Kekurangan Diri Satu Kekuatan


Seni Bela Diri : JUDOSaya hadir sedikit lewat dalam majlis EDP Shah Sovi semalam. Tidak seperti Rabu minggu lepas, hadirinnya boleh dikira dengan jari. Termasuk saya, hanya lapan orang yang sabar mendengar dan mencerna maklumat berkenaan keusahawanan kaum bumiputera berbangsa Melayu. Pelik juga memikirkan kenapakah seorang Cina mualaf lebih sukarela membangkit kesedaran bangsa Melayu untuk berusaha dan berkreativiti dalam usaha niaga. Dia terlihat seperti bebiri putih di tengah-tengah himpunan bebiri hitam. Ganjil itulah yang menarik perhatian. Ghuraba?

Antara sekian banyak perkongsian Shah Sovi semalam, saya tertarik dengan kisah seorang ahli judo berlengan sebelah.

Menurut ceritanya, si penjudo adalah seorang yang tangkas dalam arena seni bela diri judo. Dia berlatih siang dan malam untuk memperkasa ketangkasan gerakannya. Kehebatannya diakui rakan dan lawan. Dia si jaguh yang selalu menang banyak perlawanan.

Namun, malang tidak berbau. Pada satu hari, dia terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan tangan kirinya kudung hingga ke bahu. Hanya tangan kanannya sahaja yang terselamat. Dia dilanda kemurungan walaupun pada hakikatnya dia masih mampu berdiri dengan kedua-dua belah kakinya, nasibnya tidak seperti Nick Vujicic.

Melihatkan kemurungannya yang berpanjangan, jurulatihnya yang lebih jaguh dari si jaguh judo ini mendekatinya.

Entrepreneurial Development
Program (EDP)"Pertandingan judo makin dekat. Mari aku ajarkan kau satu lagi langkah judo yang akan mengekalkan kejuaraanmu seperti pertandingan-pertandingan lepas.", ajak si jurulatih.

"Guru, tidakkah kau nampak keadaan aku sekarang ni? Aku sudah cacat. Bagaimana mungkin aku dapat mengalahkan lawan yang lebih kuat, tangkas dan sempurna anggotanya daripada aku yang kudung sebelah ini?", si penjudo mengalah sebelum kalah.

"Usah kau khuatiri kehebatan mereka. Fikirkan kemampuanmu, anakku. Dalam judo, seperti juga dalam silat dan seni bela diri lainnya, terdapat kunci rahsia untuk setiap gerakan. Bersabarlah, aku akan mengajar dan melatihmu hingga kau bersedia mengunci gerak langkah mereka. Kau tak perlu menyerang, memadai kalau kau dapat bertahan.", si jurulatih terus membakar semangatnya.

"Ajarkan aku, guru!", dia akhirnya bersetuju. Mereka berlatih lagi siang dan malam hinggalah tarikh pertandingan tiba. Seperti yang dijangka jurulatihnya, si penjudo berlengan sebelah berjaya menakluki gerak langkah setiap lawannya dengan teknik 'kunci dan tahan'.

Lawan demi lawan ditewaskan, hinggalah dia didepankan dengan lawan akhirnya, seorang penjudo Rusia yang gagah perkasa, berganda tinggi dan besar saiz badannya. Penjudo berlengan sebelah gugup memandang lawan barunya itu. Dia memandang ke sudut dewan perlawanan, cuba menzahirkan rasa ragu yang mula melitupi keyakinannya untuk terus menang.



"Kau boleh, anakku! Kunci dan tahan!", jurulatihnya memberi restu.

Untuk sekian kalinya, penjudo berlengan sebelah menang lagi. Dia mendekati jurulatihnya dan bertanya,

"Guru, terima kasih kerana mengajarkan aku kunci rahsia. Namun, aku masih musykil. Aku fikir kau telah menipuku. Mana mungkin aku boleh mematikan gerak langkah mereka semua begitu sahaja. Bukankah dalam judo, setiap kunci memiliki anak kuncinya tersendiri? Kenapa gerakan kunci aku tak dapat dibuka seorang pun di antara mereka? Beritahulah aku apakah anak kuncinya, guru?", dia bertanya dengan perasaan ingin tahu yang meluap-luap.

"Anak kuncinya terletak pada tangan kirimu, anakku", ringkas jurulatihnya menjawab.

Terkedu dengan jawapan si jurulatih, dia akhirnya memahami bahawa kekurangan dirinya itulah satu kekuatan baru untuknya.

Sumber NDivineResources

Biografi PENULIS :


N Hanizah Ramli , seorang pembantu maya sepenuh masa, penulis bebas separuh masa.
Kini, beliau sedang bergerak aktif membangkitkan kesedaran para belia mengenai kepentingan HARTANAH dan PELABURAN hartanah melalui non-profit movement  ; "Akademi Hartawan Hartanah" yang diasaskan oleh Tuanbri Hashim dari Satu Solution Corporate Services.

Untuk mengenali penulis, boleh layari website beliau di www.ndivineresources.com 


Sumber INSPIRASI Kejayaan Anda


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceciterje.blogspot.com/2013/03/kekurangan-diri-satu-kekuatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Kami Bukan Badut Perbodohkan Diri Atas Pentas Chiwan Kecewa Juri Tak Kasi Ha Walaupun Satu

Hiburan Kami Bukan Badut Perbodohkan Diri Atas Pentas Chiwan Kecewa Juri Tak Kasi Ha Walaupun Satu

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 347 hits
Anggota kumpulan pelawak Taici Chiwan mengakui berasa kecewa dengan sistem pemarkahan para juri yang langsung tidak memberi kumpulannya sebarang Ha sekaligus tersingkir dari bertanding dalam Maharaja Lawak Mega 2021 pada Jumaat lalu Chiwan ...
Nak Tegakkan Agama Bukan Hanya Satu Parti

Nak Tegakkan Agama Bukan Hanya Satu Parti

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 230 hits
LIYANA MARZUKIBerita baik macam ni susah nak diwar2kan Tambah lagi kalau yang dibuat datang dari parti bukan Kerajaan Satu saja kita kena faham Nak tegakkan agama nak perjuangkan bangsa tidak hanya terhad pada satu parti Tu sebab sangat dan...
Tinggal Satu Lagi

Tinggal Satu Lagi

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 243 hits
Assalamualaikum Hai semua bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi Cuba tengok jadual waktu bawah nie tinggal satu subjek lagi Last payyyyyper Subjek minor kenapa lambat sangat T TAlhamdulillah Petang tadi aku sudah selesai berperang dengan k...
Aku Di Banned Kerana Kerap Komen Di Blog Kujie Com Dalam Satu Masa

Aku Di Banned Kerana Kerap Komen Di Blog Kujie Com Dalam Satu Masa

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 317 hits
Tak perasan pun mengenai kes ni sebelum ni dan hanya perasan bila aku takleh nak akses masuk blog Masa tu dok pikir sorang sorang kenapa eh kena banned Hari ni bila blogwalking di blog dan aku komen entri entri di list entri popular minggu ...
Satu Keluarga Anak Beranak Ditahan Hisap Dadah

Satu Keluarga Anak Beranak Ditahan Hisap Dadah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 276 hits
Gambar ContohTiga sekeluarga yang kononnya mengusahakan sebuah tapak semaian di Batu 9 Cheras Jalan Hulu Langat dekat sini ditahan polis kerana menjadikan lokasi pekerjaan mereka itu sebagai stor menyimpan dadah jenis heroin sejak beberapa ...
Dap Pan Panas Satu Badan Beb

Dap Pan Panas Satu Badan Beb

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 238 hits
Apa tunggu lagi dah Bersatulah Biarkan mereka terjun dengan labu labunya Tak gituuu NAMUN WALAU APA PUN UTAMAKAN APA SAJA URUSAN SAMA ADA JUAL BELI DAN SEBAGAINYA SESAMA UMAT ISLAM Sesungguhnya Wali Kamu Hanyalah Allah Dan Rasul Nya Serta O...
Lirik Lagu Satu Peluang Andi Bernadee

Lirik Lagu Satu Peluang Andi Bernadee

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 412 hits
Lirik Lagu Satu Peluang Andi Bernadee Anda kenali penyanyi bernama Andi Bernadee Mungkin di kalangan anda kenali beliau selepas viral video nyanyiannya lagu Tak Tun Tuang Kini Andi Bernadee telah meriliskan satu lagu baru berjudul Satu Pelu...
Satu Warga Tewas Akibat Longsor Di Sibolangit Deli Serdang

Satu Warga Tewas Akibat Longsor Di Sibolangit Deli Serdang

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 242 hits
Plt Kepala Pusat Data Informasi dan Komunikasi Kebencanaan Badan Nasional Penanggulangan Bencana Abdul Muhari mengatakan selain menimbulkan korban tewas tanah longsor mengakibatkan 1 warga mengalami luka luka dan 31 terdampak
Yakjuj Dan Makjuj Satu Kajian

Yakjuj Dan Makjuj Satu Kajian

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 538 hits
Saya teruskan artikel mengenai kaum Yakjuj dan Makjuj iaitu satu kaumganas yang akan terus menjadi misteri kepada umat manusia di atas mukabumi ini hinggalah sampai waktu hampir kiamat Manusia tidak tahusecara tepat bilakah kiamat akan terj...
Peristiwa Pelik Ribut Tropika Senyar Dalam Malaysia

Ribut Tropika Senyar Fenomena Luar Biasa Dan Persediaan Cuaca Malaysia

Jalan Jalan Menikmati Suasana Malam Di Liyang

Doa Ketika Hujan Dan Doa Menghadapi Musibah Banjir

10 Nasihat Penting Mengenai Cuaca Buruk Yang Perlu Anda Tahu

Strategi Penurunan Tarif Langkah Ekonomi Malaysia Menuju Kestabilan Dan Pertumbuhan

Kenapa Ada Yang Terus Membeli Sharifah Sakinah Seru Netizen Untuk Boikot Shein Terjebak Dalam Kontroversi Mengecewakan

Potato Egg Melt Sihat Rendah Kalori Sarapan Sedap Yang Mudah Kenyang Lama Memikat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ammar Ahyan Dedah Ramai Ajak Keluar Malam Tolak Sebab Tak Minat

Dulu Cpu Amp Gpu Je Kini Kenali Apa Itu Lpu Npu Dpu Amp Tpu

Resipi Putu Halba Kuih Tradisi Popular Ketika Musim Hujan

Khalwat Janda Sempat Capai Selimut Dicekup Dengan Atuk

Cameron Highlands Tanah Runtuh Jejas Laluan Masuk Hampir 700 Penghuni Apartmen Terputus Hubungan

Macc Nabs Shamsul Albert And Woman In Video Denies Pointing Gun