Kelantan Terengganu Pahang Putrajaya Catat Masalah Bantut Tertinggi


Putrajaya negeri kedua terkaya di Malaysia berdasarkan pendapatan penengah. Namun, ia merekodkan kadar bantut kanak-kanak keempat tertinggi di negara ini. Mengapa?
Ramai yang terkejut apabila mendapat tahu kadar bantut kanak-kanak di Putrajaya adalah 24.3 peratus, seperti yang dilaporkan melalui Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Malaysia (NHMS) 2016. Kadar ini lebih tinggi dari kadar prevalens negara ketika itu, iaitu 20.7 peratus.

Kadar bantut yang tinggi sering dikaitkan dengan kawasan pedalaman dan kemiskinan tegar. Namun pada tahun 2020, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan Putrajaya mempunyai kadar kemiskinan terendah di Malaysia.
Manakala negeri dengan kadar bantut kanak-kanak tertinggi pula ialah Kelantan diikuti Terengganu dan Pahang, seperti yang dilaporkan dalam NHMS 2016. Ketiga-tiga negeri ini merekodkan antara kadar miskin tegar tertinggi negara ini.
Statistik DOSM menunjukkan 79.7 peratus daripada 32,700 isi rumah di Putrajaya merupakan pekerja bergaji.
Jadi mengapa kadar bantut kanak-kanak di Putrajaya begitu tinggi hingga melangkaui kadar bantut di Sabah – negeri dengan kadar miskin tegar tertinggi di Malaysia?
SEHARIAN DI PUSAT JAGAAN
Itulah juga soalan yang diutarakan Timbalan Pengarah (Pemakanan) Cawangan Pemakanan Keluarga Kementerian Kesihatan, Zaiton Daud.
“Sering kita sebut tentang betapa majunya Putrajaya dan bagaimana majoriti penduduk di sana kakitangan kerajaan, maka dari segi jaminan pendapatan mungkin tidak banyak masalah. Jadi, mengapa kadar bantut Putrajaya begitu tinggi sekali?
“Set data yang sama menunjukkan kadar bantut terendah ialah di Kuala Lumpur, pada 10.5 peratus. Ini pelik. Apa bezanya Kuala Lumpur dengan Putrajaya?” soalnya ketika bercakap dalam forum dalam talian bertajuk Kanak-Kanak Bantut: Pencegahan dan Model Solusi, anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia.
Katanya Kementerian Kesihatan sedar bantut bukan sekadar masalah nutrisi. Pelbagai faktor lain mempengaruhi kadar bantut seperti kadar celik kesihatan, persekitaran dan akses kepada penjagaan kesihatan.
Zaiton percaya apa yang berlaku di Putrajaya disebabkan kanak-kanak kecil menghabiskan masa terlalu lama di bawah penjagaan taska. Ini mengakibatkan mereka lebih berpotensi terdedah kepada amalan pemakanan kurang baik seperti tidak mendapat makanan yang cukup atau berkhasiat.
Kebanyakan keluarga di Putrajaya pula terdiri daripada ibu bapa bekerja, menyebabkan anak-anak hampir seharian di taska.
“Inilah yang mengganggu amalan pemakanan anak-anak. Ketika mengambil anak-anak dari taska pula, ibu bapa dalam keadaan penat selepas seharian bekerja. Sukar untuk memberikan yang terbaik kepada keluarga apabila diri sendiri keletihan.
“Adakah lagi tenaga untuk menyediakan makanan berkhasiat di rumah, atau mungkinkah mereka akan “tapau” sahaja?” katanya.
Persoalan ini penting kerana keterbantutan salah satu ukuran utama bagi mengenal pasti masalah malnutrisi kronik dalam kalangan kanak-kanak. Selain fizikal yang pendek, malnutrisi kronik boleh menyebabkan seorang kanak-kanak mengalami masalah kesihatan sepanjang hayat.

