tiga Penjawat Awam Antara 5 Ditahan Rampas Dadah Air Ketum Dan Senjata Tajam

Tiga Penjawat Awam Antara 5 Ditahan Rampas Dadah Air Ketum Dan Senjata Tajam

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 358 hits
Tiga penjawat awam antara 5 ditahan rampas dadah air ketum dan senjata tajam LAHAD DATU Tiga penjawat awam antara lima lelaki ditahan dan sejumlah dadah dirampas dalam operasi Op Tapis di Taman Harapan Jalan Silam di sini semalam Ketua Poli...
Beza Antara Jumlah Peserta Di Sepanjang Padang Dataran Merdeka

Beza Antara Jumlah Peserta Di Sepanjang Padang Dataran Merdeka

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 252 hits
sebelum ini Imej memberikan maklumat tentang Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2022 Teks tersebut menyatakan bahawa LEBIH 34 000 pelari berkumpul di Dataran Merdeka untuk mengambil bahagian dalam Kuala Lumpur Standard Chartered Marat...
Bayi 15 Hari Antara 20 Kanak Kanak Diselamatkan Jkm Kehidupan Tanpa Penjaga Sah

Bayi 15 Hari Antara 20 Kanak Kanak Diselamatkan Jkm Kehidupan Tanpa Penjaga Sah

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 333 hits
Bayangkan seorang bayi perempuan yang baru 15 hari dilahirkan sudah pun terpaksa melalui hidup tanpa penjagaan dan kasih sayang yang sewajarnya Menurut lebih memilukan dia bukan satu satunya Seramai 20 orang kanak kanak termasuk bayi terseb...
Tidur Adalah Terapi Segarkan Badan Anda Layan Tidur Itu Hak Kita Sebagai Manusia

Google Year In Search 2025 Malaysia Senarai Carian Paling Trending Tahun Ini

Mandi Swimming Pool Hotel Sentral Melaka

Yusuf Azmi Tewas Tko Yunus Martin Raih Kemenangan Sulung Di Malaysia

Relik Menarik Dari Pompeii Dua Temuan Menakjubkan Yang Mengungkap Kisah Lalu

Sinaran Krepuskular Dan Burung Pucung Cina

Mca Takkan Pilih Sertai Pn Ka Siong Dedah Masyarakat Cina Sukar Terima Pas

Iesf Wec Malaysia Juara Kejohanan Dunia Iesf 2025 Dua Tahun Berturut Turut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Ultimate Moist Yummy Banana Cake Recipe

Tips Merebus Jantung Pisang Agar Tidak Hitam

Perjanjian Ekstradisi Indonesia Dan Rusia Langkah Diplomatik Menuju Kerjasama Penegakan Hukum

Implikasi Kenaikan 2 Tenaga Harian Daripada Trans Fat Terhadap Kesihatan

Persiapan Akhir Malayan Tigress Skuad Beraksi Di Pentas Utama

Bundle Hbo Max Viu Kini Tersedia Harga Rm33 90 Bulan