Kekeliruan Makan Di Restoran Sop Tidak Jelas Pengusaha Restoran Risau Dikompaun


Pengusaha restoran keliru dibenarkan dine-in tanpa SOP baharu
Kekeliruan Makan Di Restoran: SOP Tidak Jelas, Pengusaha Restoran Risau Dikompaun
Hari ini sepatutnya makan di restoran dan premis makanan sudah dibenarkan mengikut kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor semalam. N amun, tiada prosedur operasi standard (SOP) yang baharu dikeluarkan bagi kebenaran makan di restoran hingga menyebabkan anggota penguatkuasa dan pengusaha restoran berada dalam kekeliruan.

Peniaga restoran mula membenarkan pelanggan makan di restoran pada Selasa mereka selepas kerajaan negeri membuat pengumuman berkenaan pada Isnin.
Bagaimanapun, kekeliruan berlaku apabila prosedur operasi standard (SOP) mengenai pengumuman itu belum dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah sehingga kini.

Tinjauan di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang mendapati kebanyakan pemilik premis sudah mula beroperasi dengan membenarkan pelanggan makan di restoran sejak pagi Selasa.

Bagaimanapun, menjelang tengah hari pemilik premis mula tidak membenarkan pelanggan makan dalam restoran dan boleh dibungkus sahaja.

Orang ramai yang duduk makan atau minum di restoran mula diminta beredar selain kerusi serta meja disusun semula selepas pemilik premis mendakwa mereka diminta tidak membenarkan pelanggan makan di restoran oleh pihak berkuasa.


Chan Foong Hin

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin menerusi laman Facebooknya menyatakan beliau menerima aduan daripada pengusaha restoran dan penjaja di kawasan Damai, Lintas dan Foh Sang yang memaklumkan mereka diberi amaran oleh penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tidak membuka meja makan kerana SOP belum tersedia.

Foong Hin berkata, pengusaha restoran memberitahu sekiranya mereka membuka meja makan untuk membenarkan pelanggan makan di restoran, mereka akan dikenakan kompaun.

Tindakan penguatkuasa ini amat bertentangan dengan kebenaran makan di restoran yang diumumkan Ketua Menteri semalam.

Kekeliruan sebegini timbul kerana tiada garis panduan dan SOP yang jelas apabila pengumuman kebenaran makan di restoran itu dikeluarkan.

Untuk itu, beliau menggesa penguatkuasa KKM agar tidak bertindak mengeluarkan kompaun kerana kebenaran itu memang datang daripada kerajaan negeri.

Masalah kekeliruan SOP ini juga timbul disebabkan oleh kerajaan negeri. Biarpun SOP belum dikeluarkan namun, kebenaran makan di restoran sudah diberikan.

Maka, peniaga boleh mengikut SOP makan di restoran atau premis makanan yang dilaksanakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Phoong Jin Zhe

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Phoong Jin Zhe berkata, difahamkan penguatkuasa tidak membenarkan pengusaha restoran membenarkan pelanggan makan di restoran kerana SOP belum dikeluarkan.

Katanya, kebanyakan pengusaha menunggu SOP baharu dikeluarkan berikutan pengumuman Ketua Menteri yang membenarkan pelanggan makan di restoran.

Tindakan penguatkuasa KKM melarang pengusaha membenarkan pelanggan makan di restoran bertentangan dengan pengumuman Ketua Menteri.

“Persoalan sekarang, adakah kenyataan Ketua Menteri itu boleh diguna pakai tanpa SOP yang dikeluarkan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kerajaan seharusnya bergerak seiring apabila membuat pengumuman mengenai sebarang perubahan SOP. Jangan keluarkan kenyataan yang tidak jelas dan lengkap hingga mengundang kekeliruan kepada pengusaha dan juga orang awam,” katanya.

Jin Zhe berkata, rakyat sudah cukup terkesan akibat pandemik Covid-19 jadi jangan bebankan rakyat dengan SOP dan arahan yang tidak jelas.- BorneoToday


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/06/kekeliruan-makan-di-restoran-sop-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Premis Kedai Makan Dan Restoran Dibenarkan Operasi Jam 6 00 Pagi Sehingga 10 00 Malam

Premis Kedai Makan Dan Restoran Dibenarkan Operasi Jam 6 00 Pagi Sehingga 10 00 Malam

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 412 hits
PETALING JAYA Premis kedai makan dan restoran dibenarkan beroperasi bermula pukul 6 pagi hingga 10 malam bermula esok Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu diambil setelah kerajaan mengambil kira rayuan dan pand...
Kerajaan Benar Kedai Makan Restoran Buka 6 Pagi 10 Malam

Kerajaan Benar Kedai Makan Restoran Buka 6 Pagi 10 Malam

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 368 hits
Kerajaan bersetuju membenarkan kedai makan dan restoran membuka perniagaan mereka mulai jam 6 pagi sehingga 10 malam mulai esok tatkala Fasa Satu Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 dikekalkan di bawah Pelan Pemulihan Negara Menteri Kanan Datuk...
Langgar Sop Solat Jumaat 13 Jemaah Dikompaun Rm19 500 Masjid Rm10 000

Langgar Sop Solat Jumaat 13 Jemaah Dikompaun Rm19 500 Masjid Rm10 000

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 365 hits
Ketua Polis Daerah Kota Setar Ahmad Shukri Mat Akhir berkata daripada 34 jemaah itu pihaknya mengeluarkan kompaun terhadap 13 individu berusia antara 18 hingga 82 tahun sebanyak RM1 500 setiap seorang ALOR SETAR Seramai 13 individu yang men...
Langgar Sop 6 Individu Dikompaun 2 Warga Asing Ditahan Kata Polis

Langgar Sop 6 Individu Dikompaun 2 Warga Asing Ditahan Kata Polis

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 325 hits
Langgar SOP 6 individu dikompaun 2 warga asing ditahan kata polis Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 1 Jul 2021
Mustapa Makan Di Cafe Langgar Sop

Mustapa Makan Di Cafe Langgar Sop

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 373 hits
Mustapa makan di cafe langgar sop Mustapa mohon maaf makan di kafe serah pada polis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed memohon maaf kerana melanggar prosedur operasi standard bagi perintah kawalan pergerakan Ini selepas dia ...
13 Jemaah Dikompaun Kerana Langgar Sop Solat Jumaat Di Kuala Kedah

13 Jemaah Dikompaun Kerana Langgar Sop Solat Jumaat Di Kuala Kedah

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 288 hits
ALOR SETAR Seramai 13 individu yang menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Kuala Kedah dekat sini hari ini dikompaun keseluruhan berjumlah RM19 500 kerana melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Ketua Polis Daer...
Sabah Benarkan Makan Dalam Restoran Bermula Esok

Sabah Benarkan Makan Dalam Restoran Bermula Esok

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 449 hits
KOTA KINABALU Kerajaan Negeri Sabah membenarkan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial dibuka bermula esok sempena pelaksanaan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara Bagaimanapun sebahagian besar standard operasi prosedur Perintah Kawalan Perg...
Tiada Lagi Maaf Kilang Langgar Sop Terus Dikompaun Kata Menteri

Tiada Lagi Maaf Kilang Langgar Sop Terus Dikompaun Kata Menteri

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 338 hits
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata kluster perkilangan didapati antara paling banyak menyumbang kepada peningkatan kes kebelakangan ini KUALA LUMPUR Majikan sektor perkilangan akan dikompaun terus tanpa amaran jika melanggar SOP p...
Total Lockdown Kurang Berkesan Kerana Sop Tak Jelas Ada Kebocoran Kluster

Total Lockdown Kurang Berkesan Kerana Sop Tak Jelas Ada Kebocoran Kluster

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 261 hits
Kluster tempat kerja tertinggi kebanyakannya sektor pengilangan BANGI Kerajaan disaran melaksanakan total lockdown dengan prosedur operasi standard yang jelas serta memberi tumpuan khusus kepada sektor yang mencatatkan bilangan kluster ting...
Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Kenapa Perempuan Selalu Overthinking

Kenapa Pilih Syarikat Packaging Custom Ini 7 Sebab Produk Anda Perlu Kotak Berkualiti

Terlupa Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid

Kesan Kopi Jantung Berdebar Setelah Dua Tiga Teguk

Panda Gergasi Terakhir Japan Mengucapkan Selamat Tinggal Yang Emosional Di Zoo Tokyo