SUKAR DIPANTAU
Bukan semua taska di Putrajaya berdaftar dan ini menyebabkan situasi ini sukar dipantau dan dikawal, kata Zaiton.
Taska berdaftar diwajibkan mematuhi peraturan dan undang-undang ketat yang memastikan kanak-kanak mendapat penjagaan terbaik selari dengan Akta Kanak-kanak 611 dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984.
Di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, mana-mana individu sama ada pengusaha, pengurus, penyelia atau pengasuh yang bekerja di taska wajib mengikuti dan lulus Kursus Asuhan Permata. Ini meliputi latihan dalam penjagaan, keselamatan dan penyediaan makanan seimbang bagi bayi dan kanak-kanak di pusat asuhan.
Setakat 8 Mac 2022, terdapat 63 taska berdaftar di Putrajaya dengan 28 daripadanya beroperasi di premis tempat kerja.
Bagaimanapun, jumlah ini terlalu sedikit untuk menampung keperluan penjagaan populasi kanak-kanak bawah lima tahun di Putrajaya yang dianggarkan seramai 13,200 orang pada tahun 2020, menurut data DOSM.
Situasi ini menyebabkan ibu bapa kurang pilihan dan terpaksa menghantar anak-anak ke pusat asuhan tidak berdaftar.
Malangnya, pilihan sedemikian boleh mendatangkan kesan yang serius.
Kualiti penjagaan di taska berkemungkinan besar penyebab utama kadar bantut kanak-kanak di Putrajaya begitu tinggi. Walaupun kenyataan ini belum dapat dibuktikan secara konklusif, setidak-tidaknya ia dapat menerangkan mengapa kadar bantut di Malaysia melangkaui perbezaan pendapatan, kaum dan jurang bandar-desa.
Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak dari isi rumah dengan pendapatan rendah jauh lebih berkemungkinan menjadi bantut kerana mereka lebih terdedah kepada faktor penyebab tersembunyi seperti kesukaran mendapatkan makanan berkhasiat, penjagaan kesihatan dan sistem sanitasi yang baik.
Pengasuh di taska dan pusat penjagaan kanak-kanak berdaftar memang sentiasa dilatih dan dilengkapi dengan cara penjagaan dan panduan pemakanan bagi kanak-kanak dan bayi, namun situasinya mungkin berbeza di taska tidak berdaftar.
Walaupun begitu, ibu bapa terutamanya mereka yang berpendapatan rendah lebih memilih untuk menghantar anak ke taska tidak berdaftar kerana faktor yuran yang rendah selain senarai menunggu yang tidak lama.
IBU BAPA KURANG PENDIDIKAN
Mungkin itu yang berlaku di Putrajaya, kata Ketua Jabatan Pemakanan dan Dietetik di Universiti Putra Malaysia Prof Dr Norhasmah Sulaiman.
“Bukan semua yang tinggal di Putrajaya itu berpendapatan tinggi. Ramai yang boleh kita kategorikan dalam golongan B40. Saya rasa inilah sebab kadar bantut kanak-kanak di Putrajaya begitu tinggi, kerana ramai sebenarnya miskin bandar.
“Jurang pendapatan di Putrajaya sangat luas. Kos sara hidup juga tinggi. Saya yakin kebanyakan ibu di Putrajaya bekerja dan terpaksa menghantar anak ke taska, jadi mereka sukar hendak pastikan anak-anak mendapat makanan berkhasiat,” katanya.
