Kekurangan Frontliner Masalah Terbesar Sabah Tangani Covid 19 Kata Sumber


Willie JudeWalaupun sejumlah jururawat dari Semenanjung dikerah ke Sabah, ianya masih belum dapat menyelesaikan masalah kekurangan tenaga kerja, kata seorang doktor yang dinamakan.KOTA KINABALU: Seorang petugas kesihatan di Sabah mendakwa kekurangan tenaga kerja masalah paling besar dihadapi hospital negeri itu dalam menangani wabak Covid-19.
Doktor perubatan yang enggan namanya didedahkan itu mendakwa, walaupun sejumlah jururawat dari Semenanjung dikerah ke Sabah, namun ianya masih belum dapat menyelesaikan masalah itu.
“Ya memang betul sejumlah petugas kesihatan daripada Kuala Lumpur datang ke sini minggu lalu, tetapi apabila tiba di sini mereka perlu menjalani kuarantin selama 1 atau 2 minggu lagi.
“Apabila habis kuarantin, kebanyakan mereka juga bukan boleh terus bekerja kerana yang dihantar ke sini masih ‘junior’ dan tiada pengalaman, harus diajar lagi,” katanya kepada FMT hari ini.
Beliau mendakwa kekurangan kakitangan hospital, terutama jururawat, menyebabkan sebahagian kakitangan sedia ada terpaksa bekerja lebih masa, sehingga ada dalam kalangan mereka menghadapi tekanan mental.
“Ada (jururawat) yang sampai menangis kerana terlebih bekerja, selain tertekan dan mungkin takut, kerana hari-hari kena menghadapi pesakit dijangkiti Covid-19. Siapa yang tidak takut?
“Mereka juga terpaksa berkorban dalam banyak hal, sudah pastinya korbankan masa dan terpaksa berasingan daripada keluarga kerana takut membawa balik penyakit (Covid-19).
“Selain itu, ada juga doktor yang menjaga ICU (unit rawatan rapi) terpaksa mengambil ubat tidur kerana terlebih kerja dan tekanan mental,” katanya. 
Tak seperti digambarkan
Sementara itu, beliau bersetuju dengan kenyataan Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Subramaniam Muniandy, yang mengatakan keadaan kemudahan perubatan, terutama jumlah katil di ICU, tidak seperti yang digambarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, pada sidang media hariannya.
“Ya memang betul (kenyataan Subramaniam), KP (ketua pengarah) cakap katil di ICU cukup, baru 70% digunakan tetapi mereka sebenarnya turut mengira katil-katil wad ICU di daerah-daerah lain.
“Sekiranya keadaan pesakit kritikal, mereka akan dihantar ke sini (Hospital Queen Elizabeth) juga jadi di sana (daerah lain) mana ada penuh. Ada rakan setugas saya di Keningau, Tawau, dan Sandakan mengatakan wad ICU penuh.
“Bagi saya apa yang dinyatakan oleh KP terlalu meluas dan tidak seperti gambaran sebenar di sini. Saya harap dia boleh datang untuk melihat sendiri keadaan di sini,” katanya.
Beliau berkata, walaupun keadaan yang dihadapi amat mencabar, mereka tetap melakukan segala yang terdaya bagi menangani pesakit Covid-19.
“Kami ‘berjuang’ sehingga tahap maksimum, itu belum mengambil kira kes-kes yang bukan berkaitan Covid-19 seperti penyakit kanser.
“Di seluruh Sabah, kini hanya tinggal Hospital Queen Elizabeth II (QEH II) yang menjalankan operasi merawat kanser. Hanya di sana juga pembedahan elektif dilakukan selepas semua hospital dijadikan pusat rawatan Covid-19.
“Ini pun menjadi masalah juga kerana QEH II juga kekurangan tenaga kerja. Kebanyakan jururawat dihantar untuk tangani Covid-19, peralatan-peralatan perubatan juga tidak diberi keutamaan di QEH II kerana kebanyakannya dihantar ke hospital yang menjadi pusat rawatan Covid-19,” katanya.
Beliau berkata kerajaan juga harus beri perhatian kepada QEH II kerana ia satu-satunya hospital bukan Covid-19.
“Semua pembedahan elektif daripada kepala hingga ke kaki dilakukan di sana,” dan menambah kalau kerajaan tidak jaga QEH II, beliau bimbang ianya akan terjejas teruk.
“Jadi pesakit kanser mahu ke mana?” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta yang banyak membantu pihak hospital memerangi Covid-19 di Sabah.
“Sebenarnya, banyak mesin-mesin perubatan, respirator pembersih udara berkuasa (PAPR), dan peralatan pelindungan diri (PPE) disumbangkan NGO.
“Kalau kita tunggu daripada pusat, saya tidak tahu berapa ramai yang terkorban pun masih belum sampai (kemudahan perubatan),” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/kekurangan-frontliner-masalah-terbesar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fokus Tangani Covid 19 Pakej Bantuan Perkara Ke 2 Kata Ngo

Fokus Tangani Covid 19 Pakej Bantuan Perkara Ke 2 Kata Ngo

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 361 hits
Angka peningkatan kes baru Covid 19 perlu dikurangkan bagi mengelak kerisauan dalam kalangan rakyat
Putrajaya Perlu Hantar Bantuan Besar Besaran Ke Sabah Elak Kesan Buruk Covid 19 Kata Mma

Putrajaya Perlu Hantar Bantuan Besar Besaran Ke Sabah Elak Kesan Buruk Covid 19 Kata Mma

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 331 hits
Rakyat Malaysia harus bersatu dalam usaha memerangi wabak Covid 19 terutamanya untuk penduduk Sabah
Tinggalkan Anak 5 Dan Suami Utk Berbakti Dihantar Bertugas Di Sabah Frontliner Dijangkiti Covid 19 Mohon Doa

Tinggalkan Anak 5 Dan Suami Utk Berbakti Dihantar Bertugas Di Sabah Frontliner Dijangkiti Covid 19 Mohon Doa

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 346 hits
Hari demi hari peningkatan kes Covid 19 di Malaysia semakin tinggi dan para petugah hadapan kini berusaha bertungkus lumus memerangi virus pandemik ini Mereka bukan sahaja berkorban masa tenaga malah ada diantara mereka terpaksa meninggalka...
Luluskan Cepat Dana Kecemasan Covid 19 Sabah Kata Mma Kepada Putrajaya

Luluskan Cepat Dana Kecemasan Covid 19 Sabah Kata Mma Kepada Putrajaya

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 260 hits
Luluskan cepat dana kecemasan Covid 19 Sabah kata MMA kepada Putrajaya Dikemas kini 10 minit yang lalu Diterbitkan pada 18 O
Pejuang Sanggup Kerjasama Untuk Tangani Covid 19 Kata Tun Mahathir

Pejuang Sanggup Kerjasama Untuk Tangani Covid 19 Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 253 hits
19 total views 19 views today KUALA LUMPUR 26 Okt Parti Pejuang Tanah Air mengambil pendirian untuk patuh kepada nasihat Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah untuk menghentikan politiking supaya polit...
Gagal Tangani Covid Pkr Sabah Minta Muhyiddin Letak Jawatan

Gagal Tangani Covid Pkr Sabah Minta Muhyiddin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 303 hits
Ketua penerangan Pemuda PKR Sabah Razeef Rakimin berkata Muhyiddin Yassin perlu meletak jawatan sebagai perdana menteri kerana gagal menangani penularan wabak Covid 19 yang dlihat semakin teruk Katanya Muhyiddin tidak mempunyai inisiatif at...
Ibu Bapa Perlu Bijak Main Peranan Tangani Masalah Tekanan

Ibu Bapa Perlu Bijak Main Peranan Tangani Masalah Tekanan

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 323 hits
SHAH ALAM Ibu bapa perlu bijak menangani masalah agar tekanan tidak terus berlaku dalam keluarga mereka ketika negara berdepan dengan pandemik koronavirus ketika ini Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Quran Sunnah Universiti Sains Islam Mala...
Selepas Langkah Darurat Ditolak Muhyiddin Cuba Raih Sokongan Untuk Belanjawan Kata Sumber

Selepas Langkah Darurat Ditolak Muhyiddin Cuba Raih Sokongan Untuk Belanjawan Kata Sumber

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 332 hits
PETALING JAYA Para menteri semalam menasihatkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin jangan meletakkan jawatan beberapa jam selepas Istana Negara menolak cadangan mengisytiharkan darurat daripada Putrajaya kata beberapa sumber Presiden PPBM itu...
Lynas Leads Non China Heavy Rare Earths Production At M Sian Facility

New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Perlis Nelayan Maut Dipanah Petir Ketika Pukat Udang

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Don T Be Surprised If Nurul Izzah Becomes Malaysia S First Female Pm Her Mother Had Come Close

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening

Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Kekuatan Sebenar Emas Kenapa Perlu Pegang Fizikal

Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Connie Francis Pretty Little Baby Chord

Bunga Memahami Chord