Kelas Peralihan Tidak Lagi Praktikal Buang Masa Pelajar Prof Teo Kok Seong


Imej hiasan

PETALING JAYA: Kelas Peralihan yang diwujudkan sejak 1960 tidak lagi praktikal, merugikan masa pelajar malah memalukan negara kerana masih wujud pelajar yang gagal menguasai bahasa kebangsaan di peringkat sekolah rendah.

Dianggarkan terdapat kira-kira 2,000 Kelas Peralihan ketika ini melibatkan kira-kira 60,000 pelajar di seluruh negara.

Pelajar terlibat dipilih daripada mereka yang gagal Bahasa Melayu ketika berada di sekolah jenis kebangsaan dan akan mengikuti pengajian Kelas Peralihan selama setahun sebelum beralih ke tingkatan satu.

Utusan Malaysia melaporkan, Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, Kelas Peralihan sewajarnya tidak wujud lagi pada masa ini kerana negara sudah 66 tahun merdeka.

Menurut beliau, kelas tersebut juga menggambarkan sekolah vernakular gagal memartabatkan Bahasa Melayu sepenuhnya dalam kalangan pelajar mereka.

"Rakyat sepatutnya sudah lama menguasai bahasa kebangsaan dan adalah menjadi kewajipan setiap masyarakat untuk menguasainya dengan baik," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Kata beliau, dengan persekitaran masyarakat yang menggunakan Bahasa Melayu dan menjadi bahasa pengantar, sepatutnya ia bukan satu masalah untuk menguasai bahasa itu.

"Kita tidak boleh menyalahkan pentadbiran sekolah vernakular dan para pelajarnya¸ kerana jika dari awal bahasa kebangsaan dikuasai, maka masalah itu tidak tercetus dan kelas peralihan tidak perlu diwujudkan lagi," katanya.

Mengulas kewujudan Kelas Peralihan yang masih ada sehingga kini, beliau berkatą, masyarakat secara amnya bersalah dalam masalah itu kerana tidak mahu bekerjasama untuk memartabatkan bahasa kebangsaan.

Kelas Peralihan merupakan satu rancangan khusus di sekolah menengah yang berfungsi sebagai perantaraan untuk melicinkan proses peralihan bahasa penghantar daripada bahasa ibunda di sekolah rendah kepada bahasa kebangsaan di sekolah menengah.

Idea mewujudkan Kelas Peralihan dalam sistem pendidikan nasional negara bermula sejak 1960 apabila kerajaan pada era itu mengemukakan Laporan Rahman Talib dan dilaksanakan selepas Akta Pendidikan 1961 dikuatkuasakan.

Dalam pada itu Kok Seong berkata, kerajaan pernah mencadangkan untuk menambah waktu pembelajaran dan pengajaran (PDP) bagi subjek Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah.

Malah katanya, kerajaan juga cuba untuk menyelaraskan sukatan pelajaran Bahasa Melayu yang digunakan di sekolah-sekolah jenis kebangsaaan (SJK) dengan yang digunakan di sekolah kebangsaan (SK).

Namun, kedua-dua rancangan tersebut gagal kerana tidak dipersetujui oleh sesetengah pihak.

"Ini kerana alternatif kerajaan tersebut dicurigai dan alasan yang diberikan adalah langkah itu berpotensi menghakis identiti penubuhan sekolah vernakular.

"Justeru, kerajaan cuma dapat melaksanakan satu sahaja penambahan masa dalam PDP subjek Bahasa Melayu yang pada akhirnya matlamat kerajaan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar sekolah vernakular tidak dapat dicapai," katanya.

Beliau dalam pada itu meminta rakyat negara ini memahami tentang keutamaan bahasa yang perlu mereka kuasai sebagai warganegara.

"Kita sedia maklum bahasa Melayu adalah bahasa utama negara, kemudiannya diikuti bahasa Inggeris kerana ia merupakan bahasa yang digunakan sebagai perantaraan global, kemudiannya barulah bahasa ibunda masing-masing," kata beliau.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/09/kelas-peralihan-tidak-lagi-praktikal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Timbalan Menteri Lembik Jangan Buang Masa Polis

Timbalan Menteri Lembik Jangan Buang Masa Polis

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 298 hits
Fokus kawal harga jangan buang masa polis Fuziah diberitahuSeorang ahli akademik berkata tindakan timbalan menteri itu juga menyebabkan polis menyiasat kesalahan yang tidak wujud FMT ReportersSatu video tular memaparkan Timbalan Menteri Per...
Hang Takut Apa Gorgon Kajian Separuh Penggal Ke 12 Masa Parti Hang La Memerintah

Hang Takut Apa Gorgon Kajian Separuh Penggal Ke 12 Masa Parti Hang La Memerintah

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 182 hits
Budak ni nak cadangkan sidang esok ditangguhkan supaya Peguam Negara dapat dipanggil untuk beri penjelasan isu pelepasan Zahid Korang tahu esok ada apa Esok permulaan sidang khas 6 hari menumpukan pembentangan Kajian Separuh Penggal RMKe 12...
Masa Hang Berkuasa Tutup Dewan Menderhaka

Masa Hang Berkuasa Tutup Dewan Menderhaka

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 361 hits
Kecoh la mamat ni Dia nak kata DS Anwar dahului kuasa Speaker Dia tak ingat dulu Mahiaddin dan dia sendiri dahului kuasa YDP Agong dalam soal darurat Dia sibuk nak juga isu pelepasan Zahid dibincang dalam parlimen Dia tak ingat masa dia ada...
Polisi Ungkap Sosok Emak Emak Rempong Yang Bongkar Pembatas Tol Masa Istri Pejabat Beli Fortuner Seken

Polisi Ungkap Sosok Emak Emak Rempong Yang Bongkar Pembatas Tol Masa Istri Pejabat Beli Fortuner Seken

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 197 hits
Pengakuan emak emak tersebut mereka melakukan itu karena panik salah jalan saat hendak ke Palembang
Sudah Banyak Kali Gagal Kini Masa Untuk Mahiaddin Berundur Telah Tiba

Sudah Banyak Kali Gagal Kini Masa Untuk Mahiaddin Berundur Telah Tiba

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 342 hits
Satu perkara yang tidak boleh dinafikan berikutan kekalahan PN dalam dua PRK di Johor semalam ialah bertambahnya lagi koleksi kegagalan Mahiaddin Md Yasin selaku ketua gabungan tersebut Meskipun ada cubaan menutup malu kononnya kekalahan it...
Hiburan Masa Macam Tak Sesuai Tapi Semua Harus Diteruskan Memey Suhaiza

Hiburan Masa Macam Tak Sesuai Tapi Semua Harus Diteruskan Memey Suhaiza

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 238 hits
Pelakon dan personaliti media sosial meminta pengikutnya di TikTok semalam ketika dia bersiaran langsung untuk mendoakan urusan semua pihak dipermudahkan Allah S W T Ujar ibu tiri kepada Marissa Dania Hakim itu dia mempunyai tanggungjawab u...
Dracula Pelajar Ini Menceritakan Pengalaman Seramnya Belajar Di Uk4

Dracula Pelajar Ini Menceritakan Pengalaman Seramnya Belajar Di Uk4

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 284 hits
Dracula Pelajar Ini Menceritakan Pengalaman Seramnya Belajar di UK4 Source link The post appeared first on
Majlis Dialog Prestasi Pelajar

Majlis Dialog Prestasi Pelajar

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 326 hits
AssalamualaikumSalam Jumaat semua Awal juga kami gerak ke Jelebu harini Ada majlis dialog prestasi pelajar di Sekolah Acha Plan asal nak gerak 6 30 pagi Takda makna LM nak gerak awal Huhu Pukul 7 lebih juga la tadi kami gerak Majlis mula ja...
Security Alert Verify Your Metamask Account

Enticing Aroma Of Nasi Lemak Curious Tourists Flock To Sabah S Car Boot Stall

Not All Bail Bonds Are Equal What Makes Rocket Bail Bonds The Smart Choice In Sd

Polis Siasat Kes Pengawal Keselamatan Tembak Lelaki Mengamuk Di Banting

A Beautifully Refreshing Perspective On Proded888

Road Tested Led Lights And Turn Signals From Purpose Built Moto

Rm 1 07 Billion

Elite World Ku Adas By Ye Im Kozanl Architecture A Refined Coastal Retreat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Untuk Selamatkan Perniagaan Perkhidmatan Anda Yang Tak Menjana Duit Yang Mencukupi

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Awal Pagi Waktu Barakah

Tebus Baucar New Member Marrybrown Dan Membeli Di Sri Idaman Gold Parit Buntar

22 Tahun Pelajar Uum Meninggal Dalam Kemalangan Bas Kampus Universiti Tawarkan Pampasan Bantuan

Dari Raijin Ramen Bar Ke Softe 10 Restoran Menarik Di Kl Pj Untuk Tarikh Pertama Kalian

Lelaki Dipukul Beramai Ramai Dituduh Ganggu Isteri Orang