Untuk mengelakkan bantut, adalah penting untuk menjaga pengambilan nutrisi kanak-kanak dalam 1,000 hari pertama kehidupan yang bermula dari dalam kandungan. Jika gagal mengawal kualiti pemakanan atau membetulkan masalah bantut dalam tempoh itu, kanak-kanak yang terkesan akan mengalami masalah sepanjang hayat. Ini termasuk keciciran dalam akademik, kesukaran mendapat pekerjaan baik dan lebih berisiko mendapat penyakit.
Negara yang mengalami masalah bantut juga secara purata kerugian tujuh peratus pendapatan per kapita, menurut satu kajian World Bank.
Norhasmah berkata, Kementerian Kesihatan sudah menjalankan pelbagai usaha untuk mendidik pengasuh tentang amalan pemakanan terbaik bagi kanak-kanak.
Bagaimanapun, masih ada faktor lain yang menyumbang kepada permasalahan itu. Antaranya, tahap pendidikan ibu bapa atau yang lebih khusus tahap pendidikan si ibu.
Merujuk kepada satu kajian yang diterbitkan dalam The Lancet, beliau berkata, ada beberapa kluster penyebab kadar bantut meningkat.
“Kluster pertama ialah pendidikan ibu bapa yang berkait rapat dengan keadaan sosioekonomi mereka. Kluster kedua yang dibincangkan ialah tahap pendidikan si ibu dan bagaimana ia mempengaruhi cara seorang ibu mengendalikan amalan pemakanan di rumah,” jelasnya.
Katanya perkara ini boleh dinilai melalui peruntukan sumber dalam isi rumah.
“Adakah si ibu mengutamakan pemakanan? Apabila anak-anak menghabiskan lebih lapan jam sehari di taska, bagaimana ibu yang bekerja memastikan anak-anak mendapat zat makanan secukupnya?
“Kadangkala ibu bapa berpendapatan tinggi tetapi kadar bantut dalam kalangan keluarga sedemikian masih tinggi. Mengapa? Mungkin kerana terlalu sibuk sehingga tidak dapat menyediakan hidangan berkhasiat untuk anak-anak. Mungkin juga mereka tidak sedar betapa pentingnya penyediaan makanan berkhasiat untuk pertumbuhan kanak-kanak,” katanya.
Menurut NHMS 2016, sekitar 19.2 peratus kanak-kanak Malaysia berusia 6 hingga 23 bulan tidak mencapai jumlah minimum pengambilan hidangan yang disyorkan.
TIADA BANYAK PILIHAN
Isu penderaan di taska dan pusat penjagaan kanak-kanak di Putrajaya juga agak kerap dilaporkan di media massa dalam tempoh 10 tahun ini.
“Terdapat data yang menunjukkan kadar penderaan kanak-kanak di taska Putrajaya sangat tinggi. Saya yakin kadar penderaan yang tinggi di taska ada hubungan dengan kadar bantut di wilayah itu,” kata Dr Amar HSS Singh, seorang pakar pediatrik yang pernah berkhidmat selama 40 tahun di bawah Kementerian Kesihatan.
Garasi Bernama cuba mendapatkan data yang dimaksudkan dari laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun tidak berjaya. Koleksi data yang tersedia untuk capaian umum hanyalah ringkasan statistik kes penderaan yang dikira sebagai kesalahan di bawah Akta Kanak-kanak 2001. Jumlah kes penderaan pula tidak dikategorikan mengikut negeri atau taska yang terlibat.
Keluarga yang hanya ibu atau bapa bekerja memang bergelut dengan kos sara hidup sejak sebelum pandemik Covid-19. Yang pastinya situasi pandemik ini menyebabkan keadaan semakin teruk dan memaksa lebih ramai ahli keluarga keluar mencari rezeki demi kelangsungan hidup. Jika kedua-dua ibu bapa terpaksa bekerja, tentunya penjagaan anak-anak terpaksa diserahkan kepada pihak lain.
Kredit: AWANI, BERNAMA

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Kelantan, Terengganu, Pahang & Putrajaya Catat Masalah Bantut Tertinggi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kelantan-terengganu-pahang-putrajaya-catat-masalah-bantut-tertinggi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setakat Tukar Pas Kelantan Yang Masalah Exco Pas Kelantan Mati Idea

Setakat Tukar Pas Kelantan Yang Masalah Exco Pas Kelantan Mati Idea

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 209 hits
Apa masalahnya kalau nak tukar pemerintahan PAS kelantan jadi isu agama terbesar ker PAS berada dalam kerajaan persekutuan sekarang boleh selesaikan masalah rakyat tak Masalah PTPTN selesai tak masalah saliran air kelantan selesai tak masal...
Kerajaan 22 Bulan Jangankan Ph Di Putrajaya Selangor Pun Haru Biru Pelbagai Isu

Kerajaan 22 Bulan Jangankan Ph Di Putrajaya Selangor Pun Haru Biru Pelbagai Isu

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 185 hits
Hujah politik yang sering digunakan oleh BN untuk memburukkan Pakatan Harapan ialah kerajaan 22 bulan yang penuh kelemahan Bagaimanapun hal itu tidak disangkal oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari Katanya jangankan PH di Pu...
Cut All Subsidies And Give More Cash Aid Putrajaya Told

Cut All Subsidies And Give More Cash Aid Putrajaya Told

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 207 hits
Many people in the middle income group have fallen into the bottom 40 income category says a businessman PETALING JAYA A retailers association has urged the government to reduce or withdraw all subsidies and instead increase cash aid for pe...
Stop Destroying Our Land 150 Janda Baik Residents Tell Pahang Govt

Stop Destroying Our Land 150 Janda Baik Residents Tell Pahang Govt

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 173 hits
Some 150 residents of Janda Baik gathered today to protest against development projects by the Pahang state government in their area They claimed that these projects could threaten their livelihood Rancangan Tempatan Daerah and the Rancanga...
Rm44 Juta Peruntukan Bina Baharu Dan Baik Pulih Rumah Musnah Akibat Banjir Di Pahang

Rm44 Juta Peruntukan Bina Baharu Dan Baik Pulih Rumah Musnah Akibat Banjir Di Pahang

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 331 hits
BENTONG Sebanyak RM44 juta diperuntukan kepada kerajaan negeri Pahang menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi membina rumah baharu dan baik pulih rumah yang rosak akibat dilanda banj...
Bantuan Prihatin Pahang Nasib Veteran Tentera Dan Pesara Polis Turut Di Berikan Perhatian

Bantuan Prihatin Pahang Nasib Veteran Tentera Dan Pesara Polis Turut Di Berikan Perhatian

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 164 hits
TEMERLOH Nasib veteran tentera dan pesara polis di negeri ini turut mendapat perhatian kerajaan negeri melalui Bantuan Prihatin Pahang 2022 di bawah Kluster Apresiasi Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata Kluster Apresiasi m...
Peperangan Umno Putrajaya Lawan Putra World Trade Centre

Peperangan Umno Putrajaya Lawan Putra World Trade Centre

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 210 hits
Bukan semua penyakit boleh diubat Ada penyakit yang hanya tunggu mati Penyakit Umno adalah satunya penyakit yang tidak boleh diubati Team A lawan Team B pada tahun 1951 1969 1980 1987 1998 2006 dan 2015 telah membuktikannya Sudah tujuh kali...
Tok Pa Putrajaya May Have To Fork Out Rm30 Bln For Fuel Subsidies This Year

Tok Pa Putrajaya May Have To Fork Out Rm30 Bln For Fuel Subsidies This Year

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 186 hits
Datuk Seri Mustapa Mohamed said the year to date Brent crude oil price currently stands around US 106 per barrel a discrepancy of US 40 against the federal Budget 2022 s assumption that the average crude oil price would be US 66 per barrel ...
Catat Pameran Otomotif Imos 2022 Digelar 2 6 November Di Jcc Senayan

Catat Pameran Otomotif Imos 2022 Digelar 2 6 November Di Jcc Senayan

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 161 hits
Indonesia Motorcycle Show kembali diadakan pada November tahun ini Pameran yang diselenggarakan Asosiasi Industri Sepeda Motor Indonesia ini berlangsung pada 2 6 November di Jakarta Convention Center Senayan Jakarta
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba