Kelemahan Ph Bn Sendiri Jadi Punca Penolakan Prn Kali Ini


satuberita.my
By Admin
-March 19, 2023
Oleh MOHD. AZAM MOHD. ATAN
NAMPAK begitu ketara musuh Perikatan Nasional (PN) bimbang dengan gelombang sokongan terhadap gabungan itu yang memuncak semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berterusan dan makin meningkat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri

Maka tidak hairanlah muncul pelbagai dakwaan untuk menafikan sokongan rakyat yang boleh diterjemahkan di peti undi PRN Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Selangor dalam beberapa bulan lagi.

Dakwaan paling tidak berasas ialah dengan mendakwa bahawa akan berlaku pemindahan pengundi penyokong PN ke negeri Selangor dan kononnya dengan tindakan itu, Selangor yang kini ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH) boleh ditumbangkan.

Mereka mendakwa, individu yang pernah mengundi di negeri yang tidak terlibat PRN akan ditukarkan ke negeri-negeri PH supaya dapat mengundi sekali lagi.

Dakwaan itu ditimbulkan bekas calon PH bagi kerusi Parlimen Sungai Besar pada PRU15 lalu, Saipolyazan M. Yusop menerusi Twitter beliau.

Ia kemudiannya dinafikan Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd. Shahir yang menyifatkan kenyataan itu tidak berasas dan hanya cakap kosong yang jelas menunjukkan mereka gementar dengan sokongan rakyat terhadap PN.

Kes-kes pendakwaan terhadap pemimpin Bersatu yang dihadapi oleh Pengerusi Bersatu, Muhyiddin Yasin dan bekas Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan juga tidak akan dapat mengubah pendirian rakyat yang terus kekal bersama PN.

Bagi penulis sendiri, walau apa pun dakwaan dan kes mahkamah melibatkan pimpinan PN, ia tidak akan dapat mengubah pendirian pengundi yang sudah tekad untuk menyatakan pendirian mereka di peti undi PRN enam negeri.

Walaupun ia hanya melibatkan enam negeri, ia adalah simbolik penolakan dan protes terhadap pemerintahan kerajaan ketika ini yang tidak menunjukkan prestasi diharapkan dalam mentadbir negara dan menangani isu kos sara hidup.

Lagi satu, penulis melihat kenyataan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam Kongres Khas PKR semalam bahawa PN tidak mampu menawan negeri pimpinan gabungan PH iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan sebagai reaksi untuk ‘menyedapkan hati’.

Rafizi terpaksa berkata demikian sedangkan realiti sebenar gelombang kebangkitan ketika ini boleh menggugat kerajaan negeri di tiga negeri itu, lebih-lebih lagi respons yang ditonjolkan anak muda di peringkat akar umbi menunjukkan betapa kukuhnya sokongan terhadap PN.

Anak-anak muda sebenarnya sudah muak dengan kepimpinan sedia ada dan mahukan perubahan ke arah lebih baik kerana dalam tempoh beberapa penggal di bawah PH, banyak isu-isu di peringkat negeri yang tidak ditangani dengan baik.

Ditambah pula dengan prestasi semasa kerajaan pusat yang lemah, maka ia akan menjadi faktor penolakan yang kuat terhadap kerajaan gabungan PH-BN yang pada ketika ini dilihat tidak menunjukkan minat untuk menunaikan janji-janji dalam manifesto yang pernah ditabur sebelum PRU15.

Kerajaan PH-BN jarang mengulas mengenai keperluan untuk menunaikan janji-janji berkenaan dan makin parah apabila dalam Belanjawan 2023 yang dibentangkan baru-baru ini, tiada insentif menarik ditawarkan kepada rakyat.

Makin mengecewakan, masalah-masalah sedia ada masih gagal ditangani dengan sempurna dan pada masa sama ungkapan ‘spin’ atau ‘putar alam’ meniti di bibir pemimpin kerajaan bagi menafikan permintaan rakyat.

Banyak lagi kelemahan PH-BN yang boleh dikaitkan untuk menjadi faktor kuat penolakan pengundi pada PRN yang dijangka diadakan pada Julai depan.

Kesimpulannya, selain daripada gelombang kebangkitan rakyat untuk menyokong PN pada PRN kali ini, faktor kelemahan ditonjolkan kerajaan PH-BN juga menjadi sebab bahawa gabungan itu akan ditolak dengan lebih kuat pada kali ini.

Penulis adalah penganalisis politik dan ekonomi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/03/kelemahan-ph-bn-sendiri-jadi-punca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Sebabnya Putra Sukar Menang Prn Kali Ini

Ini Sebabnya Putra Sukar Menang Prn Kali Ini

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 151 hits
Zulhilmi ZailaniParti Bumiputera Perkasa Malaysia baru baru ini mengatakan tidak menolak kemungkinan akan bertanding dalam PRN di enam buah negeri tahun ini Penasihatnya Dr Mahathir Mohamad mengatakan Putra sedang mengkaji sama ada akan men...
4 Dun Penang Dikosongkan 3 Bulan Jer Lagi Nak Prn Gerakan Bakal Ambil Alih Pulau Pinang

4 Dun Penang Dikosongkan 3 Bulan Jer Lagi Nak Prn Gerakan Bakal Ambil Alih Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 140 hits
Pengerusi Pakatan Nasional Pulau Pinang Dominic Lau mengkritik penyingkiran empat Adun Bersatu dari Dewan Undangan Negeri dan berkata ia adalah satu sejarah hitam di negeri itu Demokrasi sudah mati Ini tidak adil DUN Pulau Pinang meluluskan...
Pn Yakin Sokongan Bertambah Pada Prn Susulan Kes Muhyiddin

Pn Yakin Sokongan Bertambah Pada Prn Susulan Kes Muhyiddin

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 159 hits
malaysiakini comPN berpandangan pertuduhan yang dikenakan terhadap pengerusinya Muhyiddin Yassin akan menambahkan lagi kekuatan gabungan itu bagi berdepan PRN akan datang Setiausaha Agung PAS yang juga Ahli Majlis Tertinggi PN Takiyuddin Ha...
15 Peraduan Menarik Sempena Ramadan 2023 Kali Ini Mesti Sertai

15 Peraduan Menarik Sempena Ramadan 2023 Kali Ini Mesti Sertai

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 319 hits
Sempena bulan ramadan yang mulia banyak peraduan dan pertandingan yang menjanjikan hadiah lumayan daripada syarikat terkemuka di Malaysia Jadi jom kita selongkar antara peraduan yang dianjurkan dan mana tahu ada rezeki boleh join dan menang...
Buasir Otak Tv Setiap Kali Kena Balik Kerja Lambat

Buasir Otak Tv Setiap Kali Kena Balik Kerja Lambat

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 178 hits
Setiap kali bila kau kena balik kerja lambat sebab ada banyak kerja nak kena siapkan Jom tonton animasi ini
Pertama Kali Dapat Flash Express Ni

Pertama Kali Dapat Flash Express Ni

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 421 hits
Minggu lepas k fiezz beli shawl kat Tik Tok Biasanya courier kat Tik Tok Shop ni guna J T Tapi yang ni first time k fiezz dapat Flash Express Tak apa lah kan mana mana kurier pun janji barang selamat sampai 16hb tengok dalam sistem barang k...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital

Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa