Kekurangan Hasil Cukai Boleh Ditampung Dengan Gst Sst


AGENDA DAILY
Sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) diperkenal Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.
Malaysia perlu mengkaji kemungkinan menyelaraskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk menampung kekurangan hasil cukai, menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).
Dalam laporannya mengenai Prospek Ekonomi Malaysia Suku Ketiga 2021, institut penyelidikan itu berkata langkah meneliti semula perbelanjaan amat diperlukan berikutan pinjaman dan mobilisasi hasil berkaitan minyak dan dana amanah awam seperti Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) yang melibatkan kepentingan generasi akan datang, terus meningkat.
Selain itu, katanya peranan sektor swasta sebagai pemacu utama ekonomi perlu terus diperkukuh.
“Walaupun GST dimansuhkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan digantikan dengan SST yang tidak dapat meraih hasil yang mencukupi, pengekstrakan politik daripada sumber awam (dividen daripada Petronas, Bank Negara Malaysia dan syarikat berkaitan kerajaan) serta aset milik kerajaan turut digunakan untuk membiayai perbelanjaan kerajaan yang tinggi,” katanya lapor Bernama.
Menurut MIER, dasar monetari akomodatif yang berterusan bukan pilihan yang wajar pada suku tahun akan datang dan ‘dominasi fiskal’ yang berterusan dengan pakej rangsangan yang tidak terhad berikutan ruang fiskal dikekang oleh hasil bukan minyak yang rendah dan asas cukai yang berkurangan.
“Asas cukai yang berkurangan sebahagian besarnya disebabkan pengabaian penstabil automatik dalaman selepas PRU14 untuk pilihan wajar secara empirikal GST berasaskan penggunaan,” katanya.
GST mula dilaksanakan di Malaysia pada 1 April, 2015, pada kadar enam peratus, yang kemudian ditangguhkan pada 1 Jun, 2018 dan akhirnya dimansuhkan berikutan ia digantikan oleh sistem SST mulai 1 Sept, 2018.
Di bawah SST, kadar cukai semasa untuk cukai jualan adalah antara lima peratus dan 10 peratus manakala kadar cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus.
Menurut MIER, pengekstrakan politik daripada sumber milik awam, seperti melalui dividen yang tinggi daripada Petronas dan penggunaan sumber semula jadi, seperti balak, perlu dikurangkan, dengan mengambil kira generasi akan datang, ekuiti antara generasi dan kelestarian alam sekitar.
“Matlamat utama ialah kesejahteraan nasional, merangkumi kepuasan dan kebahagiaan kehidupan keluarga, pada masa depan,” katanya.
Dari segi penawaran, katanya pembaharuan struktur dan program penyelarasan jangka panjang perlu diperkukuh, memansuhkan halangan struktur kepada pertumbuhan mampan, rintangan infrastruktur, ketidaksempurnaan pasaran dan gangguan yang menghalang proses pertumbuhan.
“Tumpuan yang lebih baik perlu diberikan kepada penggunaan teknologi baharu, melaksanakan lebih banyak penyelidikan dan pembangunan, inovasi dan penjanaan idea baharu, melalui peningkatan kemahiran dan mengurangkan penghijrahan tenaga kerja,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/kekurangan-hasil-cukai-boleh-ditampung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelaksanaan Cukai Baharu Termasuk Gst Tidak Sesuai Buat Masa Ini

Pelaksanaan Cukai Baharu Termasuk Gst Tidak Sesuai Buat Masa Ini

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 313 hits
Pelaksanaan cukai baharu termasuk cukai barang dan perkhidmatan bukanlah keputusan terbaik buat masa ini dalam usaha meningkatkan semula pendapatan negara Timbalan Dekan Sekolah Perniagaan Ekonomi Universiti Putra Malaysia Prof Dr Normaz Wa...
Tak Perlu Tunggu Anak Besar Anak Bijak Sihat Boleh Rangsang Waktu Dalam Kandungan Ini Caranya

Tak Perlu Tunggu Anak Besar Anak Bijak Sihat Boleh Rangsang Waktu Dalam Kandungan Ini Caranya

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 251 hits
Siapa yang tak mahu anak berjaya Malah semua ibu bapa mahu melihat anaknya berjaya dan cemerlang dalam semua perkara Namun mendidik anak menjadi anak yang bijak bukan satu tugas yang mudah Sejak kecil lagi malah sejak berada di dalam kandun...
Bagaimana Kementerian Boleh Beri Kebenaran Jenama Arak Guna Nama Imej Lelaki Berkopiah

Bagaimana Kementerian Boleh Beri Kebenaran Jenama Arak Guna Nama Imej Lelaki Berkopiah

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 334 hits
FAZLI RADZIPersatuan Pengguna Pulau Pinang menyifatkan penggunaan nama Timah pada satu jenama arak yang tular diperkatakan sebagai penghinaan kepada umat Islam Bahkan iklan dan promosi arak tersebut dianggap biadap apabila menampilkan imej ...
Hinges Atau Leher Laptop Patah Boleh Repair Ke

Hinges Atau Leher Laptop Patah Boleh Repair Ke

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 447 hits
Penyebab terjadi masalah ini adalah kualiti material yang digunakan oleh pengeluar laptop untuk menghasilkan hinges untuk laptop keluaran mereka tak dapat menangung beban tekanan serta geseran dari gerakkan buka dan tutup laptop yang kerap ...
Masjidil Haram Mulai Beroperasi Dengan Kapasitas Penuh Jemaah Boleh Salat Berdekatan

Masjidil Haram Mulai Beroperasi Dengan Kapasitas Penuh Jemaah Boleh Salat Berdekatan

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 217 hits
Mulai Minggu Masjidil Haram di kota suci Makkah Arab Saudi beroperasi dengan kapasitas penuh
Hiburan Tak Pandai Masak Takpe Kalau Pemalas Tak Boleh Tolong Che Ta Kongsi Tips Ambil Hati Ibu Mertua

Hiburan Tak Pandai Masak Takpe Kalau Pemalas Tak Boleh Tolong Che Ta Kongsi Tips Ambil Hati Ibu Mertua

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 337 hits
Pelakon jelita Rozita Che Wan yang lebih mesra disapa sebagai Che Ta ada meninggalkan tips buat wanita yang ingin mendirikan rumah tangga kelak ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementJelas Che Ta kaum wanita haruslah menghindari sifat pemalas dan s...
Prn Melaka Hanya Pengundi Lengkap Vaksin Boleh Undi

Prn Melaka Hanya Pengundi Lengkap Vaksin Boleh Undi

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 259 hits
October 18 2021 5 57 PMDUN Melaka dibubarkan 4 Okt lalu selepas empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali PETALING JAYA Hanya pengundi yang lengkap divaksin akan dibenarkan mengundi pada pilihan raya nege...
5989 Nak Buat Apa Kalau Boleh Jumpa Nabi Muhammad Depan Depan Tv Ppim 15 10 2021

5989 Nak Buat Apa Kalau Boleh Jumpa Nabi Muhammad Depan Depan Tv Ppim 15 10 2021

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 342 hits
Apa Yang Anda Akan Buat Kalau Jumpa Nabi Muhammad 1500 tahun yang lepas ada seorang insan istimewa yang kenal kita Yang selalu mendoakan kita Nabi Muhammad SAW Tapi kita ni sebagai umat baginda kenal ke dengan Nabi Muhammad Jom tengok sama ...
Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Malaysians Flock To Thailand For Hari Raya Aidiladha Getaway

Aidil Adha 2025 Rahsia Laksa Johor Dan Kisah Bibik

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right

Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sammy Simorangkir Daripada Menyiksa Diri Chord

Yung Kai Sunkis 88rising Take Me Where The Sunlight Glows Chord

Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi

Dirty Deeds Done Well A Honda Xl500 Flat Tracker By Gas Oil

Pemberhentian Pekerja Petronas Disebabkan Cabaran Global Bukan Isu Petros Fadillah

Essential Japanese Dining Etiquette And Table Manners